Assalamualaikum.
Catatan perjalanan untuk dikenang.
Petang tadi, ayah hantar aku ke tempat tunggu bas. Ye.. naik bas ajo ke JB. Dalam bas boleh tak aku rasa mabuk. Agaknya sebab bas tu dok bergoncang goncang semasa berjalan...walaupun dalam highway. Dah la tak sempat beli ubat mabuk. Bertahan ajelah. As usual kalau naik bas dari Parit Raja tempat duduk mesti kena kebas. Apa guna kasi seat number kan.huhu.
Lebih kurang 1 jam sampailah ke Stesen Bas Larkin. Aku terus menyiasat cemana nak ke Kulai dari sana. Lepas dah confirm, gerak cari farmasi. Tak boleh tidak, ubat mabuk mesti dibeli siap siap..aku baca semalam, perjalanan dalam bas ke mekong river memang adventure sebab banyak lubang.. no no no.. bahaya tu.
Lepas dapat ubat mabuk, nampak beberapa money changers dekat Larkin central ni. Aku teringat yang aku tak ada duit dong kecil untuk buat tambang bas esok. Taknak la nanti tanggung risiko driver tak pulangkan baki kan..
Katanya boleh tukar dengan beli air/barang kat airport.. tapi being typical me.. memang rasa tak sedap hati selagi tak dapat. So gatal gatal la tanya kat setiap money changer tu ada ke tidokk duit dong kecil.. jawapan dorang memang tak ada la kan.. semua ada duit sekeping nilai ratus ribu je ko. Padahal tambang bas sok dalam 5000 hingga 7000 je..
Sampai la aku di satu kedai ni..money changer jugak. Yang jaga 2 orang mamat berbangsa India. Diorang kata paling kecil ada 10000. Dengan rasa excited terus cakap nak tukar. Aku nak 10000 dong tu. Mamat tu kata aku kena bayar RM14.
Kau sudah kena tipu.
Aku memang rasa pelik.. rasa macan something wrong. Sebab baru semalam aku pulun buat conversion table. (Semangat nak shopping di vietnam..sampai buat table tukaran wang dan print jadikan handy size.) Tapi sebab muka dorang yakin semacam..pastu aku pun memang tengah kelaparan (tak leh berpikir dengan waras gamaknya) aku proceed je la. Pastu aku pelik sebab dorang tak bagi resit.
Aku carik kedai makan yang berkenan di hati.. order dan sementara menunggu makanan tiba aku pun korek lah beg. Cari handout conversion table tu. Ya Allah.. boleh tak sebenarnya untuk 10000 dong tu..sepatutnya aku cuma perlu bayar dalam lingkungan RM1.50. Tapi dorang tadi mintak dari aku RM14.
Huhuhu dalam hati memang dah memadankan muka sendiri dah.. sebab careless. Masa makan tu aku dok pikir nak singgah balik ke money changer tu ke tidok.. akhirnya lepas makan aku singgah. Dah alang alang lalu kan. Lain lah kalau tempat tu dah jauh ditinggalkan.
Bila aku tanya, boleh tak mamat tu cakap, betul, 1 juta dong bersamaan dengan rm145. So.. 10000 dong sama dengan RM14. Yang tak tahan, dia siap cakap.. "ini duit tukar tukar memang ada pening..Selalu orang tak biasa memang ada pening. Kami yang kerja sini saja tau."
Hohoho. Aku agak mendidih dengan statement mamat tu tapi aku diam je.
Then aku cakap la kenapa tak ada resit eh?
Dia jawab lagi, "you mau resit kita boleh keluarkan no problem, bagi you punya ic. Kita boleh buat."
Dia tenung muka aku. Aku pun tenung muka dia.
Then sekali lagi dia cuba yakinkan aku pasal diorang memang di pihak yang betul. Siap tunjuk kat aku harga jual dari company dia. Lepas tu tanya lagi, "you mau resit bagi ic".
Haha aku tau dia cuba pressure aku. Ok why not. Bagi ic je pun kan. Bila aku kata, "ok saya nak resit".
Baru aku tengok kawan dia menggelabah klik sana sini dalam komputer. Lama gila pulak tu. Sesambil tu mamat yang pressure aku ni tadi dok cakap benda yang sama. Pastu siap mintak aku duit dong yang aku tukar tadi. Motip? Ntah. Tapi aku tarik keluar dan bagi je. Aku diamkan aje. Dalam hati, apa lama bebenor nak keluarkan resit nyaaa.
Dekat 7 8 minit aku tercongok dekat kaunter then aku teringat aku ada simpan semua resit tukaran duit aku. Banyak gak la resit yang ada. Aku tukar kat 2 tempat. Lepas tu sampai 3 kali tukar.
Aku tarik satu, yang berkaitan dengan duit dong. Aku tunjuk kat mamat tu dan bagi analogi suruh dia pikir, untuk 200,000 dong aku beli dengan harga Rm31. Kalau 100,000 dong patutnya dalam rm15. Camana pulak 10000 aku kena bayar RM14?????
Then dia tunjuk resit tu kat kawan dia. Pastu tanya aku kat mana money changer ni.. huhu.
Tunggu punya tunggu, tiba tiba kan aku nampak kawan dia tarik duit RM depan dia. Tapi aku diam je. Aku malas nak pressure mamat tu. Kang sama level plak aku dengan dia kan.
Akhirnya dia kata, yes, kami silap.
Wuhhhuuuuu. Perasaan? Gembira sangat dan bersyukur. Akhirnya. Diorang pulangkan baki duit aku.
Pasal RM1.50 je pun kan? Tapi geram tau? Nak berniaga tapi macam main main. Macam meniaga tangkap muat. Pastu yakin kau je betul. Orang lain takde ilmu dan salah. Kalau yang kena tipu tadi makcik pakcik yang innocent dan berdiam diri..omg sangat sedih dan unfair....
Aku perasan kan..memang kedai ni jenis berurus niaga tak bagi resit. Very unprofessional ok. Kalau aku jenis tak amik kisah..main hulur je duit tukar..memang saja saja la kena tipu..berapa kali ganda tu?
Mungkin diorang tersilap.. ye manusia melakukan kesilapan. Tapi you call yourselves pekerja kat money changer kot???
Arghh stress bila ingat. Tapi ianya juga pengajaran bermakna untuk aku. Sebab geram punya pasal..tengok lah tahap kepanjangan entri ni ye..
Ok la. Aku nak bersiap solat dan turun makan. Sebelah hotel ni ada restoran steamboat nanpaknya tadi... mehehehe.
ok.. daaa.. insyaAllah aku sambung lagi nanti.. Happy holidays to you readers.
Thank you for reading. Assalamualaikum.
Sunday, September 14, 2014
Saturday, September 13, 2014
Ting Tong
Apakah.
Ia sepatutnya cuti yang merehatkan. Tapi menjadi begitu keserabutan.
Lagi 2 hari sebelum fly (insya Allah);
Masih kelam kabut menyiapkan keje sekolah.
3 hari sebelum cuti kena jadi invigilator, so memang terberhentilah keje-keje di sekolah yang makin menimbun itu.
-Nak proses kwapm. Dengan borang yang belum dipulangkan.. Dengan spesis yang hantar borang tak lengkap.. pftt.
-All about PBS.
-Lesson note.
-Terfikir pula tentang LINUS. Minggu sebelum UPSR berlangsung, hanya sempat uji 1.5 pelajar. Yang 0.5 tu sebab tak sempat siap. Jadi berbaki 26.5 pelajar.
Haruskah ku bawa bersama kerja semasa bercuti?
T______T
Dalam masa yang sama kena juga prepare untuk percutian. Backpackers.. so banyak la nak kena sedia sendiri.
Nasib baik jugak, masa beli tiket 2 bulan lepas dah pulun study. Now tinggal print out je. Ada tu info siap dalam bentuk paragraph. Arghh sabo je la. Mesti masa tu aku pun dah tak koser nak baca satu-satu, copy and paste. Semua pun macam penting,, so copy aje lah semua. Nanti masa menunggu boarding time kena baca dan highlight balik..
Himnae.!!!
Remember, you thrive under pressure~

Monday, September 08, 2014
Throwback: 2012 Autumn Trip - English Village
Salam.
I wish I can write the entry, but occupied with too many things.
I miss korea trip.
I miss korea.
I miss autumn.
Oh my PBS.
Oh my KWAPM.

Saturday, August 30, 2014
Kisah penyakit gatal-gatal / Eczema
Entri terkini tentang krim merawat masalah gatal-gatal di kulit boleh dibaca di sini.
Aku tak ingat sejak bila,.. Tapi once in a while aku akan kena penyakit gatal-gatal di badan.
(Ni bukan gatal yang dizahirkan melalui perbuatan tu ye)
Mana-mana tempat pun, logiknya memang akan sentiasa berhabuk kan. Kadang tu perasan ada habuk tapi aku main kibas-kibas je dengan kain dan lepas tu terus baring / tidur atas katil. Kemudian muncul lah bintat pada anggota badan. Bintat tu besar la sikit dari kesan gigitan nyamuk. Gatal dan merenyam. Kalau diusik/digaru ianya boleh membesar dan berair. Seriously, menakutkan.
Pengajaran untuk aku, pastikan cadar dan sarung bantal ditukar secara berkala..
dan, jaga kebersihan. hee.
Biasanya aku takdelah memberi perhatian sangat, sebab aku dah tau apa ubatnya. Bila kena je, aku sapu dengan salap gelenggang ni.
Memang berkesan untuk aku, dengan izin Allah. Lagi cepat di sapu lagi cepat baik. Salap tu aku akan pastikan sentiasa ada stok dengan aku.
Ada sekali tu kena dekat bahagian bawah bibir. Sabo je la kan. Oh ye itu terjadi tahun lepas (2013). Asalnya bintat kecil, tapi sebab aku usik-usik dengan tangan, akibatnya, ianya merebak dan makin besar. Biasalah dekat bibir, kadang-kadang tak sedar aku macam usik dengan gigi (ketap bibir).
Memang horror la. Dalam kerisauan dan takut-takut, aku sapu salap gelenggang tu. Makin teruk.. Tskk.
Nasib baik masa tu dah nak hujung minggu. Sempat la recuperate over weekend. By the time pegi sekolah tak berapa bengkak lagi. Tapi yang itu kata doktor, kayap.
Imagine, kena kayap, dekat muka, bahagian bibir. Terasa diri ini pengotor huhu. Doktor bagi ubat makan dan sapu dan alhamdulillah sihat.
Pengajaran penting buat aku masa tu ialah salap tu mungkin berkesan tapi mungkin juga tak sesuai digunakan pada bahagian muka. Dan jangan lupa, jaga kebersihan.
Dua kali dah ulang ayat jaga kebersihan ni. Aku ni bukan lah pengotor sangat (haha ayat bela diri!) tapi bukan juga spesis clean freak. Cuma bila dah tau aku ni mudah alah pada habuk makanya perlu lah lebih berhati-hati.
Minggu lepas, sekali lagi aku dikunjungi penyakit gatal ni.. Huahua. Yang merunsingkan aku ialah salap gelenggang tu dah tinggal sikit. Lepas tu aku tak tau kat mana nak cari dan beli. Kadang-kadang bila aku singgah farmasi dan teringat, bertanya juga. Tapi memang tak ada jual. Sampai aku cari info online. Ada jugak yang jual, tapi macam tak sanggup nak beli, mahal sangat. Harga sebekas tu kalau tak silap aku paling mahal pun dalam RM5 atau RM6. Yang kecil biasanya RM3 hingga RM4. Tapi harga bila dijual online, untuk satu set sabun dan krim dah jadi sampai RM30. omg...
(Aku tau kewujudan sabun gelenggang tu, dan harganya pun cuma dalam RM6 - 7 je. Kegunaannya pun sama, untuk merawat penyakit gatal-gatal/panau)
Ye, sabun tu pun aku beli. Risau punya pasal.. Tapi bau dia, masyaAllah..
Bukan wangi ya. Paham-paham la sendiri. Tapi aku tau ianya berkhasiat. Bak kata sales assistant kat kedai jamu aku aku pegi tu, sabun ni ada daun gelenggang yang berfungsi merawat masalah gatal-gatal dan ada juga gamat yang berfungsi merawat luka.
Oh ye, sabun ni mudah lembik. Rasanya semua pun tau sabun kalau berendam dengan air memang lah akan lembik/kembang. Tapi sabun ni, letak dalam bekas tak berapa berair pun boleh jadi lembik. (The pharmacist warned me before, pasal sabun ni)
Tips:Pastikan simpan dalam bekas bertutup supaya baunya tak memenuhi 1 bilik air. Kalau ikut hidung aku, baunya tu dah ala-ala bau orang melabur pastu tak flush, huhu. Ye, ye,, busuk yang berkhasiat..
Dan jangan lupa pastikan bekas tu sentiasa kering, sebab ianya mudah lembik.
Sebab aku terlalu risau, masa aku masih dalam pencarian salap gelenggang dan tak berjumpa tu, aku beli krim ni dari farmasi. Namanya 60 cream. Untuk merawat fungus. Pharmacist tu la yang recommend. Aku pakai, tapi macam tak berapa nak berkesan je.
Then, aku berusaha cari lagi di kedai jamu lain, yang jauh sikit. Kebetulan masa tu kena berkursus di bandar so terus plan nak cari kedai jamu di area bandar sana. Alhamdulillah berjumpa. Walaupun tak sama macam yang aku ada, tapi as long as namanya salap gelenggang, boleh la....
So kat sini nak share, kalau ada sesiapa yang mengalami sakit gatal-gatal macam aku dan berasa risau/runsing, cubalah pakai salap gelenggang ni. Boleh cuba cari di kedai-kedai yang jual jamu ataupun orang yang jual ubat/jamu di pasar malam. Dekat farmasi jarang jumpa. Untuk panau pun insyaAllah berkesan, sebab daun gelenggang memang boleh menghilangkan panau. Kira dah mudahlah kan, tak perlu bersusah payah cari daun gelenggang untuk ditonyoh. Dengan krim/salap ni, tinggal sapu je. Aku ingat masa kecik-kecik dulu adik aku berpanau mukanya, so nenek dan parents sibuk carikan daun gelenggang ni. Masa tu orang tak terfikir lagi kot nak jadikan krim.
Tapi kalau rasa nak adventure sikit pun boleh, tonyoh dengan daun sebenar, hehehe.
Ini lah rupa daun tu.
Kalau nak menebas / membersihkan belukar tu tengok-tengok dan belek-belek lah sikit, jangan lah ditebas sama pokok berkhasiat ni ye.
Sekian terima kasih ^^

Sumber gambar dari maswafi.blogspot.com |
Sekian terima kasih ^^
Labels:
penyakit gatal kulit,
salap gelenggang
Subscribe to:
Posts (Atom)