Tihee.
Tapi memang hakikatnya sebelum cuti sekolah hujung tahun, suasana di sekolah adalah bizi dengan macam-macam aktiviti. Hipotesis awal, aku bukan malas tapi memang busy.
Dan sekarang lepas 4 hari sekolah bercuti, nampaknya masa cuti aku hanya diluangkan dengan menonton macam-macam drama. Ye, katanya hari sekolah memang tak melayan/menonton apa-apa drama kan.
So sekarang tonton tonton dan tonton sampai rasa nak muntah pun ada.
Entri kali ini adalah apa yang aku tonton sampai rasa nak pitam huhu.
Naruto Shippuuden - Ini memang macam kegilaan. Sebab latest episode adalah episode 387. Memang kalau tak ada apa-apa aku akan download setiap hari Jumaat. Lagipun 1 episode cuma dalam 15 minit. Tak tau bila katun ni nak tamat. Aku tengok dari zaman U kot, huhu. Which is hampir sepuluh tahun yang lalu. Opkos ada beberapa tempoh masa aku ignore katun ni. Tapi somehow beberapa bulan yang lalu aku dapat catch up balik men download dan menonton. Ianya seperti rutin mingguan.
K drama - The Greatest Marriage. Aku follow sebab jalan cerita lain dari yang lain. Dan aku suka cerita fast pace macam ni.
Bukan drama, tapi variety show. Memang tengok dari season 1 (ini dah season 3 kalau tak silap) Tapi tak la sentiasa tengok, on and off, depends on the couple. Kali ni aku tak miss tengok sebab 2 couple ni.
Another variety show - Roomate Season 2. Season 1 dulu aku tengok tebuk-tebuk. Tapi yang season 2 ni memang diligently download dan tengok setiap episode. Tak lah aku nafikan, ada jugak part-part yang bosan. Tapi kebanyakan new members dalam season 2 adalah fun dan kelako.
Another K Drama - Pinocchio. Sebab memang minat LJS dan PSH & pernah berharap diorang berdua berlakon dalam 1 drama. Walaupun hakikatnya tak semua drama diorang aku tengok. On and off.. Selalunya download tapi lepas tu peram sahaja dalam external. Harap Pinocchio ni tak sebegitu.
Setakat 4 episod yang dah ditayangkan ni, masih teruja dan rasa nak teruskan tengok. Harap sangat diorang jadik guest dalam Running Man. Tapi macam tak je, sebab biasa nya kalau diorang nak promote drama dalam running man, sebelum drama tu ditayangkan. Apapun, kalau diorang muncul sebagai guest, haruslah aku men download nya nanti.
Weekend drama - What Happen To My Family. 50 episode ok.. hahahaha . Aku memang suka long drama sebenarnya. Especially drama moden. Sebab biasanya ianya Heartwarming Family Drama. Opkos daya penarik ialah Hyungsik. Tapi lepas tengok, aku suka semua watak dalam drama ni. Currently sampai episode 27.
K drama lagik - Birth of a beauty. Sebab jalan ceritanya aku suka, ala-ala filem 100 pounds beauty. Kisah seorang yang gemuk menjadi kurus dan cantik, demi membalas dendam. The main casts dah jadi guest dalam Running Man.
Another drama. Tapi drama pendek. Ataupun SNS drama. Setiap 1 episod hanya dalam 6 minit. Opkos sebab ada Kim Woo Bin.
Tajuk ialah Love Cell / Dating DNA / Yeonaesepo.
Drama remaja. High School Love On.
Mula-mula aku ingatkan aku takkan terjebak dengan drama yang dipenuhi remaja dan idol ini. Kan dah tahap ahjumma ahjumma je aku ni huhu..Tapi bila tengok macam sweet, hihu. Makanya aku setia juga menonton sampai current episode. Lakonan budak-budak Infinite ni not bad juga. Budak pempuan kat tengah tu (Kim Sae Ron) dah memang pelakon dari kecik so memang watak yang dibawa adalah hidup.
K Drama - Liar Game. Jalan cerita lari dari tipikal drama korea. Drama ni remake dari drama jepun. Tapi aku tak tengok lagi versi jepun. Boleh la. Masih berusaha menonton, baru tengok sampai episod 2, current episode di korea ialah episod 10.
K Drama - Pride and Prejudice. Berusaha marathon, sampai episod 6. Tapi macam hilang kesabaran je huhu.. Sebab ianya cerita penyiasatan. Kena tengok betul-betul, kalau tak boleh ter miss info, bila dah miss info boleh mnyebabkan tak paham. Bila tak paham memang bosan. Agaknya sebab aku marathon sampai 4, 5 episod sekaligus, tu yang ada rasa sedikit jemu. Selain tu, terlalu banyak info kot. Cerita penyiasatan kan. A berkait dengan B. B overlap dengan C. C pulak terjebak dengan D.
Hahaha seriously cerita macam ni jangan tengok secara marathon.
Huhu sebab tu aku rasa nak muntah.
Yang kat bawah ni pulak berrcadang nak tengok, masih diperam dalam hard disk. Ada yang dah complete dan ada yang masih airing di sana.
The King's Face. Sebab ada Seo In Guk
Cantabile Tomorrow (Japanese drama remake - Nodame Cantabile)
I dont like the japanese version. Tapi curious sebab hero dan heroin nya. Yes, its Joowon.
Modern Farmer. Sebab Lee Hong Ki & Min Woo
Plus Nine Boy. Sebab Kim Young Kwang. And the storyline.
Boarding House no. 24. Sebab storyline dan ada Zea Dongjun.
Mr. Baek. Sebab jalan cerita menarik dan ada Jang Na Ra.
Be Arrogant. Opkos sebab Yura.
Misaeng. Dah tentu sebab Im Siwan, kihkihkih.
Adakah aku penonton tegar? Mihmihmih. Sebenarnya, banyak lagi drama yang pending.. K drama dan juga J Drama. Yang dah lepas-lepas.. Beberapa bulan lepas mahupun beberapa tahun lepas. Kebanyakan yang aku senaraikan kat atas ni ialah yang tengah airing di sana ataupun baru je habis ditayangkan.
Tu tak cakap lagi pasal drama siam hahahaha (Ok drama thai yang pending adalah cubaan dari kawan aku untuk mempengaruhi aku bersama-sama dengan dia moyan tengok citer siam.).
Walaupun nampak macam banyak, tapi ada je drama yang tak suite with my taste bud. Contohnya drama ni:
Well, awalnya opkos aku sangat teruja. Rain dan Krystal kan. Suka Rain dalam Full House dan Krystal dalam The Heirs. Tapi kan lepas tengok 4 episod aku rasa tak berkenan. So setakat itu jelah. Terus delete. Aku tau ramai yang suka. Ditayangkan kat One HD kan. Apa yang boleh aku simpulkan taste manusia berbeza. Jalan cerita dan watak yang diberi pada Jung Ji Hoon & Jung Soo Jung (Nama sebenar diorang) gagal menarik hati ini.
Cewah.
Gila panjang entri ni. Bercakap dah macam pengkritik filem sangat kan.. huhhu.
Honestly, entri sebegini bukan selalu boleh ditaip. Aku selalu rasa macam seorang yang pelik bila bercakap dan bercerita pasal drama korea/jepun, melainkan aku bercerita dengan seorang drama addict jugak.
Tarikan utama menonton selalunya sebab pelakonnya, atau sebab jalan cerita. Kadang-kadang walaupun aku minat pelakonnya, tapi jalan cerita tak menepati cita rasa pun boleh menyebabkan hilang mood lalu berhenti download dan tengok.
Huhu ini adalah rare sebenarnya. Tertaipnya entri sebegini mungkin sebab aku teruja dengan semua drama-drama ni, memandangkan masa untuk menonton pun dah ada.. Tapi sendiri pulak yang rasa penat nak menonton.
Hakikatnya, beginilah ye bila tiba cuti sekolah yang panjang.
Kerja nak dibuat tu ada je, seperti menyediakan jadual waktu dan jadual pelajar bertugas (kebersihan) untuk ditampal, report, minit mesyuarat tertunggak & macam macam lah lagi... Tapi haruslah diselang selikan dengan aktiviti kesukaan. Kang berterusan buat keje sekolah bosan juga..
Lagipun kata sedang bercuti kan...
Oh tetiba rindu sekolah.
Hahahahaha ok esok kena bertugas di waktu cuti, so kena gi sekolah.
Till then, jumpa lagi ya.
p/s - keinginan aku nak melawat sesuatu tempat di korea selalunya datang sebab kegilaan menonton k drama mahupun variety show.. berkesan sangat strategi tu kan, hehe.