Tuesday, March 17, 2015

Selamat bersara Kak Sal

12.03.2015, Khamis

Dalam keributan minggu ujian sebelum cuti sekolah, berjaya juga kami jalankan majlis persaraan sorang senior di sekolah. Hari Khamis, sekolah dan warganya menyaksikan satu majlis yang sederhana tapi tetap meriah, khas untuk seorang pendidik yang akan menamatkan zaman perkhidmatannya.

Terasa seperti menulis karangan pulak ye, hmmm lantok.

Ada rasa sayu. Sebab aku kira aku dengan kak sal ni agak rapat juga. Dia dah baya-baya mak aku, in fact lebih tua dari mak aku sendiri. Tapi dah rakan sekerja kan,, takkan nak panggil mak pulak.

Kak Sal memang baik orangnya. Boleh bercampur dengan orang muda. Bila bagi nasihat, takdelah sampai buat kita rasa kecik ati atau terdetik rasa "eleh cam baguss!" . Huhu aku ni bukanlah baik sangat orangnya. Aku mengaku kekadang ada juga masanya bila orang bagi nasihat tapi di sudut hati kecik ni ala-ala memberontak.

Dengan kak sal, aku boleh cerita hampir semua benda. Aku bukan jenis yang terbuka orangnya. Aku bukan senang-senang nak bercerita pasal diri sendiri dan keluarga. Ini adalah fakta. Sejak bila aku jadi macam ni, aku pun tak tau. Macam tu jugak aku dengan keluarga, aku bukan senang-senang nak bercerita pasal itu ini, kawan dan sebagainya. Ye, aku tau aku memang pelik. =)

Eh ni tadi nak cerita pasal kak Sal tapi dah melalut cerita pasal diri sendiri. Lantokkan juga dah taip malas nak tekan backspace.

Alhamdulillah majlis yang dirancang berjalan dengan baik.
Persiapan tempat, ok. Pelamin cantik.
Makanan, sedap. Tapi takde satu pun gambar makan yang aku ambil. Huhu malas sebab nanti teringat-ingat.
Hadiah, ok. Ajk hadiah rajin, tak banyak songeh kena pegi membeli itu ini.
Persembahan murid dan guru pun ok. Masing-masing tahu kerja masing-masing.



Ni kira photobomb ke tidok ni. Tetiba ada cikgu lelaki ye.




Posing kat pelamin.
Alang-alang dah sewa kan, hiks.


Selamat bersara, kak sal...
Takde dah kak sal nak ajak borak-borak dalam bilik guru lepas ni..
Takde dah kak sal yang suka cuit-cuit aku bila lalu nak pegi pejabat (sebab aku selalu berwajah serius buat keje dendiam gamaknya)
Takde dah kak sal yang suka tanya datang kat tempat aku nak tanya pasal setting henfon (aku selalu bergurau dgn dia, masuklah kak,, ini kan kedai henfon hehe)
Takde dah kak sal yang suka offer aku dengan makanan bila sesekali aku datang menyinggah kat tempat duduk dia..
Takde dah kak sal yang rajin bertanya lepas ni nak melancong ke mana pula didiiiii..

Selamat bersara, kak sal..
You will be missed.


Monday, February 23, 2015

Paparazi yang menginsafkan

Amboi tajuk tak boleh blah

Begitu lama tak update blog. Beginilah, nama pun blogger suam-suam kuku.. tskk. Kan sudah ku khabarkan, bila hari sekolah menjelma daku akan menjadi begitu bizi, kalah seorang mak berkerjaya yang menguruskan rumah tangga dan beranak 5. Padahal, ..  Pfttt.

So, di hari akhir cuti sempena Tahun Baru Cina ni, terasa nak menaip satu entri. Sebab tak tau kan lepas ni entah bila boleh menaip lagi.

And,, dah lama sebenarnya aku nak menaip tentang ini.. Tapi selalu je terlupa.

Entri ni sekadar celoteh tentang gambar-gambar kandid aku, sepanjang kat sekolah. Yang special sikit tentang sekolah ni berbanding sekolah lama aku dulu ialah ada sorang cikgu ni memang tugas tetap dan berpencen dia ialah menjadi jurufoto dalam sebarang acara di sekolah, provided that he was there on that time.

Honestly.. honestly.. muka aku bukanlah seorang yang 'makan gambar'. Rasanya term 'makan gambar' ni agak meluas penggunaannya kan. Ia merujuk pada seseorang yang gambar atau foto nya akan kelihatan natural dan sama dengan dirinya yang sebenar.

Tapi dalam kes aku, dalam kebanyakan gambar yang dirakan secara kandid, aku akan nampak pelik. Kadang-kadang aku sendiri pun confuse. Samaada muka aku hanya pelik dalam gambar tersebut, atau aku ni sememangnya berwajah pelik. Ataupun aku tanpa disedari berkelakuan pelik. Lulz.
Aku tak paham kenapa orang lain, semua gambar kandidnya elok dan natural je..

Again, bila aku belek-belek gambar aku yang diambil secara bersedia, kesimpulan yang aku boleh buat ialah,, aku memang tak 'makan gambar'. Sebab dalam gambar-gambar waktu 'ready' tu, muka aku elok je (tak payah sebut pasal amik gambar tiga empat kali demi mendapat shot yang diingini, ya.. well ini kelebihan zaman IT dengan teknologi kamera masa kini)

Gambar di atas adalah semasa perarakan maulidur rasul sekolah.

Gambar semasa taklimat transisi pelajar tahun 1.

Gambar semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan


Ada banyak lagi sebenarnya, tapi aku tak sanggup menunggu gambar-gambar tersebut loading di website sekolah. Pepaham je lah, 1 site semua gambar, memang jenuh nak menunggu.

Apapun, gambar dalam keadaan bersedia, macam yang aku cakap awal tadi, memang elok je ye, hehe.
Gotong royong memasak untuk program perkhemahan unit beruniform


Penyerahan mentee kepada mentor


Haa. gitew.
Dulu kan, aku memang tak suka bila cikgu ni tujukan lens dia pada aku, kalau aku perasanlah. Mesti aku cuba mengelak sebolehnya. Sebab aku dah tau hasilannya nanti selalunya cemana. Sampai satu masa, aku boleh perasan eh jarang kebeno muka aku muncul dalam website sekolah kan (dushh lagi mau tanya kan kenapa?)

Tapi bila difikir-fikir, bukan ke bagus sebenarnya. Dari gambar-gambar curi / kandid tu tadi, aku sedar bahawasanya aku ni seorang yang kedekut senyuman. Seriously aku senyum bila nak posse dalam keadaan ready, ataupun dimasa-masa lain yang aku rasa perlu senyum. Yelah memang kita takkan senyum doplohpatjam kan, tapi at least aku boleh cuba ubah air muka tu ok.

Selain tu, hahaha ini point utama dan penting sebenarnya. Melalui gambar cikgu ni lah aku boleh perasan yang aku makin gemuk gedempol ok. Tskk. Perit tapi itu kenyataan.
Kalau bergambar sendiri opkos aku cuba sembunyikan semua itu.. kamera 360 aku memang tak pakai. Tapi aku baru perasan, kamera depan dan belakang pada handphone tu pun banyak bezanya. Antara kamera depan dan belakang, kamera belakang lebih jujur, huhuhu.

Jadi, moral of the story, mari berubah Didi!

Thursday, January 15, 2015

Welcome back

Assalamualaikum.

Dah seminggu sekolah dibuka. Dan sudah seminggu menjalani kehidupan yang busy seperti dulu kala. Ekceli 2 minggu sebelum ni dah mula datang ke sekolah hari-hari. Biasalah, dengan mesyuarat-mesyuarat awal tahun dan sebagainya. Yang guru kelas, sibuk menghias kelas.

Sibuknya aku, sampai tak larat nak bersembang dengan kawan lama. Maaf Kama, yang call masa aku tengah-tengah meeting. Bila dah habis meeting langsung lupa nak call semula. Jujurnya, jujurnya dan sejujurnya... aku memang sibuk. Kalau aku cerita panjang-panjang kat sini, mungkin nampak macam aku cari excuse. Tapi aku memang busy. Cukuplah orang yang rapat dengan aku saja tau macam mana sibuknya aku. Sibuk sampai aku tak kuasa nak bersembang saja-saja. Sibuk sampai aku tak kuasa nak berbalas mesej gossip semata-mata. Aku malas nak beratkan fikiran dengan cerita-cerita lain yang remeh temeh, sedangkan banyak benda berkenaan dengan diri, keluarga dan kerja juga nak kena difikirkan.

Berbalik pasal cerita sekolah tadi.. Ye, selepas setahun tak jadi guru kelas akhirnya tahun ni aku kembali memegang kelas. On top of that kelas darjah satu. Hewhewhew. Yang dah memang bergelar cikgu paham la kot. Walaupun amanah yang diberi sangat berat, tapi kena lah cuba sedaya upaya kan. Penat. Tapi kalau orang lain boleh buat kenapa aku tak boleh pulak kan. Dan dah habis minggu pertama sekolah ni, aku masih busy prepare bahan untuk ceriakan kelas. Alang-alang nak menghias, alang-alang nak 'melawan', biar betul-betul kan. Masalahnya, keje-keje menghias ni almost impossible masa hari sekolah. Sebab aku sibuk dengan kelas dan memacam lah pekerjaan perkeranian sorang cikgu.

So, harapkan weekend macam hari ni lah untuk melepaskan geram.
Lepas geram tengok drama (yay! Khatam Pinocchio sampai episode 19).
Lepas geram buat bahan keceriaan.
Lepas geram mendownload.
Lepas geram main game di PC.
Lepas geram taip entri.

Baiklah.  
Geram telah dilepaskan. Rasa mengantuk pun boleh tahan jugak ni nak dilepaskan geram kada' tidur..

Till fingers meet keyboard again ~
Sayonara.

Friday, December 19, 2014

Oh Sistem Imunisasi ku.

Assalamualaikum.

Tiba-tiba rasa nak update blog, tapi bukan nak sambung travelog huhu.

Aku perasan, sejak umur menginjak masuk 30 series ni, aku lebih kerap sakit berbanding zaman 20-an dulu. Seingat aku la kan, sepuluh tahun yang lepas, aku pernah belek-belek koleksi kad klinik ahli keluarga aku. Sebab kad-kad tu parents aku kumpulkan sekali. Memang kad aku sorang je yang takde. Betul, life aku banyak dihabiskan dengan tinggal di asrama dari zaman sekolah sampai zaman U kemudian maktab. Kalaupun aku sakit dan perlu ke klinik biasanya klinik tu somewhere dekat sekolah/uni. Cuma sekarang, bila dah kerja aku tinggal menetap di rumah sendiri.

Satu yang aku perasan, kekerapan aku pegi klinik. Actually kelmarin aku baru je pegi & masa doktor menulis catitan dalam kad rekod aku, aku perasan dah berhelai-helai. Bila balik dan aku susun ubat dalam first aid kit aku, memang betul-betul banyak pun, huhu. Untuk tahun ni je, rekod demam, cirit-birit, allergik gatal-gatal, beguk & yang semalam sebab naik bintik merah di badan.

Serius, yang the latest ni paling  menakutkan. Naik bintik merah di badan, apa lagi yang aku fikir kalau bukan denggi? Ngeri oo. Tak tenang aku dua tiga hari lepas. Syukurlah doktor kata bukan, sebab key point nya aku tak demam. Bintik merah tu masih kekal misteri. Aku siap 'bentang' apa aku makan hari tu & diet aku sekarang. Nak kata allergik pun, aku memang makan benda yang biasanya ok bila dimakan.

Apapun, aku masih menunggu bintik merah ni hilang.Ada bahagian yang mula rasa gatal-gatal. Gatal ok lagi, sebab aku tau itu eczema. Kalau eczema, aku memang dah bersedia dengan ubat.

Sekarang kesedaran aku makin bertambah kot. Kalau macam ni rekod kad klinik aku untuk usia 30-an, macam mana bila sedekad lagi berlalu nanti, (kalau panjang umur lah).

Pesanan untuk diri sendiri. Marilah menjaga kesihatan. Marilah mengamalkan cara hidup yang sihat. sayangi diri sendiri ^^