Wednesday, September 01, 2021

2019 Kembara Bumi Ambiya Didi_Part 3

Part 0
Part 1

Sambungan dari sini, Part 2

Alhamdulillah syukur, Allah beri kesempatan masa, idea, dan tenaga untuk sambung kisah perjalanan ke Palestin.

Melintasi sempadan, dan menjejakkan kaki di bumi Palestin.

Masih lagi cerita di hari Selasa, 28 Mei 2019 bersamaan 22 Ramadan 1440.

Usai lawatan di Dead Sea Product, tibalah masanya kami nak lintas border...

Pukul 5 petang dah masa tu. Masa ni, satu bas senyap. Kenapa senyap? Sebab berdebar jugalah kan hehe.

Urusan di imigresen sebelah Jordan, alhamdulillah berjalan lancar dan mudah. Hanya mutawif kami, Ustaz Adzim yang turun dengan bawa passport-passport kami bersama dengan staff ALCC dari Jordan. Dalam setengah jam macam tu kami menunggu dalam bas, kemudian selesai urusan di situ. Masa ni, ahli rombongan yang ada pengalaman dah start kongsi tips kepada kami untuk memudahkan urusan di border. Antaranya, jangan guna pin tudung banyak-banyak sangat bagi perempuan. Sebab nanti kami kena lalu pintu yg boleh mengesan besi. Aku memang pakai tudung segera jadi memudahkan juga la. Yang pakai songkok atau kopiah, disarankan buka. Nanti dah selamat melintas barulah pakai semula. Handphone, off kan lebih baik. So aku memang tak ada gambar di border la hehe. Seram kau. Terus aku off handphone dari border sebelah Jordan lagi.

Tour guide kami tadi memang tak ikut melintas border. So hanya kami, mutawif, dan pemandu bas.
Bas melalui jambatan Raja Hussien, juga dikenali dengan Allenby Bridge. Kemudiannya, bas melalui satu kawasan yang dipanggil 'No man's land'




Di border sebelah Palestin (yang dikuasai oleh askar zionis Israel), kami semua dikehendaki turun. Bawa semua beg masing-masing dan masuk sendiri ke dalam bangunan dengan passport masing-masing. Beg kami dikumpulkan di satu lorong untuk pemeriksaan. Kami beratur di kaunter pertama. Dari situ, kami melepasi saringan pertama iaitu soal siasat ringkas dari pegawai. Soalan adalah random. Aku  dapat soalan tanya nama (mungkin untuk confirm kan nama aku yang tertera dalam passport). Di situ, passport akan dilekatkan dengan 1 sticker yang hanya orang dia je yang faham maksudnya. Dari situ, kami kena lalu lorong lain berdasarkan sticker tadi. Seterusnya ialah pemeriksaan hand luggage kami. Alhamdulillah juga urusan kami semua berjalan lancar, tanpa ada apa-apa isu. Just be alert dengan soalan-soalan pegawai dia.. Kadang-kadang asbab kita tak berapa alert, mungkin kita jadi tak faham dengan soalan dia (dalam BI), padahal soalan nya simple je. Yang penting, jawab dengan yakin. Kita tak buat salah pun kan. I'm sure sebelum pergi, kita dah dengar taklimat keberangkatan. Sebab tu penting pergi dan dengar taklimat keberangkatan dengan baik. Lagi satu tips, bersabar. Bersabar dengan apa jua karenah mereka di situ.

Ada satu kisah aku kat sini.. Lepas je urusan di imigresen, aku yang terlalu gembira jadi orang ketiga dalam rombongan kami yang keluar dari bangunan, boleh terlupa langsung pasal beg aku, hehehe. Padahal kan, aku ada 2 beg kat dalam tu. 1 luggage beroda dan 1 lagi ialah backpack. Yang aku kendong sepanjang masa ialah backpack kecik yang berfungsi macam handbag. Apa lagi, memang macam beruk kena belacan lah aku, huhu. Aku masuk semula melalui pintu aku keluar tu, dan cuba cakap dengan sorang pegawai kat situ. Aku diberi isyarat untuk tunggu seketika sebelum sorang pegawai sampai dan escort aku untuk ambil beg-beg aku. Sampai kat tempat beg, memang Ustaz Adzim ada kat situ sambil tengok-tengok sekeliling. Riak muka ustaz macam mencari-cari pemilik beg polka dot itu. Ye ustaz, itu beg jemaah ustaz yang pelupa ni huhuhu. Begitulah kisah si makcik pelupa ni..

Kisah lain, tentang sorang ahli rombongan kami. Tak ingat dah aku nama dia. Tapi dia travel dengan suami dan 2 orang anak perempuan. Sampai-sampai je tepi bangunan imigresen di bahagian Palestin tu, kami nampak sekeluarga ni dah ada dekat bawah bas. Dalam hati terdetik, eh pantasnya. Mungkin sebab ada anak kecik jadi diorang lalu kaunter lain, kot.

Rupa-rupanya, beliau turun tergesa-gesa sebab ada panggilan tandas yang tak dapat-dapat ditahan lagi. Allah bantu urusan dia dan lega lah beliau lepas tu, hehe. Nak ikutkan (cerita dia), awal-awal tu ustaz cakap kat situ tak boleh nak pergi tandas. Hakikatnya, kita memang nak bersegera, sesegera mungkin dan tak nak berlama-lama di 'tempat diorang'.

6.38 petang, alhamdulillah semua ahli kumpulan kami selamat masuk ke Palestin. Alhamdulillah syukur..

Menyelusuri jalan-jalan di Palestin, pertama sekali, kami melalui kawasan Jericho. Bukan lah masuk bandar Jericho, cuma lalu tepi je. (Kami melawat Jericho di hari lain, nanti saya kongsikan inshaAllah). Di Jericho banyak pohon kurma. Ada cerita menarik tentang Jericho. Di Jericho, terdapat satu tempat yang disebut di dalam Al Qur'an sebagai 'adna al ard' yang bermaksud tanah yang paling rendah di muka bumi. Boleh baca di sini dan dengar di sini, untuk info lanjut. Yang video tu, Ustaz Amin bercerita mengenai tajuk tabarruj (berhias), tapi awal-awal tu beliau ada kupas pasal 'adna al ard' untuk kefahaman kita.

Bas yang kami naiki meluncur laju membelah jalan..Melalui kawasan-kawasan tandus dan kering. Bentuk muka bumi yang kami lalui kemudiannya ialah kawasan berbukit bukau dan kering. Terasa telinga berdengung kerana perubahan aras ketinggian. Sesekali di kiri kanan jalan, nampak khemah Arab Badwi.

Ya, masih wujud penempatan orang Arab Badwi di sini. Sebagai info, orang Arab Badwi ni beragama Islam tapi kerakyatan ialah Israel. Mereka tak bersama sama memperjuangkan pembebasan Palestin, sebab tak ada apa-apa kepentingan pada mereka. Rumah binaan Arab Badwi ni mudah dikenali. Letaknya di lereng bukit, dan binaan nya, asal boleh. Kita boleh nampak dekat situ ada binatang-binatang seperti kambing dan unta.. (yang aku nampak kambing je.. mungkin ada binatang lain juga)

Di sepanjang jalan juga, sesekali mata kita nampak penempatan haram Israel yang dibina cantik; bangunan-bangunan besar tersergam gah di atas bukit.

Lebih kurang 40 minit kemudian, kami menghampiri bandar Jerusalem. Lebih spesifik, Timur Jerusalem. Kami sampai elok-elok beberapa minit sebelum waktu berbuka, sekitar 7.40 petang. Hotel yang kami duduki ialah hotel milik orang Islam, dan kawasan yang kami tinggal waktu itu ialah kawasan orang Islam. Jerusalem itu sendiri, dibahagikan kepada kawasan penempatan muslim, dan kawasan penempatan yahudi.

Seperkara yang pasti, penempatan muslim kawasannya tidak se gah dan terancang seperti penempatan yahudi.

Seterusnya, kisah bersambung di Part 4 , Baitulmaqdis, pintu alam ghaib.

Masya-Allah lama sungguh masa yang aku ambil untuk up Part 3 ni.. Sebenarnya, karangan ni dah lama aku buat. Tapi aku sangkut tang nak transfer gambar dan letak watermark. Hari ni, 3 September 2021 akhirnya aku diberi hidayah dan taufik untuk siapkan post ni, hehehe. Bukan apa, gambar tu kan penyeri suasana, ye tak?

Aku tutup post ni dengan kenangan aku bersama akak sebilik. Cari punya cari gambar dekat hotel, jumpa yang ini je.. Aku ni pun bermasalah juga ye, bila sampai ke sesuatu tempat tu ada masa aku ni macam tingtong gitu, tak ambil gambar dengan proper.. Masa nak siapkan post ni mula lah datang dan kenal erti penyesalan.. Ingat kawan-kawan, sesal kemudian, tiada ........ (sambung lah sendiri, hehe)


Insya-Allah bersambung lagi di Part 4. Doakan, hidayah itu kekal. Ada masa, aku rindu blog aku ni sebab coretan lama jadi ingatan segar..

Saturday, August 14, 2021

Travelog Bumi Saudi

Assalamualaikum,

Hai korang. Semoga dalam keadaan baik, sihat, gembira dan ceria ya. Walau di mana anda berada. Stay safe. Always follow the SOP whenever you need to go out. Lagi lagi sekarang lah. 

Siapa kat sini pernah sampai ke Semenangjung Tanah Arab Saudi?

Alhamdulillah.. Pasti ramai kan yang dah direzekikan ke sana. Ada yang berpeluang mengerjakan umrah, dan tentu ramai juga yang dah mengerjakan haji.. Rasa syahdu sebenarnya bila cakap pasal Arab Saudi ni.. terutama hati hati yang rindukan Baitullah dan Masjid Nabawi. Insya-Allah.. Akan sampai masanya untuk keadaan kembali stabil dan kita berpeluang ke sana semula. Insya-Allah. Buat masa ni, kita bersabar... dan buat apa yang boleh di sini ya.

Okay, kat sini aku nak kongsikan satu cara kita boleh travel secara maya.. ke Arab Saudi. Walaupun baru-baru ni, kerajaan Saudi dah umumkan Malaysia antara negara yang tersenarai untuk ke sana dengan visa pelancong.. Kita masib belum boleh lagi lah nak ke sana sebab sempadan negara masih ditutup untuk kita ke sana tanpa alasan yang kukuh. 

Tapi tak apa. Berbekalkan syarat suka membaca, ada masa, kita boleh travel ke beberapa kawasan di semenanjung Tanah Arab Saudi ini. Tadaaaaa

Buku travelog ini bakal diterbitkan, tidak lama lagi.. Insya-Allah.


Kalau apa yang terbayang tentang Arab Saudi adalah padang pasir (selain dari Haramain), maka kita adalah salah ya, kawan-kawan. Negara Arab Saudi merupakan negara arab terbesar di semenanjung arab. Negara ini letaknya di bahagian barat daya benua Asia. 

Arab Saudi merangkumi beberapa wilayah fisiografi yang berbeza. Lembah, kawasan persisiran pantai, dataran pasir dan juga dataran tinggi. Dengan itu ia turut memberikan iklim dan ciri muka bumi yang berbeza hampir di setiap wilayah. 

☘️Terdapat kawasan yang lembab dan subur seperti di Taif dan wilayah Asir. Kawasan tanah tinggi yang menghadiahkan suhu nyaman serta taburan hujan yang tinggi sepanjang tahun. 

🏖Kawasan pantai dan pulau yang cantik dan terjaga baik. Membiru seperti batu sapphire. 

🏰Kawasan yang menyimpan kisah silam dan sejarah pahit manis para nabi. Menjadi saksi kesukaran dan pengorbanan untuk menyibar syiar islam. 

❄️Kawasan yang mempunyai musim sejuk sehingga 0 darjah celcius pada musim sejuk. 

🏜Kawasan padang pasir yang kaya dengan khazanah alam. Penuh cerita kehidupan zaman berzaman. 

Oleh itu, sebagai duta kecil rakyat Malaysia yang menetap di Arab Saudi, puan penulis ini meletakkan dirinya sebagai ejen yang mempromosikan negara ini melalui penulisan. Mari kita simpan impian untuk datang melancong ke negara ini. Tidak rugi kerana ia sangat indah! 

✅ Buku TRAVELOG BUMI SAUDI dicetak bewarna penuh dengan layout yang menarik! 

✅ Kualiti kertas glossy supaya keindahan dan kualiti gambar terpancar dari buku terus ke hati. Pembaca akan dapat menikmati perjalanan cerita dengan baik. 

✅ Gaya bahasa yang santai dan tidak berat. 

🗺 Lengkap dengan peta, jarak dan jadual perjalanan. 

✅ Sebagai rujukan, penulis juga berkongsi cara untuk memohon visa pelancong dan juga jenis-jenis visa yang ada di negara Arab Saudi. 

🟢 DO & DON’T sebagai lampiran di akhir buku supaya kalian datang dengan keadaan yang cukup sedia mental dan fizikal. 

RE-ORDER sekarang dengan harga Rm69, akan dapat Free Gift buku DOA MUSAFIR bersize kecil yang boleh dibawa ke mana sahaja ketika bermusafir! Amalan dan doa untuk musafir mengikut sunnah nabi. ❤️

So, kalau korang berminat boleh tekan link ini dan order ya:

Beli buku Travelog Bumi Saudi

#diaribonda3R  #travelogbumisaudi

Sunday, July 25, 2021

Bahan PdPR Pendidikan Kesihatan Tahun 2 - Penyakit Konjunktivitis & Penyakit kaki, tangan dan mulut

 Assalamualaikum..

It's been a while.

Saja singgah sini dan update setelah sekian lamanya.
Nak share bahan untuk kelas PK tahun 2, tajuk penyakit konjunktivitis, kaki, tangan dan mulut.

Aku pun newbies tiba-tiba kena ajar PK menggantikan sorang cikgu ni yang dah pencen.
So silalah guna dan download ya kalau berkaitan.

Harap watermark jangan dibuang sebab itu tanda hasil kerja aku. Bahan dalam pdf ya

Bahan 1 ialah isi tempat kosong


Bahan 2 ialah poster langkah
pencegahan.



Klik sini untuk bahan 1

Klik sini untuk bahan 2

Bahan ni simple je. Aku mengambil kira budak-budak ni ada yang tak ada akses internet, dan berkongsi telefon dengan parents dan adik beradik lain.

Lagipun dorang darjah 2 kan..

Okay.. semoga bermanfaat..

Friday, November 20, 2020

Embara Kasang diselimuti Oasis dan Tinta Haramain


Assalamualaikum.. 

Siapalah yang tak rindukan Haramain kan? Lebih lebih lagi mereka yang pernah di rezekikan menjejakkan kaki di sana.. Kenangan mengerjakan haji dan umrah pastinya sentiasa tersemadi di sanubari... Dan sentiasa dihimpit rasa rindu untuk ke sana lagi. 



Yang belum berkesempatan, saya juga hampir pasti anda menyimpan rasa dan cita cita juga untuk ke sana. InshaAllah, sampai masanya, udara dari tanah suci juga akan melalui rongga hidung dan dada. Betul, masih oksigen yang sama, tapi tak dinafikan ianya lebih istimewa. 


Ha! 

Saya nak ajak anda semua pencinta Haramain dan bakal tetamu Allah sekalian untuk dapatkan buku-buku nukilan Hajah Masnira Ramli ini. 


Kenapa kena beli? 

Sebab saya suruh. Hehe. Tak, tak. Saya nak ajak anda terbang secara maya ke sana, dengan membaca karya Hajah Masnira Ramli ini. Beliau adalah anak Malaysia yang sudah menetap di sana selama 10 tahun. Dan masih di rezekikan berada di bumi barokah itu hingga hari ini, bersama keluarga kecilnya. 

Sebagai seorang yang dah lama menetap di sana pastinya beliau kaya dengan pelbagai pengalaman dan kisah tersendiri. Semua ini di garap dengan baik hingga lahir lah buku, Embara Kasang diselimuti Oasis, dan karya terkini beliau, Tinta Haramain. 


InshaAllah, anda tak menyesal membelinya sebab selain dari mengimbas memori berada di sana, kita disajikan dengan kisah warna warni kehidupan sebagai anak rantau di sana. 


Anda yang biasa travel, pasti juga suka. 

Anda yang belum berkesempatan ke sana, akan jatuh hati juga. 

Kenapa? 

Sebab banyak kisah menarik pertembungan budaya antara benua. 


Harga sebuah buku ialah RM27. Jika mahu kedua duanya, harganya RM54. Sebagai tanda penghargaan kepada pembeli dan pembaca, bakal disertakan juga minyak wangi yang diterbangkan khas dari Makkah untuk anda. Wuuu mengimbas kenangan di Haramain lagi dengan perfume arab 😉



Jadi, tunggu apa lagi. Boleh klik link di bawah dah teruskan pembelian ya. Saya tunggu.. 😆❤️❤️❤️ (yang ada akaun shopee boleh beli dari link shopee, dan save beberapa RM untuk kos pos!.. Ha bijak ke... sangat bijak tu??) 

Untuk pembelian, jemput klik link ini ya.. 

https://linktr.ee/Didi.Kartika.Osman