Tuesday, April 15, 2008

Hari Berjalan-Jalan

~Sabtu 12 April 2008~
______________________________________________________________

Pagi yg indah.. hari pertama bebas.. hehe bunyik cam baru kuar penjara je.. bukan bebas apa, bebas dr praktikum.. n bkn la bermaksud praktikum tu sesuatu keadaan yg sgt teruk mcm dipenjarakan..cuma rasa cemuih dgn memacam kehendak unit praktikum yg terpaksa kami comply.. kot x kang x pass plak kan..

Rajin
Rajin ke? Smlm dah officially tamat tapi this morning still want 2 go to SKFMA(SK Felda Mata Ayak).. arini ada gotong royong anjuran PIBG sekolah.. initially i don't want 2 join tp terpikir ada skiit je lagi brg aku yg blum habis aku kemaskan kat dlm bilik guru tu maka aku merajinkan diri untuk join Zu gi ke Sekolah.. Pagi ni Kak Shidah amik kami kat maktab.. Sampai sekolah sejam kemudian, memandangkan kami singgah beberapa tempat untuk Kak Shida settle kan urusan peribadinya.. sampai2 sekolah pn, cikgu yang ada cuma Cikgu Chek Azis, Kak Aifa, Cikgu Chot n Cikgu Abdul.. yg lain x nampak btg idung. oo a'ah arini ada Hari Pendidikan Islam kat SK Padang Besar. Mesti la ustaz n ustazah serta cikgu muzik dah gerak ke sana..

Sampai2 je sekolah aku terus tuju ke tahun 4..sbb utama aku menjejakkan kaki ke sini ialah utk update english board dlm kelas sebenarnya..tgk2 ada 4-5 org bdk perempuan tgh menyapu2..rajin tul depa di saat bdk lain masih layan tido n bermain2
di ujung minggu..



Sib baik jugak ada depa ni leh tulun2 aku mana yg patut..sambil2 layan bersembang.. selama ni jarang bersembang dgn depa..depa yg dok bersembang kat blkg masa aku mngajar..chaiss..ingat aku x prasan ka... erm..mereka ni termasuk dlm golongan yg memerlukan lebih perhatian masa P&P..

Acara selingan2 masa xtvt ni ialah makan.. walaupun aku sbnrnya rush nak siapkan keje aku tp beberapa kali di ajak makan oleh cikgu2.. layan je la.. lgpun pasni x tau bila leh bersua muka.. Gi kantin, tgk2 team soccer tgh berlatih kat padang dgn cikgu rahim. erm ada dia ni sahih kena usik, jd aku mengatur strategi utk menyuruk n kuar bila Zu ada..ngeh3 berpadu dgn Zu leh gak menepis2.. Tetiba nampak beberapa jejaka2 muda,rupanya2 bdk2 sbe berempat tu pun menjoin kan diri mereka hari ni.. bagus2 rajin tul..


Melencong
Dekat2 pukul 11.30 Kak Shida ajak balik dah, tp dia ajak melencong dulu ke Padang Besar..ngeh3 best gak tu, dh lama x gi.. Nama je 12 minggu dok ulang alik dr Kangar ke Padang Besar tp baru ni nak sampai ke sana.. al maklum lah kami ber2 insan2 yg x punya kereta.. walapun banyak kali dorang offer2, tp selalu je pelawaan x kena dgn masanya.. sebelum gerak tu, aku n Zu bergambar dgn guru2 pembimbing kami yg penuh dedikasi, Kak Aifa (Guru Pembimbing Major) & Kak Shida (Guru Pembimbing Minor)... sesungguhnya aku amat bersyukur dan berterima kasih pada depa yg berkaliber n sporting ni.. Terima Kasih Cikgus...

Zu, Kak Shida, Kak Aifa & Dd

Dah berjalan ke PB mesti nak gak bli2 something kan.. Aku tgk Kak Shida dok ralit kat 1 gerai jual brooch n jewelleries. Aku n Zu memasing berpecah.. Sbg tanda kenang kenangan aku pernah duduk kat Kawasan Padang Besar Utara yg berposkod 02100 ni, aku bli seutas gelang tangan dr batu..err batu apa ntah.. Saja la.. tgk gelang tu nanti ada gak memori nye..isk3.. Kalau ada fulus lebih byk lagi yg aku teringin nak bli, tapi x leh la kan..kna gak beringat utk zon bahaya bila dah posting x lama lagi.. Lepas tu Kak Shida bawak kami makan kan Restoran Tok Mek dekat depan Timah Tasoh tu.. merasa gak makan kat kedai yg pernah dilawati Maria Tunku Sabri satu ketika dulu..heheheh

Tetiba ptg nya, Ain ajak aku temankan dia makan kat luar. Ingat x mo makan malam dah tapi aku gagal melawan nafsu makan hehehe lelebih lagi bila Ain umpan nak ajak makan kat Pokok Tui.. Nak gak rasa apa yg special sgt dgn kdai makan Pokok Tui ni, slalu je dngar org dok sebut2..erm..biasa2 je tp luar biasa la skit compare dgn cafe2 kat dlm maktab ni..

Kesimpulannya satu hari ni aku berjalan.... tanpa membuat kerja rumah yg menimbun itu..





Monday, April 14, 2008

Penutup 12 minggu..

~Jumaat 11 April 2008~

Akhirnya.. hari ni muncul jua..penutup kepada 12 minggu yang penuh.... err.. kegembiraan, keterharuan, keseronokan, kesedihan, keserabutan, kekacauan minda, jiwa dan emosi dan memacam lagi kisah suka duka insan2 yang baru nak bertatih dalam profession perguruan..

Tahniah aku ucapkan kepada diri aku sendiri kerana dengan izin Allah, aku berjaya jugak menyudahkan satu fasa yang paaaling penting dlm KPLI.. malam tadi aku payah nak tido.. salah satu sbb nya aku dok menyiapkan report tuisyen yg perlu ku hantar pada Kak Milah.. dan sbb lain, entah.. ada 1001 rasa.. dr malam tu sampai ke saat aku nak capai beg dan meninggalkan bilik untuk gi ke sekolah , rasa memacam n terbayang2 je hari pertama aku gi sekolah utk praktikum.. perasaan tu x sama.. dulu penuh dgn rasa ragu2 dan garu2.. takut2 bercampur excited(sket je excited nya!)

Hari ni Zu pakai baju baru...ewah2... aku pakai baju lama je..tp baju yg aku suka la.. ramai kawan2 yg pakai baju kebaya hari last ni...tp aku segan la..dan rimas juga.. cukup la aku pakai masa Final Observation 27hbMac aritu..

Seharian aku sibuk mengemas2 barang...pulang kan buku2 bdk n worksheet dorang, n memacam buku2 sekolah yg aku pinjam dari pelbagai tempat..Bilik SAL,BOSS,dr Kak Aifa..

Kelas terakhir aku dgn bebudak darjah 4 Mawar hari Jumaat pukul 10.35am - 11.35am.. rasa sedih gak tapi perasaan nak semua ni cepat berlalu rasanya lebih kuat lagi. Dari pagi lagi dah rasa sedih bila ada yg dtg jumpa aku kat Bilik Guru menyuakan hadiah.. isk depa ni mcm aku dah x masuk kelas je.. tp lepas aku pk2, agaknya mmg naluri bdk x tahan menyimpan surprise..
Pagi sblm rehat tu jgk sorang bdk 4 mawar dah dapat cenderamata kenangan dr aku n zu, sbb ingat dia nak balik awal coz demam.. Dia lah Lukman, student kesayangan, hehehe bias aku nih..

Masa sejam dlm kelas terakhir ni aku guna utk distribute special bookmark yg aku buat utk dorang, sekali dgn coklat bulat2 & badge pucca... dalam aku menahan sebak masa berpesan2 dgn bdk2 ni ada pulak sorang yg tetiba nangis...rozaini... alahai... cikgu dah penat menangis pasal korang..

Ada rasa kepuasan bila tgk depa suka dgn bookmark yg aku buat..special tuh..ada muka dorang n muka aku skali huhuhuhu.. tak tau nak bg apa..tp rasanya dah jadi mcm tradisi plak cikgu praktikal hadiahkan bookmark pada students masa nak berpisah..


Dalam kelas








kat tepi Danau Sejahtera






dengan prefects 4M + Manisah Thn 5




Mereka murid-murid pertama saya dalam kisah saya menjadi cikgu sekolah rendah......





Wednesday, April 09, 2008

Mr / Miss SKFMA

~Wednesday 9th April 2008~

Aku menjadi semakin tidak bermotivasi menjelang hari2 terakhir menjadi Cikgu & Teacher praktikal.. Kelas PSV utk 4 Mawar hari ni berjalan tanpa ada lesson plan secara hitam putih. Semuanya ku visualkan dan di plan dlm kepala. Memandangkan ini kelas PSV kami yang terakhir,aku terpikir nak wat something different yet enjoyable,for me and especially for them.. Aku planned nak suh bebudak tu buat group work. Task yg aku bagi: Pilih seorang wakil kumpulan..Hiaskan ahli kumpulan anda itu dengan menggunakan perhiasan yang dibuat menggunakan bahan2 terbuang,spt surat khabar lama, dedaun dan bunga kering... Untuk tak menyekat kebebasan mereka ni berkreativiti,aku sengaja x bagi apa2 restriction..mcm apa2 theme or syarat.. ni first time dorang buat aktiviti seumpama ini, so aku takut gak kalo objektif x tercapai..

Itu pun..masih lagi berlaku the unexpected ..mcm bdk2 ni bergaduh sesama group..hadoooi laa x kuasa betul aku rasa. Bukan la bergaduh bertumbuk tu..tapi memasing dok menuduh group lain meniru ciptaan dan rekaan dorang.. padahal biasa je aku tgk.. itu girls group.. yg boys lain cerita plak.. dok berkejaran ke sana ke sini.. sib baik aku pilih tempat strategik, yg tersuruk skit dr pandangan org..kot tak mau pengsan GB tgk bebudak tu berlari-larian..

Lepas tu, group Syafiqah plak buat hal.. Durrah yg bengang sbb bebudak lelaki dok menyakat dorang telah mengoyakkan baju suat kabar yg dah dipakai cantik oleh model dorang, Nuha.. Si Nuha plak merajuk dan tak mau jadi model untuk group tu. Bukan merajuk je,menangis sekali. Si Durrah pulak dah lari menyorok ke mana.. hai... L.E.T.I.H.....
Belum lagi masuk kisah group Shahrul. Yang ni kalau x buat hal mmg x sah. Aku kecik ati betul dgn perangai Shahrul ni.. bukan kali ni je tp dah byk kali..aku nak kata jgk, dia ni mmg b****p.. jgn la aku berjumpa dgn anak murid mcm ni bila dah posting nanti..


Biar penat.. biar letih.. tapi at the end of the lesson bila aku sedar at least 1 of the learning outcomes yang aku planned tercapai.. rasa puas sgt.. hilang rasa marah berbuku2 tadi.. hilang rasa penat berkejar-kejar dgn depa tadi.. hilang rasa kering tekak sbb menjerit2 panggil dorang td.. sbb aku tau dorang enjoy.. aku tau dorang dah blajar sesuatu dalam sesi P&P dengan aku..
mana lah tau.. one day kalau dorang akan bertemu lagi dengan aktiviti seumpama ini, dorang akan ada idea on what they should do.. selain tu, aku leh nampak sikap kerjasama n tolong menolong yg susaaaaaaahh sgt aku nak tgk kalu aku bg group work dlm kelas B.Inggeris..

*Aku mengajar kelas yang sama untuk 2 subjek; English & PSV whereby most of them act differently in these 2 subjects.. mereka sgt bersemangat untuk kelas PSV tp agak kurrrrenng dlm English Class..mungkin cikgu dorang ni kot yg x reti..



Dari kiri: Izaz, Lukman, Nuha, Zulaika, Azira & Sabrina... dorang sendiri yang request nak 'memperagakan' hasil keje dorang dalam dewan... aku layan kan aje..lagipun bukan ada org guna dewan pun.. ****aku agak bias masa menolong bebudak ni tadi.. habis, antara org yg b'sungguh2 nak buat dgn org yg buat endah x endah dgn tugas yg diberikan...mestilah aku pilih org yg menunjukkan kesungguhan tu.. antara bdk yg menghormati aku sbg cikgu dgn bdk yg bercakap dgn aku mcm b'ckap dgn....




Tuesday, April 08, 2008

Fruit Punch

Hari kedua dalam minggu terakhir... ~ Selasa 8/4/8~
Hari ni aku bercadang nak menjalankan lesson plan yg akan bersangkut paut dengan Inovasi Pedagogi & Kajian Tindakan. Chewah bunyi mcm boguss je padahal x de apa pun, besa2 je..
For my English class, I planned to teach them on how to elaborate process of making or preparing something, which stress on the sequence connectors.. ala penggunaan first, second, then, after that, next, finally and last tu la.. aku dah pernah ajar dulu tp penggunaan BBM tu x berapa nak best la.. cakap2 n terang2 sambil wat action lelebih kurang je.
Bila Sareen bercerita yang dia buat demonstration wat fruit punch on her final observation, aku pun terpikir nak wat benda yang sama..assume mcm simple farewell party la kot, huhuhu.. lagipun aku x pernah belanja bebudak tu apa2 sebelum ni..