Sunday, October 16, 2011

Sandwich dan puding roti

Lamanya tak update..

Takde reason.
Walaupun ada banyak je benda nak diceritakan. Maka, entri ini adalah entri minggu lepas (lepas-lepas pun mungkin, )

UPSR dah selesai kan. Jadik aku masuk kelas tahun 6 adalah dalam mode rilex.
Kadang-kadang tension, sebab budak-budak ni macam dah terpesong terus dari ilmu pelajaran.
Tau nya nak main. main. main.
Payah betul.

Ini adalah aktiviti dengan budak tahun 6. Sebab tahun lepas aktiviti ni berjaya mendapat perhatian maka tahun ni haruslah diulang,,,, kata tak nak belajar sangat kannn

P/S-Sandwich adalah air tangan pelajar. Puding roti yang cun itu (hiks!) adalah buatan aku.

Mari melihat gambar,
















Friday, October 07, 2011

Love in the ice

I like ^^

Dulu, dan masih lagi kini..


beautiful music, amazing voices..

KPLI vs PERGURUAN TULEN

#sentaphatimaknak

Aku kan..
Aku kann..
Aku kannnnnnnnnnnn

Tak berapa nak gemar kalau orang sibuk nak pertikaikan kredibiliti seorang guru yang mempunyai sijil KPLI.
Iye.
Yang belajar ilmu perguruan setahun je kat maktab tu.
Yang digelar cikgu segera.
Yang dikatakan jadi cikgu sebab tak dapat kerja lain.


Nak banding-banding sangat tuan pemilik sijil KPLI dengan sijil perguruan TULENNN, buat apa?
Satu tak semestinya melambangan semua.

Yang paling penting, bukan semua pemegang sijil peguruan tulen itu betul-betuuuullll dedikasi dalam menjalankan tugas. Seriously, BUKAN. Pecayalah.
OK. Kita takyah cakap pasal dedikasi. Aku pun rasa aku tak cukup layak nak dapat gelaran dedikasi.

Tapi I've seen enough cases of them yang buat kerja ala kadar + hampeh (I wrapped in 1 word, senang. Itu paling sesuai)
Aku tak tergamak nak taip di sini. Karang orang yang bukan di bidang ini membaca, mungkin rasa tak percaya dan was-was pada insan-insan yang bergelar guru ni.

Dari kita dok susah payah nak perah otak, memikir apa lagi ye nak kutuk 'cikgu segera' ni, kan lebih baik kita duduk diam-diam & buat refleksi sendiri.

"Bagus sangat ke kerja aku selama ni,?" Apa penambahbaikan yang perlu aku buat untuk membantu anak didik aku,?"

P/S-Sekian, aku, pemegang sijil KPLI.

Thursday, October 06, 2011

Mengenang kesusahan lalu

Bila aku imbas-imbas balik, aku pernah melalui 1 kehidupan yang agak menyedihkan.

Lepas je habis UIA, aku dan beberapa rakan pakat-pakat menyewa kat Taman Melati, Gombak.
Rumah-rumah flat kat tepi Terminal Putra Gombak tu.

Tak banyak sangat memori yang aku ingat, cuma:
  • rumah tu kat tingkat 5, atas sekali.
  • menyewa 5 orang masa tu
  • tangga nak naik rumah tu busuk dan kotor
  • sewa murah je, tapi as a jobless person terasa jugakla.. masa tu baru nak cari2 keje
  • perabot memang takde. sorang housemate tu bawak tv & dapur. dapat jugak la tengok tv.
  • paling sedehh, hari mula-mula masuk, tido ramai-ramai atas kain yang dibentang atas simen. daif betul =(
  • takde almari baju. baju dok berlipat dalam beg baju + beg plastik. huhuh sedehh lagi.
  • makanan pun masa tu ala-ala kadar je
  • bila sidai baju basah, selalu je terjatuh ke bawah.
tak best, tak best, tak best

********Pengalaman best pun ada.. Nanti kat lain entri =) ********

Apapun, itu pengalaman pertama menyewa. Cam naif + blur2 je masa tu.
Disebabkan pengalaman itu juga, aku jadi sangat selektif dalam memilih housemate.

Frasa 'Rumahku Syurgaku' tu,  memang betul kan? Untuk orang bekerja, lepas separuh hari berdepan dengan pelbagai karenah manusia+masalah+cabaran+pancaroba, rumah adalah tempat yang kita harap boleh berehat dengan baik, tenang & aman.

Sebab tu kita berusaha jadikan rumah kita 1 tempat yang best. Ikut selera masing-masing la, of course ^^