Sunday, April 07, 2013

Catatan Perjalanan ke Korea Hari Ketiga (Korean Folk Village)

Asalamualaikum Warahmatullah..

Hari ketiga di Korea, 16 November 2012, Jumaat. We planned to go to Suwon area (outside Seoul). Nak ikutkan jadual kami, ada 2 tempat nak singgah, Korean Folk Village & Hwaseong Fortress. Sebab dua-dua tempat ni kalau tengok dalam peta macam berdekatan.
'Macam' dekat ye, hehe.

Daff was the tour guide that day, hehe. Hari sebelum tu kononnya aku lah kan yang jadi tour guide sebab aku yang study cara nak ke Nami Island  (walaupun kesesatan juga!)

Bicang punya bincang, aku dan Daff putuskan nak ke Korean Folk Village dulu. Pastu nak ke Hwaseong Fortress. Pastu kalau sempat nak ke KBS Suwon Centre (KBS Suwon Drama Centre, an indoor & outdoor filming site)

Seriously aku dah mula lupa-lupa details pasal trip hari tu**pangg pipi sendiri**
Tak silap aku ada kejadian kot hari tu.. patutnya kami bertukar line train somewhere, tapi tak boleh sebab keadaan dalam train yang padat.. Tak boleh nak bergerak walau se inci, apatah lagi nak keluar.
Jadi, kami kena tukar route lain masa tu. Tapi takpe je, pusing la ikut mana pun, janji sampai. Sebab kat sana kan line subway bersimpang siur. Tinggal lagi nak cari intersection je.

Ha! Ini pun sesuatu yang backpackers ke korea wajib tau. Those yang travel dengan agency tak apa tak yah amik tau huhu..

Waktu pagi, kalau travel guna train, bersedia untuk menghadapi keadaan train yang sesak padat mampat.
Mula-mula jumpa tren yang padat, kami fikir ah takpelah kita naik the next train. Tapi lepas 1,2 tren berlalu pun masih padat dan mampat, rasa macam, eh ni pukul berapa nak berkurangan manusia di dalamnya ni. Datang tren seterusnya, kami tekad redah je masuk bersama-sama dengan local. Diorang pun main tolak je. Kami pun apa lagi, ikut sekali!

Rupanya, memang begitu ye. Kami dapat tau dari sekumpulan cecikgu di Jeju, memang begitu situasi dalam tren yang padat di Korea.(Diorang ni pun dapat tau dari tourist guide dorang - Student U yang wat part time as tourist guide) Cuba je menyelitkan diri korang. Tolak je. Nanti yang kat dalam tu akan cuba squeeze themselves. Aku memula tu fikir macam kongajooo sangat nak tolak-tolak orang macam tu (sebab kalau kat KL aku memang akan tunggu sampai jumpa tren yang kurang padat, ada ruang sikit pun jadi la).

Kalau nak kira bergesel, memang bergesel sesama penumpang . Yang penting, kita pakai baju kan. Dan setakat ni takdela aku rasa macam kena raba ke apa. Oh lagi satu yang PENTING, jaga beg tu baik-baik. 

Itu kes nak masuk. Kemudian kes nak keluar dari tren pun hazab jugak. Tapi cuba je. Alert la, dah dekat nak sampai stesen kita nak turun, ready je nak bergerak ke arah pintu. Alert juga dengan pintu keluar, ada di sebelah mana. Buat muka yakin, dan cakap la "excuse me..excuse me..". Kalau rasa lagi yakin, boleh cuba cakap Korea, "chaesung eyo.."..Tapi aku adalah segan, hihih. Excuse me, sudehh.
Memang susah, tapi diorang akan cuba beri laluan..

(Inilah cabaran backpackers ye, huhu.. Tapi takpe sebab kita jimat kan kos di situ)


Boleh tahan jauh jugak la dari Hyehwa ke Suwon. Kalau nak kira stesen, dalam 28 stesen (kalau ikut laluan kami hari tu).. Lebih sejam duduk dalam train. Awal-awal naik train tu memang tak dapat tempat duduk. (Jangankan nak dapat seat, nak berdiri pun bergesel badan ok) Tapi lepas train mula bergerak jauh dari Seoul makin ramai yang keluar dan duduk lah kami dengan aman. Siap boleh sambung tidur kalau nak! (Tidur duduk ye,, jangan ko buat perangai nak baring dalam tren pulak walaupun banyak tempat duduk kosong) Tapi ni baru hari ketiga.. Energy aku serius mantap lagi hari tu, hehe.

Sampai je depan pintu masuk Folk Village ni, belilah tiket masuk dengan harga 15000KRW (kalau convert duit kita harganya lebih kurang RM45). Kat sini style kalau beli tiket untuk 2 orang, dia masih akan bagi 1 je tiket. Cuma kat tiket tu ada printed - admission for two.
Jimat kertas kot. Tapi salah sorang je la boleh simpan tix tu nanti buat kenangan.

Sampai sini lebih kurang pukul 11.00 ++. (dah nak tengah hari.. sekaligus macam memberi gambaran awal trip hari ni macam ada tempat yang nak kena let go! huhu)

Sejuk(sangat)
Lapar juga.

Jadi kami decide untuk makan dulu. Bekal ada je dalam beg. Makanan standard kami. Nasi. Serunding. Sambal ikan bilis. Tapi tak mampu nak duduk-duduk makan kat open area. Karang ada yang jadi ais.
Maka kami buat keputusan untuk makan dalam restoran.

Order nasi dengan tofu stew. Amik 1 set je, kongsi. Sebab kami dah ada bekal.


Mari kita perlahan-lahan  keluarkan bekal kita, ye.. Jadi hari tu ada extra nasi. Alhamdulillah, kenyang.
Waitress/cashier tu tengok je makanan atas meja kami (sebab meja kami sebelah cashier) tapi kami buat selamba hehe..
Siap hidangkan lauk sendiri (serunding) dalam piring.
Side dish (banchan) tu memang dorang bagi. Kira macam pakej la.

Dah makan, rasa lebih bertenaga dan panas sikit.
Let's explore the minsokchon!

Hmpphh gemuknya saya.

Kita layan gambar aje lah ye? 

 Wishing tree


 Osso seyo...




Aku suka kot jalan kat dalam ni.. penuh dengan binaan orang zaman dulu-dulu

 
Jom masuk dalam kawasan rumah lama ni..


Sebijik macam dalam saeguk drama 

Mari kita lihat dalam kawasan ni pula.. 

 Wuwuwu.. Shooting scene drama Sungkyungkwan n Scandal here!


 Dalam perkarangan yang sama, lokasi penggambaran drama The Moon That Embrace The Sun!

 Prince Yang Myung dalam The Moon That Embrace The Sun!


 Cuba main permainan dalam drama tu, (sambil diperhatikan Yang Myung Prince) hehe


Lakonan diteruskan di rumah yang lain.. cili kering..




Lihatlah semak di belakang rumahhhh


Another shooting location from The Moon That Embrace The Sun... aww.. love this place!




Jumpa pondok.. main stone-scissor-paper... sabo je lah hehe

Love this cart!

Gigih pekerja-pekerja ni membaikpulih atap dalam cuaca sejuk!

Kedai cenderahati.. kompom mahal.. hehehe.. pastu pantang ko sentuh sikit barang dia lepas tu terus dia susun balik.. depan-depan ko..

Spring water.. Idok la aku berani mencuba meminumnya. mesti banyak mikro organisma dalam air ni huhuh


Cantik sangat dalam ni.. Tapi sebab nak kejar masa maka masuk dalam seminit dua saja..

Oh tembok ni sangat fofuler dalam saeguk drama! Paling terkini ialah dalam drama Arang and the magistrate

 Mahkamah zaman dolu-dolu!


3 jenis seksaan dalam mahkamah.. Saeguk drama fans mesti familiar dengan benda-benda ni kan sebab pernah keluar dalam drama


Ah-ha! Cemana rasanya bila kena pukul sambil berbaring di sini yew... hmmm.

 Baiklah! Mari kita berlakon! hahaha

Bajet comel.. hahaha.. encik tulun jangan hukum saya cik


Masuk jail

Jom jalan lagi..


Aku yang obses dengan pokok..


Kami..


 Cantik.. Mata air.


Rumah ni..macam pernah nampak dalam drama.. tapi da confuse drama yang mana satu


Kami terlepas.. Sebelum kami datang ada wedding ceremony kat sini..


Cantik kawasan belakang rumah ni.. walaupun daun bersepah-sepah


Bergambar dengan makcik cleaner.. diorang pakai pakaian tradisional sambil menyapu ok



Hehehe obses pokok lagi!


 Belakang tu, "arched bridge".. Sangwat awesome pemandangan di sekitar tempat ni, especially atas jambatan tu~

Subhanallah... Bersyukur dapat menyaksikan keindahan alam seperti ini..

kincir air


Tempat ni penuh dengan poster drama.. hehe lama kot kami spend masa kat sini.

Arang and the magistrate


Yang kanan, baju casts dalam TMTETS.. Yang kiri baju casts dalam Arang


Micky Yuchun!


King Lee Hwon


SKKS family

 Moon Shik beside me!


Dr. Jin


Bergambar sebelum keluar dari Folk Village


Dengan gadis penjaga tiket


Kami mula 'merayau' dalam ni lebih kurang pukul 12 tgh hari.. dan keluar dari sini lebih kurang pukul 4 petang.

Sempat juga kami masuk ke kedai menjual cenderahati. Tak ada snap gambar dalam kedai. Sebab busy pilih barang. Mahal memang mahal. Tapi dah namanya pelancong,, sekali sekala sampai..

Ini barang yang aku beli..
Kemain lama berpikir,, beli ke tidak beli ke tidak.. kenapa? Sebab macam ni je tak silap aku dah 13000 won.. dalam RM33.. Tapi aku berkenan sangat dengan kain, warna dan corak hanbok ni. Tak dapat beli hanbok sebenar beli mini hanbok pun jadiklah..
 Aku ingatkan benda ni cuma hiasan je..leh sangkut-sangkut.. rupanya benda ni juga ialah potpouri

Dibuat menggunakan kain hanbok sebenar.. aku suka kain kaler biru tu..

Sekian saja corat coret perjalanan dalam Korean Folk Village.
Memang penat berjalan. Semalamnya dah penat pergi ke Pulau Nami. Sambung lagi kepenatan itu dengan berjalan dalam ni ye. Memang ohsemm.

Monday, March 25, 2013

Cara ke Korean Folk Village, Yongin

Asalamualaikum Warahmatullah..

Hari ketiga di Korea, 16 November 2012, Jumaat. We went to Suwon, as we planned to visit Korean Folk Village & Hwaseong Fortress. (but at the end we didnt make it to Hwaseong Fortress! time constraint~)

Ada beberapa cara nak ke Folk Village ni. Dalam entri ni aku cuma cerita macam mana kami ke sana. Nak cara lain, sila google lagi.

(hehe kemonn backpackers kena rajin sudy ^^)


Kami naik subway dari Stesen Hyehwa (Line 4) menuju ke Stesen Suwon (Line 1).
[Baca Hyehwa: Heihua. That's how Korean pronounce it. It takes me few days to realize this.. Awal-awal tu dok sebut 'Hiyehua'.. muahaha sukatik aku je..]

Sampai je Stesen Suwon, keluar ikut Exit 4. Toleh-toleh sikit kiri kanan. (sebab aku dah tak ingat kat belah kanan ke kiri, hehehe) Nanti akan nampak 1 rumah dengan rekabentuk tradisional Korea. Itulah Suwon Tourist Information Centre. Masuk dalam. Ada Folk Village Office Counter.


The staffs there are multi-lingual. Kat kaunter tu pilih la nak yang cakap BI ke, B.Cina ke atapun B.Jepun.
Tanyalah segala apa yang korang nak tanya pada staff tu. Diorang sedia membantu.

Ada banyak pamplet kat dalam tu. So macam kami yang kena menunggu agak lama sebelum bas sampai memang dok ambil la pamplet tu. Lagipun tak kuasa nak tunggu kat luar ofis sebab sejuk banget. Kalau tak sejuk nak jugak pusing-pusing kat luar tu.

Kalau haus, nak minum, ada water dispenser.
Masa menunggu, kalau takut terlepas bas boleh je mintak tolong kat staf tu alert korang bila bas sampai.
 
Tiket shuttle bus tu percuma ye.  Dapatkan di kaunter. Sila simpan tiket bebaik masa pegi dan pulang..
Perjalanan dengan shuttle bus lebih kurang 30 minit.
Cam biasa kami prefer duduk depan.. Bior dekat dengan driver oppa. hehe.

Jadual perjalanan ke sana, 5 kali sehari. 10:30, 11:30, 12:30, 13:30, 14:30

Masa nak balik tu, ada bas yang akan datang ambil pada jam 14:00, 15:50, 16:30.

Sila plan masa korang bebaik. Jangan jadi macam kami. Masa nak balik tu baru perasan bas baru lepas. Dah terpaksa tunggu hampir sejam dalam keadaan sejuk! (Kesejukan yang melampau dah kalau ikut aku)
Sampaikan aku keluar masuk berdiri dalam tandas.. sebab dalam tandas panas sikit. Tapi kena berdiri..
Nak keluar masuk kedai macam segan sebab tak berapa nak membeli.

Oh ye, ada 1 Tourist Information Centre dekat pintu masuk Folk Village tu.. Cari la.. ada dekat deret-deret kedai di situ. Sebab at last kami dok menumpang duduk dalam tu. Best, sebab ada heater.

Ini ada sedikit info, aku snap dari pamplet.

Sekian, harap dapat membantu ~

P/S:
Kalau bernasib baik mungkin terserempak dengan artis yang buat penggambaran di sana.
Mungkin.
Hehe.

Sunday, March 24, 2013

Cleaning in action

Kerja-kerja pembersihan siri kedua di FB sedang dijalankan..
Ramai bebenau 'kawan' dalam friendlist..
Tapi.... adakah sebenarnya kawan?

OK. *start mode bibik balik..sinsing lengan capai feather duster*
Mari meng unfriend~

Saturday, March 23, 2013

Nasi Goncang dan Musolla di Pulau Nami

Salam.

Lamanya tertangguh entri ni.
Lately memang sibuk di sekolah. Aku biasanya update weekend. Gigih la menaip  2-3 entri pastu auto publish dalam seminggu. Hari sekolah memang tak dapat laa nak tulis entri. Pulak tu dah beberapa minggu berturut kena gi sekolah hari Sabtu.. Biasanya kalau Sabtu kena sekolah hari Ahad tu aku betul-betul berehat. Tiada keinginan menulis huhu..

Dalam entri ni aku nak share pasal 1 restoran yang kami singgah masa di Pulau Nami. Tapi sebelum tu nak mintak maaf sebab aku tak banyak ambil gambar sekitar restoran ni. Entah kenapa masa ni rasa segan nak bangun-bangun dan snap sana-sini..

Nama restoran ni pun aku tak pasti, huhu~~ Sabo je lah..
(TIPS: Kalau nak bertanya pada local dalam Pulau Nami, mcm pekerja dalam kedai ke, leh je tanya camni,, "Dosirak eumsikjeon, odisseoyo?" ---> "Restoran dosirak kat mana ye,,,?"
 Ni kira ayat ok sikit.. kami dulu, guna simple BI and body language je 
"Do you know where is the restaurant? You know, the rice, fried egg & kimchi..(sambil buat gaya goncang bekas  -_____- ) ; tapi mereka paham ok?

Apapun aku akan cuba sebaik mungkin sediakan info untuk yang teringin nak ke sini.


Oh ye, ini adalah halal restaurant, ye.

Masa ni dah sangat-sangat lapar.. Lepas berpusing-pusing dan sibuk bertanya di mana restoran, akhirnya berjumpa.. Terus pilih tempat duduk dan taknak bangun-bangun dah, huhu. Takut orang ambil tempat duduk kami la kononnya. Memang pun, masa tu restoran ni agak penuh.



Tempat makan ada di dalam dan di luar restoran. Tapi sebab kami yang berkulit Malaysia ni dah tak tahan nak disapa angin sejuk musim luruh, maka kami pilih untuk duduk di dalam. Aku ingat lagi masa ni, ada sekumpulan budak-budak tadika yang duduk makan di luar restoran.. Huuhuu apakah. Tahan betul kulit.

Menu yang kami pilih, Kimchi Pajeon a.k.a Kimchi Pancake

Dan ini, Dosirak a.k.a. Nasi Goncang!

Nasinya di dalam bekas tin tu ye. Basically, isi dalam tin tu cuma nasi putih, kimchi dan telur goreng. Itu je. Sebelum makan kena goncang-goncang dulu tin tu supaya kimchinya bergaul rata dengan nasi. Waktu di hantar ke meja biasanya tin tu sangat-sangat panas, jadi kena ambil sarung tangan yang memang di sediakan di kaunter untuk pegang tin bekas makanan ni.

Rupa sebenar makanan di dalam tin itu.. 

Kalau tak kuat menggoncang, nasi tu macam nampak putih-putih lagi.. Tapi takde hal la kot pada aku.. Gaul je lah pakai sudu huhu, apa susah.

Yang pegi Pulau Nami dengan misi nak makan dosirak macam aku, memang bersungguh-sungguhlah menggoncang hehe.. Amik feel katanya..

Rasanya? Biasa-biasa je pun hehe. Kalau nak kata sedap, sedap lagi nasi ambeng kot. Tapi dah namanya makanan signature dalam Pulau Nami ni, maka aku nak kata rasanya UNIK. Mana nak dapat kat Malaysia kan.. 

Bayangkan je lah makan dalam keadaan excited, penat, lapar & sejuk.. Apapun boleh jadi sedap, kan, hehe..

Terus tak keluar dari beg,, bekal kami hari ni..hehe (nasi segera, serunding daging & sambal ikan bilis) dek penangan dosirak dan kimchi pajeon.. ate.. kenyang sudah..

Jenuh gak nak menghabiskan pancake sepinggan ni. Sampai berbahagi.. Ini saya makan.. ini kamu makan.. Ini giliran saya, ok sekarang giliran kamu, Daff..
Rasa masam lebih mendominasi dalam pancake ni, maybe sebab kimchi.. Pancake ni ala-ala lempeng kita kot..

Banana uuyu a.k.a. Banana Milk.. Tak sempat-sempat nak minum dari tadi sebab syok sangat explore Pulau Nami.. (Lagipun dah mula merasa effect minum banyak dengan cuaca sejuk.. Karang sibuk nak cari tandas..)

Alhamdulillah, kenyang. Mission accomplished!

Oh lupa.
Kat mana-mana restoran dalam korea ni (kecuali fast food), bab order air, memang tak sama macam kat Malaysia.. Sebabnya diorang cuma hidang air kosong.. Biasanya memang dah siap tersedia kat atas meja jag-jag berisi sky juice.. Kalau tak pun, kena la bangun dah ambil sendiri cawan dan air dari water dispenser.. Memang begitu budayanya..Air tu minumlah seberapa banyak yang ko mampu..
Sangat menjaga kesihatan kan?

Pssstttt,,, memang payah sesangat nak jumpa insan yang gemuk/overweight/obes kat Korea.. Pelancongnya (macam aku!) je yang gemuk kot. Tskk.. Mereka semua slim river tak kira tua atau muda.

Yang teringin nak ke sini, boleh la ikut map kat bawah ni ye. Aku snap je dari pamplet Naminara Republic.
Dari jeti belah paling kiri tu (Nami Wharf), korang jalan je terus ikut laluan utama..ingat beberapa point penting sepanjang jalan macam Tomb of General Nami, First Kiss Bridge, UNICEF Hall, sampai jumpa BAPLEX Building.

Restoran ni dalam bangunan BAPLEX tu

Ni gambar bangunan BAPLEX

Betul-betul sebelah bangunan putih tu ada 1 bangunan kuning (dia macam bersambung sebenarnya).. Kat bangunan kuning tu la restoran dosirak ni ye.
Yang ada kanopi warna hijau tu ye! Di situ!

Masa menyusuri jalan utama dalam Pulau Nami tu, alert la dengan bangunan di sebelah kiri korang..

Musolla dalam Pulau Nami:


Dalam bangunan BAPLEX ni jugak ada Musolla. Kan nampak kat pintu tu.. Korang masuk, naik level 1.
Musolla tu, masa aku pergi hari tu memang tak separate untuk perempuan dan lelaki. Kongsi tempat wuduk & solat. Pandai-pandai la.. Bila nak solat tu berbahagi masa. Aku tak ada snap gambar dalam musolla. T_____T .. Tapi dalam tu selesa. Berpenghawa dingin. Sejadah pun ada. Cuma kalau nak guna toilet kena cari toilet di luar musolla  la, which is dalam bangunan BAPLEX ni jugak, ground floor. Macam biasa, tak ada gayung / baldi / paip air dalam toilet so jangan lupa bekas air untuk bersuci..

OK. Itu aje cerita pasal dosirak dan musolla. Harap membantu ^^