Showing posts with label catatan perjalanan ke korean folk village. Show all posts
Showing posts with label catatan perjalanan ke korean folk village. Show all posts

Sunday, April 07, 2013

Catatan Perjalanan ke Korea Hari Ketiga (Korean Folk Village)

Asalamualaikum Warahmatullah..

Hari ketiga di Korea, 16 November 2012, Jumaat. We planned to go to Suwon area (outside Seoul). Nak ikutkan jadual kami, ada 2 tempat nak singgah, Korean Folk Village & Hwaseong Fortress. Sebab dua-dua tempat ni kalau tengok dalam peta macam berdekatan.
'Macam' dekat ye, hehe.

Daff was the tour guide that day, hehe. Hari sebelum tu kononnya aku lah kan yang jadi tour guide sebab aku yang study cara nak ke Nami Island  (walaupun kesesatan juga!)

Bicang punya bincang, aku dan Daff putuskan nak ke Korean Folk Village dulu. Pastu nak ke Hwaseong Fortress. Pastu kalau sempat nak ke KBS Suwon Centre (KBS Suwon Drama Centre, an indoor & outdoor filming site)

Seriously aku dah mula lupa-lupa details pasal trip hari tu**pangg pipi sendiri**
Tak silap aku ada kejadian kot hari tu.. patutnya kami bertukar line train somewhere, tapi tak boleh sebab keadaan dalam train yang padat.. Tak boleh nak bergerak walau se inci, apatah lagi nak keluar.
Jadi, kami kena tukar route lain masa tu. Tapi takpe je, pusing la ikut mana pun, janji sampai. Sebab kat sana kan line subway bersimpang siur. Tinggal lagi nak cari intersection je.

Ha! Ini pun sesuatu yang backpackers ke korea wajib tau. Those yang travel dengan agency tak apa tak yah amik tau huhu..

Waktu pagi, kalau travel guna train, bersedia untuk menghadapi keadaan train yang sesak padat mampat.
Mula-mula jumpa tren yang padat, kami fikir ah takpelah kita naik the next train. Tapi lepas 1,2 tren berlalu pun masih padat dan mampat, rasa macam, eh ni pukul berapa nak berkurangan manusia di dalamnya ni. Datang tren seterusnya, kami tekad redah je masuk bersama-sama dengan local. Diorang pun main tolak je. Kami pun apa lagi, ikut sekali!

Rupanya, memang begitu ye. Kami dapat tau dari sekumpulan cecikgu di Jeju, memang begitu situasi dalam tren yang padat di Korea.(Diorang ni pun dapat tau dari tourist guide dorang - Student U yang wat part time as tourist guide) Cuba je menyelitkan diri korang. Tolak je. Nanti yang kat dalam tu akan cuba squeeze themselves. Aku memula tu fikir macam kongajooo sangat nak tolak-tolak orang macam tu (sebab kalau kat KL aku memang akan tunggu sampai jumpa tren yang kurang padat, ada ruang sikit pun jadi la).

Kalau nak kira bergesel, memang bergesel sesama penumpang . Yang penting, kita pakai baju kan. Dan setakat ni takdela aku rasa macam kena raba ke apa. Oh lagi satu yang PENTING, jaga beg tu baik-baik. 

Itu kes nak masuk. Kemudian kes nak keluar dari tren pun hazab jugak. Tapi cuba je. Alert la, dah dekat nak sampai stesen kita nak turun, ready je nak bergerak ke arah pintu. Alert juga dengan pintu keluar, ada di sebelah mana. Buat muka yakin, dan cakap la "excuse me..excuse me..". Kalau rasa lagi yakin, boleh cuba cakap Korea, "chaesung eyo.."..Tapi aku adalah segan, hihih. Excuse me, sudehh.
Memang susah, tapi diorang akan cuba beri laluan..

(Inilah cabaran backpackers ye, huhu.. Tapi takpe sebab kita jimat kan kos di situ)


Boleh tahan jauh jugak la dari Hyehwa ke Suwon. Kalau nak kira stesen, dalam 28 stesen (kalau ikut laluan kami hari tu).. Lebih sejam duduk dalam train. Awal-awal naik train tu memang tak dapat tempat duduk. (Jangankan nak dapat seat, nak berdiri pun bergesel badan ok) Tapi lepas train mula bergerak jauh dari Seoul makin ramai yang keluar dan duduk lah kami dengan aman. Siap boleh sambung tidur kalau nak! (Tidur duduk ye,, jangan ko buat perangai nak baring dalam tren pulak walaupun banyak tempat duduk kosong) Tapi ni baru hari ketiga.. Energy aku serius mantap lagi hari tu, hehe.

Sampai je depan pintu masuk Folk Village ni, belilah tiket masuk dengan harga 15000KRW (kalau convert duit kita harganya lebih kurang RM45). Kat sini style kalau beli tiket untuk 2 orang, dia masih akan bagi 1 je tiket. Cuma kat tiket tu ada printed - admission for two.
Jimat kertas kot. Tapi salah sorang je la boleh simpan tix tu nanti buat kenangan.

Sampai sini lebih kurang pukul 11.00 ++. (dah nak tengah hari.. sekaligus macam memberi gambaran awal trip hari ni macam ada tempat yang nak kena let go! huhu)

Sejuk(sangat)
Lapar juga.

Jadi kami decide untuk makan dulu. Bekal ada je dalam beg. Makanan standard kami. Nasi. Serunding. Sambal ikan bilis. Tapi tak mampu nak duduk-duduk makan kat open area. Karang ada yang jadi ais.
Maka kami buat keputusan untuk makan dalam restoran.

Order nasi dengan tofu stew. Amik 1 set je, kongsi. Sebab kami dah ada bekal.


Mari kita perlahan-lahan  keluarkan bekal kita, ye.. Jadi hari tu ada extra nasi. Alhamdulillah, kenyang.
Waitress/cashier tu tengok je makanan atas meja kami (sebab meja kami sebelah cashier) tapi kami buat selamba hehe..
Siap hidangkan lauk sendiri (serunding) dalam piring.
Side dish (banchan) tu memang dorang bagi. Kira macam pakej la.

Dah makan, rasa lebih bertenaga dan panas sikit.
Let's explore the minsokchon!

Hmpphh gemuknya saya.

Kita layan gambar aje lah ye? 

 Wishing tree


 Osso seyo...




Aku suka kot jalan kat dalam ni.. penuh dengan binaan orang zaman dulu-dulu

 
Jom masuk dalam kawasan rumah lama ni..


Sebijik macam dalam saeguk drama 

Mari kita lihat dalam kawasan ni pula.. 

 Wuwuwu.. Shooting scene drama Sungkyungkwan n Scandal here!


 Dalam perkarangan yang sama, lokasi penggambaran drama The Moon That Embrace The Sun!

 Prince Yang Myung dalam The Moon That Embrace The Sun!


 Cuba main permainan dalam drama tu, (sambil diperhatikan Yang Myung Prince) hehe


Lakonan diteruskan di rumah yang lain.. cili kering..




Lihatlah semak di belakang rumahhhh


Another shooting location from The Moon That Embrace The Sun... aww.. love this place!




Jumpa pondok.. main stone-scissor-paper... sabo je lah hehe

Love this cart!

Gigih pekerja-pekerja ni membaikpulih atap dalam cuaca sejuk!

Kedai cenderahati.. kompom mahal.. hehehe.. pastu pantang ko sentuh sikit barang dia lepas tu terus dia susun balik.. depan-depan ko..

Spring water.. Idok la aku berani mencuba meminumnya. mesti banyak mikro organisma dalam air ni huhuh


Cantik sangat dalam ni.. Tapi sebab nak kejar masa maka masuk dalam seminit dua saja..

Oh tembok ni sangat fofuler dalam saeguk drama! Paling terkini ialah dalam drama Arang and the magistrate

 Mahkamah zaman dolu-dolu!


3 jenis seksaan dalam mahkamah.. Saeguk drama fans mesti familiar dengan benda-benda ni kan sebab pernah keluar dalam drama


Ah-ha! Cemana rasanya bila kena pukul sambil berbaring di sini yew... hmmm.

 Baiklah! Mari kita berlakon! hahaha

Bajet comel.. hahaha.. encik tulun jangan hukum saya cik


Masuk jail

Jom jalan lagi..


Aku yang obses dengan pokok..


Kami..


 Cantik.. Mata air.


Rumah ni..macam pernah nampak dalam drama.. tapi da confuse drama yang mana satu


Kami terlepas.. Sebelum kami datang ada wedding ceremony kat sini..


Cantik kawasan belakang rumah ni.. walaupun daun bersepah-sepah


Bergambar dengan makcik cleaner.. diorang pakai pakaian tradisional sambil menyapu ok



Hehehe obses pokok lagi!


 Belakang tu, "arched bridge".. Sangwat awesome pemandangan di sekitar tempat ni, especially atas jambatan tu~

Subhanallah... Bersyukur dapat menyaksikan keindahan alam seperti ini..

kincir air


Tempat ni penuh dengan poster drama.. hehe lama kot kami spend masa kat sini.

Arang and the magistrate


Yang kanan, baju casts dalam TMTETS.. Yang kiri baju casts dalam Arang


Micky Yuchun!


King Lee Hwon


SKKS family

 Moon Shik beside me!


Dr. Jin


Bergambar sebelum keluar dari Folk Village


Dengan gadis penjaga tiket


Kami mula 'merayau' dalam ni lebih kurang pukul 12 tgh hari.. dan keluar dari sini lebih kurang pukul 4 petang.

Sempat juga kami masuk ke kedai menjual cenderahati. Tak ada snap gambar dalam kedai. Sebab busy pilih barang. Mahal memang mahal. Tapi dah namanya pelancong,, sekali sekala sampai..

Ini barang yang aku beli..
Kemain lama berpikir,, beli ke tidak beli ke tidak.. kenapa? Sebab macam ni je tak silap aku dah 13000 won.. dalam RM33.. Tapi aku berkenan sangat dengan kain, warna dan corak hanbok ni. Tak dapat beli hanbok sebenar beli mini hanbok pun jadiklah..
 Aku ingatkan benda ni cuma hiasan je..leh sangkut-sangkut.. rupanya benda ni juga ialah potpouri

Dibuat menggunakan kain hanbok sebenar.. aku suka kain kaler biru tu..

Sekian saja corat coret perjalanan dalam Korean Folk Village.
Memang penat berjalan. Semalamnya dah penat pergi ke Pulau Nami. Sambung lagi kepenatan itu dengan berjalan dalam ni ye. Memang ohsemm.