Showing posts with label korea travel info. Show all posts
Showing posts with label korea travel info. Show all posts

Saturday, June 28, 2014

2014 Summer Escape - Day 0, 1 June 2014

Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam ruangan sembang-sembang cuti-cuti Korea.. Anda bersama pengacara jemputan pada minggu ini...,,
Hihuu bajet pengacara tv ke apa kau ni Dd.

Ok. Mode serius. Aku menulis ni supaya jadi kenangan untuk diri sendiri. Kalau tak ditulis insyaAllah terlupa. Aku tau sangat dah diri aku ni.
Disamping tu mungkin.. Mungkin boleh jadi panduan untuk orang lain. Sebelum tu, mintak maaf awal-awal sekiranya entri ini tak membantu.

Kisah sehari sebelum.
================
01/06/2014 (Ahad)

Hari ni 3 kali aku bertukar bas. Setelah sekian lama tak naik bas.
Dari Parit Raja ke Stesen bas Bt. Pahat.

Kemudian dari Bt. Pahat ke Terminal Bas Bersepadu (TBS)

Bas Mayang Sari jam 12.30 tgh hari

Dan akhirnya TBS ke KLIA2.

Agak sakit juga bahu mengangkat beg dekat 15kg. Depan belakang ada beg ya. Satu backpack yang berat. Satu lagi beg sandang belakang yang menggantikan handbag. Kali ni, aku malas nak bawak handbag. Leceh. Bawak sebijik beg sandang belakang dan boleh sumbat macam-macam.
Dengan beg troli sebiji di tangan.
Seriously mencabar. Tapi malas nak komen sebab diri sendiri yang degil nak bawak barang sebanyak itu. Orang kata, tak rasa tak tau kan? Muahahaha now dah tau, aku sebenarnya agak serik jugak la.

Sampai ke TBS dalam pukul 5 petang. Solat Jamak di surau. Kemudian singgah 7 Eleven makan nasik lemak. Lapar sangat masa ni. Pagi tu makan roti canai tanpa kuah sekeping. Takut sakit perut dalam bas. Sanggup makan roti togel macam tu je.
Encik Bangla, Pekerja 7E tolong panaskan



Elok aku duduk makan ada ramai pulak orang yang follow. Masing-masing makan bersendirian sambil melayan perasaan hehe.



Macam mana nak ke KLIA2 dari TBS
============================
Perut dah kenyang, jom gerak ke KLIA2.
Dari TBS nak ke KLIA2 boleh naik Jetbus ye. Tambangnya RM9. Tiket boleh di beli di mana-mana kaunter pembelian tiket dekat TBS.
Bas dari TBS ke KLIA2 ada setiap jam genap.  Kalau dari KLIA2 ke TBS pulak pada setiap jam tak genap. Eh? Pening? Aku pun pening ni muahaha.
Macam ni, contoh masa trip bas ke KLIA2 macam pukul 1,2,3, dan seterusnya.
Masa untuk trip bas ke TBS pulak pukul 1.30, 2.30, 3.30 dan seterusnya.
Bas dari TBS ke KLIA2 bermula jam 3 pagi sampai 11 malam.
Bas dari KLIA2 ke TBS pulak bermula dari jam 4.30 pagi sampai pukul 12.30 pagi hari esoknya.
Kalau tak paham jugak silalah masuk ke laman web rasmi bas ni ye. KLIK SINI

Bas ke KLIA2 yang aku naik hari tu tak penuh pun. Tak sampai 10 orang pun penumpangnya.
Dalam pukul 6.50 pm., aku dah selamat sampai KLIA2. Bas turunkan betul-betul tepi pintu masuk airport, ground floor kot. Ke LG. Eh apa-apa je lah. Yang penting tu dah dalam airport.
Banyak troli tepi tu. Ambil lah satu. Kalau susah nak leraikan troli tu mintalah bantuan pekerja airport yang berbaju kuning biru (mereka biasanya ada berlegar di kawasan itu).
Troli tu ketat, maybe sebab masih baru.
Turun bas, masuk ikut Pintu 1
Sempat aku merayau-rayau dekat ground floor tu. Kat bawah tu ada kaunter bank utk pertukaran duit (agak mahal pada aku), food court, kaunter teksi dan bas (nak beli tiket Jetbus ke TBS) pun ada di tepi pintu masuk tu.


Kerusi pun ada banyak. Dari pintu masuk tu kalau belok kiri ada surau dan tandas. Aku suka surau kat level ni sebab tak ada orang. Tak sesak la. Tapi beware lah kot kalau guna surau ni jauh-jauh malam. Sebab sunyi kan. Mana lah tau.. (ada macam-macam kemungkinan, cuma harap semua orang dapat berwaspada)




Bar ni bedepan dengan surau

Then aku cari elevator nak naik atas. Boleh kata setiap tingkat aku explore. Explore gitu-gitu aje lah. Memang besar KLIA2 ni. Level 2 tu kalau tak silap aku mall semata-mata (kalau silap sorry ya). Macam-macam kedai ada.
Kedai makan pun banyak. Yang buka 24 jam pun ada. 

Oh ye. Kalau nak naik lif tu tengok label atas tu betul-betul ya. Macam aku hari tu menonong je masuk lif lepas tu terkejut bila tengok pilihan butang yang ada. Konpius kejap. Bila keluar, tengok atas, derrr. Aku pegi naik cargo lift dah kenapa?


Muahahaha. Kampung sangat kau ni Dd. Nasib aku je kat situ masa tu.

Kemudian dapat berita dari Daff flight dia dari Kuala Trg delay. So aku pun explore KLIA2 lagi then bila dah pancit duduk tunggu Daff dkat McD. Lama jugak aku menunggu Daff. Tak order apa-apa pun masa tu. Memang semata-mata duduk menunggu. Nasib tak kena halau, huhu. Duduk menunggu sambil cuba menghabiskan 1 liter air mineral. Sebab sebelum tu aku limitkan minum air, kes malas nak gi toilet, lagipun 3 kali nak bertukar bas kan.Karang kalau aku nak ke tandas beg aku 3 biji tu apa cerita, siapa nak jaga.

Then Daff sampai. Tunjukkan dia kaunter tukar duit (bank). Lepas tu carik departure hall. Nak ke departure hall ni (L3) kena keluar dari bangunan ni dan masuk 1 bangunan baru. Akan nampak perkataan KLIA2 besar ni antara 2 bangunan tu. Tak jauh mana pun jarak antara 2 bangunan tu.

Kaunter Tukar Duit di KLIA2
=====================
Ada banyak. Tapi hampir semua yang aku jumpa awal-awal tu ialah bank. CIMB, Ambank, Bank Islam dll. Hampir semua level ada.Kalau rajin macam aku (hek!) boleh check kat setiap kaunter untuk tau berapa rate yang diorang offer. Tapi beza tak banyak pun. Dalam 0.01 je. Masa tu, aku bertanya on behalf of Daff yang masih lagi tak kunjung tiba. Dia minta aku tengokkan, sebab nak tukar duit sikit lagi sebelum pegi. Aku memang dah tukar siap-siap dari Bt. Pahat, sebab malas nak fikir lagi pasal semua tu di kemudian hari.  Plus, aku tak sanggup menanggung risiko 'duit tak ada'. Ye, logiknya ada banyak bank maka takkan la semua bank / kaunter pun habis kan.Tapi pada aku bab-bab tukar duit ni antara benda terpenting. So aku memang nak settle kan awal-awal.

Apapun, nak banding syarikat pengurup wang dengan bank, memang bank lebih mahal ye.
Aku cuba jugak tanya Mr. Ask Me, adakah semua kaunter tukar duit ialah bank. Dan Mr. Ask Me kata ye.
Tapi kannnn. Bila aku dah masuk departure hall, aku ada jumpa 1 syarikat sebenarnya (bukan bank).. RTapi rate yang ditawarkan lebih kurang je dengan bank tadi. Standard berurusniaga dalam airport kot.

So, sekiranya ada masa, lebih baik lah survey di tempat sendiri ye. Tepuk dada tanya poket... Kalau memang betul-betul tak ada masa tu, lain lah.. Tapi lepas tu jangan lah menyesal sebab mahal..

Kami Check in pun agak awal, dalam 10.20 p.m. macam ty dah settle. Sebab malas nak bawak troli kan. Then Daff kata dia lapar, so marilah makan. Cari Old Town, order ini.
two bowls for us


Aku yang konon-konon dah kenyang tadi join sekali daff makan. Habis, takkan nak ambik bau je kan hehe.

Lepas makan, masuk balik area departure hall. Snap2 gambar sana sini (well, bukan selalu nak masuk sini kan?) Lepas tu jomlah betul-betul masuk ke departure hall.

Jumpa adik-adik ni. Back in 2012, kami terjumpa sebab duduk di guesthouse yang sama. Diorang ni cikgu yang mengajar di Selangor. Tak sangka kali ni jumpa lagi, naik flight yang sama, destinasi yang sama tapi plan lain-lain.



Dah masuk dalam, selesai dengan urusan check badan check passport, kami cari surau sebab Daff n Oshin belum solat. Memang banyak surau dalam KLIA2 ni. Semua pun selesa. Telekung wakaf pun ada.

Nak ke gate berlepas memang jauh ye dari pintu masuk balai berlepas tadi. Aku ada 1 kenangan kelakar masa ni. Tetiba kaki aku kena simpul biawak. Hehehe. Sabo je lah kan. Belum pun sampai Korea ok. Aku rasa kaki aku terkejut kot. Dah lama tak jalan jauh / banyak. Berapa kali kena berhenti sebab nak luruskan jari kaki.

Menunggu lagi. Overall, hari ni aku memang banyak menunggu. Tapi takpe, memang itu yang sepatutnya kan. Daripada kelam kabut dan berkejaran sebab dah kelambatan. Aku lagi prefer awal dan melaluinya dengan tenang. Cewah. Sebab, bila aku baca kes orang yang kena tinggal flight la, denied to enter the departure hall la, sebab kes lewat, aku rasa macam, kenapa kau lambat?? Dah tau nak naik flight tak boleh lewat-lewat. Lepas tu dok complaint sana sini kata AA kejam lah apa la..
OK. Emosi tetiba.

Dalam jam 12.45 a.m. macam tu, pintu masuk ke katerbang pun dibuka. Alhamdulillah.
So marilah. Kami tak dpt window seat. Mamat korea duduk sekali dengan kami (window). Daff duduk tengah. Aku aisle. Alhamdulillah senang nak ke tandas hehe.
Rakan sebangku.

Jam 01.15 a.m., kapal terbang berlepas. Gelap. Apa pun tak nampak so marilah tidur ya.
Tapi as expected aku memang tak boleh tidur. Excited + tak selesa. Penat dah penat dah. Mengangkut beg berkilo-kilo. Tapi I just can't sleep.
Byk kali juga aku pegi tandas malam tu. Akibat minum air 1 liter kan.

Makan tetap makan. Kimchi Chicken Duruchigi. Tak boleh tidak, aku memang nak makan dalam flight. Makanan dalam flight hanya ada dalam flight, dan sebab jarang naik katerbang maka sekali naik aku mesti nak makan..


Dah makan, mari cuba melelapkan mata. Ada la, dalam sejam kot terlelap.
Perjalanan dari KL ke Busan ambil masa dalam 6 jam.
Dalam pukul 5.00 a.m. macam tu dah mula cerah di luar.
Bila dah start cerah tu lagi lah aku tak boleh tidur. Jeles betul aku dengan adik-adik (geng cikgu2) kat belakang yang lena sepanjang flight.


Akhirnya, dalam pukul 8,25 a.m. waktu korea, kami selamat mendarat di Busan. Awal dari waktu jangkaan.


Turun je, lepas selesai prosedur imigresen, kami salam-salam dengan adik-adik tadi. Diorang terus nak tuju ke guesthouse. Aku dan Daff memang nak kena lepak airport sekejap.

Lepas lalu imigresen tu ternampak pulak kaunter tukar duit (Hana Bank). Daff tukar duit lagi kat sini. Aku pun tukar lagi sikit, habiskan baki Ringgit Malaysia yang ada, sebab tempting. Macam untung lagi sikit la kalau tukar kat Korea. Siapa yang nak tukar duit kat Gimhae Airport ni, boleh lah panjang-panjang kan sikit leher tu, lepas keluar imigresen tengok kanan, ada kaunter Hana Bank.

Kami naik ke level 3 (Atas sekali) sebab nak bersihkan diri dan tukar seluar di toilet. Kalau kat bawah tu macam sibuk dan tak sesuai pulak nak selongkar beg. So pilih area yang tak berapa nak ramai orang dan bergilir masuk toilet.

Aku ni ada hati nak mandi lagi tau,siap bawak portable pail,, tapi bila dah dalam tandas takut nak basahkan lantai.. Kat sana kan dorang tak cebok, main lap-lap dengan tisu je so memang tak ada pili air tepi mangkuk tandas. Sebab tu aku bawak portable pail. Tapi, akhirnya tak guna jugak sbb takut makcik cleaner marah. Dia tak marah pun, tapi, pepaham sendiri lah kan. Makcik tu dok mengelap lantai / keluar masuk tandas je.. Risau aku. Akhirnya, lap-lap badan/basuh muka & basahkan rambut je. Aku siap ambil tisu dan lap lantai yang dah basah tu ok? Memang tak kering sepenuhnya tapi tak ada le lecak sangat macam sebelum tu.  Dan rupanya Daff pun buat benda yang sama.. Huhu.

Lepas bersihkan diri, kami sarapan pulak. Ada roti Gardenia yang aku beli kat KLIA2, makan dengan sambal bilis kering. Buat milo (3 in 1) 1 tumbler kecil & bersarapan la kami kat situ. Belakang tempat kami melepak tu ada nursery room. Siap ada water dispenser kat situ so boleh lah kami amik air panas dan bancuh air. Settle sarapan, kami cari tempat nak simpan luggage, kat level bawah sekali.

Kami simpan luggage sebab nak jalan-jalan area Busan sementara menunggu petang. Flight ke Jeju kami adalah pukul 4 petang tu.

Cerita berjalan di Busan aku up dalam entri seterusnya ya.
^^

Baca cerita seterusnya  ^^,

Monday, December 09, 2013

2012 - Catatan Perjalanan ke Korea: Guest House

Assalamualaikum.

Entri ini khas untuk cerita pasal guest house yang kami diami sepanjang bercuti di Korea pada 14 - 29 November 2012.

Kami di sana agak lama, 15 malam.
4 malam yang pertama kami di INSIDE BACKPACKERS, Seoul.
Malam kelima kami di WWOOF Guesthouse, Seoul (Bukchon Guesthouse)
Malam keenam dan ketujuh kami di HostelKorea Jeju2 (HKJeju2), Jeju-Do
Malam kelapan dan kesembilan kami bermalam di Kim's House , Busan. 
Malam kesepuluh hingga keempat belas kami bermalam semula di INSIDE BACKPACKERS, Seoul.
Malam terakhir kami bermalam kat Incheon Airport je... hehehe!

Tugas mencari, tempah, confirmation guesthouse ni memang solely tugas aku masa tu. Cari tu boleh kata sama-sama. Aku cari, lepas tu forward kat Daff mintak pendapat dia. Tapi urusan lain tu memang aku yang uruskan.
Macam Daff, dia uruskan pembelian tiket kapal terbang dalam Korea (Dari Seoul ke Jeju).. So aku memang tak campur bab tu.. Jujurnya aku pun tak tau macam mana.. Ada certain syarikat penerbangan tu dalam Bahasa Korea lagi.. Begitu gigihnya Daff ni belajar dan study demi nak menempah tiket.

Eh melalut sudah... Entri aku ni khas untuk  cerita pasal guesthouse aja sebenarnya..

Lagi satu, fokus utama kami masa memilih tempat tinggal ini ialah YANG MURAH.. Sebab nak stay lama kan. Murah tapi selesa, selamat & tak menyusahkan. Maksud aku, lokasinya pun tak la terpencil dan susah nak ke stesen subway.

Boleh klik pada tajuk / nama guesthouse tu untuk masuk ke website diorang.

INSIDE BACKPACKERS
Info lain korang boleh baca dari laman web dia kan.. So, aku letak gambar aje lah ye sambil aku cerita sikit-sikit.
Kedai ayam, namanya CUCURUCU BARBEQUE.
Ni kira macam check point penting kalau nak cari Backpackers INSIDE.

 
Pintu masuk dia takde la gah mana, hehe. Tingkat bawah tu macam 2 bay macam tu. Masuk ikut pintu, nampak kawasan lapang sikit, lepas tu kena naik tangga sikit. Bayangkan macam rumah kedai. Tapi bahagian atas tu (dalam guesthouse) memang luas la. Bahagian bawah ni katanya cuma stor dan laluan (juga tempat diorang parking motor).

 
Bahagian bawah hanya selebar itu..
Berangan dengan vespa tuan guest house.. kekeke

Kaunter. Itulah owner nya (Min) dan kekasihnya Mia (sekarang dah jadi isteri)


Ni keadaan bilik dalam dorm. Dorm ni bilik yang paling murah la. Harga untuk seorang, satu malam 16000 won bersamaan dengan RM48 (lebih kurang, depends pada kadar tukaran mata wang).

Dalam 1 dorm ada 3 katil, so meaning 1 dorm boleh muat untuk 6 orang.
Selain katil, ada juga loker 6 pintu. Takde la besar mana loker tu. Nak isi luggage beso memang tak la kan. Loker siap ada kunci.

 

Rupa loker itu.. So, kalau korang duduk katil bawah better amik loker bawah.. and vice versa.

Kat satu sudut, ada tempat sangkut baju. Aku takde snap gambar penyangkut baju tu.

Dalam dorm ni ada la sikit ruang kosong untuk duduk-duduk, solat.. Jujurnya, dorm ni memang kecik  pada aku.

Masa kami nak solat, memang kami siap-siap bagitahu pada dormate lain.. Katakan dorang non-muslim kan. Takut dorang terkejut pulak tengok orang bertelekung tetiba. So masa solat tu, dormate akan duduk kat katil masing-masing la.. Bagi laluan.
 
Sesiapa yang sukakan privasi maka tak digalakkan amik dorm ni.. hehe.
Kalau korang jenis tak kisah, suka bercampur dan bergaul dengan foreigner lain, dan pandai bawak diri, maka boleh kot.. Lagipun ini bilik dengan bayaran termurah kan.


Ruangan dapur. Lengkap semua benda ada. Disimpan rapi dalam rak kabinet tu. Kat tepi tu ada peti sejuk. Boleh guna. Kalau nak letak makanan sendiri dan taknak org lain guna, tulis lah nama. Kalau tak, jangan marah kalau orang lain makan.. giteww katanya (peraturan yang tertulis kat pintu fridge)
Antara kelengkapan yang ada (yang aku pernah guna la)
  • segala jenis kutleri
  • pinggan mangkuk
  • kuali periuk
  • microwave
Boleh guna peralatan di dapur anytime. Make sure kemas lepas guna dapur, tu je. Aku memang happy dan suka dengan dapur kat sini.. Senang. Lengkap.
Tercapai impian nak memasak di Korea.. Puiiii hehehehe. (Eh betul ni tak tipu ok?)

TIPS: Boleh la beli siap-siap sabun TAHARAH dari Malaysia ya. Sabun ni 90% bahannya dari tanah liat, boleh digunakan untuk menyamak najis Mughallazah.

Aku beli dari sini. Boleh baca info lanjut dari situ.
Aku rasa korang paham kot kaitan sabun ni dengan penggunaan alatan kat dapur ni.

Aku tak ada pulak snap gambar toilet. Toilet adalah toilet kongsi. Kena berjalan sikit keluar dorm. Tapi tak jauh la. Macam dalam rumah. Ada 2 toilet. 1 tu jamban semata. Lagi 1, macam toilet kat hostel, dalam 1 tempat tu ada sinki, mesin basuh, then ada 2 shower room. 1 shower tu siap bertoilet.

Mesin basuh boleh guna anytime dari pukul 10 pagi sampai 9 malam. Boleh guna sendiri (basuh sendiri baju tu yer!) atau boleh request Mia (bini owner) basuhkan. Aku selesa basuh sendiri kot.

Ada juga mesin pengering. Dryer ni tak boleh guna sendiri. Kena suruh owner (Min) atau Mia uruskan. Kena bayar juga, tak ingat aku harganya. Tapi berpatutan la..
Dryer sebelah dapur gas. Memang ko macam tersepit bila memasak..hehehe. Tapi, marilah bersyukur dengan apa yang ada...

Selain tu, masa kat sana aku juga pernah gunakan diorang punya iron dan vacuum cleaner.
*vacuum cleaner untuk tujuan vacuum travel bag, bukan sebab nak mengemas guesthouse ni pulokk hehe


Aku dan Daff jatuh cinta dengan GH ni sampaikan trip June 2014 pun nak repeat duduk sini, kerana semua good point yang aku mention di atas dan juga kerana:
  • GH ni dekat dengan Uni (Sungkyungkwan Uni). Meaning area ni ramai students berkeliaran. Entah aku suka environment mcm tu.
  • Jujurnya, INSIDE ni takde la dekat sangat dengan subway station. Tapi yang penting takde bukit. Aku lemah sikit bab-bab mendaki bukit ni. Aku perasan Namsan GH yang fofuler itu memang di kawasan yang ada bukit (perasan masa balik dari Namsan Tower). DAN salah satu sebab utama kenapa aku suka GH ni, sebab jalan antara stesen Hyehwa ke GH yang meriah dengan kedai-kedai. Waktu pagi, energy masih mantop, cuaca pun nyaman2 sejuk gitu, so takdelah terasa mana menapak ke subway station. Tapi bila balik malamnya, aku memang conform capek,, jalan pun tahap seret-seret kaki. Keluar je train nak naik tangga keluar dari stesen subway tu masyaAllah (ye kat exit 4, Hyehwa takde eskalator) hazabedah.. Tapi elok je sampai atas pemandanga mata terus disajikan dengan pelbagai kedai-kedai.. Memang terus segar kot aku.. Kalau dalam tren sebelum tu monyok dan bonyok, tapi sampai jalan kat situ terus aku pulak aktif suggest Daff nak masuk sini sana. Kah3 dasarrr sangat kan. Nasib Daff layan kan je.
  • So, INSIDE ni menang tang situ la.. Aku suka menyusur kemeriahan jalan tu..
  • Dan aku tak tau kenapa aku takde amik gambar jalan yang meriah dengan kedai tu. Pftt. Next time, insyaAllah.
======================================================================
WWOOF Guesthouse

Masa di sini, kami amik Gaenari-Room. Kalau masuk dalam website tu, tengok bilik 'Gaenari', itulah dia biliknya. Guesthouse ni kan memang asalnya rumah, so bilik pun terhad la.. Macam dalam rumah.

Gaenari Room ni siap dengan toilet dalam bilik. So, mudah la kan. Memang tak ada katil. Tidur atas tilam.  

Pada aku, guesthouse ni 'menang' sebab rekabentuknya lah. Selain tu, memang privasi. Tak ramai orang. Yelah, bilik pun ada berapa je. Kami pulak kebetulan cuma stay 1 malam je kat situ. Keluar dari pagi, dan baliknya dah malam. Kebetulan juga, malam tu hanya kami je yang bermalam di situ. Owner dia pun tak tidur situ, ok. Malam tu, kami memang balik dengan keadaan kepenatan (huii pernah ke tak penat) dan sibuk bersiap-siap sebab esok tu subuh-subuh dalam pukul 5 pagi teksi akan datang jemput kami untuk ke Gimpo Airport. Ye, esok tu flight kul 7 pagi ke Jeju, mihmihmih.

 
Pintu masuk.

 

 
Pintu dari dalam



Halaman dalam guesthouse:


 

Yang berlonggok tu beg-beg kami, hehe
 

Memang kitorang berpossing habis-habisan pagi tu. Sebab dah tau lepas keluar berjalan tengah hari tu, malam baru kami balik ke sini semula.. Bila dah malam tu paham-paham je la, nak bergambar dah tak nampak apa.. Esok nya sebelum subuh dah nak gerak check out.

Kat sini jugak kami tak ada pengalaman la guna dapur ke living room ke, sebab sekejap sangat.

So, layankan je lah gambar-gambar syok sendiri ni ye.. mehehe

Dengan owner G/house






Inilah bilik kami. Gambar dalam bilik tak ada..



=====================================================================
HKJeju2. Sekarang dah tukar nama kepada The Forest Hostel and Guesthouse

Kat sini pun kami amik bilik jenis dorm.. sebab nak murah kan.
Tapi kan, kat sini aku tak ada amik gambar sangat. Rasa-rasa macam tak ada langsung kot.
Sebab dah mula penat dan bosan dok amik gambar, boleh gitu?

Tapi yang puas hati sikit sebab dorm dia besar.
Banyak la jugak ruang nak solat ke duduk-duduk ke. Siap ada TV kecik dalam dorm. Toilet pun dalam dorm.
Hostel ni dah ala-ala hotel, agak besar bangunan dia. Ada banyak tingkat dan ada kemudahan lif/elevator.

Boleh kalau nak basuh kain guna mesin, ianya percuma. Sabun pun free. Boleh turun ke ground floor. Tapi takde kemudahan mesin pengering.. which is agak menyusahkan la jugak.. Masa aku di sana, cuacanya walaupun ada matahari tapi angin nya sejuk.. Ada tempat khas nak sidai baju, tapi dalam bangunan so tak berapa nak berangin. Memang tak kering pun! Walau kami jemur seharian. So end up jemur dalam dorm saja.

Dapur dia ada kat basement. Besar. Dari segi kelengkapan lebih kurang macam kat INSIDE. Lengkap. Aku dan Daff siap memasak hehe.. Biasalah percutian bajet katanya.. Nak jimat masaklah sendiri walaupun entah apa-apa je masakannya ye. Janji perut kenyang, gitu.

Sebab hostel ini agak besar, so kalau korang ada apa-apa masalah bolehlah turun ke lobi dan jumpa staff dekat kaunter. Tak silap aku 24 jam ada staff bertunggu tangga di kaunter.

Belakang tu kaunter nya. Diorang berdua ni staf kat situ. Yang pakai uniform sekolah tu katanya cuma part time.
(Ni je gambar kaunter yang aku ada)

Ni pulak kawasan sebelah kaunter, tempat duduk-duduk.. Ada sofa. Kat tepi tu ada sebiji PC, dengan sambungan internet. (Takkan aku lupa, sebab 19/11/2013 result UPSR 2012 keluar, aku check keputusan pelajar-pelajar aku dari PC di guesthouse ni, hehehe)
 

=======================================================================
 Last but not least, 

Kim's House in Busan
(OK yang ni tak ada laman web khas) 

Macam namanya, guesthouse kali ni memang betul-betul rumah. Tuan rumah ni menjadikan rumah dia sebagai guesthouse walaupun dia dan isteri masih menetap di situ.

Pasangan ni belum ada anak, rumah pun agak besar (2 tingkat) lalu diubah suai jadi guesthouse..
Sekali lagi kami pilih dorm. Kali ni dorm kami boleh muat 6 orang.. Biasa-biasa je tak de la nak kata kecik sangat dan besar sangat.. 

Lagipun kali ni cuma nak stay selama 2 malam, dan bila dah beberapa kali bertukar guesthouse sepanjang trip di Korea ni kami macam dah immune dengan kesusahan dan kekurangan.. (juga mood nak mengambil gambar di GH secara details semakin pudar gitu, hehe)

Jujurnya, setiap guesthouse yang kami duduk ada je kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tapi,,, apa nak dikata, ye tak? Dah diri sendiri yang pilih. Pasrah dan duduk ajelah.

Lagipun, kami bukan lah nak stay dalam bilik 24 jam. Bilik/dorm hanya tempat meletakkan barang-barang dan tempat tidur.

OK, jom tengok gambar sikit, pemandangan dalam rumah.
 



 

Pemandangan di luar rumah,

 

Memang sendu sikit gambar-gambar aku kat guesthouse di Jeju dan Busan ni..
Aku pun tak tau kenapa. 
Mungkin penat kot? huhu.
Tapi gambar masa melawat tempat-tempat banyak la..
(yg tu kemudian la mak encik karang, huhu)

Dan kalau perasan, kualiti gambar makin lama makin teruk. Ini adalah kerana nak jimat space dlm memory card. Banyak sangat gambar, sampai penuh memory card. Dah transfer masuk pendrive pun masih penuh. Haru betul. Sampai kami nak beli pen drive kat sana. Tapi mahal la pulak. Murah lagi kat Malaysia. So, pandai-pandai lah ye pasal memory card dan pendrive ni. Melainkan korang bukan kaki bergambar.

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-==-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
TIPS dan NOTA;

1:
Semua guesthouse/hostel di atas aku jumpa melalui laman web www.hostelworld.com
Daftar, dan login dengan ID korang (orang yang berdaftar boleh buat tempahan, kalau sekadar nak pilih-pilih dan cari maklumat tak payah daftar pun takpe).
Lepas pilih tu, boleh la buat tempahan terus. WAJIB ada kad kredit yang berfungsi. Sebab kena bayar deposit sebanyak 10 peratus.
Memandangkan aku dah pernah pergi, ada testimoni dan dah dapat tau laman web personal GH tu, so katakan korang pun berminat dengan GH kat atas, boleh la contact terus dengan owner nya.
Macammana? Emel. Takkan nak call kot. Komunikasi dalam BI ringkas. Boleh aja.

2:
Kami buat tempahan hostel dalam masa 3 bulan sebelum bertolak. Daff kata, kalau buat tempahan terlalu awal pun bahaya. Dia ada pengalaman buruk masa backpacking ke Taiwan pasal tempahan awal ni. So, kami buat tempahan GH di korea ni 3 bulan sebelum ke sana.

3:
Sebenarnya, kalau korang boleh deal sendiri dengan owner GH tanpa melalui orang tengah macam Hostelworld, Agoda, korang MUNGKIN boleh mintak diskaun. Ni berdasarkan pengalaman aku. Tapi, kalau nak book melalui orang tengah macam hostelworld pun OK. InsyaAllah selamat. 
Macam aku, lepas je aku book, aku terus berusaha cari emel GH tu untuk confirm kan booking. Ye lah, seriau jugak. Deposit dah bayar, apahal kalau booking tadi tak valid kan?

4:
Untuk trip summer 2014, aku insyaAllah akan stay di INSIDE lagi. Dekat Jeju tu aku aim tempat lain pulak. Maybe nak cari GH yang tepi pantai..

5:
Duduk dengan foreigner. Aku bukanlah peramah sangat. Macam mana eh nak explain. Aku bukannya peramah semulajadi. Aku peramah tengok orang jugak. Kadang tu kalau dua tiga minit pertama berborak, aku rasa aku boleh ngam dengan seseorang yang baru pertama kali jumpa,, maknanya OK lah tu. Kadang tu pernah je aku bersembang lepas tu macam lost tak tau apa nak diborakkan. Yelah, manusia ni kan tak sama.
Masa kat Korea, aku cukup suka kalau terserempak dengan Malaysian. Rasa bestnyaaa boleh borak dalam BM kuat-kuat di negara asing. Biarlah tak kenal pun, tapi kalau kena gaya memang rasa seronok dan happy.
Dengan foreigner lain, ada jugak yang OK. Macam kat INSIDE, aku pernah sebilik dengan orang Indon. Mula-mula speaking jugak, tapi lama-lama cakap BM ajelah. Aku dgn BM aku,dorang dengan Bahasa Indon. 
Teringat dormate lain dari HongKong, pun baik dan peramah jugak.
Ada tu from Singapore, mula-mula pandang kami sebelah mata, tapi lepas tau kami dah berjalan dekat 2 minggu dah pergi Busan, Jeju semua barulah dia nak tegur-tegur (tu pun sebab ada soalan nak tanya).. Sukatik la kan.. Layankan je.
Yang paling tak boleh lupa, foreigner dari Jepun. Sorang tu dormate. Dia hangin dengan aku sebab mengemas malam-malam.. Mengganggu dia tidur, hehe. What to do? Ada situasi memang terpaksa kemas malam-malam. Dah namanya mengemas memang la agak bising dengan bunyi zip, plastik, tolak-tolak beg bagai. Dormate lain ok je, tapi yang sorang ni menunjukkan rasa protes dia. Ada aku kisah?? hehehe.. Kemas je la.. Kau tak suka kau boleh keluarrrr (memang dia keluar dari dorm pun malam tu..lepas tu dia masuk balik)
Habis, takkan aku nak kemas subuh-subuh? Tu pun kami solat dalam dorm gelap-gelap. Pagi, dalam pukul 8 macam tu kami dah keluar. Baliknya dah malam, dalam pukul 8 - 10 macam tu. Gedebak gedebuk mandi. solat, basuh kain, masak, makan, layan PC jap transfer gambar dari kamera, borak dengan owner/traveller lain, tengok tv, memang la sampai ke tengah malam pun masih mengemas. So aku rasa aku tak salah.. Memang macam tu hakikat duduk dalam dorm sebagai traveller.. Kalau nak privasi sangat patut amik la bilik untuk sorang/berdua tu.. (ye, next time kami nak amik bilik privasi kot..senang)

Sorang lagi Japanese ni. Dia macam dah berumur gak. Tapi masih single. Bukan sedorm, dia duduk bilik privasi. Peramah, kami bersembang masa makan kat dapur. Dan aku suka sebab kami leh sembang macam-macam..
Paling best, jumpa orang Malaysia. Geng cecikgu jugak..hehe. Diorang siap tinggalkan bekalan makanan lagi untuk kami. Banyak pulak tu. Macam-macam ada. Seronok kami. Semoga mendapat ganjaran dari Allah. Sebab kami betul-betul makan makanan tinggalan diorang.  

(alamak panjang pulak bercerita, hehe.. tapi pengalaman tu.)

6:
Tidur di airport Incheon. Ehhee. hampir terlupa. Memang kami plan tidur kat airport sebab nak jimat. Selain tu, takut terlewat bangun ke apa. Jauh jugak GH nak ke airport. So, langkah selamat, pastikan dah berada di airport malam tu. Flight kami pukul 9.35 pagi masa tu.
Don't worry. Kat airport Incheon banyak benches. So pilih la ikut kesesuaian. Kami pilih kat tempat yang sedang-sedang tahap kesibukannya. Tak la terpencil sangat (ada jiran sama merempat lain, heheh). Tak ada la kawasan sibuk sangat. Dekat dengan tandas. 
Yang best kat airport ni ada WIFI. Free. Pastu ada tempat nak charge HP. 

Pagi tu, kami solat kat tepi benches je. Kes malas nak cari surau. Buat selamba je lah. Orang memang tengok, tapi tak kata apa. Pukul 6 pagi macam tu airport dah boleh tahan sibuk sebenarnya. Yang penting, selamba! Lagipun kita bukan kacau orang kan. Sekejap je pun solat subuh.
So, kalau korang rasa sesuai tidur kat airport kat dan memenuhi kriteria macam masih muda, jenis tak kisah, boleh la cuba.
(takdelah, kalau dalam trip korang ada budak kecik or orang tua kan macam tak sesuai nak suruh tidur atas bench)
Sakit badan sikit lah tidur atas kerusi. Kes aku, memang tak lena tidur la. Aku jenis susah nak tidur kalau pindah randah ni. Inikan pulak tidur kat open area macam tu..Tapi my travel partner lena je tidur hehe. Kami berbantalkan telekung masing-masing.
Esok tu dalam flight memang tido bangun tido tido tido je la keje aku. Penat yang amat!

Dan nampaknya, trip tahun depan pun kami insyaAllah akan tidur airport sekali lagi. Sebab flight balik waktu pagi.
Tapi, kali ni, kami plan nak explore Incheon Airport betul-betul. Means, petang sehari sebelum balik tu dah siap-siap ke sana, jalan puas-puas. Incheon Airport pun ada banyak kawasan menarik. Perghh. Tak boleh tahan ok, airport pun jadik itinenary, hehehe. Kau ado? hehehe

Oklah, until then, Wassalam.
Thank you for reading my writing.
Maaf jika membosankan.. ^^

P/S:
Kalau ada pertanyaan boleh lah emel dekat sapphireflat[at]gmail[dot]com
Ewahhhh bajet macam ada orang nak baca sangat kan entri ni hehe.
Manalah tau,..hehe.

Sunday, May 26, 2013

Catatan Perjalanan Ke Korea Hari Keempat (Cheonggye Stream)

Assalamualaikum.

Hari keempat, Sabtu, 17 November 2012. Hari ni jadual kami agak padat, sebab kami akan join 1 event dari tengah hari sampai petang.

Paginya, kami plan nak tengok sungai jernih dalam bandar Seoul. Cheonggye Stream.
 Sarapan. Nasi goreng tuna. Makan terus dari kuali.. Mehehehe

Abaikan muka aku yang sembab. Bangun pagi ni dah mula rasa sakit kaki.. Mau tak sakit? Hehe. Berapa jauh sudah berjalan.. Berapa banyak tangga subway yang kami panjat setiap hari. Ni baru hari ke-4 ye.

Oh ye. Kami memasak semasa tinggal di Korea. Awal pagi tu lepas mandi solat bersiap kami bergilir memasak. Kalau bangun lambat pun still memasak. Gigih tak? hehe
Sekali harung la masak untuk sarapan dan bekal. Kemudian, balik malam tu kalau lapar pun kami memasak lagi.

Sebenarnya aku memang pasang impian nak memasak di Korea. So, salah satu impian dah tercapai. ^^

Hari ni merancang nak naik bas ke bandar Seoul. Ini bus stop dekat-dekat dengan kawasan INSIDE guesthouse.

Agak kesesatan juga mencari sungai ni. Sebab main naik je bas. Ikut perancangan nak naik subway. Tapi saje nak mencuba. Senang cerita, main jalan je ikut logik dan hala kaki.

Kami turun dekat Sejong Art Centre.. Main turun je ni.. Sebab rasa macam sungai tu dok dekat-dekat sini..
 Sejuk ya ampunnn. Bergambar dengan Kobis.

Masa aku kat sana banyak kali jumpa kobis cenggini dijadikan pokok hiasan. Aku rasa logiknya, sebab cuaca kan makin sejuk.. pokok ni mmg sesuai dalam cuaca sejuk begini.. sangat cantik ok. Warnanya hijau dan ungu.

Me in front of General Lee Soon Shin Statue ^^

Kalau tengok masa dari tunggu bas sampai masa wandering around ni agak lama jugak la berada dalam kesesatan.. Tapi the best part ialah dapat discover beberapa tempat yang memang kami nak pegi.. Gambar atas ni aku dekat Gwanghamun Square.. Depan tugu general tu. Gwanghamun Square ni berdepan je dengan Sejong Art Centre. Nun di ujung sebelah belakang yang nampak bukit bukau tu ialah gwanghamun, pintu masuk Gyeongbok Palace. 

Plan kami nak ke area sini hari esoknya. Ok lah kan dah tau awal-awal..

Kami terus berjalan, bertanya, berjalan..

Melintasi ahjumma-ahjumma yang sibuk membuat kimchi di belakang sebuah restoran

Setelah bertanya-tanya maka akhirnya jumpa jugak sungai Cheonggye. Jenuh jugak berjalan. Menambah kesakitan yang dah sedia ada katanya....

Gambar di bawah ni jalan utama laluan kereta di kawasan sekitar sungai
Aku sebenarnya masa ni macam confuse jugak dengan permukaan jalan raya kat sini. Macam bukan jalan raya..


Dedaunan kuning yang bersepah.. Suka tengok.


Akhirnya! Bawah jalan dan jambatan tu lah sungainya.

Mari turun!
Pelancong dah mula datang waktu ni. Tapi syok, tak la ramai mana.


Masa ni kebetulan ada Pesta Tanglung.. Tapi siang-siang hari macam ni takde apa. Malam baru ada acara (plus ramai gilaa manusia..)

Sejuk ooo. Airnya memang sangat jernih.. Kalau tak sebab sejuk nak jugak bukak glove dan rasa air sungai tu dengan tangan. Tapi sebab sejuk mintak maaflah mak hencik memang tak tahan huhuh

Sungai ni panjang.. entah sampai mana-mana je merentasi Seoul tapi tempat kami pergi ni tempat utama di mana pelancong selalu singgah & macam-macam aktiviti di adakan di sini.

Kita layan gambar aje lah ye.




Pesta tanglung ni diadakan beberapa kali dalam setahun.. Waktu kami pergi ni ada. Tak silap aku dalam bulan Jun atau Julai pun ada juga.
 

 Tanglung yang bertulis hasrat warga korea

Waktu malam, ada acara melepaskan tanglung ke dalam air.. Untuk mengelakkan tanglung tu jadi sampah sarap, diorang letak penghadang ni.. Dekat tanglung tu penuh tulisan warga korea.. Tak silap aku, yang diorang tulis tu 'wish'.. Apa-apa jelah huhu..



Di belakang ialah bangunan KTO (Korean Tourism Organization)

KTO ni pada aku antara tempat yang wajib singgah ye! Ada surau yang proper. Toilet yang bersih. Dan boleh dapatkan macam-macam maklumat.

Kat bawah ni pula ialah pemandangan sungai pada waktu malam. Balik dari acara di stadium malam tu, kami ke sini lagi. Sebab nak solat jamak kat KTO. Dan nak tengok jugaklah suasana Seoul Lantern Festival yang sebenar.

Tapi sayang, kamera NIKON aku tak dapat snap gambar suasana malam ni dengan cantik..
Amik amik blur, amik amik blur. Aku terus turn off nak snap gambar.

Lagipun, kami dah penat gila waktu ni dek kerana acara siang tadi..
 

Ramai gilaaaa kot orang. Yang ramainya warga negara Korea ni lah.Aku sendiri kagum dengan keramaian manusia sebegini..

Sebenarnya lebih kurang je kot dengan Malaysia. Tapi dah aku ni memang spesis tak suka pergi tempat yang sesak-sesak ramai orang, macam perlawanan bola kat stadium ke.. karnival jom heboh ke.. maka sesekali tengok lautan manusia begini aku rasa sedikit pelik..

Haha ke aku yang pelik sebenarnya?





Tak lama di sini.. Kami pun pulang.. Kalau korang perhatikan waktu pada foto-foto waktu malam, pukul 6 lebih tapi dah gelap macam pukul 8 kat Malaysia kan? Aku awal-awal sampai Korea memang agak stress dengan suasana alam yang baru ni.. Rasa macam pendeknyaaaa waktu siang.

Baiklah sebelum aku akhiri entri ni nak 1 perkara.
==> Aku suggest singgah semayang di KTO sebab toilet dia yang agak best. Memang tak disediakan tempat berwuduk, tapi diorang khaskan tandas untuk orang cacat untuk Muslim berwuduk. Kalau berwuduk kat tandas normal kat nampak macam pelik, tetiba ko bukak tudung dan amik air semayang kat sinki (yang mana kalau kat Malaysia tak pelik pun). Dalam toilet sah-sah takde paip air kan.. So, gunakan lah tandas for disabled tu sebaiknya. Dalam tandas tu siap ada sinki sekali. Pintu boleh dikunci dari dalam, guna button khas.. Siap ada lampu menyala kalau ada orang masuk dalam tandas tu.

Aku dengan Daff siap masuk bergilir (padahal boleh je nak masuk berdua terus) sebab kami gunakan tandas tu untuk bersuci dengan selesa macam kat Malaysia, hehe. Kan memang bawak bekas air siap-siap. Itulah masanya nak berak kencing (kalau behajat lah) dan cebok dengan selesa ye.

Hoihoii.. Aku memang sentiasa rasa tak bersih dan was-was bila guna tandas kat Korea. Dengan air yang limited untuk bersuci, tak boleh refill, dalam keadaan nak cepat-cepat... Memang aku rasa was-was sentiasa dengan tahap kebersihan aku.

Memang lepas kami keluar dari tandas, tandas tu nampak berkecah, lantai basah... tapi maaflah dah terbiasa kot.. Huhu.