Monday, March 04, 2013

Catatan Perjalanan ke Korea Hari Kedua (Nami Island)

Warning: Entri ini sangat panjang sebab banyak gambar..

Nak ke Pulau Nami ada beberapa cara. (sila google ye, ataupun boleh baca dari laman web budgettravel2korea . Very comprehensive! Rasanya tak perlu aku buat entri cara nak ke Pulau Nami sebab.. macam tak sempat je..hehehe.
Ni baru masuk hari ke 2, ada baki 14 hari kot nak update.
Dah lebih 3 bulan balik baru gigih nak karang entri..
Sebenarnya aku dah mula lupa-lupa ni.. Sebab tu baru nak kelam kabut jadikan entri.
Untuk jadi kenangan sendiri..

Di bawah ni adalah coretan pengalaman kami.. Memang panjang.. Aku ingat lagi, aku sangat excited masa di sana. Waktu menaip entri ni pun, masih lagi teruja.
Jadi, entri ni berkaitan apa yang aku lalui, apa yang aku rasa & dah tentu,, apa yang aku dah nampak..untuk aku abadikan dalam blog ni.

Hari kedua kami di Korea, hari Khamis 15 November 2012. Kami dah merancang nak ke Nami pada hari ni. Memang dah siap-siap plan dari Malaysia. Kami pilih cara menaiki train & teksi.
Kalau nak ke Nami dengan cara ni, kena ingat, perlu tukar 2 line.. (Aku guna contoh macam di Malaysia, mula-mula tu naik LRT lepas tu kena tukar naik komuter)

Keluar awal pagi dengan membawa bekal nasi segera. serunding daging & sambal ikan bilis.

Muka yang ceria 250%.. Hari kedua di Korea & hari pertama officially jalan-jalan! Jalan 3 langkah keluar dari guesthouse, nampak pokok dengan daun kuning terus nak amik gambo.. huhu.. Padahal banyak je lagi pokok berdaun kuning menanti.
(waktu di korea masa ni ialah 07.48 a.m. Gila awal kami keluar masa ni, hari pertama! ingat tu! hehe)

Aku memang jakun habis,dengan cuaca pagi yang sejuk.. bila hembus nafas dari mulur keluar wap
T__________T

Di sepanjang jalan nak ke stesen subway, jalan dah mula sibuk dengan pekerja-pekerja & pelajar-pelajar Universiti Sungkyungkwan (sangat dekat dengan guesthouse yang aku duduk) yang sibuk berjalan.

Untuk hari pertama ni, kami sesat! hehehe.. Masih tak biasa dengan sistem subway di sana..

Sekali dan sehari tu aje la sesat.. Lepas tu dah ok,hehe..
Tapi kesesatan itu menyebabkan jadual kami tergendala jugak..

Stesen Jungnang.. Perasan tak kat situ train ni dah ala-ala komuter.. bukan lagi ala-ala Putra LRT/Star LRT

Sampai pun ke stesen Gapyeong! Walaupun dah berpeluh ketiak di cuaca yang sejuk sebab sesat tadi

Turun bawah stesen tengok-tengok ada pameran lukisan.. sempat lagi singgah hehe

Kat stesen ni jugak aku sempat singgah toilet & convenience store.. beli bateri kamera & banana milk aka 'banana uuyu' yang famous di kalangan pelancong Malaysia itu.. hehe

Sangat gembira bila dah sampai sini! Macam dah jumpa 1 checkpoint dalam treasure hunt, gamaknya!
Ramai gila remaja-remaja yang sama-sama memeriahkan stesen ni. (nomuu shikroo!) Aku syak diorang pun nak ke Pulau Nami jugak..

 Ahkak menunggu turn nak bergambo lepas all those teens blah..hehe

Dari sini, kami naik teksi. Tak mahal mana, lagipun kan berkongsi. Lagi ramai, lagi untung. Perjalanan dari Stesen Gapyeong ke Jeti Pulau Nami hanya mengambil masa lebih kurang 5-6 minit. (pakcik teksi tu bawak agak laju.. ++ ini rural area, jalan tak sesak mana.)

Pakcik teksi turunkan kami di 1 dataran.. Kena berjalan sikit.


Ini antara gambar keadaan sekeliling yang aku snap lepas sampai jeti ni.


 convenience stores..kami tak singgah pun. kan dah ada bekal.

Sampai je kat jeti ni, beli lah tiket..


Ramai kanak-kanak kecil datang ikut rombongan tadika masing-masing.. Gigih cikgu dia menjaga kanak-kanak sebesar ini pergi field trip ye..huhu

 us, ready with the visa to Naminara Republic ^^

 Khajaaa!!

Tak lama lepas tu wharf pun sampai dan marilah kita naik ye.
 wharf ni agak besar.. korang boleh pilih nak duduk kat dalam (aku tak sure kat dalam tu macam mana setting dia) ataupun berdiri di luar, di sekeliling wharf ni.. aku memang dari awal bertumpu kat bahagian paling depan.. lepas tu dah taknak gerak-gerak dah sebab takut that spot orang lain amik, hehehe.. sebab aku nak tengok pemandangan dari depan..



Dalam 7 minit menaiki wharf, sampailah kami di Pulau Winter Sonata ni.
Subhanallah. Sangat cantik!


Pokok berdaun merah yang pertama kami jumpa! Kat sini aje dah habiskan masa dekat 15 minit.. Bermulalah aktiviti bergambar kami menggunakan tripod..

Habis kisah pokok berdaun merah (padahal banyak je lagi pokok camni kat dalam, hehe.., sampai pula di laluan pokok ginko. Sekali lagi kami kekaguman dengan ciptaan Tuhan.. 
Maka silalah melayan gambar-gambar ni ye..


Sepanjang laluan ni memang hidung sentiasa tercium bau daun ginko. Siapa yang pernah makan pil supplement ginko biloba.. haaa..macam tu la sebijik sejibik bau kat laluan ni. Nak kata wangi pun bukan. Nak kata busuk pun tak la busuk sangat..hehehe..  Bau yang unik.

Penerokaan kami diteruskan.

 Trek keretapi. Dari mana nak ke mana keretapi ni, aku tak pasti. Kalau tak silap, keretapi ni untuk bawa senior citizen yang tak larat nak menjelajah Pulau Nami ni dengan berjalan kaki. 
Kat tepi tu adalah kandang kuda. Aku macam tak ada snap gambar kuda tu.

 Sayur-sayuran yang hidup segar

Oh ye. Walapun nampak macam matahari bersinar menyinari dan menyilaui kami, tapi sebenarnya masa ni boleh tahan sejuk ye.

Maafkan..dia ni memang obses dengan daun..
cak!

Peminat drama Winter Sonata mesti tau pasal  'cho kissu' a.k.a first kiss kan. Seberang jambatan ni adalah scene penggambaran cho kissu itu. Kami terus ke belakang dulu. On the way nak balik nanti baru pusing ke situ.



Excited jumpa papan tanda dengan ayat Bahasa Melayu.

Tapi aku rasalah kan, ayat yang betul ialah "Selamat Datang ke Pulau Nami"

Apapun, good job! Saya rasa bangga melihat ayat itu nun jauh beribu batu dari Malaysia! hehe

Jalan-jalan dan jumpa lagi laluan yang diselimuti daun ginko!

Akhirnya aku ajak Daff keluar dari laluan ginko ni..Karang tak merasa tengok laluan lain dek kerana asyik melayan perasaan berjalan sambil pijak dedaunan ginko..


 Kreatif kan? Asalnya sampah je.. Dedaunan kering yang disapu & dijadikan bentuk love.. Untuk insan yang tengah excited macam kami, kat sini pun bolehhh nak bergambar, hehe..
Jalan-jalan lagi dan bergambar lagi..



Masa ni, perut dah mula lapar.. Kami ada je bekal.. Dan banyak je terserempak dengan restoran-restoran. Tapi aku ke sini dengan 1 misi, nak makan nasi goncang atau nama korea nya "Dosirak".

Ianya makanan berupa nasi, telur goreng & kimchi, dalam 1 bekas makanan daripada tin. Sebelum makan, bekas makanan tu perlu digoncang supaya isinya bercampur dan bergaul dengan rata.. Gitewwww..
I am sooo craving to eat the dosirak on that time (sekarang pun, iskk)

It was my mistake..Tak habis study pasal restoran ni. Maka berpusing-pusing lah kami mencari. Kemudian masuk kat kedai ni. Tanya dengan staff dalam ni. Dia pun tunjukkan jalan.. Alhamdulillah, ada jodoh aku dengan dosirak..hehehehe
 Ini dalam kedai.. Kami masuk untuk bergambar kat replika cho kissu ni je..Dan tanya soalan pasal dosirak.

 Inilah bangunan yang ada restoran nasi goncang itu ye!
Cemana rupa dosirak dan cerita pasal kat dalam restoran ni karang aku buat 1 entri lain. 
(hoii penat sebenarnya nak siapkan 1 entri.. bertabah lah Dd! Slow and steady.. takde apa pun nak dikejar huhu)

Lepas makan, kami solat. Ada kemudahan musolla disediakan di Pulan Nami ni. Dalam Bangunan BAPLEX, betul-betul sebelah bangunan kuning kat atas.

Lepas solat, perjalanan dalam Pulau Nami diteruskan..
This is it! That very infamous spot from Winter Sonata.. The Pine Path! I'm soo excited!

Laluan yang diberi nama 'Pine Path'.. Pemandangannya tetap cantik biar musim silih berganti! Tapi ramainyaaaa orang kan walaupun ini adalah hari Khamis..hehe i thought kalau pergi weekdays tak ramai orang! Tapi takde maknanya! Penuh!

Sebelum jejakkan kaki ke sana mari bergambar di sini dulu (walau hati dah meronta-ronta nak ke sana)
Nak bergambar kat sini pun kena amik nombor huhu.. Beratur kami!


Asyik sangat aku dengan laluan pokok pine ni..
Sebenarnya kalau toleh ke kanan dan kiri, pemandangannya pun cantik juga,, macam kat bawah ni ^^


Salah 1 tempat yang aku memang dah aim nak bergambar:
 

Tugu junsang & yoojin! hehehe

Dari laluan pokok pine tadi, kalau teruskan berjalan sampai ke hujung, akan jumpa dengan tasik..

Again I was mesmerized by the breathtaking sceneries.
Camwhoring session again!
Walaupun dah ada local citizen yang dok atas bench sambil makan limau mengdap tasik, aku tetap nak bergambar kat sini..
(Ni lokasi pernggambaran drama Julia ni.. yg anak perempuan Amy Search berlakon tu)
mehehe

mengutip daun maple kering.. buat kenang-kenangan...

Masa ni dah nak balik.. Nak patah balik semula ke depan Pulau.. Tapi feeling-feeling macam tak nak balik gitu..huhu
Nampak bonsai pulak.. Dah sibuk nak bergambar kat sini.

On the way balik..camwhore round 2 kat pine walk ^^


Tempat terakhir kami nak tuju dalam Pulau Nami ni ialah lokasi First kiss.. Kembali ke jambatan tadi.

Aku tak tau kenapa setiap kali tengok gambar ni aku terfikir 'Paddle Pop'.. Adakah sebab tulis First Kiss tu ala-ala tulisan 'Paddle Pop' eskrem tu..
By the way.. aku rasa hiasan kat taman dan pulau ni sangat kreatif.. tengok tu..pakai botol kosong je tapi nampak menarik!

Kebetulan masa nak ke lokasi first kiss ni terjumpa dengan rakyat Malaysia yang naik 1 flight semalam. Ramah, kami saling menyapa (baguslah, sebab ada je Malaysian yang sombong kat sana,..huhu)

Kami mintak tolong dengan sorang encik pelancong Malaysia yang hemmmsemm untuk snap gambar ni..hehehe
Masa ni dah penat bukak pasang tripod!
 vandalisme! walaupun aku bawak marker (dengan niat nak conteng-conteng juga, tinggalkan jejak, kunun!) tapi hakikatnya bila sampai sana tak tergamak nak menyonteng..huhu



Dari lokasi first kiss ni, kami bergegas ke pintu masuk pulau.. 
Bergambar sementara menunggu wharf tiba

Kaki dah penat.. Tanpa disedari dah berapa km kami berjalan agaknya..

Lebih kurang jam  3.15 p.m waktu tempatan kami meninggalkan Pulau Nami dengan menaiki wharf..
Membawa 1001 kenangan terindah.
5 jam tu berjalan dalam Pulau ni! Gila lama!

 Annyeong, Nami Nara!

Kami menaiki teksi untuk ke Stesen Gapyeong. Senang je nak cari teksi kat dataran tadi, dah banyak yang menunggu.

Kemudian menaiki tren guna route yang sama.
Penat? Sangat!

 Tren yang penuh dengan senior citizen

 Kami yang dah pancit!

Masa tu tren penuh.. kami buat selamba duduk atas lantai tren. Tersengih-sengih atuk-atuk dan nenek-nenek yang duduk dalam tren tu tengok kami berdua..hehehe
Whatever.. kaki dah penat sangat! Boleh tahan lama jugak nak menyampaikan dari Gapyeong ke Seoul.. Gapyeong ni dah dekat area luar bandar..

Dannn...

Aku yang menaip entri ni pun rasa dah penat sangat ni!
So, till we meet again ya!
Assalamualaikum~

Sunday, March 03, 2013

Aktiviti Kokurikulum TKRS - Salad Buah

Ni kejadian masa aktiviti koko hari Sabtu baru-baru ni..
Kat sekolah baru ni aku jadi penasihat TKRS.. Aku tak pernah merasa jadi ahli TKRS dari zaman bergelar budak sekolah, zaman di maktab sampai lah zaman jadi cikgu.

Think positive.. Ini lah masanya.. ^^

So, aktiviti kali ni ialah penyediaan salad buah..
Simple kan. Budak-budak pun seronok.
Cikgu pun dapat tumpang sekaki merasa
x__________x

Biar gambar saja yang berbicara. Pfttttt.. ayat nak novel je kan..


Ni masa penyediaan. Hiruk pikuk.. Tak cukup kaki berjalan sebab sana-sini memanggil..






Ini pula hasil selepas hampir 40 minit..


Cikgu-cikgu sepakat kata salad hasil kumpulan ni paling sedap... antara banyak-banyak kumpulan


Kumpulan ni very well-prepared. Siap bawa benda yang tak disuruh bawa, macam alas meja, air & cawan..

Masa aktiviti: lebih kurang 1 jam
My 20 cent: Budak-budak suka kot aktiviti macam ni.. Masing-masing teruja membawa bahan sampai ada yang terlebih-lebih bawak buah yang kami dah pesan tak sesuai digunakan untuk salad buah..
Yang 'excited' sampai terlupa bawa beberapa benda penting pun ada.. huhu.. pandai-pandailah korang ye..

Cuma, nak kena ada penegasan dari segi kebersihan dan kekemasan semasa dan selepas bekerja.. Jadi, tidaklah lepas habis aktiviti budak-budak ni meninggalkan tempat kejadian dengan keadaan bersepah.. yang akhirnya harus dikemaskan oleh cikgu-cikgunya.. ~- (sinsing lengan baju)

*Diorang ni berkemas (lepas cikgu pot pet pot pet..) tapi...what do you expect from 10-12 years old kiddos.. claim dah kemas tapi tengok bawah meja masyaAllah..

Apapun, selesai 1 aktiviti!

P/S- Kak Farah, khas untuk tatapan ko yang jauh di Kelantan.. Sekolah baru aku yg 1 Malaysia, ^^

Saturday, March 02, 2013

Jalan-jalan di Korea tanpa tourist guide

Boleh ke?

Insya Allah, boleh.
Dengan syarat kena study la.
Buat persediaan yang rapi. Dari segi tempat-tempat yang nak dilawati. 
Sanggup bersusah payah sikit.. Kalau kat Malaysia dah biasa bergerak naik motor atau kereta sendiri..kat sana kena naik public transport.
Jenis tak kisah kalau awal-awal tu ada tersesat barat.. Adat lah kan, pertama kali berjalan di tempat orang. Tapi takkan selama di sana sesat.

Banyak ooo boleh jimat kalau berjalan sendiri..
********Itu semua alasan PRO********

Kat bawah ni yang CONS
Kadang-kadang makanan halal agak sukar dicari, melainkan korang betul-betul study peta  / cara nak ke sesuatu kedai makan.
Akan berada dalam keadaan teragak-agak..(betul ke ikut jalan ni.. boleh ke makan kat kedai ni..)
Penat sebab korang sendiri jadi pemandu pelancong. (Ini aku bandingkan dengan those yang amik travel agency & dibawa ke sana sini menaiki kenderaan khas).. Berjalan sendiri ni kena sentiasaaaa bergerak.. Kalau naik bas agensi pelancongan maybe dalam masa senggang tu boleh berehat (atau tidur sekejap)
Bab nak shopping, susah nak tawar menawar.. Melainkan korang memang dah fluent cakap Korea..

Wednesday, February 27, 2013

[Product Review] Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel

Hai. Kembali lagi dengan entri review produk.

Kali ni tentang produk keluaran Nature Republic. Namanya  Aloe Vera 92% Soothing Gel.

Again, aku review setelah lebih kurang 3 bulan aku pakai.
Produk ni dikatakan best seller dalam kedai kosmetik Nature republic.

Aku tak tau pun pasal tu.. Tapi yang aku perasan hampir semua cawangan Nature Republic yang aku singgah / lalu kat sana pamerkan produk ni di bahagian depan kedai.. Biasa kalau best seller / produk glemer kan memang orang letak kat bahagian depan!

By the way, aku tertarik dengan produk ni masa kat Jeju. Kami sebilik dengan sekumpulan cikgu dari Malaysia. Dan aku  nampak bekas ni atas katil dia.. Kami pun share cerita pasal penyakit gatal-gatal / kulit kering / kulit kedut akibat cuaca sejuk di Korea.. 1 of the teachers kata dia beli produk ni & sejak aku cium bau produk ni & cuba sapu sikit kat tangan, masa tu aku memang terus berazam..
Balik Seoul kang mesti beli!

Apa yang menarik pasal aloe gel ni, ianya tak mengandungi paraben, mineral oil mahupun sebarang pewarna.
Korang boleh google pasal paraben ye. Paraben ni macam bahan pengawet la senang cerita. Digunakan dalam kebanyakan kosmetik dan kebanyakan ubat-ubatan macam  minyak2 sapu. Korang pakai Felinna Inchloss? Aku pun pakai.. walaupun aku tau dalam tu ada paraben..huhuhu.. Kadang tak leh nak elak.. macam shampu.. kebanyakan pun ada paraben.. Abis takkan tak pakai shampu langsung kan..
Kesimpulannya, dalam kehidupan seharian kita memang payah nak cari produk yang paraben free!

Tapi dah alang-alang jumpa 1 ni, maka marilah mendapatkannya, ya..hehe

 Bahagian belakang produk. Maklumat dalam 2 bahasa, korean and english language.

Saiz sebenar dibandingkan dengan handphone Nokia aku. Agak besar jugalah sebenarnya.


 Harga di Malaysia aku tak pasti.
Harga masa aku beli di Nature Republic Korea ialah KRW 4400 (Kalau convert guna android application, lebih kurang RM12.60.. Tapi mujurlah kot nak dapat harga tu.. biasanya dah datang Malaysia harga jadi jauh lebih mahal)
**update.. baru jumpa info pasal harga di Nature Republic outlet dalam Malaysia. Sebekas harganya RM39.90
(Mahal ye.. huhu tapi berkhasiat tahu!)
 Isi kandungan dalam bekas ialah 300 ml.
Takde sudu atau penyedok disediakan ye.

Cara pakai:
Ambil dalam kuantiti sedikit, sapukan pada bahagian yang ingin ko sapukan.. As easy as ABC..
Sebab tak disediakan sudu / penyedok maka pepandailah korang mencuit isinya. Nak guna tangan boleh, nak pakai sudu boleh.. Aku pun, ikut dan je.. Tapi masa nak transfer ke dalam botol berpam ni aku guna lah sudu
Aku beli bekas with pump dari Guardian Pharmacy.. Lebih senang, mobil & praktikal..

Tadaaa.. Gitu.. dah siap letak dalam bekas dengan pump. Aku bawa ke sekolah hari-hari. (masa awal-awal aku letak dalam pump.. tapi lepas tu aku dah tak kuasa nak bawak.. Hoiii jadi cikgu di sekolah baru ni ko ingat sempat nak mekap-mekap. Tak payah la bawak ke sekolah. Tak sempat nak menggunakannya pun..huhu.)


Antara kegunaan gel ni, menurut sumber yang aku jumpa dari internet.. memang multi-tasking! daebak! hebat! marvellous!

Setakat ni aku sendiri pernah guna untuk no 2, 4, dan 7. Kat bawah ni pengalaman aku guna aloe gel ni..

Make-up base:
Aku campurkan dengan BB cream dengan ratio 2:1. BB Cream 2, aloe gel 1. Campuran tu nampak lebih cair & 'creamy'.. Lebih senang meresap ke kulit muka lepas di sapu.. Tapi jangan salah ratio.. Nanti nampak tak balance.

**update-aku pernah je mix dalam ratio yang salah.. yelah kan, bersiap di awal pagi dan nak cepat..Biasanya aku picit BB cream dulu lepas tu baru picit aloe gel..dalam tergesa-gesa pernah je jadi ratio 1:1.. tapi sebab nak cepat, haku malas nak add semula BB cream (masa di waktu pagi sangat berharga wooo).. aku blend & sapu je kat muka.. Dan hasilnyaaa... lepas aku mula berpeluh, nampak la BB cream tu macam bergumpal di kawasan-kawasan macam tepi hidung..& tepi mata. (which is quite terrible to see huhu!).. So, berusahalah mencampurkan dengan ratio yang betul ye.



Hair treatment
Pada diri aku, lebih kepada scalp treatment. Kulit kepala aku memang dari zaman remaja lagi bermasalah. Banyak kelemumur. Kelemumur sampai tahap berkeping-keping. Tapi tak la penuh satu kepala. Kat bahagian tertentu je.. Dah banyak shampu aku cuba. Yang murah. Yang mahal. Yang berubat. Yang berangin. Yang ada mention anti kelemumur, anti dandruff, anti ketombe bagaiiii.. tapi...tak jalan jugak.
Pasrah sudah. Tinggal tak cuba pergi Yunnam hair care je. Tapi memang tak la kot nak pegi Yunnam.
Banyak lagi kegunaan duit dari buat pegi sana, macam melancong ke Yunan... OK tak kelaka.. huhu

Dapat aloe gel ni, aku pakai sebagai gel rambut.. rasa sejukk je lepas sapu dan kena kulit kepala.. Alhamdulillah kepingan kelemumur tu makin kurang.. (ini disahkan oleh akak yang menggunting rambut aku kat 1 salon ye.. Dia kata kelemumur aku yang berkeping tu ada kat bahagian depan, kiri kepala je).. Dulu kan, ada di kiri dan kanan sebenarnya. Jadi, mari teruskan memakai aloe gel yang best ini.

Body care:
Aku sapu pada muka biasanya.. lepas meresap tu rasa kulit muka sejuk dan wangi.. I like the smell.
Kadang-kadang aku sapu pada bahagian pada kaki yang kasar.

Ni nak cerita pasal bau aloe gel ni. Nak kata wangi sangat pun tidak. Nak kata macam bau aloe vera yang ko patahkan direct dari pokok pun tak.. Its just.. pleasant smell..

Ni ada beberapa produk dari farmasi di Malaysia yang aku try bau..

Bukan lah dari bau terus boleh judge produk ni bagus atau tidak.. Pada aku, setiap produk pun ada kelebihan tersendiri.. Kalau tak, takkan boleh dikeluarkan dan dijual, kan.

Tapi setakat ni dari segi bau, aloe gel dari Nature Republic ni menang la kot. (pada aku la!) Selain tu, Nature Republic Aloe Gel ni dah diterangkan mengenai penggunaannya yang meluas..

Consider to buy again: Definitely. Tapi macam susah sikit sebab kat Batu Pahat takde Nature Republic outlet. Tony Moly ada la. Aku perasan kat Tony Moly pun ada aloe vera soothing gel  ^^
Aku tau ada yang jual online.. Tapi tengok la dulu cemana,,huhu..
Mungkin kalau boleh memesan pada yang melancong ke sana, aku akan beli lagi. Tak pun, kalau aku sekali lagi ke Korea, aku akan beli produk ni terus dari sana!

UPDATE (19/05/2013):
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Ramai kot yang berminat dengan produk ni, sebab ini entri paling popular dalam blog ni. Aku sebagai pengguna pun memang terus suka lepas pertama kali guna.. Again, friendly reminder siapa yang memang ada plan nak ke Korea boleh lah masukkan dalam a-must-buy-list.. Sebab memang murah kat sana.

Tapi, yang macam aku, yang tak tau nak beli kat mana.. (sampai sebekas yang ada pun guna sikit-sikit, jimat-jimat), ini ada berita baik!
Boleh beli dari dorang ni ---> EPieceKR  
Takde la mahal sangat macam beli kat Nature Republic outlet dalam Malaysia (which is tak semua tempat ada pulak tu,,). Dorang ni dari Kuching Sarawak so of course there should be some postage fee..but still, worth it. Aku cadangkan kongsi dengan kawan-kawan atau beli banyak sikit untuk jimatkan belanja pos.

Sebenarnya, aku dah lama jugak belek-belek produk ni melalui web Qoo10.. (Sebab yang aku punya dah nak habis) Siapa yang rajin online shopping tau lah kot. Kita order barang dari Korea, dan tak payah pening-pening pasal pertukaran mata wang sebab semuanya dah automatically dikira dalam Ringgit Malaysia. Tapi pada aku, masih mahal, sebab melibatkan kos pos dari sana. Lagi-lagi kalau setakat nak beli 1-2 bekas. Then, there goes the issue of missing and broken item. Risau jugak kan, beli dengan penuh pengharapan tetiba barang hilang, tak sampai, atau rosak/pecah..

Jadi, mari membeli Aloe Gera Gel yang wangi dan best ini!!!!

Tuesday, February 26, 2013

Mi Racun

Ini bukan pasal mi yang ditaruh racun ye.
Ini pasal mi yang bernama Mi Racun.

Mi ni dikatakan glemer di Batu Pahat.
Tapi, honestly aku orang Batu Pahat ni pun tak tau kewujudannya sebelum ni.. acaner tu..huhu

Setahu aku sebelum ni, makanan fofuler di Batu Pahat, Johor ni hanyalah Nasi Beriyani Gam.
Yang ini pun, aku baru je merasa dalam 2 tahun lepas. Itu pun sebab nak menyampaikan hajat kawan baik zaman U yang datang dari Kedah.
Selain tu, masa aku kerja di Endau, Mersing, kadang-kadang ada jugak pertanyaan pasal Nasi Beriyani sedap di Batu Pahat.. Aku macam,, err.. tak tau nak cakap apa.. blur.. Sebab biasanya aku makan nasi beriyani masa pergi kenduri kawin. Takde pulak saja-saja pergi kedai dan order nasi beriyani..
Seingat aku, famili aku tak pernah ajak pergi kedai dan makan nasi beriyani ni.
Agaknya, sebab tak susah bagi kami nak makan nasi beriyani kot. Rata-rata majlis kahwin kat sini memang hidangkan nasi beriyani sebagai menu utama. Walaupun bukanlah hari-hari ada kenduri kawin, tapi bukanlah hari-hari jugak nak makan nasi beriyani kan?

Ye, menyimpang sudah. Tadi nak cerita pasal mi racun.

Aku pernah dengar makcik dan pakcik aku dari Sarawak sebut-sebut pasal nak cari mi racun di Batu Pahat. Tapi aku tidaklah mengendahkannya masa tu.

Sampailah bebaru ni, aku tersesat jalan di bandar Batu Pahat.. (ni nama je orang Batu Pahat, tapi aku kan kira baru je balik sini.. dah dulu sibuk belajar dan kerja kat tempat lain.. terus tak kenal tempat sendiri)
Biasalah, jalan sehala. Ko salah masuk simpang atau tak perasan, tersasar sudah ke jalan yang lain.. Lepas tu jenuh jugak nak patah balik sebab nak mencari tempat nak U-Turn.

Kiranya, aku terperasan gerai Mi Racun ni sebab tersesat jalan lah..

Tapi masa tu taklah terus singgah. 2-3 hari kemudian, pergi lagi ke bandar atas urusan lain dan eh, terlalu lagi depan gerai mi racun.
Baiklah, mari kita singgah. Walaupun masa tu aku bersendirian.
Ada apa hal dengan makan bersendirian, aku ok je. Janji lepas tu perut kenyang. Kalau boring masa makan sebab tak ada kawan nak bersembang, belek lah henpon. Inilah gunanya smart phone sebagai peneman.. ngeee..

Pertama kali makan mi racun di usia 31 tahun.
 

Rasanya, sedap.
Pertama kali tengok, nampak macam mi bandung.
Tapi takde rasa udang kering dan takde jumpa kacang dalam kuahnya.
Kuahnya ada rasa masam-masam sikit. Mungkin ada letak sos tomato / tomato blend / tomato puree.
Dalam mi ni, ada potongan tahu goreng, telur dadar dan kentang rebus. Pertama kali aku jumpa orang letak telur goreng dalam hidangan mi berkuah. (abis tu, dah namanya pertama kali makan mi racun, kan..huhu)

Yang aku makan ni, mi racun biasa.
Aku tanya adik yang ambil order, apa beza mi racun biasa dengan mi racun special. Dia kata yang special tu ada letak tulang kambing.
Harga pun mestilah berbeza. Yang biasa tu RM6.00. Yang ada tulang kambing aku tak tanya dan tak nampak pulak senarai harga.

Baiklah, kalau yang teringin nak cuba makan mi racun ni, aku bagi gambaran kasar macam mana nak pergi.
Kalau lalu jalan nak ke Bukit Pasir / Sri Medan / Yong Peng dari bandar Batu Pahat, jeling-jeling lah sebelah kanan.. Besar kot banner 'Mi Racun' diorang letak.. Lepas tu kena lah buat U-turn nak ke gerai tu.

Erk.. Paham tak. Takpun, tengok gambar peta ringkas yang aku lukis kat bawah ni. Gigih akak bukak photoshop dan melukis..