Tuesday, 26 February 2013

Mi Racun

Ini bukan pasal mi yang ditaruh racun ye.
Ini pasal mi yang bernama Mi Racun.

Mi ni dikatakan glemer di Batu Pahat.
Tapi, honestly aku orang Batu Pahat ni pun tak tau kewujudannya sebelum ni.. acaner tu..huhu

Setahu aku sebelum ni, makanan fofuler di Batu Pahat, Johor ni hanyalah Nasi Beriyani Gam.
Yang ini pun, aku baru je merasa dalam 2 tahun lepas. Itu pun sebab nak menyampaikan hajat kawan baik zaman U yang datang dari Kedah.
Selain tu, masa aku kerja di Endau, Mersing, kadang-kadang ada jugak pertanyaan pasal Nasi Beriyani sedap di Batu Pahat.. Aku macam,, err.. tak tau nak cakap apa.. blur.. Sebab biasanya aku makan nasi beriyani masa pergi kenduri kawin. Takde pulak saja-saja pergi kedai dan order nasi beriyani..
Seingat aku, famili aku tak pernah ajak pergi kedai dan makan nasi beriyani ni.
Agaknya, sebab tak susah bagi kami nak makan nasi beriyani kot. Rata-rata majlis kahwin kat sini memang hidangkan nasi beriyani sebagai menu utama. Walaupun bukanlah hari-hari ada kenduri kawin, tapi bukanlah hari-hari jugak nak makan nasi beriyani kan?

Ye, menyimpang sudah. Tadi nak cerita pasal mi racun.

Aku pernah dengar makcik dan pakcik aku dari Sarawak sebut-sebut pasal nak cari mi racun di Batu Pahat. Tapi aku tidaklah mengendahkannya masa tu.

Sampailah bebaru ni, aku tersesat jalan di bandar Batu Pahat.. (ni nama je orang Batu Pahat, tapi aku kan kira baru je balik sini.. dah dulu sibuk belajar dan kerja kat tempat lain.. terus tak kenal tempat sendiri)
Biasalah, jalan sehala. Ko salah masuk simpang atau tak perasan, tersasar sudah ke jalan yang lain.. Lepas tu jenuh jugak nak patah balik sebab nak mencari tempat nak U-Turn.

Kiranya, aku terperasan gerai Mi Racun ni sebab tersesat jalan lah..

Tapi masa tu taklah terus singgah. 2-3 hari kemudian, pergi lagi ke bandar atas urusan lain dan eh, terlalu lagi depan gerai mi racun.
Baiklah, mari kita singgah. Walaupun masa tu aku bersendirian.
Ada apa hal dengan makan bersendirian, aku ok je. Janji lepas tu perut kenyang. Kalau boring masa makan sebab tak ada kawan nak bersembang, belek lah henpon. Inilah gunanya smart phone sebagai peneman.. ngeee..

Pertama kali makan mi racun di usia 31 tahun.
 

Rasanya, sedap.
Pertama kali tengok, nampak macam mi bandung.
Tapi takde rasa udang kering dan takde jumpa kacang dalam kuahnya.
Kuahnya ada rasa masam-masam sikit. Mungkin ada letak sos tomato / tomato blend / tomato puree.
Dalam mi ni, ada potongan tahu goreng, telur dadar dan kentang rebus. Pertama kali aku jumpa orang letak telur goreng dalam hidangan mi berkuah. (abis tu, dah namanya pertama kali makan mi racun, kan..huhu)

Yang aku makan ni, mi racun biasa.
Aku tanya adik yang ambil order, apa beza mi racun biasa dengan mi racun special. Dia kata yang special tu ada letak tulang kambing.
Harga pun mestilah berbeza. Yang biasa tu RM6.00. Yang ada tulang kambing aku tak tanya dan tak nampak pulak senarai harga.

Baiklah, kalau yang teringin nak cuba makan mi racun ni, aku bagi gambaran kasar macam mana nak pergi.
Kalau lalu jalan nak ke Bukit Pasir / Sri Medan / Yong Peng dari bandar Batu Pahat, jeling-jeling lah sebelah kanan.. Besar kot banner 'Mi Racun' diorang letak.. Lepas tu kena lah buat U-turn nak ke gerai tu.

Erk.. Paham tak. Takpun, tengok gambar peta ringkas yang aku lukis kat bawah ni. Gigih akak bukak photoshop dan melukis..


2 comments:

  1. assalamualaikum... nak tanya la... gerai ni buka dari pukul berapa sampai pukul berapa???

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumsalam..

    Maaf Adimz saya pun tak pasti masa gerai ni beroperasi.. MAsa saya pegi tu petang.. Saya rasa gerai ni bukak petang kot. Pagi macam tak je. Nanti saya cuba tanya pada kawan2 ok..

    ReplyDelete