Thursday, June 03, 2010

Holiday Fe-vah!

Assalamualaikum!

Hari sekolah berbaki lagi sehari. Masa yang dinanti2 oleh warga sekolah seluruh negara.
Yang namanya budak, suka sebab 2 minggu tak kena bukak buku.
Yang namanya cleaner, kena kerja jugalah. Tapi tak payahlah menghidu bau tandas yang hancing pesing & menyapu/memungut plastik aiskrim Malaysia doplohsen berbagai perisa..
Yang namanya makcik kantin, boleh la melonggarkan sendi2 yang sengal dek bekerja berjual dan menyiapkan makanan minuman..
Yang namanya kerani, boleh la 'berhenti' seketika dari mendengar jerit pekik budak2 yang digelarkan dengan istilah 'mengaruk'..
Yang namanya tukang kebun, mungkin tak ada effect apa pun..Yelah, kalau dah waktu cikgu mengajar pun selamber je ngenggg sana ngenggg sini mesin rumput tepi kelas.. so apatah lagi time cuti sekolah..
Yang namanya cikgu, pun gembira jugak lah..
~2 minggu tak yah buat lesson plan. Maaanyak syiok oh!
~2 minggu tak yah pikir nak iron baju tudung.
~2 minggu tak yah terkejar2 waktu pagi..n petang (bagi yang kena ngajar tuisyen malam)

=========================================================

Hehe ye ke cikgu?
Menyorot kembali ingatan pada 2 hari lepas.. situasi dalam bilik guru. 2 orang guru yang kampung halamannya nun jauh di sempadan Thailand membincangkan hal 'Tugas semasa cuti'..
Siapa kata waktu cuti sekolah cikgu tak kena pergi sekolah?
Kena meh!
Duduk la di sekolah, buat apa yang patut,, dan paling penting mesti siapkan 1 report.. cerita la apa yang terjadi pada hari kita bertugas tu...
Erm.. yang tak pernah merasa tu mungkin dia dalam kategori yang suka cha alif bowt. Buat tatau suda..

Berbalik pada 2 orang cikgu tadi.. Masing2 meluah perasaan rindukan kampung halaman.. ingin pulang seawal yang mungkin. Cuti sesingkat itu tidak harus dibebankan dengan tugasan semasa cuti. Tugasan itu harus dipikul oleh guru 'tempatan' yang mungkin,, tidak ke mana2..

Hehehe aku cuma diam. Tangan menanda buku sambil menganalisa perbualan tadi, bercampur dengan menyemak jawapan latihan dalam buku budak.

Habis, aku yang mengajar tahun 6 ni, siap ada tuisyen lagi dalam minggu pertama cuti. Dan aku yakin nama aku akan terselit sekali dalam jadual bertugas guru semasa cuti.

Aku cuba letakkan diri aku dalam diri cikgu yang nak balik "jauuhh" tu..
Yela, jarang2 dapat balik kampung, tak patut kalau cuti sesingkat ini diganggu. Agenda dalam cuti ada macam2. Dah la perjalanan pergi dan pulang pun dah makan masa yang lama~

Cuba pulak letakkan diri dalam cikgu 'tempatan'
Habis? Sebab aku orang sini, orang tempatan lah namanya, so aku je lah yang kena bertunggu tangga kat sekolah? Tak payah berjalan? Tak payah jenguk mak ayah sedara mara bagai?

Dan aku sebagai guru tahun 6
Mengajar tuisyen itu kemestian..masih lagi nak letak nama aku jugak ke untuk bertugas? Begitu ramai cikgu dalam sekolah, tapi balik2 muka yang sama yang kena bertugas. Habis? Cikgu yang tak mengajar tuisyen dan tak bertugas tu? apecer? huhuhuhu

Moral of the story: Ada sebabnya aku bawak my Nokia bluetooth stereo headset g sekolah. Mungkin ada insan yang tersenyum sinis melihat aku duduk d meja, menanda buku dengan headset melekat di telinga.. Aku nak mengelakkan otak aku berfikir benda2 macam ni lah. Susah. Lebih baik tak payah dengar dan kemudian pikir apa2.. buat saja kerja & apa tugasan yang diberi!
Berfikir benda yang sepatutnya difikir.. Abaikan benda yang tak patut difikir!


No comments:

Post a Comment