Saturday, May 24, 2014

Elakkan bercekau / bertelingkah antara travel partner

Mula-mula sekali, ni dah kira ajaib ni satu hari ada 2 entri. mihihihi

Kedua, tiba-tiba terfikir pasal ini, lalu rasa mahu diblogkan. So, macam peringatan untuk diri sendiri lah.

Kebelakangan ni, aku kerap juga lah baca blog berkenaan travel. Sebab aku sendiri bakal travel very soon. Bila membaca tu, pengalaman orang lain boleh dijadikan panduan jugak untuk diri sendiri.

Aku tak nak komen lebih-lebih pasal orang lain, aku nak ulas sikit yang aku rasa berkait dengan aku je.

Bagi aku tak pelik, kalau tetiba dalam 1 trip kita ada sedikit selisih faham sesama travel partner. Ye lah, masing-masing dah berumur (aku assume dah berumur, sbb kalau budak sekolah tak backpack melancong sesama sendiri; budak belajar kat U dan kolej pun logiknya belum bekemampuan nak travel). Bila namanya travel secara backpack pulak logiknya memenatkan. Jadi bila dah penat-penat tu manusia ni tend to speak  without thinking first.. Mungkin awal-awal tu cuba bersabar, brain the words pelan-pelan dan tapis dulu dalam kepala..  Tapi bila dah penat, ditambah pulak dengan kejadian tak disangka-sangka macam sesat ke, kena tinggal bas / train ke (contoh ye!) mula lah mulut pun nak bercakap sesedap rasa.

Kadang-kadang tu, dah cuba tahan perasaan, tapi lama-lama hati memberontak, eh eh si dia ni bercakap takde nak tapis-tapis pulak ye, meh rasakan sekali bila aku pun cakap tak bertapis..." gituu.

Bagi aku, dalam situasi macam tu, kalau dah tak boleh tahan tu, cakap aje la.. Dari pendam dalam dada dan rasa geram, lebih baik cakap kan?
Bagi aku, cakap / melawan sebegitu adalah bertujuan nak bagi hint kat kawan tu, supaya dia pun berfikir sama,, janganlah main cakap je apa yang dia nak cakap..

Lepas tu of course suasana macam jadi "krik krik krik krikkkk".
Sebab lepas meluahkan apa yang terbuku di dada, sebenarnya orang yang bercakap tu ada rasa sedikit menyesal..

Lepas tu, terpulanglah antara individu-individu ni, nak teruskan bercekau ke nak berdamai. Hehe.

Dalam kes aku, kalau dah penat tu memang lah memasing macam nak berangin je. Macam aku cakap tadi.. Itu standard. Kalau dah terlaser, normally dua dua akan senyap. Senyap tu nak memenangkan diri.. dan berfikir dengan betul. Then bila dah sampai destinasi tu biasanya memasing dah kekaguman & lupakan ajelah salah paham tadi. Apapun, kat tempat yang cantik tu opkos nak bergambar kan. So kena la berdamai.. Gitu.

Pandai-pandai lah kita adjust diri dan perangai masing-masing ya? Ini peringatan untuk diri sendiri jugak ni.
Ataupun, kalau rasa-rasa diri tu memang susah nak bersabar dengan karenah orang lain, elakkan dari travel dengan strangers.

Sedangkan travel dengan kawan sendiri pun ada kemungkinan untuk berselisih faham, apatah lagi agaknya dengan orang yang sah-sah dari awal bukan kawan rapat kita.

Mungkin ada je yang travel dengan strangers dan berakhir dengan gembira tanpa ada masalah. Tapi setakat yang aku survey, 90% mesti ada masalah.

So, tepuk dada, tanya selera & minda & tengok bajet! Hehe. Kadang-kadang kita sanggup travel dengan strangers sebab nak memenuhkan syarat. Lagi ramai dalam kumpulan, lagi banyak penjimatan. Itu memang tak dinafikan lah. Tapi kena fikir dalam-dalam gak. Ramai, jimat, tapi masalah di kemudian hari tu?

Merancang nak pegi ke sesuatu tempat tu dah berbulan-bulan, kumpul duit pun amik masa berbulan-bulan dan mungkin bertahun-tahun. Tetiba suasana percutian tu dirosakkan dengan benda-benda macam ni.
Berbaloikah?




No comments:

Post a Comment