Saturday, May 24, 2014

Sambutan Hari Guru 2014 sekolah kami

Asalamualaikum.

Seperti biasa, mestilah ada sambutan hari guru kan.

Aku ada terbaca di FB, ada sekolah yang tak sambut hari guru sebab MMI (Melindungi Masa Instruksional). Ada pula yang sambut selepas rehat.

Pada aku, sambut atau tak, tu bergantung pada pihak pengurusan sekolah.

Ada jugak terbaca post pasal sambutan hari guru, yang sesungguhnya ianya adalah seperti sambutan syok sendiri.
Yelah, nak meraikan hari profession sendiri. Yang merancang perjalanan program, urusan beli hadiah, kemudian tukar-tukar, menjalankan program, serba serbi dijalankan oleh guru sendiri.

Isu camni pada aku bergantung pada orang yang memikir tu sendiri. Kalau kau nak emo emo dan fikir macam tu, go ahead. Tak ada apa yang salah pun dengan pendapat sebegitu. Betullah seperti apa yang dinyatakan. Semuaaaa cikgu urus sendiri.
Tapi, boleh je kalau nak berfikir cara lain. Dengan lebih positif.

Dah tu? Nak suruh anak-anak murid yakni budak sekolah rendah ni yang urus semua? Ko biar benar? Sekolah rendah kot? Nak hias kelas pun cikgu yang uruskan dari A to Z.
Ko nak harapkan sapa lagi? PIBG? Parents sah-sah keje kot. Its too good to be true kalau parents semua boleh bercuti dan bergabung tenaga dengan PIBG merancang untuk meraikan cikgu.
Well kalau itu benar-benar berlaku, aku pun rasa seram.
PPD? Nak ke kalau PPD yang meraikan di sekolah? Dah tentu sambutan tu kena formal. Kan ke bagus kalau cikgu yang merancang dan jalankan sendiri. Ko nak customize macam mana pun (of course, dengan kata sepakat semua cikgu la kan) tak kisah. Dan lebih selesa.
Melainkan ko cikgu yang tak amik tau langsung. Main ikuttt je apa yang dirancangkan.

Kalau sekolah menengah tu lain la kan, dah boleh diharap. Bantuan guru mungkin diperlukan untuk touch up sikit-sikit je.

So, bagi aku, tak payah nak emo sangat. Biarlah orang nak kata cikgu syok sendiri ke hapa. Abaikan. Buat serabut otak je memikir semua tu. Banyak lagi kot benda lain boleh difikir.

Ok, enough with membebel.

Sambutan kami tahun ni, dah sepakat nak bertemakan "Back To School". Semua cikgu berpakaian seperti murid. Sebenarnya, masa meeting, ada je kata protes. Standard la kan. Alasan-alasan seperti "membazir nak beli baju baru", "badan dah tak fit", "lepas habis hari guru, baju tu nak digunakan masa bila?" telah didebatkan dalam meeting.

Jadi, kesimpulan kami pada masa tu, siapa yang tak boleh pakai baju sekolah, pakailah baju batik.





Kami juga sepakat nak saling bertukar hadiah. The rule, cabut 1 nama guru, then belikan hadiah dan tak payah bagitau siapa diri anda pada orang tu. Pemberi dirahsiakan, gitu.
(Melainkan aku dan geng-geng terdekat, masing-masing dah bisik-bisik dapat siapa. hehehe. Sebab nak bincang hadiah apa yang sesuai diberi)

Aku dapat cikgu lelaki. So terus pikir nak bagi hamper makanan je, habis cerita. Lagipun anak-anak cikgu tu ramai kecik-kecik. Anak-anak murid aku sendiri juga.


Program hari guru, simple je. Atas persetujuan semua juga. Tak ada la karaoke ke. Ataupun berbalas pantun macam tahun lepas.
Ada pertandingan volleyball, team guru vs team budak, sukaneka - jaringkan gol bola jaring, golkan bola hoki & kotak beracun.

Ada juga persembahan murid. Yang ni terus guna shortcut, mintak team action song & choral speaking untuk buat persembahan, memandangkan seminggu lepas sambutan hari guru ni, diorang nak nak bertanding dalam carnival.
So juruletihnya, aku sendiri dan Khairun setuju aje lah (gila ko tak setuju, boleh mendapat cercaan nanti hahaha). Apa yang ada tulah yang dipersembahkan. Untuk choral speaking, aku tambahlah satu dua ayat penyedap rasa - ucapan khas untuk guru semua.

Makanan jamuan untuk guru ditempah diluar. Sedap-sedap semuanya. Ada lontong, soto, sate, kuih muih, pecal & ada lagi aku dah tak ingat hehehe. Satu benda aku nak puji sekolah ni kalau bab makan memang terbaik. Banyak dan siap boleh tapau lagi. Tak ada pun AJK makanan nak bising-bising. Tau-tau makanan dah terhidang dalam bilik guru.


Hadiah dari budak, alhamdulillah terharu ada yang sudi nak beri. Aku bukan lagi guru kelas tahun ni. Tapi bila ada yang mengingat tu.. rasa gembira dan terharu hehe.




Beg balik kampung tu hadiah dari Kebiru.. Elok lah sangat, boleh terus letak hadiah dari murid-murid hehe. Beg laptop merah tu hadiah cabutan undi untuk aku.. Kebetulan memang beg laptop sedia ada dah koyak. Tapinya tak muatlah pulak.. Laptop aku besar kot.

Aktiviti selfie, merasmikan monopod aku yang bakal dibawa berjalan nanti. Hehe. Rakan-rakan cikgu melopong je tengok monopod ni. Definitely gajet untuk generasi lain lah kot.. Sebab menengok pada gaya diorang kekaguman dan bertanya, memang sah-sah diorang tak tau akan kewujudan monopod ini.




Gitulah kisahnya sambutan hari guru tahun ini..
A few people commented on my FB, aku nampak happy di sekolah baru. Well, masalah memang lah ada. Cuma aku tak tunjuk je. Aku malas. Keje banyak di sekolah baru ni, dengan waktu mengajar yang banyak juga.. Honestly, aku sangat penat tapi apa nak buat? Teruskan je lah dan hadapi. Kepenatan dengan macam-macam kerja jugak buat aku lagi tabah kot. Aku bukan jenis mengadu dengan famili atau kawan-kawan. Kerana penat jugak ku jadi tak kuasa nak dengar benda yang tak berkait dengan aku. Like how I'm struggling to solve my problems, how I tried to deal with challenges, I hope people around me do the same.

Aku buat je keja aku diam-diam & bercakap bila perlu. Aku elakkan bersembang saja-saja / bergurau sebab aku tau aku berhati tisu, kadang-kadang orang bergurau tapi aku tak fikir macam tu. Orang bergurau, aku tetap sentap.. Jadi, aku fikir solution nya ialah duduk diam-diam buat keje. Bercakap ikut keperluan. Bergurau hanya dengan orang yang aku rasa selesa untuk bergurau.

OK.. itu je. Tata.

No comments:

Post a Comment