Wednesday, December 26, 2018

Hendak seribu daya

Assalamualaikum..

Lamanya tak update blog.. Akak bizi la huhu. Keinginan tu ada tapi kesempatan tu terbatas.

Banyak hutang nak post ni.. Hopefully apa yang ada sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang mencari sedikit maklumat .

I just want to share my humble thoughts here.. Ada ramai orang yang suka travel. Baguslah. Ada ramai juga yang cuba untuk travel diy tanpa melalui agensi.. Pun bagus.

Yang tak berapa nak bagusnya, nak travel diy tapi malas..

Aku memang jarang sekali share info dekat page pasal travel di Facebook..yang tahu, tahu lah kot page mana. Memang ada macam macam info kat situ. Ada yang membantu dan sebaliknya. Tak kisahlah membantu atau tidak tapi pada aku page tu macam satu short cut untuk kita search info tentang travel (kalau berkaitan)

Aku tak paham macam mana ada individu yang nak cari maklumat tapi malas nak membaca. Aku seriously tak faham macam mana wujud orang yang bertanya tanpa skrol sikit (sikit je pun!) komen komen dalam sesuatu post tu untuk dapatkan info.

Analogi nya kan, macam aku mengajar lah dalam kelas. Aku dah tulis rumus dekat white board untuk murid murid tengok, lihat, fikir, dan guna.. Tapi murid tu boleh tanya aku lagi, cikgu, apa rumus nya? Apa formula nya? Boleh tak cikgu bagitahu saya?

Budak kecik yang tanya, okay lagi. Tu pun harus mendapat juga. . sebab apa? Sebab tak cakna.

Inikan pula yang tanya tu traveler dewasa.. Aku malas nak elaborate lagi, takut tercakap perkara yang tak berapa elok.

Aku cuma nak luahkan betapa aku kecewa dengan orang macam ni. Tindakan aku selalunya aku abaikan soalan tu dan org yg tag nama aku, lepas tu stop kan notification. Dah. Pandai pandai lah kau baca.. Tinggal nak skrol sikit je pun ke atas, come on la. Huhu. Ada juga rasa nak reply perli perli tapi tak pelah. Karang jadi benda lain pulak huhu.

Maaf la kalau ada yang tak setuju dengan aku dalam bab ni. Tapi aku memang fikir..nak travel diy tak boleh la pemalas sangat. Seriously..

Okay semoga aku ada masa untuk share pasal trip ke turki dan bosnia tahun lepas.. Dan aceh pada Mac 2018. Juga pengalaman umrah baru baru ni..


6 comments:

  1. semogaaaa rajin nak post entry. nak baca pasal Turkey dan Bosnia. nak sampai tatau bila tapi nak baca pengalaman orang lain. hehe samala kita semoga rajin hehe.. =)

    bab malas scroll tu mmg takleh nak cakap macam mana. memang ada spesis gini. kadang tu kita da tulis terang2 dah kat entry dia tanya jugak lagi. sabar la.. keep on sharing =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tq for your comment siti 😊.. Really made my day.. Insha Allah saya akan cuba update..

      Delete
  2. sebab ramai suka share kat FB tu dengan kewujudan group2 travel kat FB ngan twitter tu orang jadi malas sikit (sorry to say). Senang2 je iklan dalam group mintak share itu ini. kadang2 tempat2 simple je which kalau google pun bersepah keluar. kalau tempat2 rare tu kira dimaafkan jugak la kot kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dzuli chan 🙆‍♀️🙆‍♀️🙆‍♀️

      Itulah.. Padahal, kalau skrol sikit ke atas, saya memang dah share pun maklumatnya.. Asalnya bila sorang bertanya, kita pun okay je, bagi apa apa info yang kita ada. Tapi the next next next person tu, kot ye pun nak study patut nya rajin rajin lah sikit jengah dulu the whole post.

      Orang cenggini senang cerita memang malas la kan.. Semua benda nak kena suap je.. Benda dah ada padahal, punn nak kita suap betul betul dekat tepi mulut dia. Minta maaf banyak banyak lah sebab tak semua orang boleh jadi rajin untuk melayan sebegitu huhu.. Mood yang asalnya okay pun boleh tiba tiba jadi down.

      Delete
  3. semua nak spoon fed infomasi...tepuk dada tanya selera la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum n hai sis muna.. Tq sbb sudi drop comment..

      Ya betul, trend skrg Saya perasan mcm tu.. Sebenarnya nak tanya tu bukan x boleh kan.. Cuma Kadang2 daripada soalan tu nampak sangat yang bertanya x study langsung ataupun paling mengecewakan malas nak baca info sedia ada.. Nak senang main tanya je.. Patut scroll la komen2 dulu baca info yang dah sedia ada..

      Delete