Assalamualaikum.
Hari keempat ni kami lambat keluar. Semalam kepenatan sangat kot huhu.
Jam 10.40 pagi macam tu baru kami gerak ke subway station. Tapi memandangkan destinasi pun dekat aje, maka kul 11 pagi kami dah selamat terpacak di Namsangol Hanok Village.
Jom tengok apa ada di Namsangol Hanok Village ni. Trip 2012 tak sempat ke sini.
Kami naik train dari Hyehwa turun kat Chungmuro Station. Exit 4. Exit 3 pun boleh.
Masuk foc.
Tutup setiap Selasa.
Bukak dari kul 9 pagi.
Kyeoptaa.. |
Belum belum dah jengah souvenir shop. Hehe. Usah membeli di sini sebab mahal. Lagipun barangnya sama aje macam yang ada kat Namdaemun/Insadong sana.
Jom tengok hanok yang ada kat sini. Ada 5 hanok kat dalam ni.
Bahagian dalam dan luar rumah
Kat sini masa tu ada pemeriksaan kesihatan menggunakan kaedah tradisional. That's why gambar kat atas tu siap ada katil bagai. Aku jengah-jengah untuk snap foto je, malas nak tanya lebih-lebih. Kang tetiba dia suruh cuba satu hal..huhu.
Ada 3 hanok kalau tak silap aku, semua pun more or less the same.
Then we proceeded to Seoul Millennium Time Capsule Area.
Nak gak tengok pebenda ada kat situ. Dah alang-alang sampai.
Dekat sini katanya tertanam 600 cultural properties (600 different objects), sempena meraikan ulangtahun penubuhan bandaraya Seoul sebagai bandar metropolis yang ke 600 pada 29 November 1994 (hoi masa tu aku baru darjah 6). Barang-barang yang tertanam ni akan digali semula pada 29 November 2394, iaitu pada ulangtahun penubuhan Seoul yang ke 1000; kemudian diserahkan kepada waris yang berkenaan.
Apapun, nak ke sini kena lalu macam 1 tunnel.
Sekejap je kami berkeliaran di sini hehehe. Aku memang kureng bab bab sejarah ni. Aku cukup suka kalau jumpa water cooler (tak tau nama apa, tapi kalau kat hostel-hostel masa sekolah dulu kita panggil water cooler kan?) cenggini. Tak yah berat-berat beg bawak air.
Tapi mata aku segar bila tengok bunga-bungaan berwarna warni. Ini adalah cafe.
Dan tiba-tiba juga my travel partner ajak masuk minum. Omo. Wenniriya?
Interior dalam cafe tu memang cantik, that's why.
Nak bergambar kat dalam tu kena la masuk ye dak.
So let's.
Order 1 drinks aje pun, kongsi huhu.
On the way nak keluar dari kampung ni, nampak ahjushhi ni..
Oh ya, tempat ni, perlu pergi atau tidak?
Pada aku, kalau ko ada banyak masa dan ada waktu terluang, ataupun ko tak berpeluang pegi Korean Folk Village, pergilah ke sini. Aku memang suka tengok rumah tradisional macam ni so aku enjoy je.
Assalamualaikum.
Thanks for reading.
Up on next entry: Namsan Tower, Samsooni Stairs & Seoul Animation Centre