Showing posts with label ke N Seoul Tower naik bas. Show all posts
Showing posts with label ke N Seoul Tower naik bas. Show all posts

Friday, December 12, 2014

2014 Summer Escape - Day 4, 5 June 2014 (N Tower, Samsooni Stairs, Seoul Animation Center, The Heirs Mango 6)

Entri sebelum: Namsangol Hanok Village

Assalamualaikum.

Dari Namsangol Hanok Village, kami ke  Namsan Tower pula. Motif utama adalah sebab aku nak beli souvenir untuk colleagues. FM 3 ketui 1000KRW hehe. Habis tu nak bagi sampai 27 orang kopak la kalau beli yang mahal-mahal kan.

Sebab sebelum ni dah merasa naik cable car ke sana, maka kali ni kami decide untuk naik bas. Sebab lain, kami nak cari Samsooni Stairs.  Siapa yang pernah tengok drama My Lovely Samsoon dekat 7 tahun lalu mesti familiar dengan tangga ni. Selain tu, tangga ni jugak pernah ditunjukkan dalam show-we got married : khuntoria couple.

Jadi dari Namsangol Hanok Village tadi, kami ke bus stop yang berdekatan dan tunggu bas. Boleh refer gambar kat bawah ni:


Boleh naik bas nombor 2 atau 5 untuk ke N Tower. Macam yang tertera kat situ, bas #2 cuma ada 11 pit stop. So kalau nak cepat naiklah bas #2.

Lokasi sekarang ialah Toegyero sam ga (Traditional Korean Village, Korea House). Aku pun tak paham kenapa tak tulis aje Namsangol Hanok Village kat situ. Atau kurang-kurang pun letaklah sign "You're here now".

Tapi takpe someone did something for a good cause; ahhheemmm.
Tambang berapa aku tak ingat sorry. Guna saja lah t-money mesti korang dah topup banyak kan dalam tu hehe.

Sekejap je perjalanan. Penumpang diturunkan kat satu kawasan lapang. Memang takkan turun dekat tower tu lah ye. Bertuah sangat tu.. Kalau naik cable car kau merasa panjat tangga.. Naik bas ni kau merasa naik bukit hehehe. Terbaik.

Ohye. Bas ni rupanya bas elektrik. Terkagum-kagum aku dan Daff menengoknya.

Sebelum memulakan pendakian,
 
Seoul yang padat...



Dah jom berjalan. Sampai tertonggek memanjat dengan jalan berbukit. Tapi tak leh lawan slope dekat Gamcheon Village Busan la ye. Itu tetap win.
Ayuh kuatkan kakimu!
 

Hahahaha merintih dalam hati je ye.
Apapun salute kat koreans yang leh mendaki dengan rileks dan selamba. Yang tua, yang tolak stoller, selamba je potong aku ok.



Sementara tunggu Daff (tak ingat dah dia ke mana), makan churros. Eh, makan lagi. Bahahaha.

Settle beli souvenir, amik-amik gambar, kami pun gerak semula ke tempat bas menurunkan penumpang tadi.

Misi mencari Samsooni Stairs.
Kami terlepas stop nak ke tangga ni pada mulanya, lalu terpaksa naik semula ke kawasan nak naik ke Namsan Tower. Tapi takpe sebab bas ni kan looping.
Aku dah tak ingat untuk ke tangga ni nak berhenti kat mana. Just alert dengan surrounding ye.

They filmed this here!


Tangga ni tinggi. Tapi tak menyeksa mana pada aku. Aku tak tau nak explain cemana. Just look at the pictures ;)

Naik sampai atas, belah kiri tu ialah Namsan Park. Another filming location from Rooftop Prince,ending scene. Malang sekali lagi, tempat tu tutup, under renovation.


Namsan Park ni leh tahan besar. Tapi masa tu, memang takde ghoper taman dah. Diorang cover tanah dengan kanvas.

Kami end up dengan merayau kawasan sekitar. 

Ada 1 kejadian kelako masa kat sini. Dah sah-sah aku ni muka jawa kan. Tetiba ada ahjusshi ni approach aku tanya, "hwajangshil odieyo?"

Kebetulan aku kan baru lepas merayau-rayau tadi so dah nampak mana signboard toilet. So bolehlah tunjuk.
Kelakar tapi ianya satu pengalaman manis, bahahaha.

Next kami turun tangga samsoon tadi, tunggu bas #2 tepi jalan.
Kali ni kami nak singgah Seoul Animation Center. Takde dalam perancangan pun. Tapi tadi masa memusing 2 kali naik looping bas ni rasa curious apa eh ada kat situ. So, let's.


Sekali lagi kecewa.. Sebab hari ni tutup. Huhu. Katanya sempena sempena election days. Memang masa ni diorang sibuk berkempen pun. Ekceli dari masa kami di Busan lagi dah tengok sana sini calon sibuk berkempen naik lori sambil guna pembesar suara.

Takpelah. Ambik gambar saja pun boleh.
 
 

 


Sebenarnya bukan kami je yang kecewa sebab tempat ni tutup. A few locals pun datang ke sini dan terpaksa balik. Antaranya, budak comel ni. Dia berdua dengan neneknya. At first kami sekadar berbalas senyum. Then bila kami sapa (praktis sebut annyeong haseyo je pun kihkih) tetiba nenek dia insist suruh cucu dia berborak dengan kami. So hilang kisah kami nak cuba cakap korea, akhirnya kami layan dak kecik ni cakap BI.

Then bebudak ni. Dah alang-alang aku nak bergambar kat situ kan. Nak halau dak dak ni macam kejam. So marilah bergambar sekali ye hehe.

Boleh tahan lama jugak menunggu bas.

Destinasi kami seterusnya ialah area Apgujeong. Sebab nak cari cafe Mango 6, yang jadi filming location untuk drama The Heirs & A Gentleman's Dignity. Dedua tu cafe yang sama tapi branch yang berbeza. Gigih kan, siap nak pegi dedua.

So naik bas #2, patah balik ke Chungmuro Station.
Oh ye cara nak ke Mango 6 The Heirs aku amik dari blog Azra, http://life-of-a-traveller.blogspot.com   . Thanks to her for sharing =)
Sila dig in di situ ya.

Plan kami adalah untuk ke Mango 6 from A Gentleman's Dignity first. Malangnya, trip ke sana agak disaster jadinya sebab salah faham. Dah ikut arahan tapi rasa tak yakin, lalu kami turun dari bas dan patah balik ke bus stop yang kami naik sebelum tu dengan berjalan kaki. Jauh weh. Tetiba dua wanita bertudung berkeliaran di tepi jalan raya di Apgujeong. Bila dah sampai ke bus stop tu, kami tahan teksi. Tunjukkan alamat cafe. Masalah lagi. Sebab tak jumpa pun that cafe.. Tapi driver teksi insist yang kami sebenarnya dah sampai, kalau ikut alamat yang kami beri. Rupanya, cafe tu tutup under renovation. Manalah kami nak tahu kan, huhu.

It was very stressful. Masa tu lah, hehe. Stress sampai di saat aku menaip entri ni aku tak berjaya mengingatkan macam mana kami sampai ke Mango 6 The Heirs lepas tu. Rasanya berjalan kot, dah tak berapa jauh dari situ.

Dah sampai sini mestilah nak minum air ni kan.

 Area ni mesti familiar bagi yang tengok drama The Heirs;

Syukurlah masa tu tak ramai customer dan port bawah pokok kelapa tu pun kosong, hehe. Pekerja kedai pun leh speaking. Memula segan gak nak posing dalam cafe ni, tapi pikir balik logiknya pekerja-pekerja ni dah biasa kot tengok pelancong luar datang bergambar kat sini.

Daripada Chungmuro Station nak ke sini, dalam 2 jam juga masa yang kami ambil, sebab kes dah naik bas pastu patah balik jalan kaki tu kan, huhu.

Selesai makan minum dan snap gambar, kami berjalan ke stesen subway terdekat. Terus balik ke hostel.
Tamat sudah kisah hari ke 4.

Next Entry: Day 5 - Mouse Rabbit Cafe, SBS Building, KBS Building, Yeouido Park