Thursday, June 03, 2010

Holiday Fe-vah!

Assalamualaikum!

Hari sekolah berbaki lagi sehari. Masa yang dinanti2 oleh warga sekolah seluruh negara.
Yang namanya budak, suka sebab 2 minggu tak kena bukak buku.
Yang namanya cleaner, kena kerja jugalah. Tapi tak payahlah menghidu bau tandas yang hancing pesing & menyapu/memungut plastik aiskrim Malaysia doplohsen berbagai perisa..
Yang namanya makcik kantin, boleh la melonggarkan sendi2 yang sengal dek bekerja berjual dan menyiapkan makanan minuman..
Yang namanya kerani, boleh la 'berhenti' seketika dari mendengar jerit pekik budak2 yang digelarkan dengan istilah 'mengaruk'..
Yang namanya tukang kebun, mungkin tak ada effect apa pun..Yelah, kalau dah waktu cikgu mengajar pun selamber je ngenggg sana ngenggg sini mesin rumput tepi kelas.. so apatah lagi time cuti sekolah..
Yang namanya cikgu, pun gembira jugak lah..
~2 minggu tak yah buat lesson plan. Maaanyak syiok oh!
~2 minggu tak yah pikir nak iron baju tudung.
~2 minggu tak yah terkejar2 waktu pagi..n petang (bagi yang kena ngajar tuisyen malam)

=========================================================

Hehe ye ke cikgu?
Menyorot kembali ingatan pada 2 hari lepas.. situasi dalam bilik guru. 2 orang guru yang kampung halamannya nun jauh di sempadan Thailand membincangkan hal 'Tugas semasa cuti'..
Siapa kata waktu cuti sekolah cikgu tak kena pergi sekolah?
Kena meh!
Duduk la di sekolah, buat apa yang patut,, dan paling penting mesti siapkan 1 report.. cerita la apa yang terjadi pada hari kita bertugas tu...
Erm.. yang tak pernah merasa tu mungkin dia dalam kategori yang suka cha alif bowt. Buat tatau suda..

Berbalik pada 2 orang cikgu tadi.. Masing2 meluah perasaan rindukan kampung halaman.. ingin pulang seawal yang mungkin. Cuti sesingkat itu tidak harus dibebankan dengan tugasan semasa cuti. Tugasan itu harus dipikul oleh guru 'tempatan' yang mungkin,, tidak ke mana2..

Hehehe aku cuma diam. Tangan menanda buku sambil menganalisa perbualan tadi, bercampur dengan menyemak jawapan latihan dalam buku budak.

Habis, aku yang mengajar tahun 6 ni, siap ada tuisyen lagi dalam minggu pertama cuti. Dan aku yakin nama aku akan terselit sekali dalam jadual bertugas guru semasa cuti.

Aku cuba letakkan diri aku dalam diri cikgu yang nak balik "jauuhh" tu..
Yela, jarang2 dapat balik kampung, tak patut kalau cuti sesingkat ini diganggu. Agenda dalam cuti ada macam2. Dah la perjalanan pergi dan pulang pun dah makan masa yang lama~

Cuba pulak letakkan diri dalam cikgu 'tempatan'
Habis? Sebab aku orang sini, orang tempatan lah namanya, so aku je lah yang kena bertunggu tangga kat sekolah? Tak payah berjalan? Tak payah jenguk mak ayah sedara mara bagai?

Dan aku sebagai guru tahun 6
Mengajar tuisyen itu kemestian..masih lagi nak letak nama aku jugak ke untuk bertugas? Begitu ramai cikgu dalam sekolah, tapi balik2 muka yang sama yang kena bertugas. Habis? Cikgu yang tak mengajar tuisyen dan tak bertugas tu? apecer? huhuhuhu

Moral of the story: Ada sebabnya aku bawak my Nokia bluetooth stereo headset g sekolah. Mungkin ada insan yang tersenyum sinis melihat aku duduk d meja, menanda buku dengan headset melekat di telinga.. Aku nak mengelakkan otak aku berfikir benda2 macam ni lah. Susah. Lebih baik tak payah dengar dan kemudian pikir apa2.. buat saja kerja & apa tugasan yang diberi!
Berfikir benda yang sepatutnya difikir.. Abaikan benda yang tak patut difikir!


Tuesday, May 25, 2010

Got vitamin M?

Salam.
Yay. Ketemu lagi. Dah lama x apdet blog. Sampai ada sorang penziarah yg menegur.. Maafin ya. Cikgu sudah masuk zon bz..

Minggu ni anak2 aku dalam tahun 6 exam. Kejap je dah UPPM 2 (Ujian Pengesanan Prestasi Murid).. Budak2 tu apecer agaknya.. Siang malam kami cikgu2 sumbat sumbat dan sumbat.. nak tengok jugak apakah hasilnya..

My paper would be this Thursday. Aku nervous sebenarnya sebab soalan kali ni agak tough, especially paper 1. Bolehkah kamu semua? Huhuhu.. I want to give u A, as much as u pupils want. Tapi show me that u'r deserved.

Next week would be the turn for year 1-5 pupils. Yang ini lagi aku nervous..especially my Year 5 kids.. argghh rasa nak demam kalo ingat pasal budak2 nih.

Tahun ni aku ada pattern students yang agak pelik. Biasa bilangan pelajar cemerlang dalam 1-1 kelas ialah pelajar perempuan kan. Maaf, bukan woman chauvinist ye..tapi it's a fact!
Tapi nampaknya my Year 6 kids this year prove that that is not so true. Bilangan pelajar dalam kedudukan top ten dikuasai oleh boys.. Huhuh.. Bravo!

Tapi cuma Tahun 6 2010 ni aje la.. My year 5 students..huhuhu yg perempuan nya aje lah yang menyenangkan hati cikgu sikit. Yang lelaki?
......
They got lavish Vitamin M.
Vitamin Malasssss

Saturday, February 27, 2010

Money Spender

Dd, you sure know how to spend money!! huhuhu

Pagi Sabtu yang indah, as usual aku kuar ke pasar pekan Endau. Rasanya 2-3 hari kepala aku dah mencongak2 yang aku tak nak memasak, coz this coming week will be very busy for me.. the students will sit for monthly test starting Tuesday.

Tapi, balik2 pasar I end up carrying more than 3 full plastic bags. Gile banyak.. Banyak la utk orang bujang yang memang memasak untuk seorang. Sebenarnya, weekend ni nak memasak pun sebab nak pulangkan mangkuk2 jiran tetangga yang rajin hantar makanan. Huhuhu pathetic tak aku? Masak sebab nak pulangkan pinggan mangkuk jiran..Bukan kali ni je berlaku, dah banyak kali.. Serious kadang2 rasa pressure bila mendengar ada ketukan di pintu.

Aku bukan benci memasak.. No, I enjoy it. But only and only if I crave for something. Dan juga kalau masa nya mengizinkan. Namanya pun bujangkan.. So jangan la susah2 diri. Kadang2 apa yang aku masak waktu pagi boleh lagi aku telan waktu malam.

So, apa menu nak pulang pinggan mangkuk weekend ni? Aku berkira2 nak masak bihun goreng je..Tapi pagi tadi lepas subuh mata aku nak tido lagi huhuhuhu. So cancel la. Kalau petang ni aku rajin 'menggentel' maka mangkuk makcik ni aku isi ngan kuih Ondeh2 Buah Melaka. Kalau malas, aku stick pada plan semalam, bihun goreng. Esok pagi.

P/S - Ondeh2 tu sebenarnya aku yang teringin.. I crave for that kuih since last week...



Thursday, February 25, 2010

Terikat?

Petang semalam aku dikejutkan dengan 1 sms from my colleague. Hehe bukan kedatangan SMS ataupun bunyi message tone yang membuat aku tergezut, tapi soalan yang ditanyakan,
"Dd akak dengar ko dah bertunang masa cuti raya cina aritu, betul ke? Benda baik tak baik sorok2 tau.."

What to say? Macam mana orang lain yang boleh begitu lebih arif tentang hal 'peribodi' aku ye..huhuh.. Kagum aku dengan insan bertuah yang memulakan gosip sebegitu. Aku mengingatkan my colleague tu, supaya lebih berhati2.. dari mana dia dapat berita tu.

Y? Given my personality, aku tak mungkin senang2 bercerita hal peribadi ni di public. Ye..aku tidak sembarang2 berkongsi cerita pasal hati dan perasaan ni. Kalau tiada kepercayaan, maka tak mungkin mulut ini akan membuka cerita. Dan untuk memberi kepercayaan itu , penilaiannya aku buat bukan dalam masa sehari dua.

Lagipun sekarang ni OK je kot kalau bab2 mcm ni tidak kita expose kan sangat.. Rasanya ramai yang berfikiran macam tu.

Hmm.. Last2, aku tak clarify pun isu tu.. Buat tak tahu saja hehe.. Meh sini aku nak jawab kat sini. Ye, aku dah bertunang. Tahun 2007 dengan laptop cap HP ni. On Janu
ary 2010 bebaru ni pulak I engaged with my Streamyx Broadband. Boleh???? Hehe aku nak 'layan'kan imaginasi si gossip starter tu.. U want to do a drama script? Novel script? Yes, let me see you do it your way... hehehehehe..


P/S - Aku ingat artis je kena gossip. dan merasa jugak aku menjawab style artis, walaupun artis dengan aku ni jauh betul panggangnya dari api..
"err.. no comment"