Saturday, August 06, 2011

Insiden Tengok Bola

Disebalik kemeriahan rakyat M'sia menonton perlawanan bola antara M'sia-S'pura minggu lalu, rupanya ada 1 tragedi.

Ada peminat yang tecedera lalu hilang keupayaan penglihatan sebelah mata kerana serpihan mercun yang dilemparkan peminat lain. Hilang upaya secara kekal.

Dan rupa-rupanya mangsa tu adalah kawan 1 sekolah masa kat MRSM KT (98-99) dulu.  :(

Ahmad Jazimin aka Mat G, sewaktu dirawat di PPUM
(Gambar diambil dari laman sosial FB isteri beliau)

Malang tak berbau,kan?
Pergi ke stadium dalam keadaan sempuna, tapi baliknya membawa khabar duka.
Besar sungguh dugaan yang harus beliau & isteri serta keluarga hadapi. Isteri beliau pada waktu itu sedang sarat menunggu masa melahirkan anak pertama (mungkin sekarang sudah melahirkan anak). Dan katanya mata kiri beliau yang tidak terjejas itu  mengalami masalah silau. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Aku doakan Mat G cepat pulih & diberikan kesabaran, dikuatkan semangat & ditetapkan imannya.

Berita ni buat aku risau pada 2 adik lelaki kat kampung tu. Di bulan puasa ni, dah macam tabiat budak-budak bermain mercun. Ngeri betul kalau memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang buruk macam ni. Daripada kena mercun lebih baik rasa cubitan/pelepuk aku dulu. Sebagai warning gitu. Tsk tsk..

Thursday, August 04, 2011

Selamat Bepuasa!

Walaupun dah nak masuk 5 Ramadhan, mahu juga ucapkan Salam Ramadhan  untuk sesiapa yang sudi baca blog ni ^^

Semoga ibadah kita di bulan yang mulia ini diterima Allah SWT dan sentiasa mendapat keredhaan dari Nya.

Amin.

Sunday, July 24, 2011

Sesal kemudian yang tiada gunanya

Pepatah kita kata macam tu kan.

Tapi pada pendapat aku, sesal kemudian pun masih ada gunanya.

Contoh terbaik (untuk diri sendiri),
_Mendengar guruh mula berdentum tapi hati agak berkeras tidak mahu menutup PC. Kemudian terdetik di hati untuk lekas-lekas shut down PC melihatkan dan mendengarkan kilat dan petir yang makin menggila. Sejurus selepas menekan button shut down, di kala menunggu shut down screen yang berpusing-pusing di monitor, 99% proses shut down sudah berlaku dan tiba-tiba..

nampak macam ada kilat belakang PC aku. CPU n Monitor 'off ' macam biasa dengan signal system shutdown terakhir pada monitor.

Lepas hujan berhenti, apabila ditekan button start pada PC...._

Yes, you guess it right. Rasanya at that very moment, masa PC aku tgh shut down (bukan log off), masa tu lah petir telah menyambar. Alhamdulillah monitor dan printer masih OK.

My CPU has been electrocuted. And to think that I'm living in an area with the verrr-ryy limited pc-repairing-service.

Saya menyesal. Tapi ini satu lagi pengajaran berguna untuk saya.

Bestnya kalau pandai mendiagnos PC. Bestnya kalau boleh menukarganti barang-barang dalam PC sendiri. Rasa macam nak ambil kursus betulkan PC sekarang juga! Apa yang aku mampu buat tadi cuma buka CPU dan membuang sawang dalam CPU. erk. (kang segan pulak masa nak hantar pada orang betulkan)

Seriously, aku nak belajar repair PC!

**Alhamdulillah, PC sudah OK. Petir menyebabkan kabel dan Power Supply PC aku kong. So, cuma tukar 2 benda tu je.

Kini mendengar rintik hujan saja terus OFF semua peralatan eletrik. Yeah, its our money!

Thursday, July 21, 2011

Cikgu tak boleh merajuk

Iye ke?

KISAH SATU

Tadi aku rasa kecik ati sangat dengan my student ni.

Memang pantang NOMBOR SATU aku kalau pelajar menongkat dagu / menongkat dagu sambil berpaling muka masa aku mengajar.

Tak pun letak kepala atas meja. (Sebab kalau tak berapa sihat aku akan suruh pergi berehat aje kat tempat lain yang lebih selesa) 
Atau cuba menyorokkan muka dengan mendirikan buku teks betul-betul depan muka.

Aku memang.. tak boleh.
Dari dulu. Sampai sekarang. Memang aku begitu.


So, this girl yang menongkat kepala aku ingatkan pasal pantang aku tu. OK, dia ikut tapi tiba-tiba bila aku tanya soalan (berkaitan dengan topik yang sedang diajar)

Eh......... Boleh pulak dia palingkan muka dan tak jawab soalan aku langsung.

LANGSUNG ye.

Dan ini bukan pertama kali. Cuma dah lama dia tak buat perangai begini.

Aku terus tak terkata. Mulut aku becakap meneruskan sesi P&P tapi dalam hati dan kepala sangat sedih dan menahan sebak. Alhamdulillah P&P dapat aku teruskan.


Cuma, aku tak boleh nak ada eye contact dengan student tu. Sebab aku juga perlu mengawal perasaan untuk baki 23 pelajar yang lain belajar seperti biasa.

Aku takut aku termenangis.
Ye. Kalau aku marah biasanya aku akan termenangis sekali.

Tapi kami tak boleh merajuk kan??

KISAH DUA

2-3 hari sudah, sorang rakan guru bersedih, kerana kesal dengan sikap ibubapa yang membesar-besarkan perkara kecil. Anak terkencing, mengadu pada ibubapa yang cikgu tak bagi pergi ke tandas.

Walhal bukan itu maksud cikgu tu sebenarnya. Waktu tu dah nak dekat sangat dengan waktu rehat, jadi kalau pelajar tu keluar dah tentu kerja nya tak siap & akhirnya cikgu tersebut izinkan juga keluar ke tandas siap dengan bawa bekal makanan (lepas gi toilet boleh terus ke kantin, tanpa perlu ke kelas)
Tapi akhirnya pelajar ni terkencing juga dalam kain.

Eh.
Nak jugak pergi sekolah mintak penjelasan. Tak boleh ke bercakap dulu melalui telefon. Slow talk, bertanya. Bila dah pergi sekolah, melibatkan Guru Besar, Gpk, walaupun bercakap dengan baik namun sedikit sebanyak mencalarkan emosi guru.

Yang bestnya, boleh pulak ye datang sekolah untuk perkara sebegini. Kalau ada panggilan untuk taklimat anak, boleh pulak tak datang.

Tapi kami tak boleh merajuk kan??

KISAH TIGA

Sorang ibu dan ibu saudara datang ke sekolah sebab anak mengadu ditampar oleh cikgu.
Walhal cerita sebenar cuma dicuit guru.
Eh, kami pun sedar diri dan berpijak di bumi yang nyata. Zaman sekarang ada macam-macam kes, penipuan & putar belit yang boleh dilakukan dan akhinya menampakkan sorang cikgu tu jahat, kejam & zalim.

Kalau tak boleh kena marah, baik wat home schooling je. Ajar sendiri, senang.
Lagipun, at the first place, kalau budak tu elok baik je perangai, logik ke cikgu nak marah?
Lagipun, marah boleh buat darah naik tau.
Kalau kena marah sikit-sikit pasal tak dapat ada yang di ajar, itu standard la. Nama pun nak mengajar anak-anak. Kadang kita beriya mengajar one-to-one, nak bagi paham. Tapi anak awak mata meliar ke lain. Camana?


Tapi kami masih tak boleh merajuk kan??