Thursday, July 21, 2011

Cikgu tak boleh merajuk

Iye ke?

KISAH SATU

Tadi aku rasa kecik ati sangat dengan my student ni.

Memang pantang NOMBOR SATU aku kalau pelajar menongkat dagu / menongkat dagu sambil berpaling muka masa aku mengajar.

Tak pun letak kepala atas meja. (Sebab kalau tak berapa sihat aku akan suruh pergi berehat aje kat tempat lain yang lebih selesa) 
Atau cuba menyorokkan muka dengan mendirikan buku teks betul-betul depan muka.

Aku memang.. tak boleh.
Dari dulu. Sampai sekarang. Memang aku begitu.


So, this girl yang menongkat kepala aku ingatkan pasal pantang aku tu. OK, dia ikut tapi tiba-tiba bila aku tanya soalan (berkaitan dengan topik yang sedang diajar)

Eh......... Boleh pulak dia palingkan muka dan tak jawab soalan aku langsung.

LANGSUNG ye.

Dan ini bukan pertama kali. Cuma dah lama dia tak buat perangai begini.

Aku terus tak terkata. Mulut aku becakap meneruskan sesi P&P tapi dalam hati dan kepala sangat sedih dan menahan sebak. Alhamdulillah P&P dapat aku teruskan.


Cuma, aku tak boleh nak ada eye contact dengan student tu. Sebab aku juga perlu mengawal perasaan untuk baki 23 pelajar yang lain belajar seperti biasa.

Aku takut aku termenangis.
Ye. Kalau aku marah biasanya aku akan termenangis sekali.

Tapi kami tak boleh merajuk kan??

KISAH DUA

2-3 hari sudah, sorang rakan guru bersedih, kerana kesal dengan sikap ibubapa yang membesar-besarkan perkara kecil. Anak terkencing, mengadu pada ibubapa yang cikgu tak bagi pergi ke tandas.

Walhal bukan itu maksud cikgu tu sebenarnya. Waktu tu dah nak dekat sangat dengan waktu rehat, jadi kalau pelajar tu keluar dah tentu kerja nya tak siap & akhirnya cikgu tersebut izinkan juga keluar ke tandas siap dengan bawa bekal makanan (lepas gi toilet boleh terus ke kantin, tanpa perlu ke kelas)
Tapi akhirnya pelajar ni terkencing juga dalam kain.

Eh.
Nak jugak pergi sekolah mintak penjelasan. Tak boleh ke bercakap dulu melalui telefon. Slow talk, bertanya. Bila dah pergi sekolah, melibatkan Guru Besar, Gpk, walaupun bercakap dengan baik namun sedikit sebanyak mencalarkan emosi guru.

Yang bestnya, boleh pulak ye datang sekolah untuk perkara sebegini. Kalau ada panggilan untuk taklimat anak, boleh pulak tak datang.

Tapi kami tak boleh merajuk kan??

KISAH TIGA

Sorang ibu dan ibu saudara datang ke sekolah sebab anak mengadu ditampar oleh cikgu.
Walhal cerita sebenar cuma dicuit guru.
Eh, kami pun sedar diri dan berpijak di bumi yang nyata. Zaman sekarang ada macam-macam kes, penipuan & putar belit yang boleh dilakukan dan akhinya menampakkan sorang cikgu tu jahat, kejam & zalim.

Kalau tak boleh kena marah, baik wat home schooling je. Ajar sendiri, senang.
Lagipun, at the first place, kalau budak tu elok baik je perangai, logik ke cikgu nak marah?
Lagipun, marah boleh buat darah naik tau.
Kalau kena marah sikit-sikit pasal tak dapat ada yang di ajar, itu standard la. Nama pun nak mengajar anak-anak. Kadang kita beriya mengajar one-to-one, nak bagi paham. Tapi anak awak mata meliar ke lain. Camana?


Tapi kami masih tak boleh merajuk kan??

3 comments:

  1. Ni la silap mak ayah zaman skrg.... manjakan sangat anak..percayakan kan sangat kata2 anak..

    ayah2 mak2 kita zaman dulu kan, kalau balik rumah bagitau cikgu cubit, nanti kat rumah kena tambah lagi cubitan dengan mak ayah...

    haihh, mcm mana la ilmu nak berkat, kalau lagu tu sikap anak2..sikap mak bapak.. kan?

    ReplyDelete
  2. mmg sedih fida. ada tu kan, bila diberitahu perangai anak yang payah nak wat keje, suka main2 dlm kelas, jawabnya: alah dia mmg mcm tu cikgu. biarkan aje... Hmmmm.. mmg boleh nak biarkan..tp kalau keje tak buat, tak antar, tetiba ada org atasan dtg check.. sapa yg kena? tak mungkin budak tu lebih2 lagi makpaknya.. atas alasan apa pun.. tetap cikgu yg salah..

    ReplyDelete
  3. susah la jadi cikgu nie.. marah pun susah.. baik sgt pun susah..tensi..
    bdk yg suka menongkat dagu tu nanti akak nk brainwash die..

    ReplyDelete