Sunday, February 24, 2013

Sudut-sudut dalam kelas

Kalau ada yang membaca entri ni, seorang guru, dan terjumpa entri ni sebab tercari-cari macam mana nak hias sudut-sudut dalam kelas, mungkin entri ni boleh membantu. (Kalau tak membantu, maaflah ye)

Sebab kali ni aku nak kongsi idea kalau ko memang blank habis tak tau nak buat cemana dah.
Ataupun kelas ko dah ok tapi nak kena make up sikit bagi ceria.

Oh ye, entri ni ditulis untuk mengambilkira kemungkinan ianya berguna untuk guru kelas di sekolah rendah ye. Sebab biasanya tugas menghias kelas di sekolah rendah ni memang guru kelas yang pikul. Ko nak harap budak-budak kelas tu yang hias memang takde lah.. Kalau mengharap diorang buat sepah mungkin boleh.
*Aku tak tau lah kalau ada tapi setakat pengalaman aku di 2 buah sekolah, memang beginilah realitinya*

So, aku susun ikut kronologilah, macam mana kisah aku jadi guru kelas dari awal posting sampai sekarang.
Dari situ boleh kot nampak evolusinya. Cuma yang awal-awal tu aku tak ada gambar nak tunjuk.

2008 :
Tahun 2008, masa tu bulan 8. Aku posting nak dekat akhir tahun. Terus ambil alih kelas. Masa tu boleh tahan berserebeh jugak kelas tu. Sebab kelas dekat bangunan lama, bangunan kayu pulak tu. Tapi sebab dah nak akhir tahun maka aku tutup mata je...

2009:
As expected being a class teacher again. Kelas yang sama. Padan muka aku. Kata sangat kelas ni berserebeh kan dulu, huhu. Masa ni aku memang zero lah senang cakap. Idea pun tak banyak. Kelas ni kan dekat bangunan lama so kat belakang kelas memang tak ada papan kenyataan. Belakang tu memang ada dinding kayu gitu je. Habuk toksah cakap lah. So aku adakan sudut-sudut dan menampal bahan-bahan atas dinding kayu tu terus. Memang nampak sangat tak cantik. Untuk langsir  aku cuma beli kain jersey dan buat langsir paras tiga suku. ***Lepas 2-3 bulan budak kelas ni dok lompat-lompat dan tarik-tarik langsir tu.. Habis melendut dan pecah-pecah benang kain jersey tu*** Memang tak berseni dan buruk kelas ni.

2010:
Guru kelas lagi. Tapi tukar kelas. Dapat kelas di bangunan yang baru sikit. Kelas tu dah cantik berhias. Cikgu sebelum tu hias kelas guna bahan kekal. Macam dekat papan kenyataan, dia guna tikar getah sebagai alas. So, memang tahan bertahun-tahun la kan? Langsir pun dia guna kain jenis nylon. Memang tahan walaupun dah nampak buruk sikit sebab dah lama. Lepas tu, langsir tu dah siap-siap ikan reben di tengah dan dia lekatkan terus pada tetulang tingkap guna stapler. Budak-budak pun dah kena warning jangan suka-suka bukak langsir tu.

2011:
Masih lagi guru kelas di kelas yang sama. Langsir tak tukar. Papan kenyataan tinggal update je.

2012:
Kena pindah kelas lain. Bilik tu dulunya bilik guru. Sebab bangunan baru dah siap, maka bilik guru pun berpindah tempat. Kelas baru ni ada banyak papan kenyataan. Tapi memang nampak biasa-biasalah sebab masa jadi bilik guru, takde siapa nak ambil kisah pasal ganti alas papan kenyataan. Biar buruk. Janji tak koyak.
Untuk gantikan alas papan kenyataan tu, aku beli plastik alas meja ni. Kan ada dijual ikut meter, dekat kedai-kedai biasa pun ada. Semeter paling murah boleh dapat dalam RM2.80. Ada macam-macam warna.

Ini aku pasang sorang-sorang ok. Masa ni aku kena bertugas waktu cuti. Nak lekatkan plastik tu guna la stapler tembak yang besar tu. Berpeluh-peluh jugak mengerjakan sorang-sorang.



Langsir aku beli kain nylon. Beli kat pasar je.Pilih la corak yang ceria sikit. Semeter dalam RM3.00. Untuk sekelas penuh macam ni banyak meter jugak kena beli. Dekat RM100 jugak dibelanjakan untuk langsir sahaja.
(beli langsir kelas macam ni tak boleh claim ok.. sebab tu kengkadang cikgu-cikgu pakai langsir lama dari rumah, ataupun beli langsir terpakai je)
*Aku cari-cari gambar langsir sahaja tapi tak jumpa.. Tengok-tengoklah gambar di bawah ni rasanya ada jugak ter snap gambar langsir. 

Untuk label kat papan kenyataan tu, aku ambil dari laman web www.sparklebox.com
Memang macam-macam ada. Pepandailah pilih. Aku pilih bentuk rama-rama. Failnya dalam bentuk words dan boleh di edit.

Papan kenyataan ni kan panjang, so pandai-pandai jugak lah bahagikan untuk beberapa mata pelajaran.
Separator antara mata pelajaran tu, aku pakai reben.





 Bahagian bawah papan tu, aku tampalkan sifir dan senarai synonim-antonym.. Sifir tu Panitia Matematik yang sediakan. Tinggal tampal ke. Senarai antonym-synonim tu aku taip sendiri. Nanti aku share. Masa print / fotostat tu gunalah kertas berwarna jadi nampak menarik sikit bila disusun dan ditampal.

Separuh daripada bahan yang aku tampal tu aku ambil dari majalah kanak-kanak macam ASUH, ANA MUSLIM.. Kan ada banyak info dan maklumat menarik.. Fotostat warna dan laminate kan saja.. 


Ini pulak contoh hiasan di bahagian depan kelas.

Untuk meja guru, aku beli alas meja bunga-bunga. Ada perasaan menyesal jugak sebenarnya beli jenis ni, sebab nipis dan tak tahan sangat. Lepas tu untuk skirting aku beli kain jersi. Jahit siap-siap ropol tu. Kalau tak nak jahit ropol siap-siap pun takpe, masa stapler pada meja nanti lipat-lipat dan jadikan ropol.. 

***Kayu hoki yang nampak merata-rata dalam gambar tu, sebab masa aku snap gambar ni dah akhir tahun. Masa ni tengah melatih budak-budak untuk persembahan akhir tahun.. Adapun kayu hoki tu di digunakan  sebagai props.. sebab tu dok bersusun dalam kelas ye..

***Bendera malaysia saiz kecil tu pulak sebab sebelum tu ada pertandingan hias kelas sempena bulan kemerdekaan. 


Sekian saja entri kali ni. Harap dapat membantu.

**Updated on 28/03/2013**
Perkongsian Bahan1:
Label Subjek (bentuk rama-rama warna kuning) 
Label Subjek (bentuk rama-rama warna biru)

Saturday, February 23, 2013

Time to say goodbye

Entri khas mengenang hari-hari terakhir di Endau.. Macam biasa aku ni keinginan nak update blog memang tinggi.. Siap snap gambar bagai.. Tapi lepas tu tak update pong!!


Antara lauk-lauk terakhir yang di masak di sana.. Masa ni pinggan mangkuk dah packing. Jadi pakai bekas plastik je.


Kawasan dalam rumah yang dah kosong..

Bilik aku selama 3 tahun setengah
Bilik utama yang aku jadikan bilik stor



                                                                                 
Ruang tamu



Tandas (layankan aje la ye, huhu)


Entah bila nak sampai ke sini lagi.. Simpang ke Felda Endau


Pandangan hadapan simpang masuk ke Felda Endau





Thursday, February 14, 2013

After all, its still Korea

Aku jarang berjalan.. Itu memang 1 fakta.
Jangankan luar Malaysia, dalam Malaysia pun tak habis ronda.Entah, aku memang malas nak berjalan kalau tak iya-iya.
Dont ask me why.. aku memang.. malas..

Cuma, trip ke Korea pada hujung 2012 tu macam special case lah.
Kata tempat idaman nak pergi kan.. Dah dekat 10 tahun gitu berangan nak ke sana..

Sekarang, menjalani kehidupan harian yang berbagai ragam.. Aku selalu terkenang-kenang feeling sebagai pelancong yang aku rasa masa di Korea. Bila penat.. Tengok balik gambar lama.. Ingat balik kenangan di sana. Belek-belek cenderahati dan cenderamata yang sendiri beli sendiri hadiahkan untuk diri sendiri..
Rasa nak pergi lagi weih .

Cuma kali ni, aku kalau boleh dah tak nak rasa musim luruh. Musim sejuk memang out laaa..
Aku tak tahan kot dengan cuaca sejuk. Sejuk sikit-sikit ok la.
Kalau sejuk sampai tahap minyak angin dalam botol yang aku simpan dalam beg pun boleh membeku, dah ala-ala minyak sapi rupanya..
Erm.. memang sudah cukup sudah la kot.. hehe

Hati kecil aku kata, pergilah tempat lain. Ko nak tengok musim bunga, bukan Korea je kot yang ada musim bunga.

Baiklah, aku survey-survey jugak negara lain macam Australia & New Zealand..
Tapi maklumat di hujung jari yang aku jumpa, masih lagi tak boleh menandingi maklumat tentang bercuti ke Korea.

Adakah aku yang tak pandai mencari?
Adakah memang kenyataannya ramai orang Malaysia yang ke Korea, sebab tu lagi banyak wujud travelog / entri tentang pengalaman ke Korea?
Adakah aku saja je nak cari alasan, yang sebenarnya aku memang nak ke Korea sekali lagi?? muehehe..

Berdasarkan pengalaman aku di Korea dulu, tempat tinggal senang nak cari yang affordable.
Dah affordable, complete pula tu, memenuhi syarat basic untuk backpacker la senang cerita.
Nak bergerak pun senang, transportation maju.
Bab makan ada payah sikit pada aku lah,, tapi takpe itu bisa diatur. Pengalaman dulu ada kan.

So, after a little bit of thinking, its still Korea yo??

p/s-aku dah mula-mula survey tiket AA.. untuk travel hujung tahun ni, banyak harga promo.. Return dalam RM1000+.. 

Wednesday, February 13, 2013

Beli belah online

Senang zaman sekarang ni kan.
Boleh shopping secara virtual.
Dah tak payah nak basah-basah ketiak berjalan sana sini mencari barang.

Aku pun tak terkecuali jugak.. Menjebakkan diri dalam aktiviti merabakkan poket ni.
Dalam entri ni bukan la nak berlagak aku tetiap bulan mesti shopping ke apa.. nehiii. Aku pun kalau bajet tak berapa nak ada duduk diam-diam sudah. Bukak laman web jual-jual barang pun tidak! Takut stress bila dah tengok-tengok tapi tak boleh nak membeli.

Ye, aku tak tau la kenapa tapi when it comes to online shopping aku prefer seller yang boleh reply dalam kadar yang segera! Ini kalau yang style aku pm/email malam ni esok petang kang baru nak reply.. memang stress kot.. Especially kalau melibatkan barang yang ada ramai penjual..
Sah-sah aku akan kontek semuaaa penjual yang aku dah mark dan tanya harga.. Siapa yang reply cepat, kira dia punya rezeki la..

Selain dari kena reply cepat² aku juga suka seller yang sediakan pelbagai bank untuk pembayaran.. Sekurang-kurangnya bagi la 2 pilihan bank (biasanya Maybank & CIMB) ; bukan la cuma ada 1 je akaun.. Tak ke susah kalau customer cuma ada salah 1 je & dan tak sama pulak dengan akaun si penjual.. Bukan semua customer duduk area bandar ye.. Ada je yang tinggal dalam kawasan yang cuma ada 1 jenis bank je.

To be honest aku pun pernah pada 1 masa tu jadi online shoppers yang tegar.. hampir setiap bulan shopping. That was back when I was in Endau..

Apa nak buat,,... Duduk di sana memang aku macam mati kutu. Perjalanan pergi-balik ke sekolah setiap hari memang tak jumpa sebijik kedai pun. Hatta kedai runcit! So possibility untuk menyinggah dan membeli adalah sifar. Tak lama lepas aku kerja, aku terus beli broadband & selepas tu upgrade pulak kepada streamyx. So, memang amat mudah nak membeli belah.. Order. Bayar. Tunggu.. hehehe

Kemudian, masa dah ada perancangan nak pergi Korea, aku dah mula slow kan membeli belah online. Lama-lama terus stop! Masa tu, aku sangat bersyukur sebab wujudnya pilihan "Do not show in newsfeed" dalam Facebook.. Maka, tak ada lah gangguan emosi dan jiwa melihat barang-barang yang penjual upload.

Sekarang.. Bila dah pindah dan duduk dengan family sendiri.. pun aku dah tak terasa nak membeli belah online. Sebab UTAMA? Rimas..

Ye, masa mengemas barang untuk berpindah dulu, aku rasa sangat rimas dengan barang-barang aku sendiri.. Entah hapa-hapaaa yang aku beli. Begitu banyak. Dan sekarang bilik aku dah macam umah setinggan. Tak de tempat nak letak barang-barang aku. Yang paling dasyat ialah baju. Baju kurung. Ini bukan nak berlagak ye, tapi aku sendiri kagum & ada jugaklah rasa menyesal.. Dah dekat 2 bulan sekolah bukak kan? Dalam 7 minggu ni. bayangkan hari-hari aku pakai baju yang berlainan. Serious, aku tak sangka begini banyak baju kurung aku?

Jadi, azam aku tahun ni tak payah la sibuk-sibuk nak beli kain buat baju. Ko pakai je baju yang ada. Raya kang baru fikir nak beli baju. Ini tak masuk lagi dengan hadiah kain pasang masa nak pindah dulu. Semua tu tak berjahit lagi. **Ada member suggest aku kuruskan badan dulu sebelum hantar kain tu ke tailor.. yeah.. good idea..**

Tapi.. tak membeli belah secara maya tak bermakna aku menyimpan duit dengan baik sekalii.. Masalah sekarang lagi besar kot.. On the way balik kerja setiap hari aku terdedah dengan tempat bershopping yang lebih menarik.. Tak laa sampai tahap Jalan TAR ataupun Mid Valley macam kat KL nun. But still... kedai. Kedai yang lagi best kot dari kedai kat Endau nun..huhu.. Dan kalau aku drive ke arah bandar dah jumpa 1 shopping complex.. wuwuwuwu..apakah..

Jenis aku, suka belek-belek barang kat kedai. Tak semua kedai, tapi  antara kedai yang aku cukup minat ialah kedai komputer.. kedai buku.. dan farmasi.. Tak semestinya aku membeli.. Kadang tu hanya survey saja. Tapi masa survey tu sebenarnya dah plan dalam kepala.. nanti lepas gaji aku nak beli ini.. ini.. dan ini..
Begitu..

I need a new resolution about travelling, since when I made up my mind (or to be precised when I bought a plane tix) about going somewhere then I'll be a decent saver.

Ke manakah mahu ditujuuuu..huhu


Gambar kat tempat shopping yang aku suka. Myeongdong.. ^^


Ye.. Saya teringin nak pergi Myeongdong lagi..
Should I??