Friday, June 27, 2014

Random talk - June 2014

Assalamualaikum,

Naik je cuti sekolah pertengahan tahun hari tu, sekolah aku terus sibuk dengan latihan untuk hari sukan. Jadi memang hari-hari pun kena berpakaian sukan. Kecuali ada 1 hari tu, hari terbuka. Dan sehari lagi, aku kena hadiri 1 pembentangan headcount.

Sukan sekolah & Johor cuti sebab team JDT menang
===========================================
Alhamdulillah sukannya pun dah berjaya dilangsungkan hari Rabu, 25 Jun. Nasib tak buat hari Khamis, kalau tak, tak pasal je kena tangguh. Khamis 26 Jun hari tu diisytiharkan cuti umum di negeri Johor, atas kemenangan team JDT dalam Liga Super. Eh ye ke Liga Super eh. Aku memang total ignorance bab-bab bola ni. Aku memang totally tak minat,, setakat ini lah.. Tapi aku hormat lagi lah dengan orang yang berkecimpung dalam arena bola ni, tak pun those yang memang fanatik bola.. Tapi bila dah dapat cuti ni, memang suka lah kan. Terima kasih kepada semua pemain pasukan Johor Darul Takzim yang membawa kemenangan.. hewhewhew bajet ada pemain bola baca blog kau Dd? Takdelah, dah tetiba dapat cuti ni kena lah jugak berterima kasih. Sah-sah hari sebelum tu hari sukan, so memang badan lemau-lemau.. Berangan jugak, best nya kalau dapat cuti kan.. Tapi sedar diri, mana lah mungkin dapat cuti.. So bertahan aje lah. Sekolah sehari dan kemudian cuti 3 hari (Johor amik cuti Awal Ramadhan hari Ahad tu)

Cerita sukan pulak.
Kali ni aku bukan ditugaskan bahagian program dan urusetia. Tapi tiba-tiba jadi emcee. Nasib baiklah pasangan aku Khairun, deskmate merangkap kawan baik di sekolah juga. So, senanglah nak berurusan. Plus, Khairun ni dah memang emcee masa hari sukan tahun lepas. Nak ikutkan, memanglah aku tak suka jadi emcee. Tapi, tak sampai hati nak susahkan GPK Koko. Cewah bunyi macam bagus je kan, tapi betullah, GPK Koko aku baik orangnya, aku agak rapat jugak lah dengan dia walapun beza umur kami jauh. anak dia dah besar-besar. Tapi dia macam boleh masuk dengan orang muda. Nak bandingkan dengan lagi 2 orang GPK yang ada, aku lagi selesa bercerita dengan dia. OK ni dah tersasar ni nak cakap pasal hari sukan ke GPK ni.. der..

Kebaikan menjadi emcee adalah ko tak berapa nak penat semasa hari sukan tu. Duduk pun bawah khemah ok. Makanan pun orang yang hantarkan. Tak payah pening kepala tengok karenah budak-budak di khemah. Kau hanya dengan skrip dan mikrofon aje. Memang aktiviti yang tak mengeluarkan kalori langsung ok.
Tapi ada juga keburukan. Kalau ada problem dengan result, maka emcee akan menggelabah. Mana tak menggelabah, kita umum lain, penerima hadiah dan hadiah lain.. Haaaaa kan! Untuk kesilapan itu, memang bukan salah kami emcee, itu salah urusetia yang key in markah dalam sistem komputer. Tapi nak salahkan dia pun tak sampai hati, sebab dia pun dok bebel-bebel orang yang buat sistem tu serah sistem last minute.
Habis tu, nak salahkan orang yang buat sistem last minute kah? Nasib baiklah dia buat. Sebab bukan semua sekolah ada kepakaran ini. Aku grad IT pun memang KO lah kalau kena create sistem mcm tu.

Pada aku, tak payah lah nak salahkan siapa-siapa. Human make mistake. Masa suasana chaostic tu aku banyak diam je. Aku pun jenis cepat naik angin. Tapi dalam situasi macam tu, aku belajar sesuatu. Marah-marah dan menjerit adalah buruk rupanya. Lagi buruk kalau ada yang jenis suka menyiram minyak pada api yang marak.. Ko dah tau situasi tu tegang, tapi ko lagi mau keluarkan statement-statement menyirap. Adalah lebih elok kalau masa tu semua pun boleh bertenang dan cakap takpe, takpe, slow-slow betul kan. Kan ke hati yang nak marah tu pun boleh jadi lembut semula..

Aku ni sebenarnya, malas nak melayan situasi macam tu. Kalau dalam bilik guru tu, aku lagi suka pakai headphone dengar lagu dari mendengar perbualan orang. Kera sumbang sangat kan? Tapi, paham-paham je lah perbualan ada macam-macam dan tak semua perbualan menarik (bagi aku) dan boleh diterima semua orang. Kalau tak mendengar lagu, aku lagi prefer browse instagram (sebab instagram tak kena block dengan yes kat sekolah) ataupun browse through website AA tengok kot ada tiket murah, weeeeee. Dasar sangat nih.

Overall, hari sukan 2014 boleh dikatakan berjaya.

Hari Terbuka
============
Sebab tahun ni aku bukan guru kelas maka aku duduk saja di bilik guru. Nak ikutkan, nama aku diletakkan untuk membantu 1 kelas ni. Tapi guru kelasnya dah bagi green light dia boleh handle sendiri, so aku duduk di bilik guru je lah, huhu. Macam kejam jugak sebab aku tak naik menjengah pun, hihu..Tapi, sebelum tu pun aku dah tolong dia kemas kelas. 1 je aku nak highlight kat sini, orang yang tak pegang kelas seriously memang rilex habis semasa hari terbuka, ok? Aku boleh bayangkan kesibukan guru kelas dalam kelas semasa hari terbuka. Sebab sepanjang 6 tahun aku mengajar ni, cuma 2 tahun je aku merasa tak pegang kelas. Sekali masa di Endau dulu. Dan tahun ni.Pada aku, sepatutnya semua pun kena merasainya.

Summer Escape 2014
=================
Alhamdulillah, everything went well as planned. Bila lahh nak update kan, hehehe. Insya Allah aku update dan share gambar.

Oklah, perut ku dah berbunyi-bunyi. Kena stop dulu rasanya.

Selamat berpuasa ya.
Ramadhan al-kareem,  al-mubarak.

Sunday, June 01, 2014

Live update - Day 0 of 2014 Summer Escape Trip

Assalamualaikum.

Now waiting for Daff, at KLIA2.
Akhirnya.  Aku gagal complete kan catatan perjalanan ke korea 2012.
Plan nak complete kan sebelum trip kali ni.. InsyaAllah aku tetap akan sambung walaupun dah samar-samar. Apapun, itu kenangan aku yang aku harap dapat ingat sampaj bila-bila. Walaupun dah mula lupa-lupa, tapi gambar tetap ada..

So, summer escape kali ni tak selama teip dulu..kali ni 12 hari saja di sana insyaAllah. Tolak hari terakhir tinggal lah 11 hari. Hari berangkat balik tu tak yah kira sekali lah.

Adakah kerana faktor usia? Baru mengangkut beg 18 kg dari batu pahat, aku rasa penat hehe. Tapi masih boleh layankan lagi lah.. ini baru permulaan. Perjalanan esok mesti lagi emmmm. Seronok dan letih itu standard..hehe. apapun aku excited plus sedih (eh? Hehe sbb adik aku yg bongsu tak berhenti cakap nak ikut..nak ikut.. rasa guilty pylak)
Cuak.. nak naik katerbang aku mmg biasanya cuak.

Harap trip ini adalah trip yang menggembirakan. Begitu lama aku terperuk sibuk dgn kerja dan tak bercuti ke mana-mana. Ada pun, short trip pegi Bukit Tinggi hujung tahun lepas..

Daa.. aku apdet pakai henpon je ni.. masih menunggu daff dari Kuala Terengganu. Flight delay dekat sejam katanya.. It's ok sbb flight kitorang pukul 1.15 pagi nanti..

Semoga aku dan daff selamat pergi dan pulang. Amin.

Kalau ada typo pepaham lah ye. Tak biasa update pakai fon..

Assalamualaikum. Mohon maaf andai pernah terkecil hati dgn penulia blog ini...

Monday, May 26, 2014

Another busy day

Assalamualaikum..

Hoorayyy! Hari ni hari terakhir sekolah sebelum cuti 2 minggu!

Tapi still banyak kerja. Huhu...
Last week kan ada karnival BI Zon. So hari ni lah peringkat daerahnya. I need to bring our 3 students that'll represent our zone.

Keje kat sekolah still berlambak. Nice...

Semalam pun terkejar-kejar aku sepanjang hari. Plan nak discuss jawapan periksa dengan year 4. Tapi ada cikgu nak tumpang buat ujian muzik. Oklah silakan.. Aku pun memang masuk kelas tahun 4 dengan 3 orang wakil sekolah tu.. Memandangkan 2 orang cikgu BI lain bercuti so aku lah kan yang kena train n attend to them. Dengar balik sebutan dan penyampaian dorang. Then dapat pulak message suruh aku settle kan inquiry pasal kwapm. Ok nice lagi.. Then baru teringat at 12.00 noon ada meeting. Super nice!!

Eh ini mengeluh ke apa ni. Takdelah. Aku pasrah je.

Saturday, May 24, 2014

Karnival BI

Assalamualaikum..

Baru lepas habis karnival BI peringkat zon. Yang dijalankan di sekolah aku sebab kami tuan rumah.

Jujurnya, 5 tahun di Endau aku tak pernah ambil kisah dengan karnival BI ni. Aku tau ianya wujud..tapi sebab guru besar tak pernah push supaya kami ambil bahagian, so I took it for granted. Aku rasa, syukurlah.. kerja yang ada-ada ni pun dah banyak.. so kenapa nak libatkan diri dengan kerja tambahan sebegini. Laipun, dulu sekolah aku dalam kategori sekolah kecil.

Bila pindah ke Batu Pahat ni, rupa-rupanya sekolah baru aku ni memang dah tetap dan berpencen menjadi tuan rumah untuk karnival peringkat zon. Jadi, merasalah aku ye, he he he.

Dalam memori aku, karnival peringkat zon tahun lepas memang pengalaman yang cukup sukarrr dilupakan. Penat, serabut, tension & macam-macam pengalaman dan pelajaran baru juga. Yang manisnya? Bila pasukan yang dilatih menang.
Dari segi pengurusan, aku banyak dibantu cikgu senior merangkap GPK Koko aku. She's very helpful and knowlegeable since she has been working on it for years.

So, tahun ni, aku agak berwaspada dan rasa nak prepare awal-awal. Takdelah awal sangat. Tapi awal lah dari sekolah lain. Dari bulan 3 aku dan Khairun dah mula dengan latihan. Aku menguruskan choral speaking, story telling level 1 & 2. Khairun pula uruskan budak-budak action song.

Tapi, kini baru ku sedar, berurusan dengan sekolah lain memang sesuatu yang sangat sangat sangat sangat sangat mencabar dan memenatkan. Ada yang ok, respon dan bertindak seperti yang dimahukan. Tapi tak kurang juga yang bersikap selenga, endah tak endah, acuh tak acuh dan ambil mudah. Seriously menyusahkan orang lain. Aku lah tu yang disusahkan.

Benda yang menyerabutkan ni dah memang terjadi dari tahun lepas. So tahun ni aku harap aku dapat ubah la. Ada certain perkara memang dapat dielakkan. Tapi ada jugak masalah yang timbul. 

Sebab aku geram... jadi aku blog kan jugak kat sini.. Supaya next time aku beringat dn haruslah 'ligan' sekolah-sekolah tersebut dengan lebih hebat.

Mula-mula, borang penyertaan. Dah diberitahu dari awal bila kena hantar. Kalau lewat sehari dua, boleh accept lagi. Tapi, beritahulah. They have our number. email pun boleh. Ini senyap sunyi macam tu. Bila di call baru terkeseng-keseng nak kata tak sempat melatih la apa lah. Lantak korang lah kan tak sempat latih ke apa tapi maklumkan  lah pada penganjur.. Very unprofessional.

Kemudian, jenis yang nak kena di ingatkan berkali-kali. Dah di sms berkali-kali tapi tak paham-paham!!! Serius, tak paham-paham!!! Contoh, aku dah clearly kata minta nama peserta, nombor surat beranak & tajuk cerita, tajuk lagu dan tema persembahan. Balas sms cuma nama peserta je yang diberi. Kot iye pun masa membalas tu maklumat lain tak ada, maklumkanlah. Tak perlu lah aku ni berkali-kali tanya manaaaaaaa maklumat yang lain. Aku rasa ni macam jenis baca sekali lalu dan tak nak cuba pahamkan.
Adoiiii at 1 point aku rasa macam aku ni deal dengan cikgu ke? Kenapa slow sangat? Maaf lah kalau yang membaca ni rasa bahasa aku kasar, tapi aku cukup tension dengan cikgu-cikgu ni semua.

Aku ni pun penat jugak ok. Sebab kami tuan rumah, so kami kena masuk semua acara. Mana nak melatih budak, mana nak uruskan karnival, mana nak tanda kertas, mengajar lagi.

Berbalik pada cerita karnival tadi. GPKs sekolah aku kata kali ni kita minta penglibatan sekolah lain sebagai timekeeper dan emcee. Sebab yang lain semuaaaaaaa cikgu sekolah aku uruskan. Ini kan karnival peringkat zon, so seharusnya sekolah lain pun turut sama menjalankan tugas.

Mula-mula aku rasa itu sangat membantu. Tapi rupanya disaster ok??

Sekolah yang patut jadi emcee, memang macam-macam karenah. Hari penetapan dan cabut undi, semua diam je tak kata apa. Dah dekat-dekat dengan karnival mulalah masing-masing dengan macam-macam hal.
Sekolah kecik lah. Tak ada orang so tak dapat nak jadi emcee.
Yang tersilap tarikh karnival pun ada. OK ini aku rasa sangat kelakar dan memang rasa nak mencarut sangat-sangat bila diingat balik. Cikgu tu attend meeting penyelarasan. Tapi boleh tersilap tarikh. Aku tau dia tersilap tarikh tu bila aku contact balik untuk ingatkan sekolah dia kena prepare 1 emcee. Dia nak mengelak lah kononnya, kata tarikh tu ramai cikgu takde. Masalahnya, tarikh yang dia mention tu salah ok!! Salah!! Bila aku clarify tarikh tu salah & minta dia sediakan emcee, senyap je. Pastu berdrama lagi kata sekolah tak cukup cikgu lah apa lah. Last-last bila aku kata sekolah kami (aku ler sapa lagi) yang akan sediakn text barulah dia setuju. Pftttt.

Bila hari karnival kan, boleh pulak dia ingat mana venue dia kena bertugas. Macam ni, bila dia dah kata OK tu, aku memang terus jadikan dia emcee dekat main hall. Yang sebenarnya dia emcee tempat lain. Tapi masa tu, emcee main hall tu pun senyap tak dapat dikesan, so aku rasa lebih baik aku letak cikgu ni dekat main hall.So, pagi tu bila dia datang dan dia argue "eh saya bukan sepatutnya emcee dekat tempat lain ke?" Haaaa kan nampak permainan dia di situ. She clearly remembered that tapi kenapa senyap je tak berbunyi-bunyi pasal tanggungjawab yang dia harus pikul sebelum tu? Nak tunggu aku jugak contact, baru nak respond.

Tu kisah emcee. Belum lagi pasal timekeeper dari sekolah lain. Dah la datang lambat. Dah sampai boleh pulak dia duduk melepak bersembang dekat dewan.

Geram siot.... Geram.. Gerammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm