Hai.
Sambungan kisah hari kedua di Korea. Baca
cerita hari pertama kami sampai Korea.
Kami selamat bermalam di Seoul. Lepas mengangkut beg-beg berat tu naik ke bangunan INSIDE, kami check in dan jelaskan baki duit pada Min.
Rindu tempat ni!!
Min yang baik hati dah rangka beberapa plan untuk kami.
Dia bagi 3 option;
Pilihan bajet - Pindah-pindah bilik antara bangunan, bergantung pada kekosongan bilik.
Pilihan memudahkan - Stay 3 malam pertama ni kat bangunan baru, bilik berdua (quite pricey), lepas tu untuk malam-malam seterusnya pindah ke INSIDE 1.
Pilihan ketiga aku tak ingat.
Sebab kami terus pilih yang kedua.
Remember, yesterday was like a nightmare to us. So malam tadi aku letih sangat, masa Min brief kami, aku dengar apa Min cakap tapi ada part yang macam aku tak berapa nak dengar. Dibawa angin lalu. Lost in space. Hahaha.
***Backpackers INSIDE ni dah berkembang sekarang, dulu ada 2 bangunan je. INSIDE1 ialah main building. Sekarang dah ada penambahan INSIDE3***
Yang aku ingat, Min berkeras nak angkat beg-beg aku yang berat dari INSIDE 1 ke INSIDE 3.
Aku yakin, badan dia mesti sakit-sakit malam dan hari-hari lepas tu. Conform! Sebab aku pun sakit badan oo hehehe. Beg sandang belakang aku memang berat dengan makanan. Beg troli pulak berat dengan baju.
Kebetulan, untuk malam pertama dan kedua tu hanya kami berdua yang ada di INSIDE3, katanya 2 hari lagi bakal ada customer lain nak check in.
Malam tu, aku tidur agak lewat.
Oh ini adalah perkara biasa. Untuk 2, 3 hari pertama badan aku memang mampu bertahan. Penat tapi boleh tidur lambat. Susah nak tidur.
Tapi, masuk hari ke 4, ke 5, aku boleh saja tidur di mana-mana.
Hee. Nanti aku cerita.
So bangun pagi tu, wah, pukul 5.00 a.m. waktu korea dah terang benderang ok?
Subuh kul 3.30 a.m.
Sebab aku ma'zuroh so memang bersenang lenang la bangun lambat lalalala hehe.
Dari awal pagi tu, hujan turun sebenarnya,
Cuma tak tau lebat ke tidak, sebab bumbung dorang tak macam bumbung kat sini.
Jadi aku macam confuse, hujan ke tidak sebenarnya ni? Tak ada bunyi bising air jatuh atas bumbung. Cuma dari dalam aku dengar macam bunyi air jatuh atas jalan.
Tapi yang pasti hujan di hari kedua tu tak berhenti, sampailah jejak ke pukul 10 a.m.
Sebenarnya, ada kawan yang dah pernah bagitau aku musim panas di Korea juga datang bersama hujan. Tapi nak buek cemano, dah waktu cuti sekolah pertengahan tahun kat Malaysia ni bersamaan juga dengan musim panas kat sana.. Nak datang musim luruh/sejuk tak mampu sebab dah tau diri sendiri tak tahan sejuk, dan kami ke sana dengan misi nak jalan-jalan, bukan nak merasa kelainan musim semata-mata.
Pagi tu, sekali lagi kami bersiap dengan leisure sekali (hehe I'm not sure what happened to us in this trip).
Sambil bersarapan pagi tu, kami bincang aktiviti yang sesuai untuk dilakukan ketika hari hujan. We couldn't afford to just sit and wait at the guesthouse even if it was raining.
So hari tu kami ke Dogngdaemun Design Plaza (DDP), D-Cube City (Pororo's Theme Park), makan-makan di Sinchon area & melawat Ewha Woman University (sebab tempat ni dekat dengan Sinchon, naik train sebelah menyebelah je stesen)
Entri ni aku cerita pasal DDP je.. Kena pecahkan lah, sebab gambarnya banyak.
Kami menapak ke Stesen Hyehwa dengan berkongsi payung (Daff tak bawak payung). So tetaplah basah kena tempias-tempias hujan.
Destinasi Pertama, Dongdaemun Design Plaza (DDP)
=======================================
By subway: Dongdaemun History & Culture Park Station (Line 4 / Exit 1)
Tak jauh pun berjalan ke DDP. Yang agak jauh ialah berpusing dalam / sekeliling DDM ni (kalau rajin nak explore satu DDP)
Pebondo DDP ni?
Satu landmark baru dalam Seoul. Baru launch dalam Bulan 3, 2014. Aku selalu nampak korean friends post gambar DDP dalam instagram diorang, dari situ aku sedar kewujudan DDM ni.
Rekabentuk bangunan ni unik, aku tengok macam ala-ala futuristik sikit. Sangatlah luas. Aku ada terbaca kat sana, DDP ni gabungan 4 buah bangunan & semuanya bersambung. Aku try google fakta ni tapi tak jumpa pulak online.
Masih hujan..
Masa berjalan dalam DDP ni aku tercari-cari jugak apa yang menarik dengan tempat ni. Kat dalam tu ada beberapa buah galeri, dewan dan shopping mall. Shopping mall yang bukan taraf aku nak bershopping la kot, huhu. Sebab tengok dari luar pun dah nampak mahal.
Kat belakang aku tu siap ada tayangan LCD Projektor. Diorang tayangkan iklan-iklan. Seriously besar bajet penyelenggaraan tempat ni kot.
Tempat kat bawah ni, aku pun tak paham konsepnya apa. Ada library kecik & comel, ada cafe, ada juga menjual buku-buku kanak-kanak (semua dalam bahasa Korea).
Kami cuma masuk untuk bergambar je.
Hehehehe. Bukan selalu kan amik gambar macam ni..
Sebuah kedai kasut.
Cantik kan? Ni pemandangan syiling.
Sebenarnya, agak bosan di sini. Tambah-tambah dalam cuaca hujan. Pergerakan pun terbatas. Nak bergambar lama-lama di luar bimbang kamera dimasuki air. Tak memasal je karang..
Menarik kan kerusi ni? Tapi aku tak cuba pun huhu.
Malu-malu dak kecik ni hehe
Bila kami dah nak gerak keluar, tiba-tiba nampak 1 poster, pameran dari 1 drama popular. Terkejut dan teruja! Pameran tu bermula 10 Jun. Oh yeah jadi sempat la kami pergi nanti.
Drama apa? Tunggu... hehehe
Ok la, entri seterusnya ialah ke
Pororo Theme Park dan makan di Sinchon.
Bersambung kemudianlah nampaknya..
Thanks for reading =)