Friday, February 05, 2010

Tak suka bukak tingkap?

Salam..

Dalam kawasan kejiranan aku yang ada 4 buah rumah ni, rumah sewa aku ni dikenali dengan rumah-yang-tingkapnya-asyik-bertutup. hehe

Aku pernah dengar dari mulut jiran merangkap rakan sekerja aku yang mempersoalkan kewujudan aku di rumah.

Ada kat rumah ke tidak?
Tingkap bertutup rapat.
Bunyi tv pun tak dengar.
Gelap pun gelap. Lampu tak bukak.

Baiklah. Mula-mula sekali persoalan, kenapa aku tak suka bukak tingkap?
Hehe, sapa kata? Aku bukak apa. Tingkap bilik aku. Sebab mengadap kebun.
Selain dari tingkap bilik, memang aku tak gemar nak bukak tingkap-tingkap lain. Sebab jiran-jiran aku agak rajin berjalan-jalan di sekeliling rumah. Rumah yang aku bayar sewa tiap-tiap bulan ni pun termasuk dalam territori dorang jugak. Tak terkecuali. Tak kisah la. Halaman orang kan. Aku cuma menumpang...

Bayangkan kalau kau tengah baring-baring tengok tv kat ruang tamu, tiba-tiba toleh belakang nampak ada orang lalu-lalu kat tepi tingkap. (Rumah ni tak besar mana. Dari tingkap dapur, boleh nampak dengan jelas ruang tamu.. Dah tu aku memang saja susun sofa dekat-dekat dengan dapur, jadi senang aku nak ke depan ke belakang tengok tv) Memanglah bukan mengintai, tapi lalu-lalu tu memandang juga kan? Aku dalam rumah harussslah free hair.

Bukan lah aku boleh pastikan, OK, yang lalu kat tingkap tepi dapur tu semuanya adalah perempuan.

Kadang-kadang tengah-tengah aku dalam keadaan baru keluar bilik air nak masuk bilik tetiba ada orang lalu tepi tingkap yang jelas terbuka. Keadaan baru keluar toilet, boleh bayangkan? (Bayangkan sikit-sikit je, jangan lebih-lebih. Takkan bertelekung bagai,,, lepas mandi, kan?)
Kan ke menyusahkan aku tu.

Tv senyap tak berbunyi?
Senang je. Aku tidur, tak pun on9. Dengan headphone menutup telinga. Dah tu kenapa nak bukak tv lagi. (Walaupun kadang-kadang aku buat jugak. Tapi bila kesedaran mengenangkan bil eletrik yang mungkin mencanak-canak, maka cepat-cepat la aku off tv kalau takde rasa nak tengok)

Gelap tak buka lampu?
Tak kan la tak buka. Tak kan sorang-sorang nak duduk dalam gelap. Terbuka lambat sikittt aje. Maybe sebab aku terlajak tidur.. (buruk perangai tidur lewat-lewat petang)

Aku nak buka tingkap tengok situasi juga huhu. Walau macam mana pun, aku bersyukur juga dapat jiran-jiran yang prihatin begini.. =)

Sekian.

Friday, January 29, 2010

School Children

Dah lama aku tak menulis pasal client2 aku kan..hehe

Tahun 2010 ni kurasakan sungguh mencabar, coz selain dr kena mengajar year 6 aku juga kena mengajar year 1.

Baru je nak bertenang n adapt dgn year 6... tetiba.. berjumpa plak si kecil si kecil yg 'comel' dan licik itu. Apa
nk wat sebagai sowang professional aku x leh terus membantah n kena cuba cope dgn apa juga tugas yg dorang bagi.

Disebabkan dr awal posting aku terus kena mengajar kelas2 tahap 2, maka ilmu pedagogi aku nak mengadap pelajar tahap 1 ni mmg kureng. Cara nak meng approach dah tentu x sama.. tapi kekadang terlepas la juga, character 'Jane' or lebih dasyat lagi character 'Tarzan' dari aku huhu. Bukan dari segi berpakaian OK, hehe cuma dari segi jeritan n tempikan. Serius letih.. Bebudak ni x leh agaknya dengar suara cikgu slow2. . suara aku slow sikiiit je, mulalah dorang plak yg jadi janes and tarzans. Dah tu bukan aku je..dorang punya suara pun, aduhai..dah mcm sonar sound.. nyaringg....

Satu lagi perkara yg buat aku nak tergelak. Dalam pada kena marah dgn aku pandai pulak nak ajak aku bersembang.. Di satu masa sedang aku meronda2 kelas tgk dorang siapkan worksheet, suara2 yg rancak berbual menyapa aku,
"Cikgu, cikgu tgk x cerita di bla bla bla ketiak bla dua?" 3-4 pasang mata terkelip2 tgk aku?

"Apa dia awak cakap?"

"Cerita di bawah ketiak isteri 2. dah masuk musim 2.. cikgu tgk x smlm? Ada pocong cikgu smlm!", beriya2 la bebudak ni bercerita.

OK..sambil tahan gelak;

"Cikgu mana la sempat nak tgk TV mcm awak2.. cikgu byk keje.." mulut aku bersuara

"Cikgu gila tgk drama korea kat channel 303 je hehehe" hati aku pulak bersuara, hehehe

"OK.. mulut boleh nak bercerita..tp slow2, tangan jangan berhenti mewarna. mulut bergerak, tangan bergerak!!!!" ...

Sunday, January 24, 2010

Infected with Virus M

Pernah kah terjadi pada korang?
========================
Glossary
Virus M - penyakit malas
========================

Its happen to me all the time. Bukanlah maksudnya aku malas dalam serba serbi(mcm ayat kaber je, hehe). Cuma, dlm 1-1 keadaan atau 1 masa tu, ada je agenda yg aku rasa malaaasss je nak buat..

Macam di hari Ahad yg indah permai ni.. plan asal nak g bandar Mersing..shopping groceries, stationaries sikit tp last2.. aku tersadai dpn lappy. Malas nak salin baju, malas mahu memandu n malas mahu keluar umah..

After all, 5 hari dlm seminggu dah memang conform kena kuar kan.. kadang2 x cukup siang, malam pun kuar juga.. Sbb tu wiken mcm ni rasa nak terperuk dalam umah..sepuas-puasnya.

Friday, January 15, 2010

Birthday Meanings

Is your birthday day 29 of the month?
Your Life
You can trust your sixth sense. Life is exciting so routine job is not your interest. You have great ideas and fantastic imagination. You often feel tired of things and people around you.

Your Love
You can tell what's in the mind of another person just from looking intohis/her eyes. You are paranoid and jealous and these are the cause of fights between you and your lover.Sometimes the thing you believe in is just your imagination.


Hehe cuma ada tarikh ni je sbb aku lahir doplohsemilan haribulan..
Komen aku: Yo yo oo je la org yg kuar kan benda2 mcm ni..hehehe Ada yg kebetulan 'tersama' dgn fikiran aku tp ada gak yg mcm x logik n tak leh dikaitkan dgn Cik Didi ni ye.

Wednesday, January 13, 2010

Don't Dream It's Over

Welcome back Dd!

Ive been in a hiatus! Its funny that in those holidays I dont even have the urge to update my blog when the internet was superb. Now that I'm back, it does means that I cant really do what I really fancy (guess what? d******ding) .. Its not that I dont want to, but the fact that I live in such rural area with poor network coverage really get on my nerve. I dont even want to attempt.

Seh-koh-lah
===========
Almost 2 weeks had past in this semester. Gila banyak keje. Pegi balik pegi balik tiap2 ari keje makin banyak. Aku penat!


Walimah
========
Aku frust gak sebenarnya kalo x dpt attend kenduri member2 ni. Tapi nak buat camane. Kalau majlis tu jatuh masa cuti sekolah pun, tp waktu hujung2 cuti, MAKA nya mmg payah la aku nak g..Tak pun, langsung nya pada hujung minggu yg bukan cuti sekolah..hehehe yg ini lagi la.. u know, as a teacher, the freedom of our w/ends r determined by those PK/GB/PPD/KPM. Koko la.. jualan buku la.. meeting la.. kelas tambahan la.. kursus la.. seminar la.. taklimat la.. sukan la.. latihan permainan la..bla3 byk laa lagi. Tak dapek den nak nolong eaa.


Streamyx
========
Baru je sat td vendor TM dtg nak pasang line kat umah aku. Huhu tinggal baper step je lagi b4 aku dpt rasa sendiri kelajuan streamyx. Tapi ye ke laju? Masih belum boleh diputuskan lagi huhu. Streamyx kalo kat area2 tertentu mmg excellent..x dinafikan.. tp utk kaw luar bandar cam kat sini, x tau la mcm mana. Same goes to broadband. Kalau kat kg halamanku, mmg baekkk la.. sampai x muat HD aku nak simpan memacam file yg aku donlot. Tp di sini..hurm.. leh la layan forum n apdet blog je huhuuhu.


Aku x de idea la nak mengarang. Tadi dah buat, tp aku delete coz mcm sensitif je nak komen isu camtu. Isk. Mcm x de kebebasan bersuara plak..eheh



Monday, December 28, 2009

My Bad Unstoppable Habit

3.27 a.m in the morning.
Gosh! My eyes are still widely open. I'm supposed to be in deep sleep couple of hours ago.
BUT since past weeks I've developed this bad sleeping habit & now it seems that I can't easily get rid of it.

Yes.. being called s an internet maniac.. Im still not done with it.

As crazy as it might sound, that's who I am ,for the time being. I'll try to be the 'normal me' as soon as possible since very-very soon I'll be call 'Cikgu Didi' again.

Arghh the long long holiday is coming to the end!

Heheh actually by saying very-very soon it means that later at 8.00 am I'll meet my pupils for tuition class.

Im still revising the worksheets!

Friday, November 13, 2009

Trip to Cameron Highland - Recaps

When: 16 - 18 November 2009
Where: Putrajaya, KL, Cameron Highland & Nilai 3
Why: Bcoz of the courtesy of my housemate, Kak B who gave her quota to me.

--------------------------------------------------------------------------------------


Ujung tahun.. kebiasaannya kebanyakan sekolah akan menganjurkan field trip utk students.. especially for the Year 6 pupils. Sekolah aku dah selamat gi ke Melaka on Deepavali. As for my housemate plak, sek dia planned utk ke Cameron. Dia ada 1 kuota utk bawa sesapa jua yg disukai,,, maka aku telah terpilih heheheh..


Nak dijadikan cerita, dekat2 dgn tarikh lawatan tu housemate aku terpaksa mengiring budak utk ke sukan org asli peringkat kebangsaan kat Taiping. (Yes, she teaches in SK Orang Asli). Utk tak menghampakan housemate aku yg beria-ria nak aku pegi.. dan juga utk tak menghampakan hati aku sendiri (nyeh3!!) sbb aku x pernah sampai kawasan tanah tinggi di Pahang itu.. Dgn selamba todak nya aku pun ikut aje la rombongan sekolah org lain. Takpe..sbb aku mengenali hampir semua warga SK itu.. walaupun kenal gitu2 je. Lagipun aku kan dah biasa jadi Lone Ranger yuhuuuuuu...


Sesampai saja kami di sana asrama SK Tanah Rata adalah tempat pertama yg kami tuju. Lepas menjamu selera, kami meneruskan perjalanan ke Pasar Malam Brinchang. Takde gambo langsung yg aku amik utk dijadikan kenangan waktu kat Brinchang ni, memandangkan aku begitu bz membeli belah.Ahahaha~ aku membantu memajukan ekonomi negara. Lagipun aku berjalan bersendirian. Lebih senang utk aku bergerak n kawal speed kaki aku ni ke sana sini.




Then, we headed to the hostel again. Sejuk gila air paip kat sana ek. Mcm mandi air dr peti ais. Hidung aku pn sampai sengal2.


Pagi Ahad di Cameron Highland dah tentu x sama dgn pagi Ahad di Endau ataupun Parit Raja. Tapi udara & air paip yg dingin bukan 1 alasan yg kukuh utk aku tak mandi subuh tu. Nak ikutkan hati mmg malas nak mandi sbb sejuk gila.. Tapi memandangkan aku bakal berjalan jauh sehari suntuk tu maka kena la mandi jugak. N I'm glad I did. Tak payah tunggu turun dari Cameron... Waktu membeli belah kat Cameron lagi aku dah rasa berlengas sbb jenuh berjalan. Kalau tak mandi pagi tu tak tau la kan mcm mana hazab nya rasa melekit.


Kalau ada peluang lagi.. Kalau dipanjangkan usia ini... aku mmg teringin nak pegi situ lagi.. Sbb banyak benda yg aku bayangkan aku nak pegi n buat kat situ tak tercapai.. Begitulah kalau mengikut rombongan..hehehe.. Apapun aku ttp bersyukur & berterima kasih sbb diberi peluang utk ke sana. First time in my entire life..

Trip to Malacca - Recaps


When: 17 October 2009, Saturday (Its Deepavali)
Where: Malacca
Why: Because Im one of the single tc there (uhuk! uhuk!.. no offence. Im having fun, though, sbb aku x pernah g tempat2 tu)
Hmphh.. aku tak berani nak tolak task ni (eh eh mcm aku leh tolakkk...) sbb aku dah skip rombongan marhaban sek a week b4 this trip. Lagipun mmg realiti nya aku yg single lebey senang utk bergerak. Lagipun gi jenjalan secara free kan.. sambil2 layan n care 4 the kids.. layan kan ajer...
Tapi biasalah..mana ada berjalan yg tak penat kan.. Penat mmg penat sbb kami gi tempat2 bersejarah tu dgn berjalan menggunakan 2 kaki sendiri.. Masuk sana keluar sini.. Naik sana turun sini.. Tapi sekurang2nya membakar gak kalori dan lemak di badan ini. Chewah. Ayat cover x menahan.

Sharing is caring - SS501 Love Like This

I just want to help myself to keep track of this link. Projek masa cuti sekolah when Im in the great region of downloading. Now its hampeh since the coverage is real crap.


SS501 - Love Like This



The melody is addictive.. (Well, at least for me!)

Saturday, October 31, 2009

Kalau Bukan Tamak Apakah Namanya....Part 3

OKEH!

Now lets check the English Series

ON-GOING
1) One Tree Hill Season 4
2) S/Natural Season 4
3) Gilmore Girls Season 1
4) Gossip Girl Season 1
5) Ugly Betty Season 1
6) Charmed Season 1
7) Pushing Daisies Season 1
8) Kyle XY Season 2
9) The OC Season 1

NOT EVEN START
1) One Tree Hill Season 5
2) One Tree Hill Season 6
3) Ugly Betty Season 2
4) Heroes Season 3
5) Monk
6) Dead Like Me
7) My Name is Earl
8) House Vol 1
9) Eureka Season 1 & 2


Anime pun ada..hehehe

ON-GOING
1) Naruto Shippuuden
2) Yakitate
3) Hana Yori Dango

4) Bleach
5) Slam Dunk
6) Tennis No Oujisama


NOT EVEN START
1) School Rumble

2) Howl Moving Castle
-------------------------------------------

Dd ko mmg T.A.M.A.K

Kalau Bukan Tamak Apakah Namanya....Part 2

Con't..

OK skang aku tgh korek2 plastik KDrama plak

ON-GOING
1) Get Karl! Oh Soo Jung
2) 30 K Miles in Search for My Son
3) Witch Yoo Hee
4) Evasive Inquiry Agency

NOT EVEN START
1) 3 dads and 1 mom
2) Cinderella Man
--------------------------------
Tak la se dasyat list JDorama aku kan..

Sebenarnya Mark "ON-GOING" to bkn la betul2 aku konsisten me nengok nya.. Ada yg dah berbulan2 or maybe hampir setahun aku x continue tgk.. Hehe pepaham sendiri la kenapa.. KDrama biasanya panjang berjela episod nya n sampai 1 tahap kalo citer tu x betul2 menarik minat aku maka aku akan 'bersara' jap dr menengok nya..



OK skang turn Chinese Drama

ON-GOING
1) Hot Shot
2) Tokyo Juliet

3) Why Why Love
4) Romantic Princess

5) Eternal Happiness
--------------------------------

Tuesday, October 27, 2009

Kalau Bukan Tamak Apakah Namanya....Part 1

Entri ni meant 4 me to reflect myself..

I always wanted to count on how many of 'unsettling drama/series' that I piled up under my bed. Yes.. I put them all in a box.

Lets start with Japanese Dorama.

ON-GOING
1) Hotaru No Hikari
2) Atashinchi No Danshi ** just finished.. skang tgh addict dgn theme song nya.. (Infinity - Girl Next Door)
3) Love Shuffle
4) Mr. Brain Currently watching.. Leh tahan la.. Takuya's act is always superb!


5) Seigi No Mikata Memula mcm best.. Lama2 aku tension dgn keganasan heroin..terus jump ke ep final.
6) Buzzer Beat No rapport established.. Baru tgk 1st EP..
7) Puzzle So..so..
8) Oh! My Girl
9) First Kiss

10) Tsubasa No Oreta
11) Last Friends
12) Bombee Man
13) Kurosagi The Movie
14) Hana Yori Dango 2
15) Proposal Daisakuen
16) Shomuni 1
15) Hanakimi SP
16) Hana Yori Dango The Movie
17) Utahime
18) Last Christmas
19) Hero The Movie
20) The Grand Tribe
21) Hana Yori Dango SP
22) 4 Shimai Tantei Dan
23) Brother Beat
24) Tiger n Dragon


NOT EVEN START
1) Triangle a little bit bored. Drama penyiasatan.. Membuatkan aku tertido2..
2) Boss Drama penyiasatan. Leh tahan best..
hing.. Medical/hospital/ER Drama.. Excellent! Cant stop watching. Excellent sampaikan aku siap bersila dpn laptop, supaya jari jemari ku senang me rewind part2 yg aku x paham.. n mencapai kamus di sebelah. Medical Term can be very confusing!
4) Kami No Shizuku
5) Tokyo Tower
6) Gokusen 3 SP
7) Shomuni 2
8) Shomuni 3
9) Satorare
10) Kekkon Dekinai Otoko
11) Rookies
12) Anego
13) A Million Star Falling From Sky
14) Hataraki Man
15) Sapuri
16) Haken Dignity

----------------------------------------------
OK.. Mmg mengaku byk gila..
Tapi ini baru list of JDORAMA

~ This is the other side of me...
~~THE GREEDY DD
erk...






Friday, October 16, 2009

Counting the minutes

180 minutes..
Lebih kurang la..
Masa yang tinggal, sblm aku nak gerak ke sekolah..

Hoh? Dah 5 hari berturut gi sekolah.. Tak cukup siang, malam pun mau pegi ke.. huhu.. Rajin nya kamu..?

Off course tidak.. Sebagai salah sorang cikgu yg masih berumah yg tak bertangga, aku diwajibkan jadi guru pengiring kumpulan rombongan pelajar ke Melaka.

Serious kami malas (kami, kumpulan guru bujang).. Tapi what to do.. Nama pun wajib kan. Kang banyak2 sgt cakap kena smash huhuhu.. Hadoii.. dah la nak kena gerak tgh2 mlm.

Haishh.. Anggap je la aku menang 1 percutian sempena Deepavali nih.

Wednesday, September 30, 2009

Fan Fic: This Place Is Damn Scary

These r just my honest toughts n opinions..
There's a few situations ..

Situation A
Chalk is badmouthing her friend, duster to her colleagues, chair, table and cupboard. Chair is doubtful of their friendship coz she wont speak unfavorably to her bestfriends, in any case...Come on,, its your bestfriends..

Situation B
Chalk is badmouthing her friend again (duster), in front of chair, table and cupboard. Cupboard is really into it and add something. The issue became hot later. Chalk, who is the one who started the rumour claim that cupboard did say something about duster.. SOMETHING here means EVERYTHING.. also the things that came from her very own mouth.. She accuse everyone else for traducing about her friend.


Kekadang aku heran la.. bila yg dah tua2 ni leh plak berperangai cam budak sekolah rendah.. that's life kot ek.

Memetik kata2 rakan blogger, Dods, perangai manusia yang pelik, aku tak paham dan dah malas nak ambik port..

Kat mana2 pown wujud..

Im not saying that Im a very decent person.. tp I know that I wont badmouthing my close friends.

Definisi kawan dalam hidup aku..
Agak2 kalau aku garis satu time line panjang.. dari zaman tadika sampai sekarang.. Mulanya dr kawan yg cam tah pape.. Ye la kan..kawan2 time umur 4-6 tahun.. masuk parit main kat semak kayuh beskal dr pagi sampai ptg.. Injak ke zaman kanak2 sekolah rendah.. Dari perangai x semenggah ke perangai elok sikit.. Kemudian naik ke sekolah menengah.. Bila dah duduk hostel ni of course kita akan makin kenal diri sendiri n kawan-kawan.. Dah kita mngadap kawan-kawan dari saat celik mata sampai nak tido.. Sama jugak mcm zaman kat U (dan maktab..).. Kita mmg duduk 24 jam dengan kawan-kawan so kita boleh pilih sesuka hati kawan mana yang serasi dgn diri kita.. Kalau aku la.. Aku mmg akan bersama-sama selalu dgn org yg serasi dgn aku.. Bkn apa.. nk mengelak bertelagah.. kalo awal2 dah tau kita mmg x COMPATIBLE dgn org2 tertentu2.. buat apa nak selalu dekat2 dgn org tu.. Kang kalo dah tersakit hati or terkecil hati..sendiri gak yg merana.. sendiri yg kena pujuk diri sendiri kan... so that's the reason Y I always stick to certain people.. Org lain pown aku campur.. tp cuma kat 'permukaan' aje la.. Become close friend? No thanks!

Dan di hujung2 timeline a.k.a. di zaman keje nih.. aku rasa situasi tu dah kembali menjadi mcm zaman kanak-kanak dulu..

Dalam suasana tempat kerja yg manusia nya terhad.. (bkn mcm zmn u, maktab yg ada raaamaaii org dulu) x leh la nk mcm dulu ek.. leh pilih2..

Moral of the story.. at the end of the timeline tuh, situasi dah mcm situasi zaman kanak2 but the the thing that prevent us dr bercakaran is ,,
S.I.K.A.P FROFESSIONAL..

Heh.. bercakaran secara professional.. x sependapat,, biasa la tuh.. Tp program, aktiviti ttp ON..



Hush.



Saturday, September 26, 2009

Ayam Masak Merah.. (Edisi Raya)

Lama giler tak apdet blog. (Aiseh, tiap kali aku mulakan entri aku mmg ayat tu aje la modal aku ek)..

Mcm Incik Keon tegur, asalnya aku mmg bizi.. Mau nya tak..tengah2 bulan pose aritu kan telah berlangsungnya UPSR.. Memang aku akui aku sangat bizi.. Biasalah, dah dkat2 exam memacam soklan spot yg sampai.. Sebagai sowang cikgu yg 'berdidikasi'.. hoh! aku comply gak la..Dapat soklan spot, cikgu nya la yg kena try mengarang men design 'me merint' meng fotokopi meng distribute dan menerang..

Hoh hoh hoh and lepas abes je tanggal 10 September tu aku rasa aku mcm moyan kejap huhu.. Patut nya lepas je UPSR abes aku mau bersenang lenang kejap tenang2kan fikiran.. (walaupun kenyataannya keje aku ni ibarat NEVER ENDING STORY.. lepas je Year 6, Year 5-yg aku gelarkan Year 5.5 dan Year 4 telah sedia menunggu utk di polish kan.. isk3 kesian anak2 aku seramai 42 org tu agak terabai sbb mmg ku akui aku agak tumpukan pada Year 6)..

Tapi masa tu telah berlaku 1 insiden yg tak berapa nak best.. Nanti la..kalo rajin aku akan mengarang dlm entri akan dtg..

So nak crita pasal raya.. hurm, as past years, kami sambut raya secara sederhana jerk.. Cuma tahun ni nampaknya x sempat nk buat kuih langsung.. Cuti raya start just 2 days b4 Eid.. ditambah pulak dgn ayah yg kena penyakit batu karang masa the last week of Ramadhan.. agak kalut jugaklah masa tu.. Kesian kat ibu lah yg kena meng handle sowang2 kat umah.. my siblings suma dok jauh2 n yg tinggal kat umah yg kecik2.. Anis, my 3rd sis pn bz dgn keje..

Jadik, tahun ni meja kuih kami penuh.. dgn kuih beli aje.. langsung x buat.. Tp pada aku OK je..sbb selama ni aku mmg x amek port dalam department buat kuih raya ni.. I rather cook the Raya dishes than duduk diam2 uli adun terap bakar n kemas kuih2 raya..hehehe.. Lagipun aku dah tau sgt dah kuih raya aku selalunya x sedap n agak kurang dari segi rupa.. x pe la.. beli aje.. Aku 'menyaport' industri kecil-kecilan tempatan tahun nih! hehe.. Lagipun kesian kat org yg buat kuih.. sape lagi nak beli kuih2 tu kalo bukan org yg pemalas wat kuih raya cam aku...muahahaah..

Title entri ni gak aku pilih sbb kali ni byk kali plak aku kena masak juadah nih.. (Lebih dari sekali tu kira banyak la kan..kan..) Kekadang aku sendiri pun mcm x caya je dgn diri aku bila kena masak2 kat kg (bleh la,, sendiri yg x caya ek).. Jejak je aku kat pekan Endau yg permai tuu.. (Owh..esok ari Ahad dah nak kena balik sana..bosan weh no broadband cap motokar anymore) aku kembali ke kehidupan orang bujang.. org bujang yg malas giler me masak.. Dah aku dok ber 2 je dgn osmet aku so mmg alang2 nak masak..

Jangan kata aku malas ek..(ehemm..sesi BELA diri ni) I tried.. masak setiap tgh hari lpas balik sek.. OR masak setiap ptg utk santapan malam.. OR masak siang malam.. tp mcm x berbaloi.. selalu je ada lauk n makanan terkorban ... sudahnya aku pikir baik x yah masak.. nak masak sgt masak la weekend..

Sowang makcik Green grocer kat Pasar Ikan Endau pun da cam muka aku.. cikgu yang kalo g pasar beli sayur sejemput sejemput.. ikan 2-3 ekor.. mmg aku bajet utk makan weekend je..

Eh apa aku melalut nih.. ni dah bukan crite pasal raya hehe..

Cuti raya ni gak aku angkut adik2 aku g ukur BP Mall.. sampai 2 kali huhu.. 1st trip bawak budak2 kecik n 2nd trip bawak teenagers plak.. Dah jalan2 tu tertengok la plak wayang huhuhu.. Layan citer Momok The Movie (besa je.. x de la seram mana) n Jin Notti (Romantic Comedy..aku bg 3 stars..bleh la,..tp adik aku yg umur 8 thn kata x best huhu bebudak mana paham aksi2 lawak org dewasa ni kan)

------------------------------------------------------------------------------------------------

Enough with my own story.. Raya2 ni aku tingat kan kwn2 baik yg jauh merata tempat.. Aishah yg baru dapat baby..Baby Adam.. Congrats kak.. Azliza pown.. Nisah yg mesti x menang tangan layan Ashraf yg pasti dah makin besar.. Kama yg mesti bizi melayan anak2 sedara.. Zatt yg jauh di utara.. dan last but not least Kak Khairul Bariah yg dah lama menghilang. Mana la ko pegi k.. Aku mls nak pk byk2..apa pun ko ttp kawan aku.. kawan dlm geng 'org kampung'.. Mana pun ko berada..aku doakan ko sihat dan berbahagia selalu.

Ceh! Ingat ni Segmen sampaikan salam Aidilfitri ke?
Hehe x pe blog aku so aku punya suka la kan nak merapu..
Chow Chin Chow..Salam...

Wednesday, July 15, 2009

Who can you trust??

PRELUDE
Aku rasa macam blog nih tempat terbaik aku meluahkan perasaan. Kekadang kita rasa nak meluahkan sesuatu tp mcm tak tau nak meluah pada siapa. Dalam usia nak menjejak 27 tahun nih antara lessons yg aku belajar ialah jgn mudah meluah perasaan kpd sesiapa. Might as well think that s my own character.

----------------------------------------------------------------------------------------------

As the saying goes, life is never a bed of roses. Kalo smlm mood aku sgt baik n aku sgt hepi, hari ini aku sgt stress n mood x berapa nak baik. Nasib baik la graf mood aku jatuh bila dah abes waktu sekolah tadi.

Kata my osmet, Kak Bi, aku ni x cukup tegas orgnya. Well that's a fact I wont deny it. Huhu someone kata aku ni brutal.. that's also a fact. Memang aku akui aku agak kasar (ke mmg kasar ek?) Tapi tgk la dalam situasi yang mcm mana. Satu lagi fakta pasal diri aku yg aku sembunyikan ..aku sebenarnya can be very fragile.

Kadang2 sebab nak menjaga hati banyak pihak aku terima keputusan yang org buatkan utk aku. Entahla, kadang2 x sampi hati nak tolak. Tapi lepas tu aku jugak yang makan hati. Ada orang lain nak amik tau? Nobody cares!

------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku tarik balik kata2 aku dlm prelude tadi. Lepas 3 perenggan aku x terluah2 jugak apa yang aku nak luahkan tadi. Memang betul aku tak mudah meluah. Walaupun cuma pada hamparan elektronik yang sunyi sepi nih... Biarlah aku simpan kemas-kemas dalam hati. Rasanya masih ada ruang lagi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Who can you trust? I guess I trust myself the most.

Thursday, July 09, 2009

I just dont have the mood

I'm soo bored lately, but still no plan to revive this blog. Hopefully I will have the mood to do so.Tgk blog org yg selalu di touch up kan cantik2..rasa jealous jugak. Tgk lah nanti maybe once in a while. Apparently, I dont think I have enough time in hand to do this. With slow internet speed, it may takes hours.

Sunday, June 14, 2009

Okaeri,,

Minna-san...
Okaeri hehe
The long school holiday is eventually finished.

To be honest my mind is like numb.. Inilah keburukan cuti yang panjang. Ia menyebabkan aku menjadi malas n tak bersemangat untuk memulakan tugas. Pardon me for having such sleazy thinking. Tp aku juga insan biasa... huhuh

Dalam masa 15 jam dari sekarang aku akan pegi keje.. which is lebey kurang jam 7.00 am esok..Tp sebelum tu lesson plans nya harus aku siapkan. Bukan lesson plans aje..byk lagi sebenarnya. sape kata cikgu tak byk keje? 4-5 hari sudah kepala aku membayangkan yg lesson plan akan aku siapkan pada sabtu mlm, sejurus slps aku sampai kuarters. Tp apa yg terjadi mlm td aku 'terbongkang' dpn laptop menonton Tennis No Oujisama comeback. errk. Hampeh.

Tp aku juga mahu merehatkan kaki dan tengkuk yg baru nak terasa lenguh bila malam tiba. The effect of pertama kali memandu dr bp ke mersing dgn laluan yg mencabar batas bendang. Alhamdulillah selamat juga aku sampai bertemankan ayahanda tersayang yg sudi temankan aku..
Bila aku tunggu bas yang akan membawa pulang ayah ke BP semula dkat bus stand Mersing.. Somehow the feeling is rather strange. Selama ni karakter yg naik bus tu aku n yg menunggu sampai bus mula bertolak ialah my parents. Masa berjalan begitu pantas... aku bukan lagi pelajar sekolah / pelajar Uni yang pulang menaiki bas dgn dihantar parents..

Plan untuk pegi mencuci kereta juga terbengkalai bila pagi tadi aku duduk bersembang dgn my osmet sambil makan sarapan. Malasnyaaa mau keluar..

Nasib baik esok dan minggu pertama persekolahan dlm penggal kedua ni bukan giliran aku bertugas.

Friday, June 12, 2009

GBN aftermath? Again??

WARNING!! THIS ENTRY MAY CONTAIN EXTREMELY BORING WRITING. IF IT HAPPEN THAT U ACCIDENTLY BROWSING THIS PAGE & NOT INTO KOREAN ENTERTAINMENT U R FREE TO CLICK ON THAT SMALL & CUTE X ON TOP RIGHT OF THIS PAGE. THIS IS JUST MY boring thinking during the.. er..school holidays..


note that i'm using the abbreviation.. malas nak type nama penuh nya .. well drama nih sgt glamour n i bet people will keep on googling it.. i don't want to mislead people to read my crappy n boring writing.

Huhuuuu
Just finished watching GBN for the #### times. Hehe but this time around with the HQ ones. Difference? Yes, it is. Better all around. Gambar yg lebey jelas.. Audio yang sgt clear.. it worth.. spending RMx for this piece.

Promote? Huhu i wont do it anymore. Malas dah nak promote. Awal2 tgk drama ni dulu adrenaline aku berada di paras yg agak tinggi kot..aku asyik berpesan pada geng 'org kg' utk tgk.. last2.. aku rasa sorang pun x tgk. Well they r not the ones to be blamed. Aku paham.. married life must be different. After all, aku rasa skang aku berjaya mengawal diri when it comes to this kind of thing.

Dan juga, I made it clear yg aku lebey suka Kim Hyun Joong dr Lee Min Ho. Even skang bila tgk Haptic Mission pown aku lebey suka HJ dr MH yg baru join s a new worker.

Korean-reality tv/ entertainment program is the best
~hehe dungdam aniya.. its the truth.
~or maybe aku yg x mempedulikan drama2/rancangan hiburan tempatan langsung.
~tp seriously mmg best. Google aje la "Idol Army" or "We Got Married" or "Star King" or "Family Outing".. aku bkn terer sgt n baru je menyibuk2 kan diri dgn semua ni tp my comment is two thumbs up!