Saturday, October 04, 2014

2014 Saigon September - Day 1 ,15 Sept 2014

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat pulang dari Saigon, Vietnam.
Alhamdulillah, trip solo pertama aku berjalan lancar.

So, pagi tu seawal jam 6 aku selamat sampai ke Senai Airport. Dari 'You and Me hotel' ke airport, aku naik teksi dengan tambang RM40. Jarak, adalah dalam 10 minit perjalanan. Teksi, aku mintak tolong receptionist hotel untuk tempahkan.Elok sampai airport, tengok kat board, flight ke Saigon dah dijemput masuk. Me being a klutz memang dah gabra dan terus cepat-cepat melepasi kaunter check in. Sebab aku tak check in sebarang luggage so agak cepat lah prosesnya.

Malang untuk aku, sebab 1 pek bateri Energizer aku (ada 12 bijik dalamnya) kena confiscate. Kata puan imigresen tu, sejak kes MH370 tu memang maksimum boleh bawak bateri masuk kabin ialah 2 bijik. So sad ok. Tapi tak boleh buat apa.

Lepas settle urusan kat situ, terus menuju ke gate. Memang awal lagi.. Aku sampai gate dalam pukul 6.15 am macam tu. Boarding time 6.50 am. Lepas confirm kan kat mana gate 8 (gate nak berlepas nanti) aku cari surau. Solat subuh, then, ke situ semula. Pandang sekeliling semua warga Vietnam. Ada gak la beberapa Chinese. So duduk aje lah. Awkward jugak. Tapi heyyy. Ini baru permulaan. Kata nak travel secara solo kan? So duduk la main game dalam henfon.

Then tak lama ada 1 Malay family join duduk sebelah dan depan aku. Semua perempuan; Mak, dua anak dan sorang lagi adiknya. Sembang lah apa yang patut, hehe. As expected diorang terkejut bila tau aku sorang-sorang. Lagi terkejut bila tau aku pertama kali ke sana.

Nan ado lah kan bording time 6.50 a.m. Dalam kul 7.05 am macam tu baru lepas gate 8. Kemudian menapak ke kapal terbang. Tepat jam 7.30 pagi, kapal berlepas. Memang tak menepati waktu, tapi sampai ke destinasi lebih awal dari sepatutnya..

Aku duduk bahagian aisle. Sampai masa makan, alhamdulillah, nasi tomato dan ayam percik menjadi sarapan aku dalam flight. Aku memang macam ni, hehe. Mesti nak makan dalam flight, kalau ada peluang. Walaupun perjalanan cuma 1 jam setengah. Reason? Sebab makanan dalam flight hanya boleh didapati dalam flight, hehe. I don't mind to spend some money on it.

Jam 9.10 waktu Malaysia, kapal selamat mendarat. Cepat dalam 10 minit katanya. Oh ye, waktu di Vietnam adalah lambat 1 jam. Urusan imigresen ok tak ada masalah. Selesai di situ, terus carik toilet. Lepas tu terus berpisah lah dengan family tadi. Sempat aku sapa 1 kumpulan akak-akak yang tengah membeli simcard Vietnam. Again, diorang terkejut lagi bila tau aku pertama kali datang dan seorang diri.

Bagai yang dikata dalam blog traveller lain sebelum ni, keluar airport belok kanan akan nampak bas bernombor 152, warna biru putih. Ye, bas tu ada di situ. Aku cuba-cuba nak ambik gambar airport secara penuh, dengan nama airport jelas tertera.. Tapi nan hado. Tak dapat. Malas nak buang masa, terus naik atas bas. Tiba-tiba disapa oleh sorang Chinese lady. Rupanya dia pun Malaysian. Travel berdua dengan suaminya. Ramah, pasangan tu. Mereka dari Melaka. Oh ye tambang bas cuma 5000 dong bersamaan dengan 85 sen duit kita. Kalau naik teksi, tambangnya dalam RM30 atau 200,000 dong. So tepuk dada tanya poket. Kalau tak banyak barang, ok je naik bas (pada aku la)

Macam biasa, tips naik bas di tempat orang.. duduk area depan. apa-apa hal, senang.


So, perasaan adalah excited. Memang bandar Saigon adalah bandar motorsikal. Oh ye mereka juga gemar membunyikan hon. Tak kira apa jenis kenderaan pun. Cukup suka main hon. Sukatik kau lah kan, bahahaha. Agak pening kepala aku sebab bas bergerak agak lambat, sekejap jalan sekejap berenti. Mungkin sebab waktu tu tengah peak hour orang nak pegi kerja.
Eh ada Lotteria la..

Akhirnya sampai di hentian terakhir, Ben Thanh market. Sila lah turun. Tengok sekeliling dan menuju ke arah bulatan yang ada patung orang berkuda ditengahnya.

Nak melintas jalan di sana, silalah yakin, Kebanyakan jalan ialah one way. Kalau nampak motor agak berkurangan, lintas lah. Nak tunggu jalan tu kosong tanpa motor atau sebarang kenderaan memang tak kan lah kan. Lintas dengan yakin, sebab motor-motor tu yang akan mengelak pejalan kaki. Tapi kita pun melintas tu sambil berjaga-jaga lah ye...

Gambar diambil dari bulatan, lepas berjaya melintas jln. Sebarang jalan, yg blkg bumbung biru tu lah bas stand nya

Cari punya cari, jumpa jugak aku dengan jalan Nguyen Ahn Nin.. Benar bagai dikata, jalan tu dah macam Jalan Masjid India. Penuh Malaysian. Tapi masing-masing buat hal sendiri a.k.a tak pedulikan orang hehe.

Jumpa Saigon Pink 2 Hotel, terus check in. Aku dapat bilik bawah (the only room at the ground floor). Hehe sebenarnya aku yang request nak bilik bawah beberapa hari sebelum tu. Oh ye, aku book hotel direct dengan pihak hotel dan tak buat sebarang bayaran deposit. Alhamdulilah, ok je. Cuma, aku sentiasa berbalas email dengan diorang. Maksud aku, bila diorang hantar emel bertanya sesuatu, aku jawab, dan aku pun kerap emel bertanya sesuatu.. Pada aku itu cara nak pastikan yang aku serius menempah bilik. Kalau diorang ada akaun paypal, boleh je aku bayar. Masalahnya tak ada.

Dan ye, aku siap siap bawak 1 salinan pasport untuk diserahkan pada receptionist. Aku pernah terbaca ada yang merungut bila pihak hotel ni minta passport untuk disimpan. Ye lah, macam risau lah kan tetiba mintak passport kita untuk disimpan. Bila aku bagi diorang salinan, diorang terima je tanpa banyak bunyik. And that's it.

Kira ok la biliknya.. Perabot dalam tu agak usang. Tapi biliknya kira besar untuk 2 orang. Dalam kes aku, cukup besar lah kan,, sebab aku bersendirian.

So rehat-rehat jap. On WIFI. Sempat Kakao dengan Une. Then aku keluar cari makanan. Selang sebuah ke kiri hotel Saigon Pink ialah Restoran Basiroh. Aku order Pho (sebutan mereka = fer).

Oh. Tetiba aku rasa gambar pho ni sangat vivid lalu membuatkan aku lapar. Tapi kan somehow aku rasa kuah pho ni macam banyak ajinamoto. Cili hiris tu pedas gila ok.

Restoran Basiroh ni sentiasa penuh dengan Malays.. clearly from Malaysia. Kemudian, aku survey dua tiga hotel, tanya pasal trip ke Mekong dan Chu Chi Tunnel. Nak bandingkan harga lah kononnya.

Lepas perut kenyang, masuk balik hotel, mandi dan solat Zuhur. Kat sana zuhur masuk dalam pukul 12.00 tengah hari macam tu. Lepas solat, aku mintak peta kat receptionist. Kemudian, bermulalah pengembaraan solo aku dalam bandar Saigon, hehe.

Ikut itinerary aku buat, first day nak pegi
  • War Remnant Museum
  • Central Post Office
  • Notre Damme Cathedral
  • Hard Rock Cafe
Semua diatas berjaya aku sampai berpandukan pembacaan peta dan berjalan kaki, kecuali Hard Rock Cafe. Takpelah. Aku bukan seorang yang mempedulikan  Hard Rock Cafe pun sebelum ni, hehehe. Lagipun masa tu aku dah pancit..

Aku boleh dikatakan sesat sebenarnya awal-awal tu. Beriya tau, dua hari sebelum tu aku kekonon study berpandukan google map. Tak tidur malam aku. Dok copy, paste, copy, paste. Akhirnya, sesat juga dan aku tak jumpa check point bagai yang dikata dalam map. Entahlah salah aku yang tak reti baca map atau salah google map yang tak tepat.

Nasib baik aku ada grab peta Saigon dari hotel. Gunakan itu sahaja, dan berjaya sampai. Awal-awal memang pening. Habis 360 darjah peta tu aku pusingkan. Awal-awal agak pening, tapi lama-lama ok.

Kenangan aku meronda bandar Saigon seorang diri pada hari ni ialah, dikejar pakcik beca yang tak putus asa nak pancing aku naik beca dia. Tengok rupa memang macam kesian, sebab dah tahap atuk-atuk dah. Tapi bila dia tak putus asa memujuk aku naik beca dia sambil bercakap dalam bahasa Vietnam, sedikit demi sedikit kesabaran aku mula menipis. Akhirnya aku lari. Lari ok? (lari-lari anak). Disebabkan itu juga aku makin sesat agaknya. Sebab entah jalan mana-mana aku lari. 
Kemudian, ada lagi 1 lelaki yang sedang menunggang motor, tiba-tiba memperlahankan motor dan cuba approach aku. Boleh bercakap BI, dengan perbendaharaan kata yang agak terhad, tapi masih boleh aku paham. Bersungguh-sungguh menunjukkan buku nota dia, tulisan tangan dari ex-customers dia sebelum ni gamaknya.. Juga dengan beriya menunjukkan nota dari Malaysian. Kekdahnya, nak bagitau kat aku yang sebelum ni dah ada Malaysian yang guna khidmat dia so why not aku pun cuba juga. Lepas tu sendiri letak harga yang aku perlu bayar.
Derrr.
Aku dah tak ingat berapa harga yang dia letak.. Masa tu aku dah mula berangin sebenarnya.. Dah la sesat, penat, gangguan tak habis-habis. Pulak tu mereka bangsa tak paham tidak. Aku tolak cara baik dan kata tidak, dia masih bawak moto kejar aku, sambil deal harga.
Sampai satu tahap memang aku agak menjerit kata, "No!!" Dan terus blah. Bila aku toleh belakang mamat tu pun vroom jugak bawak motor.
Again, entah jalan mana aku lalu.

Akhirnya sampai juga ke War Museum.



Komen aku tentang semua tempat di atas yang aku berjaya tinggalkan jejak ialah.. so so aje. Aku tak menyesal, sebab kalau tak ke tempat-tempat tersebut, ke mana lagi aku nak tuju kan? Walau bagaimana boring dan plain sekalipun, aku nak jugak sampai ke situ, sebagai tanda aku dah ke Saigon.
Kurang-kurang, apa yang orang biasa lawat di Saigon, aku dah pernah sampai.
Sesungguhnya, waktu aku menaip entri ni aku tak berkeinginan nak repeat ke Saigon lagi, hehehe. Perasaanya berlainan sungguh dengan melawat Korea. OK I know I'm not being fair to compare these two countries.

So kat bawah ni adalah gambar-gambar aku di tempat-tempat tersebut. Gambar diambil menggunakan bantuan monopod. Mula-mula malu-malu. Lama-lama bila dah penat,,, ada aku kesahhh, hehehe. Biar la orang nak tengok pun... Janji ada gambar dan kenangan..

War Remnant Museum



Bahagian dalam muzium pulak..
Kat bahagian dalam ni kena rajin membaca lah ye. Memang ilmiah sangat. Aku tak amik gambar semua benda.. Selected things, yang aku berminat sahaja.

Antara tinggalan dan peralatan perang yang digunakan.. Barulah ku tahu memacam pistol dan senapang wujud.




Kesan peperangan:

 

Kesian kan.
Antara kesan paling dahsyat ialah racun Agent Orange. Apa yang aku paham, askar amerika lepaskan racun kimia ni untuk membunuh pokok-pokok.. dan ianya juga memusnahkan manusia.. Kesannya bukan sekejap-sekejap tapi bergenerasi.. Anak cucu dan cicit menjadi cacat.

Dibawah ni pulak alat membunuh dan menyiksa tahanan perang yang digunakan oleh tentera Amerika untuk menyiksa rakyat/tahanan Vietnam. Memang kejam nak mamp.
Add caption
 

Notre Damme Cathedral

 


Gigih kan promosi kedai 2 ringgit? bahahaha
See.. Belakang tu je dah bangunan pejabat pos tu.

Aku amik gambar dari luar je.. Bangunan ni tak silap aku gereja.



Central Post Office




 
  Kat tengah tu kaunter jualan souvenirs like poskad, keychain, fm, used stamps..


Kaunter belian setem & pengeposan surat


Antara misi aku ialah singgah post office ni, beli setem untuk koleksi dan poskan poskad kepada diri sendiri. hehehe.
Cukup 15 hari lepas pos, poskad selamat sampai atas meja sekolah.

Nampak tak taman di belakang tu?
Aku memang penggemar taman hehe.
Taman ni tidak ku ketahui namanya. Lokasi, betul-betul depan bangunan Cathedral Notre Damme. Hari pertama ni aku lalu je, sebab nak cepat katanya.. Takut tak sempat pegi semua tempat-tempat yang aku dah senaraikan. Tapi memang dah set dalam kepala nak menyinggah ke sini, hari kemudiannya.

Walaupun nampak macam tak berapa nak banyak tempat aku pegi, tapi tetaplah penat sebenarnya. Ate, jalan sendiri kan. Dengan sesatnya. Dengan membawa badan gemuknya..

Petang tu sebelum gelap aku selamat sampai hotel semula. Sempat juga menyinggah satu dua kedai menjual baju. Konon nak survey kan. Tak nak beli dulu, nak survey je.
RM75
RM65
Aku berkenan yang kaler kelabu tu.. RM75

Hari pertama ni aku memang tak masuk lagi Ben Thanh market. Pandang je dari tepi dan luar.
Malamnya, meronda pulak pasar malam. Keluar je hotel, memang terus ada pasar malam. Tapi tak berapa penuh.. Jalan yang penuh dengan pasar malam ada tiga. Aku nak explain kat sini macam susah.. Tapi once sampai sana senang je kot nak nampak.. Dengan syarat kena rajin explore la.

Untuk hari pertama ni, aku beli 2 helai jersi untuk 2 orang adik lelaki. 1 helai blouse. Semua tu setiap satu berharga RM20. Elok kainnya. Yang blouse tu, kalau kat Malaysia sah-sah RM49 ++ .

Okay.. Sekian dulu coretan hari pertama ^^
 

Monday, September 29, 2014

Selamat ulang tahun kelahiran, Didi.






Tahun ni gigih mendapatkan free gifts.
1) 2 tiket wayang.  Yang tak berapa nak best, both cerita cina. Cerita lain yang available untuk redeem aku dah tengok.. 
Aku cuma tengok Golden Brothers je. Yang Cafe tu, bersemadilah kau hehe. Tak larat lah. Masa tu hari sekolah. 

2) Ice cream waffle from Juz Waffle. ^^

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan dikurniakan kesihatan yang baik.. Dianugerahkan yang baik-baik dan indah-indah.  Amin.

Off course diorang takkan senang-senang bagi. Had to show my IC first. Rasa macam mintak diskaun warga emas pulak, huhu.

Hadiah untuk diri sendiri?
Huahuahuahua memang selalu kot belikan hadiah untuk diri sendiri. Consider setiap kali beli sesuatu yang statusnya 'kehendak', maka itulah namanya hadiah.

Thursday, September 18, 2014

Live update - Day 4

Baru lepas lunch..
Nasi goreng sepinggan dan teh ais nilainya 70000 dong bersamaan RM10.58. Nak cepat cepat masuk bilik, solat dan bersiap sebenarnya. Sebab nak round bandar for the last time. Tapinya clash la pulak dengan housekeeper. Dia baru masuk untuk bersihkan bilik.

So duduk la melepak di lobi.

Dari masa makan tadi..aku memendam perasaan ni.

Benda yang paling susah aku nak maintain atau amalkan sepanjang aku travel ni ialah bersangka baik. Ya Allah susahnya.. payahnya..

Aku tak tau kalau ini hanya perasaan aku je.. tapi aku tak tau kenapa kebanyakan Malaysian yang aku jumpa di sini sombong sombong belaka.

Susah ke nak bagi senyuman ikhlas ek..
Sampai satu tahap aku pujuk hati aku. Maybe diorang tengah dalam mood tak mau senyum. Kita mana nak tau kalau diorang tengah bad mood ke apa ke..
But again, kau nampak rakyat senegara dengan kau sedang tersenyum pandang muka kau tapi... kau boleh buat tak tahu.

Apa hebat sangat ke... berjalan di Vietnam ni..

Mungkin kalau di Malaysia..di mana mana, contohnya pasar malam atau pasar raya..kita memang buat tak tau pada strangers yang kita jumpa. Betul..itu aku mengaku.

Tapi aku rasa bila di negara orang, aku akan excited kalau terjumpa rakyat senegara.. rasa nak senyum dan paling tidak anggukkan kepala sikit.

Ada la jugak rakyat Malaysia yang peramah.. Sekumpulan cikgu cikgu dari utara.
Kemudian ada 1 couple ni.. bertiga dengan baby diorang. Si bini la yang rajin balas senyuman aku walau dari jauh. Senyum dan angguk kepala. Walaupun kami masing masing tengah makan. Duduk pun jauh jauh. Sampai 1 tahap aku elak nak tengok arah dia sebab nanti setiap kali bertentang mata dia senyum dan angguk kepala.

Selebihnya, rakyat vietnam sendiri.
Ada tu siap kejar dan panggil aku dalam Ben Thanh, walaupun asalnya aku buat buat tak tau sebab ingatkan dia nak suruh beli barang. Tapi bila dia sebut teacher, aku terkejut dan dia tunjuk tempat kerja sorang lagi kawan dia. (Aku tak berapa cam muka dia)
Sedih ko.. orang luar yang lagi peramah dari orang sendiri.

Aku tak tau apsal aku emos tetiba. Aku syak aku dah dekat nak period ni.

Takpe Didi takpe... ini barulah namanya jauh berjalan luas pemandangan kan.

Sekian. Makcik housekeeper dah siap mengemas nampaknya..

I miss korea... huhu takde kena mengena.

Sunday, September 14, 2014

Live update - Day 0

Assalamualaikum.

Catatan perjalanan untuk dikenang.

Petang tadi, ayah hantar aku ke tempat tunggu bas. Ye.. naik bas ajo ke JB. Dalam bas boleh tak aku rasa mabuk. Agaknya sebab bas tu dok bergoncang goncang semasa berjalan...walaupun dalam highway. Dah la tak sempat beli ubat mabuk. Bertahan ajelah. As usual kalau naik bas dari Parit Raja tempat duduk mesti kena kebas. Apa guna kasi seat number kan.huhu.

Lebih kurang 1 jam sampailah ke Stesen Bas Larkin. Aku terus menyiasat cemana nak ke Kulai dari sana. Lepas dah confirm, gerak cari farmasi. Tak boleh tidak, ubat mabuk mesti dibeli siap siap..aku baca semalam, perjalanan dalam bas ke mekong river memang adventure sebab banyak lubang.. no no no.. bahaya tu.

Lepas dapat ubat mabuk, nampak beberapa money changers dekat Larkin central ni. Aku teringat yang aku tak ada duit dong kecil untuk buat tambang bas esok. Taknak la nanti tanggung risiko driver tak pulangkan baki kan..
Katanya boleh tukar dengan beli air/barang kat airport.. tapi being typical me.. memang rasa tak sedap hati selagi tak dapat. So gatal gatal la tanya kat setiap money changer tu ada ke tidokk duit dong kecil.. jawapan dorang memang tak ada la kan.. semua ada duit sekeping nilai ratus ribu je ko. Padahal tambang bas sok dalam 5000 hingga 7000 je..

Sampai la aku di satu kedai ni..money changer jugak. Yang jaga 2 orang mamat berbangsa India. Diorang kata paling kecil ada 10000. Dengan rasa excited terus cakap nak tukar. Aku nak 10000 dong tu. Mamat tu kata aku kena bayar RM14.

Kau sudah kena tipu.
Aku memang rasa pelik.. rasa macan something wrong. Sebab baru semalam aku pulun buat conversion table. (Semangat nak shopping di vietnam..sampai buat table tukaran wang dan print jadikan handy size.)  Tapi sebab muka dorang yakin semacam..pastu aku pun memang tengah kelaparan (tak leh berpikir dengan waras gamaknya) aku proceed je la. Pastu aku pelik sebab dorang tak bagi resit.

Aku carik kedai makan yang berkenan di hati.. order dan sementara menunggu makanan tiba aku pun korek lah beg. Cari handout conversion table tu. Ya Allah.. boleh tak sebenarnya untuk 10000 dong tu..sepatutnya aku cuma perlu bayar dalam lingkungan RM1.50. Tapi dorang tadi mintak dari aku RM14.

Huhuhu dalam hati memang dah memadankan muka sendiri dah.. sebab careless. Masa makan tu aku dok pikir nak singgah balik ke money changer tu ke tidok.. akhirnya lepas makan aku singgah. Dah alang alang lalu kan. Lain lah kalau tempat tu dah jauh ditinggalkan.

Bila aku tanya, boleh tak mamat tu cakap, betul, 1 juta dong bersamaan dengan rm145. So.. 10000 dong sama dengan RM14. Yang tak tahan, dia siap cakap.. "ini duit tukar tukar memang ada pening..Selalu orang tak biasa memang ada pening. Kami yang kerja sini saja tau."

Hohoho. Aku agak mendidih dengan statement mamat tu tapi aku diam je.

Then aku cakap la kenapa tak ada resit eh?

Dia jawab lagi, "you mau resit kita boleh keluarkan no problem, bagi you punya ic. Kita boleh buat."

Dia tenung muka aku. Aku pun tenung muka dia.
Then sekali lagi dia cuba yakinkan aku pasal diorang memang di pihak yang betul.  Siap tunjuk kat aku harga jual dari company dia. Lepas tu tanya lagi, "you mau resit bagi ic".

Haha aku tau dia cuba pressure aku. Ok why not. Bagi ic je pun kan. Bila aku kata, "ok saya nak resit".
Baru aku tengok kawan dia menggelabah klik sana sini dalam komputer. Lama gila pulak tu. Sesambil tu mamat yang pressure aku ni tadi dok cakap benda yang sama. Pastu siap mintak aku duit dong yang aku tukar tadi. Motip? Ntah. Tapi aku tarik keluar dan bagi je. Aku diamkan aje. Dalam hati, apa lama bebenor nak keluarkan resit nyaaa.

Dekat 7 8 minit aku tercongok dekat kaunter then aku teringat aku ada simpan semua resit tukaran duit aku. Banyak gak la resit yang ada. Aku tukar kat 2 tempat. Lepas tu sampai 3 kali tukar.
Aku tarik satu, yang berkaitan dengan duit dong. Aku tunjuk kat mamat tu dan bagi analogi suruh dia pikir, untuk 200,000 dong aku beli dengan harga Rm31. Kalau 100,000 dong patutnya dalam rm15. Camana pulak 10000 aku kena bayar RM14?????
Then dia tunjuk resit tu kat kawan dia. Pastu tanya aku kat mana money changer ni.. huhu.

Tunggu punya tunggu, tiba tiba kan aku nampak kawan dia tarik duit RM depan dia. Tapi aku diam je. Aku malas nak pressure mamat tu. Kang sama level plak aku dengan dia kan.

Akhirnya dia kata, yes, kami silap.

Wuhhhuuuuu. Perasaan? Gembira  sangat dan bersyukur. Akhirnya. Diorang pulangkan baki duit aku.

Pasal RM1.50 je pun kan? Tapi geram tau?  Nak berniaga tapi macam main main. Macam meniaga tangkap muat. Pastu yakin kau je betul. Orang lain takde ilmu dan salah. Kalau yang kena tipu tadi makcik pakcik yang innocent dan berdiam diri..omg sangat sedih dan unfair....

Aku perasan kan..memang kedai ni jenis berurus niaga tak bagi resit. Very unprofessional ok. Kalau aku jenis tak amik kisah..main hulur je duit tukar..memang saja saja la kena tipu..berapa kali ganda tu?

Mungkin diorang tersilap.. ye manusia melakukan kesilapan. Tapi you call yourselves pekerja kat money changer kot???

Arghh stress bila ingat. Tapi ianya juga pengajaran bermakna untuk aku. Sebab geram punya pasal..tengok lah tahap kepanjangan entri ni ye..

Ok la. Aku nak bersiap solat dan turun makan. Sebelah hotel ni ada restoran steamboat nanpaknya tadi... mehehehe.

ok.. daaa.. insyaAllah aku sambung lagi nanti.. Happy holidays to you readers.
Thank you for reading. Assalamualaikum.

Saturday, September 13, 2014

Ting Tong

Apakah.

Ia sepatutnya cuti yang merehatkan. Tapi menjadi begitu keserabutan.

Lagi 2 hari sebelum fly (insya Allah);
Masih kelam kabut menyiapkan keje sekolah.
3 hari sebelum cuti kena jadi invigilator, so memang terberhentilah keje-keje di sekolah yang makin menimbun itu.
-Nak proses kwapm. Dengan borang yang belum dipulangkan.. Dengan spesis yang hantar borang tak lengkap.. pftt.
-All about PBS. 
-Lesson note.
-Terfikir pula tentang LINUS. Minggu sebelum UPSR berlangsung, hanya sempat uji 1.5 pelajar. Yang 0.5 tu sebab tak sempat siap. Jadi berbaki 26.5 pelajar.

Haruskah ku bawa bersama kerja semasa bercuti?
T______T

Dalam masa yang sama kena juga prepare untuk percutian. Backpackers.. so banyak la nak kena sedia sendiri.
Nasib baik jugak, masa beli tiket 2 bulan lepas dah pulun study. Now tinggal print out je. Ada tu info siap dalam bentuk paragraph. Arghh sabo je la. Mesti masa tu aku pun dah tak koser nak baca satu-satu, copy and paste. Semua pun macam penting,, so copy aje lah semua. Nanti masa menunggu boarding time kena baca dan highlight balik..


Himnae.!!!
Remember, you thrive under pressure~

Monday, September 08, 2014

Throwback: 2012 Autumn Trip - English Village

Salam.

I wish I can write the entry, but occupied with too many things.

I miss korea trip.
I miss korea.
I miss autumn.



Oh my PBS.
Oh my KWAPM.

Saturday, August 30, 2014

Kisah penyakit gatal-gatal / Eczema

Entri terkini tentang krim merawat masalah gatal-gatal di kulit boleh dibaca di sini.

Aku tak ingat sejak bila,.. Tapi once in a while aku akan kena penyakit gatal-gatal di badan.
(Ni bukan gatal yang dizahirkan melalui perbuatan tu ye)


Mana-mana tempat pun, logiknya memang akan sentiasa berhabuk kan. Kadang tu perasan ada habuk tapi aku main kibas-kibas je dengan kain dan lepas tu terus baring / tidur atas katil. Kemudian muncul lah bintat pada anggota badan. Bintat tu besar la sikit dari kesan gigitan nyamuk. Gatal dan merenyam. Kalau diusik/digaru ianya boleh membesar dan berair. Seriously, menakutkan.
Pengajaran untuk aku, pastikan cadar dan sarung bantal ditukar secara berkala..
dan, jaga kebersihan. hee.

Biasanya aku takdelah memberi perhatian sangat, sebab aku dah tau apa ubatnya. Bila kena je, aku sapu dengan salap gelenggang ni.
Memang berkesan untuk aku, dengan izin Allah. Lagi cepat di sapu lagi cepat baik. Salap tu aku akan pastikan sentiasa ada stok dengan aku.

Ada sekali tu kena dekat bahagian bawah bibir. Sabo je la kan. Oh ye itu terjadi tahun lepas (2013). Asalnya bintat kecil, tapi sebab aku usik-usik dengan tangan, akibatnya, ianya merebak dan makin besar. Biasalah dekat bibir, kadang-kadang tak sedar aku macam usik dengan gigi (ketap bibir).
Memang horror la. Dalam kerisauan dan takut-takut, aku sapu salap gelenggang tu. Makin teruk.. Tskk.
Nasib baik masa tu dah nak hujung minggu. Sempat la recuperate over weekend. By the time pegi sekolah tak berapa bengkak lagi. Tapi yang itu kata doktor, kayap.
Imagine, kena kayap, dekat muka, bahagian bibir. Terasa diri ini pengotor huhu. Doktor bagi ubat makan dan sapu dan alhamdulillah sihat.
Pengajaran penting buat aku masa tu ialah salap tu mungkin berkesan tapi mungkin juga tak sesuai digunakan pada bahagian muka. Dan jangan lupa, jaga kebersihan.

Dua kali dah ulang ayat jaga kebersihan ni. Aku ni bukan lah pengotor sangat (haha ayat bela diri!) tapi bukan juga spesis clean freak. Cuma bila dah tau aku ni mudah alah pada habuk makanya  perlu lah lebih berhati-hati.

Minggu lepas, sekali lagi aku dikunjungi penyakit gatal ni.. Huahua. Yang merunsingkan aku ialah salap gelenggang tu dah tinggal sikit. Lepas tu aku tak tau kat  mana nak cari dan beli. Kadang-kadang bila aku singgah farmasi dan teringat, bertanya juga. Tapi memang tak ada jual. Sampai aku cari info online. Ada jugak yang jual, tapi macam tak sanggup nak beli, mahal sangat. Harga sebekas tu kalau tak silap aku paling mahal pun dalam RM5 atau RM6. Yang kecil biasanya RM3 hingga RM4. Tapi harga bila dijual online, untuk satu set sabun dan krim dah jadi sampai RM30. omg...
(Aku tau kewujudan sabun gelenggang tu, dan harganya pun cuma dalam RM6 - 7 je. Kegunaannya pun sama, untuk merawat penyakit gatal-gatal/panau)


Ye, sabun tu pun aku beli. Risau punya pasal.. Tapi bau dia, masyaAllah..
Bukan wangi ya. Paham-paham la sendiri. Tapi aku tau ianya berkhasiat. Bak kata sales assistant kat kedai jamu aku aku pegi tu, sabun ni ada daun gelenggang yang berfungsi merawat masalah gatal-gatal dan ada juga gamat yang berfungsi merawat luka.

Oh ye, sabun ni mudah lembik. Rasanya semua pun tau sabun kalau berendam dengan air memang lah akan lembik/kembang. Tapi sabun ni, letak dalam bekas tak berapa berair pun boleh jadi lembik. (The pharmacist warned me before, pasal sabun ni)

Tips:Pastikan simpan dalam bekas bertutup supaya baunya tak memenuhi 1 bilik air. Kalau ikut hidung aku, baunya tu dah ala-ala bau orang melabur pastu tak flush, huhu. Ye, ye,, busuk yang berkhasiat..
Dan jangan lupa pastikan bekas tu sentiasa kering, sebab ianya mudah lembik.

Sebab aku terlalu  risau, masa aku masih dalam pencarian salap gelenggang dan tak berjumpa tu, aku beli krim ni dari farmasi. Namanya 60 cream. Untuk merawat fungus. Pharmacist tu la yang recommend. Aku pakai, tapi macam tak berapa nak berkesan je.

Then, aku berusaha cari lagi di kedai jamu lain, yang jauh sikit. Kebetulan masa tu kena berkursus di bandar so terus plan nak cari kedai  jamu di area bandar sana. Alhamdulillah berjumpa. Walaupun tak sama macam yang aku ada, tapi as long as namanya salap gelenggang, boleh la....

So kat sini nak share, kalau ada sesiapa yang mengalami sakit gatal-gatal macam aku dan berasa risau/runsing, cubalah pakai salap gelenggang ni. Boleh cuba cari di kedai-kedai yang jual jamu ataupun orang yang jual ubat/jamu di pasar malam. Dekat farmasi jarang jumpa. Untuk panau pun insyaAllah berkesan, sebab daun gelenggang memang boleh menghilangkan panau. Kira dah mudahlah kan, tak perlu bersusah payah cari daun gelenggang untuk ditonyoh. Dengan krim/salap ni, tinggal sapu je. Aku ingat masa kecik-kecik dulu adik aku berpanau mukanya, so nenek dan parents sibuk carikan daun gelenggang ni. Masa tu orang tak terfikir lagi kot nak jadikan krim.

Tapi kalau rasa nak adventure sikit pun boleh, tonyoh dengan daun sebenar, hehehe.
Ini lah rupa daun tu.
Sumber gambar dari maswafi.blogspot.com
Kalau nak menebas / membersihkan belukar tu tengok-tengok dan belek-belek lah sikit, jangan lah ditebas sama pokok berkhasiat ni ye.

Sekian terima kasih ^^

Friday, August 29, 2014

Jangan jadi macam LUCY

Gi tengok wayang dengan 1 of my colleague semalam (Khamis). Normally aku jenis malas masuk panggung. Reason, aku pun tak pasti. I just don't feel like watching movie. Tapi memikirkan dah lama tak hang out bersama, maka layankan ajelah. Pulak tu kalau diajak keluar di hujung minggu aku memang biasanya tolak. Aku malas nak bersiap, boleh? Bahaha. So, sementara masih berpakaian cantik (lepas sekolah) marilah merayau.

Pilihan cerita ialah Lucy.

Tak nak lah aku story kan kat sini, karang jadi spoiler. Tapi pendapat aku cerita ni not bad. Aku kasi 4.5 dari 5 bintang.  Sebab penuh aksi dan aku tak tertidur. Menonton filem ni jugak memberi pengetahuan am. Kiranya, kenalah dengan taste aku & berbaloi spend doblas hinggit. (Salah 1 sebab aku malas tengok movie ialah kerana feeling gamble with the money; kalau best ok la. kalau tak best, arghh... serik!) Tapi.. aku ada jugak terbaca komen beberapa blogger dan individu yang kata filem ni membosankan..trailer je macam gempak.. hmmm apa yang boleh aku kata ialah taste manusia lain-lain.. bagi aku cerita tu best. Mungkin sebab aku terlalu banyak tengok drama korea dan jepun, amat amat amat amat jarang tengok english movie so aku rasa ianya lain dan menarik. Ataupun mungkin aksi dalam filem tu dah cukup dasyat untuk aku.. drana korea dan jepun yang aku tengok takde la aksi aksi dan tembak tembak sangat. Erk.. terpulang la pada masing-masing ye! Pendapat orang lain tak semestinya sama dengan kita. So kalau nak tengok Lucy, tengok aje.

Point entri aku ni sebenarnya, aku nak highlight ayat my colleague masa tengah tengok wayang,
"Kak Didi, jangan jadi macam Lucy tau. Hati-hati bila berjalan ke luar negara nanti,.."

Sabar je lah tau dengan budak ni. Aku ada sedikit cuak juga sebenarnya. Tapi marilah berfikiran positif Didi. Berhati-hati tu, bukan kat kuar negara je kan. Di mana-mana pun kita kena berwaspada dan berhati-hati..

Lagi satu, bila tengok trailer cerita "The Maze Runner", ada rasa macam nak pegi tengok wayang lagi la, hehehe. 

Thursday, August 28, 2014

Ingatan & Motivasi : Kita Ibarat Memiliki Kain Sesentung

Maksud?

"Tarik menutup kepala, kaki terbuka, tarik tutup kaki, kepala terbuka"

Kita tak mungkin sempurna semuanya. Anak yang dianugerah tuhan takkan semua memenuhi impian kita. Kelapa setandan, bukan semua berisi. Pisang setandan, bukan semua sama besar. Jari ditangan, bukan semua sama panjang. Oleh itu, redhalah pada kekurangan, bersyukurlah kepada penganugerahan tuhan. Yang terkurang itu, ujian Allah, peluang untuk bersabar dan berusaha.

Suami isteri nampak perfect, sempurna segalanya, masa belum berkahwin. Bila dah duduk serumah nampaklah kudis sana sini, cacat cela sana sini. Itulah hakikat kekurangan untuk kita redha, bersyukur dan bersabar.

Tidak semua rakan dan pekerja kita sempurna. Terimalah kekurangan mereka  dengan berlapang dada, membetul apa yang tidak kena, menambah apa yang terkurang. Jika anda seorang guru, ingatlah murid anda ibarat jari tangan yang tidak sama panjang. Pencapaian, kebolehan dan perangai adalah berbeza.  Bersabarlah, bertekunlah untuk membaiki padamkan percikan api kemarahan,kerana mereka semua juga ciptaan tuhan.

Kita ibarat kain sesentung, tutup kepala kaki terbuka. Tutup kaki, kepala terbuka. Bersabarlah, berlapang dadalah. Jika anda memarahi anak orang lain, ibubapanya pasti terasa. Jika anda menyatakan kekurangan seseorang, ibubapanya akan terasa. Apakah anda tidak takut jika nada menyatakan kekurangan seseorang , anda akan dimarahi oleh tuhan yang mencipta mereka? Inilah hakikat mengapa kita kena mengawal kemarahan, apalagi kepada manusia. Berpada-pada dan berhati-hatilah. Marah mungkin pada perlakuan, jangan marah pada sifatnya.

==========================================================
Aku terbaca dari FB. Random people. Terkesan di hati.Lalu nak share di sini.

Walapun hakikatnya pada aku bukan senang nak mengamalkan.. Tapi,..

Sunday, August 24, 2014

Tambah Nilai Prepaid Celcom Untuk Setahun

Ye..
Telah ku praktiskan selama beberapa tahun, sebab senang. No more hassle keje nak kena topup sebab kredit dah tamat tempoh. Duit ada, tapi tak leh nak call out sebab dah expired katanya..

Orang tua, beginilah. Kalau remaja-remaja tu haruslah memanjang kredit tak cukup, iye dok.

Apa pun, entri ini bertujuan memberi peringatan kepada diri ini sendiri.
Tiap tahun bila nak renew asyik la nak kena google.

Cara:
Taip EXP1, hantar ke 28882.
Dapat reply, minta kita taip EXP yes kalau setuju, EXP no kalau tak setuju. Hantar ke 28882 ok.
Pastikan dalam fon ada kredit sekurang-kurangnya RM30, sebab nilai itu akan terus ditolak nanti,
Dalam masa 6 bulan tak payah topup apa-apa pun tak apa. Tapi nak masuk bulan ke 7 kena topup sekurang-kurangnya RM10 (kalau tak silap)

Jikalau ingin tempoh sah kredit selama 2 tahun, gunakan step yang sama. Cuma tukar EXP1 kepada EXP2.
Jumlah kredit yang ditolak ialah RM60.

Gitu..

Tapi, kalau dalam tempoh setahun kredit tu habis digunakan, sila lah topup ye. Jangan pulak ingat dah aktifkan on selama setahun tu maknanya kredit dah habis pun still boleh buat panggilan/hantar sms.
Itu merepek dan too good to be true namanya!

P/s - Masa search info pasal ni tadi, terkejut aku. Entri macam ni pun boleh jadi mangsa kopipes ye? Maksud aku, entri orang lain la. Aku terbukak 2 blog, dan kedua-duanya mempunyai text yang sama. Sejibik sejibon kot. Tak tau siapa yang tiru siapa.
Awassss! Jangan meniru sesuka hati ok? Karang je la sendiri. Blog yang agak susah ni boleh diwujudkan, boleh create isi borang itu ini bagai,, takkan taip entri se simple ini pun tak boleh kan... Apakah?

Saturday, August 16, 2014

Sambutan Hari Raya Aidilfitri SKYP 2014

Nothing much to say though. Sambutannya lebih kurang je setiap tahun. Ada acara yang tahun lepas ada, tahun ni tak ada. Begitu juga sebaliknya. Marhaban, jamuan, persembahan lagu raya dari murid & pertandingan anggun dan kacak bergaya (murid,,,, bukan cikgu)

Pagi tu ada P dan P macam biasa. Budak-budak memang dah menggelitis la dari pagi. Masing-masing dah datang sekolah berpakaian raya lengkap dengan kasut. Sambutan dijalankan bermula kira-kira 15 minit sebelum waktu rehat, sampai waktu balik.

Tahun ni ada sesi bergambar beramai-ramai pada awal pagi. Katanya nak letak dekat bunting Hari Kemerdekaan.

Layankan gambar aje lah. Kenangan ni, kenangan.. Beza antara dua tahun aku merasa sambutan di sekolah ni ialah ada muka yang berubah. Biasalah kan, guru-guru ni datang dan pergi.

Gambar cikgu cikgi:
 di edit oleh guru ICT, Fenddy. Cantik gambarnya dan kemas editan nya =)


Gambar ni dari kamera rakan guru, Kak Ain, nampak lain sebab di ambil dari tepi. Kreatif =)


 Another shot. Macam rombongan nak pegi beraya hehhe


 Geng nak pegi marhaban


Freestyle

Kemudian snap gambar budak-budak pulak (my camera)
Anak murid aku dari 4 Pintar. Tudung purple tu class monitor.

Anak murid tahun lepas, sekarang dalam darjah 2. Kelas budak-budak sekarang.. Raya-raya pakai dress jubah.. Cikgu dah tua-tua baru merasa ok.


Marhaban


The kids enjoying their meals



Semasa menonton persembahan lagu raya. Budak-budak ni sekali aku ajak terus bersedia semuanya.. Kerjasama yang baik, hehe.

Acara selingan masa persembahan ni ialah pertandingan anggun dan kacak bergaya..

Seterusnya, bila semua cikgu lain dah balik kecuali kami, aktiviti selfie diteruskan.. Hari-hari biasa jangan harap dapat ber selfie. Masing-masing sibuk dengan haluan masing-masing. Kadang tu bercakap pun tidak. Hai hai bye bye aje.



Diakhiri dengan gambar ini,
Caption dia, Guru Besar dan PAR yang melayan karenah cikgu berselfie.. hehe.

Daa, semoga ketemu lagi yaa.

Friday, August 15, 2014

Hiasan kelas sempena bulan kemerdekaan

Assalamualaikum

Memandangkan sekarang ni bulan kemerdekaan dah pun tiba, aku percaya ada cikgu-cikgu yang mulai sibuk nak menghias kelas kan. Biasanya, kebanyakan sekolah akan lancarkan pertandingan kelas tercantik / pertandingan hiasan kelas sempena bulan kemerdekaan.

Bagi sekolah menengah aku rasa tak ada masalah sebab budak-budaknya dah besar dan boleh berfikir / beri cadangan bernas macam mana nak cantikkan kelas mengikut tema. Tapi untuk sekolah rendah, hmmm.

Di sekolah rendah, yang besar-besar macam tahun 6, biasanya di bulan 8 ni memang bertungkus lumus lah. Almaklumlah bulan depan je pun nak menghadapi periksa besar. Kiranya, memang budaknya mahupun cikgu nya sibuk dengan persiapan menghadapi UPSR. Memang tak terlayan nak hias-hias ni. Yang kecik-kecik tu, hmmm.

Silalah paham maksud hmmm aku tu ye, hihi.
Ye, saya paham sebab dah melaluinya. Cuma tahun ni je dikecualikan dari pegang kelas.
Mana nak mengajar, mana nak tanda buku, buat persediaan, buat soalan (kan sekarang dah nak masuk masa untuk ujian bulanan), tanda kertas, dan tiba-tiba nak kena menghias kelas pulak.

Kat sini aku nak kongsi beberapa idea dan bahan untuk cikgu-cikgu yang kena turun padang untuk menghias kelas. Idea aku ni takdelah gempak dan bombastik mana. Tapi kira ok lah dari tiada kan!

Gambar - Print warna, laminate dan tampal di pintu / papan kenyataan kelas.
1 Bendera M'sia & gambar Tunku Abd Rahman ~dalam format microsoft word
2 Gambar bunga raya  ~dlm format jpeg (gambar)
3 Logo 1 Malaysia  ~ dlm format jpeg (gambar)
4 Nombor  57 yang ada corak bendera M'sia di dalamnya ~dlm format jpeg (gambar)


Poster menarik untuk pelajar warnakan.  Boleh dijadikan bahan untuk pertandingan merwarna sempena pertandingan.Dan boleh juga dijadikan bahan hiasan kelas. Minta murid warnakan, kemudian boleh pilih, mana yang tercantik bolehlah ditampal.
Poster ni aku ambil dari Facebook Galeri Cikgu Rajin2 dan BBM Stuff & Keceriaan  Sekolah. Kredit kepada admin yang berkongsi. Aku panjang-panjangkan di sini, khas untuk cikgu yang tak ber facebook. Serious, posternya comel-comel! Ada yang aku dah pernah tengok tahun lepas, dan ada juga yang baru.
Semua file di bawah adalah dalam format gambar. Cikgu-cikgu boleh download, kemudian insert dalam Microsoft Word dan bolehlah  print.

1
 

2



3


4

5

6


Selamat men download! Klik pada nombor tu ya untuk mendownload.

Sama-sama =)

p/s - entri ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Harap ianya membantu ^^