Selalu 'tuan' nya saja yang berbelanja untuk diri sendiri.. Tapi sekarang aku dah masuk zon 'barang kepunyaan mintak dibelanja'. T__________T
Kalau milikan peribadi macam PC / modem yang rosak, rasanya dah banyak kali kot.. Memang berkeping-keping juga kertas bernilai yang dibelanjakan,,,,
Tapi........... kalau kereta yang menuntut dibelanja,,, konfem kepingan itu berganda lagi kan?
Oyeah.
Sebagai pengguna kereta yang cuma tahu hidupkan enjin & kemudian zas zas zas masuk gear & jalan, maka aku memang tak mengambil berat sangat tentang kebajikan kereta.
Sedar, tayar depan tu nampak pelik sebab ada kesan-kesan koyak. Tapi kata buta pengetahuan am pasal penjagaan kereta kan,,, so memang tak ambil port.
Sampai lah pagi tadi bila dapat pesanan dari orang yang cuci kereta aku,.. barulah nak kelam kelibut.
- Tayar depan koyak-koyak & benjol.
- Air cond bocor kot. Cuma keluar angin saja.
- Wiper belakang patah.
Dah la jauh.
Dah la sorang.
Dah la jalan super duper sunyi.
Kesian kau kereta.
Sebagai seorang yang cepat menggelabah juga, balik sekolah terus aku gi survey-survey.
Lepas tanya-tanya kedai sana-sini so dapat jugak la info kat mana terletak kedai-kedai nak 'bershopping' ni (bershopping la sangatttt kan, #tddmka)
Baguskan, dah duduk sini dekat 4 tahun tapi tak ambil kisah mana kedai aksesori, mana bengkel & mana kedai servis penghawa dingin kereta.
Kedai tayar aku perasan sebab duduk sebelah kedai roti. Kedai roti memang sah-sah la aku selalu singgah.
Dan hasilnya,
Wiper patah:
Alhamdulillah bukan betul-betul patah, cuma skru longgar.
Air-cond pula pending. Sebab nak check kena tinggal dalam 24 jam. Habis, nak bergerak macam mana. Baiklah nanti-nanti saja aku pikirkan.
Di bawah ni ada beberapa TIPS penjagaan tayar untuk kereta persendirian. Boleh la baca-baca sambil menung-menung dan fikir-fikir... Ada kaitan tak??
Berikut adalah antara beberapa panduan berguna:
===================================
1 ) Segera tukar tayar jika bunganya sudah haus. Tayar begini mudah tergelincir, terjejas akibat kesan membrek dan kurang sensitif dari segi cengkaman. Dalam keadaan jalan basah, kenderaan mungkin terbabas dan menyukarkan kawalan pemandu.
#Takut nya.
2 ) Pemilihan tayar memang penting untuk keselamatan, keselesaan, kawalan dan ekonomi. Membrek dengan mengejut boleh menyebabkan tayar tergelincir. Periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan ketika tayar dalam keadaan sejuk.
#Dah beberapa tahun bawak kereta baru ada skill brek, elak lubang yang,,, err, boleh la kata sedang-sedang suam-suam kuku.. Tak main hentam kromo macam mula-mula drive dulu.
3 ) Jangan memandu dalam keadaan tayar rosak. Tukar atau perbaikinya secepat mungkin.
#Baik,, lepas ni memang kena berwaspada sentiasa.
4 ) Segera baiki tayar tidak normal. Biasakan memeriksa tekanan, penjajaran dan pusingan tayar. Elakkan tabiat buruk ketika memandu seperti memandu terlalu laju, membrek secara mengejut dan mengambil selekoh secara berbahaya.
#Apakah itu penjajaran & pemusingan tayar ye. Kena deep google lagi ni.
#Baik, baik & baik. Saya cuba.
5 ) Pastikan tayar gantian sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan serta memiliki tekanan angin mencukupi.
#Alamak tak pernah check pun tayar spare kat belakang tu.
6 ) Jangan gabungkan tayar dengan jejari dan tayar tanpa jejari. Pada kelajuan tinggi, keadaan itu menyebabkan gangguan kestabilan kenderaan yang mengakibatkan hilang kawalan serta kecederaan serius.
#Nak cari kat mana tayar spare pun terkial-kial kott,, cemana nak main gabung-gabung tayar ni,,
7 ) Sentiasa pastikan skru tayar dipasang dengan betul dan tidak terlalu ketat. Mustahil dapat membuka skru tayar dengan pembuka tayar biasa sekiranya ia terlalu diketatkan dengan mesin pembuka tayar udara.
#Saya cuma me monitor apek itu menukar tayar tadi. T______T Sambil menahan loya bau getah pada tayar.
8 ) Jangan biarkan tayar lebih muatan. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak. Tayar hanya mampu menampung muatan maksimum jika ia memiliki tekanan angin maksimum.
#Selalu isi angin bila rasa nak jalan jauh je..
9 ) Jangan pasang tayar yang sudah digunakan sesuka hati melainkan anda tahu sejarahnya. Ia bermakna, anda bertuah sekiranya kakak anda menghadiahkan satu set tayar kerana beliau ingin membeli tayar baru.
#Sapa laaaa baik hati nak bagi tayar free weihh..
Ingat ya, tayar adalah satu bahagian yang sangat penting untuk menjamin keselamatan anda.
Moral of the story:
-=-=-=-=-=-=-=-=-=-
- Sentiasa beringat dan waspada dengan keadaan fizikal kereta kita
- Sentiasa beringat menyimpan wang kecemasan untuk kes-kes macam ni. Kecualiiiii kau boleh keluarkan kepingan-kepingan berwarna warni dari purse dengan senang dan mudah.. anytime anywhere gituu.. hehehe.
Ni kat mana nak cari kelas / tutorial menukar dan memasang tayar ganti ni. Dok survey-survey kelas membuat kek/roti saja padahal tak begitu rajin nak buat kot... Baik cari kelas survival skill begini.
Sekian, lepas ni kena rajin-rajin baca tips menjaga kereta ye. (Walau hakikatnya aku tak dapat bertahan lama kalau browse website pasal tayar/kereta ni.... Lain laa kalau nak pilih2 drama apa nak donlot..muahahaha. sengal.)
No comments:
Post a Comment