Monday, December 23, 2013

Travel Partner

Assalamualaikum.

Sekejap je rasa cuti sekolah. Kembali ke mode bekerja.

Untuk entri pendek ini, aku cuma nak sampaikan sesuatu..
Sejak aku up kan entri travel ke korea ni, ada juga yang contact dan menunjukkan minat nak ikut aku berjalan.

Aku pun tak tau nak reply macam mana.. Apa yang aku boleh kata,
Travel oversea ni memerlukan persediaan rapi,, especially yang travel sendiri-sendiri.

Selain dari persediaan ongkos dan itinerary, benda yang sangat penting ialah macam mana kita travel (solo, berdua atau berkumpulan).

Aku tanak elaborate byk2 pasal ongkos dan itinerary... sebab semua pun boleh pikir kan apa akibatnya kalau bajet tak cukup masa berjalan, atau itinerary (plan / aktiviti nak dibuat sepanjang berjalan) tak lengkap / semenggah.

TAPI bab travel partner ni, aku mmg particular..
Cuba fikir sama-sama dengan aku.. Untuk satu2 trip tu kita dah rancang berbulan-bulan, dengan susah payah.. Tiba-tiba trip tu jadi tak seronok sebab ko travel dengan orang yang salah.

Aku tak kata orang lain (atau particularly you, who read this entry or my previous entries & langsung berminat untuk travel dgn aku) yang salah.. Bukan, bukan tu maksud aku. Mungkin dalam trip kita tu nanti yang salah tu aku sendiri..

Bila berjalan jauh ni kita expect trip tu akan menjadi trip yang menarik & banyak kenangan2 yg best2. Tapi manusia ni tak sama kan.. Mungkin kalau berjalan dengan yang sekepala tu, kita akan rasa happy dan enjoy.. Tapi kalau sebaliknya.. memang makan hati!

Kalau korang tak percaya boleh baca blog ni www.kakkiahsukatravel.blogspot.com
Tak pun korang google keywords kakkiahsukatravel.
Baca catatan trip dia ke Jeju & Seoul.

Aku percaya ramai je lagi ada pengalaman macam kak kiah.. Mungkin diorang tak nak sharing cerita macam tu, tapi jujurnya aku mmg respek dengan kak kiah ni. Sebab bila baca pengalaman dia yang sebegitu, buat aku berfikir macam-macam.

Jujurnya lagi, antara aku dengan Daff pun ada masanya kami berselisih pendapat. Bila dah penat-penat berjalan tu biasalah kadang rasa nak marah je. Tapi kena set dalam kepala, ini percutian yang dirancang lama.. Jangan spoil kan dengan benda-benda macam ni.

So, aku bukan sombong taknak jalan-jalan dengan korang yang berminat.
Aku cuma, tak sanggup tanggung risiko.
Lain tau, bila berjalan kalau kita dah saling mengenali dan baru nak berkenalan. 
Aku takut kalau trip yang patutnya jadi kenangan manis bertukar menjadi kenangan yang tak berapa nak manis..
Aku bukannya orang kaya. Simpan duit sikit-sikit berbulan-bulan untuk dapat pengalaman melancong.

Kalau nak amik apa-apa panduan dari sini, silakan lah.. Aku memang nak berkongsi.. sebab aku pun berjaya sampai ke sana sebab bantuan dari blogger2 lain..
Tapi untuk travel sama-sama, er.. susah  aku nak bagi jawapan.
Jawapan padu dari aku cuma - no, aku tak berani.

Selain tu, next trip aku ke korea pada musim panas nanti sebab nak pergi beberapa tempat yang kami missed masa last trip. Kebanyakan tempat yang biasa pelancong pergi, macam namsan tower, nami island, gyeongbokgung, mmg kami dah takkan pegi. So, kesian untuk first timer kalau ikut kami.

Jadi, marilah kita berkawan dulu ye, amacam?

*eh tadi macam ada taip short entry.. tapi ni rasanya dah bukan short entry lagi ni, huhu..
**Maaf kalau ada yang terasa hati dengan entri ini. Dengan rendah hati aku mohon maaf siap-siap..


No comments:

Post a Comment