Showing posts with label catatan perjalanan ke cheonggyecheon. Show all posts
Showing posts with label catatan perjalanan ke cheonggyecheon. Show all posts

Tuesday, May 13, 2014

Catatan Perjalanan Ke Korea Hari Kelima (Gyeongbok Goong)

Assalamualaikum.

Masih lagi hari ke 5 di Korea.
Ahad. 18 November 2012.

Dah nampak gyeongbok goong, dalam hati dup dap dup dap  sempat tak tengok Guard Changing Ceremony. Alhamdulillah, sempat.
















Aku memang nak sangat-sangat tengok ceremony ni.
Mula-mula ingatkan tak sempat. Sebab dari Bukchon tadi macam lenggang kangkung jugak la. Campur dengan sesat-sesat dan jalan pun main redah je.

So, puas hati la dah dapat tengok.
Info pasal Guard Changing Ceremony ni boleh google ya.. Daku tak ada kerajinan nak bercerita huahuahua.


Very colourful kan? Lengkap dengan alat muzik dan senjata segala.. Rasa macam dalam penggambaran drama kekdahnya. Ada la lebih kurang setengah jam upacara ni. Rugi aku tak rakamkan video...

OK! Dah selesai upacara. Pak guard pun semua dah amik position memasing. Keadaan pun berubah seperti biasa. Pelancong berjalan ke sana ke mari dalam kawasan istana.

Sebelum masuk, jangan lupa beli tiket dulu.




So yang tersergam kat belakang tu lah pintu masuk ke istana. Entah ada berapa banyak pintu daaa. Memang macam ni kan reka bentuk istana, pintu berlapis-lapis..



Tiba-tiba lalu sekumpulan yang memakai baju mcm ni. Aku syak dorang ni kena berlakon ala-ala sida-sida dan dayang-dayang.. Straight je jalan dalam barisan pakcik dan makcik ni. Cayalah! hehe


Takhta raja bersemayam.


 Permukaan lantai yang tak sekata. Aku tanya Daff, kenapa diorang buat lantai tak rata macam ni. Daff kata sebab nak elak orang jatuh.
Tapi pada aku kalau orang yang style berjalan seret-seret kaki, ada possibility boleh terjatuh juga sebab mungkin tersepak bahagian lantai yang terjongket ke atas sikit tu.






 
 Kawasan dalam istana ni besar sangat-sangat. Memang tak habis explore dalam masa 2 hingga 3 jam. Ada dalam 14 bangunan kalau tak silap aku. Penat meronda tak usah cakap la kan, hehe. Dari pagi dah round area Bukchon Hanok Village dan Samcheondong. Bersambung pula di sini..
Aku suggest, spend masa seharian kat sini baru puas hati.


Tempat favourite nombor 1 aku dalam istana ni ialah kawasan tasik. Eh entah lah ek tasik ke kolam. Kat tengah kolam tu ada pavilion.
Alangkah seronoknya kalau boleh naik sampan dan jejak kan kaki kat pavilion tu.


Ni lah dia.
 Gyeonghoeru - Nama Pavilion ni. Pada zaman Joseon, pavilion ni digunakan sebagai tempat menjamu selera dan berseronok dalam acara penting.

Perasaan duduk kat tepi ni sambil minum kopi.. Bersembang-sembang takpun duduk diam melayan perasaan ke.. baca buku ke.. surf internet ke.. Sambil sesekali ditiup angin sejuk..

 Fuhhh berangan aje la ye.
Sila sedor diri ada banyak lagi tempat nak kena pegi.


Ok.. Tempat favourite nombor 2 ialah kolam dan pavilion lagi. Hehe.
Hyangwonjeong nama diberi.
Nama tasik ni Hyangwonji. Nama jambatan tu Chwihyanggyo. 

  Amboi rajin sangat ni meng google. Takde la saja je.. Nak ikut kan sesapa pun boleh google info pasal ni. Tapi saja aku nak letak kat sini untuk rujukan diri sendiri di kemudian hari.

Pavilion ni kecik banyak laaa dari Gyeonghoeru tadi.

Eiii geram je aku nak melangkah tali tu dan lalu atas jambatan tu tau..


Bangunan-bangunan dan tempat-tempat lain aku sekadar touch and go ajelah kot.
Apapun memang unik la istana ni & aku gembira dapat melawat tempat ni. Hilang kejap laa kesemputan berjalan berkilometer-kilometer tadi.

Ada 1 kedai menjual souvenirs dan coffee shop dekat-dekat dengan Gyeonghoeru tadi. Sempat kitorang singgah beli coffee dek kerana tak tahan sejuk. Kat kedai jual cenderamata tu banyak gak la barang comel2.. Aku rembat beberapa fridge magnet kat situ. Bukan 1 tapi beberapa ok. Pastinya fridge magnet dengan gambar Gyeonghoeru & Hyangwonjeong Pavilion kegemaran.. tiheeee.

Oh ye. Teringat.. Dekat-dekat area coffee shop tu ada jugak perkhidmatan pakai baju tradisional orang istana secara percuma. Kami pandang je la dari dekat dan jauh. Sebab pengurusan masa kami tak kena. Patut kalau nak pakai kena la book (tulis nama) awal-awal.. Then jalan-jalan sekitar istana pastu datang semula. Tapi kami dah separuh jalan baru sedar ada perkhidmatan tu. Tengok list menunggu pun boleh tahan ramai so lupakan aje lah..

Sempat berangan-berangan bergambar kat sini.. Hahaha. Bila dah penat-penat, aktiviti bergambar macam ni mampu menceriakan kami semula..

Masa bergambar kat tiang ni, kami menahan kesejukan tak pakai jaket.. Sebab nak nampak kelainan sikit, takdelah coklat hitam memanjang.. hehe

Lepas capai kata sepakat, rasa dah patut gerak, aku dan Daff pun keluar dari istana ni.

Keluar haruslah ikut pintu ni - Gwanghamun Gate. Haaa pintu ni memang famous. Selalu keluar drama.

Sebelum keluar dari istana ni sempat laa berpossing dengan oppa palace guard. Tegak je dorang ni. Hehe.Tinggi menggalah memasing.
 
 


Aku masa ni masih cuba bertahan tak nak bergambar dengan jaket tebal aku, sebab bosan semua gambar pakai jaket yang sama. Tak colourful langsung! Tapi memang gigil-gigil la masa ni.

So.. goodbye Gyeongbok Goong! You will be missed.



Keluar dari istana teruskan perjalanan ke Gwanghamun Square. Kat sini ada tarikan lain mcm Statue of King Sejong the Great & Lee Soon Shin Statue. Alang-alang dah sampai kan so bergambar je laaa apa lagi.


Kat area ni sepatutnya ada kawasan mcm air pancut dan air mengalir kat dalam 1 parit kecil. Dalam parit tu ada ukiran sejarah korea pada lantai. Tapi masa aku pegi ni autumn, so air pancut air mengalir bagai memang takde la.
Air hidung ada la mengalir dari hidung sebab sejuk sangat! Huhhu.. Serius, kesan sejuknya pada aku sampai ke tahap itu. 



Tiba-tiba ada Flea Market  dekat area Gwanghamun Square ni. So apalagi, jenjalan cuti mata lah kita.
 

Ini pulak Sejong Art Center kalau tak silap..




Berakhirnya lawatan kami ke tempat-tempt bersejarah pada hari ni..
Kaki memang dah meraung kepenatan (kalau boleh menjerit dah menjerit dah kaki ni agaknya kehkehkeh)

Kami menyambung aktiviti hari tu dengan window shopping dekat Myeongdong. Surprisingly bila berjalan yang melibatkan shopping terus segar dan kuat balik kaki ni. bahahahaha dasar betul.

Till the next entry, annyeong!

Entri berikutnya ialah 3 hari di Jeju.. zasssssss.

Sunday, May 26, 2013

Catatan Perjalanan Ke Korea Hari Keempat (Cheonggye Stream)

Assalamualaikum.

Hari keempat, Sabtu, 17 November 2012. Hari ni jadual kami agak padat, sebab kami akan join 1 event dari tengah hari sampai petang.

Paginya, kami plan nak tengok sungai jernih dalam bandar Seoul. Cheonggye Stream.
 Sarapan. Nasi goreng tuna. Makan terus dari kuali.. Mehehehe

Abaikan muka aku yang sembab. Bangun pagi ni dah mula rasa sakit kaki.. Mau tak sakit? Hehe. Berapa jauh sudah berjalan.. Berapa banyak tangga subway yang kami panjat setiap hari. Ni baru hari ke-4 ye.

Oh ye. Kami memasak semasa tinggal di Korea. Awal pagi tu lepas mandi solat bersiap kami bergilir memasak. Kalau bangun lambat pun still memasak. Gigih tak? hehe
Sekali harung la masak untuk sarapan dan bekal. Kemudian, balik malam tu kalau lapar pun kami memasak lagi.

Sebenarnya aku memang pasang impian nak memasak di Korea. So, salah satu impian dah tercapai. ^^

Hari ni merancang nak naik bas ke bandar Seoul. Ini bus stop dekat-dekat dengan kawasan INSIDE guesthouse.

Agak kesesatan juga mencari sungai ni. Sebab main naik je bas. Ikut perancangan nak naik subway. Tapi saje nak mencuba. Senang cerita, main jalan je ikut logik dan hala kaki.

Kami turun dekat Sejong Art Centre.. Main turun je ni.. Sebab rasa macam sungai tu dok dekat-dekat sini..
 Sejuk ya ampunnn. Bergambar dengan Kobis.

Masa aku kat sana banyak kali jumpa kobis cenggini dijadikan pokok hiasan. Aku rasa logiknya, sebab cuaca kan makin sejuk.. pokok ni mmg sesuai dalam cuaca sejuk begini.. sangat cantik ok. Warnanya hijau dan ungu.

Me in front of General Lee Soon Shin Statue ^^

Kalau tengok masa dari tunggu bas sampai masa wandering around ni agak lama jugak la berada dalam kesesatan.. Tapi the best part ialah dapat discover beberapa tempat yang memang kami nak pegi.. Gambar atas ni aku dekat Gwanghamun Square.. Depan tugu general tu. Gwanghamun Square ni berdepan je dengan Sejong Art Centre. Nun di ujung sebelah belakang yang nampak bukit bukau tu ialah gwanghamun, pintu masuk Gyeongbok Palace. 

Plan kami nak ke area sini hari esoknya. Ok lah kan dah tau awal-awal..

Kami terus berjalan, bertanya, berjalan..

Melintasi ahjumma-ahjumma yang sibuk membuat kimchi di belakang sebuah restoran

Setelah bertanya-tanya maka akhirnya jumpa jugak sungai Cheonggye. Jenuh jugak berjalan. Menambah kesakitan yang dah sedia ada katanya....

Gambar di bawah ni jalan utama laluan kereta di kawasan sekitar sungai
Aku sebenarnya masa ni macam confuse jugak dengan permukaan jalan raya kat sini. Macam bukan jalan raya..


Dedaunan kuning yang bersepah.. Suka tengok.


Akhirnya! Bawah jalan dan jambatan tu lah sungainya.

Mari turun!
Pelancong dah mula datang waktu ni. Tapi syok, tak la ramai mana.


Masa ni kebetulan ada Pesta Tanglung.. Tapi siang-siang hari macam ni takde apa. Malam baru ada acara (plus ramai gilaa manusia..)

Sejuk ooo. Airnya memang sangat jernih.. Kalau tak sebab sejuk nak jugak bukak glove dan rasa air sungai tu dengan tangan. Tapi sebab sejuk mintak maaflah mak hencik memang tak tahan huhuh

Sungai ni panjang.. entah sampai mana-mana je merentasi Seoul tapi tempat kami pergi ni tempat utama di mana pelancong selalu singgah & macam-macam aktiviti di adakan di sini.

Kita layan gambar aje lah ye.




Pesta tanglung ni diadakan beberapa kali dalam setahun.. Waktu kami pergi ni ada. Tak silap aku dalam bulan Jun atau Julai pun ada juga.
 

 Tanglung yang bertulis hasrat warga korea

Waktu malam, ada acara melepaskan tanglung ke dalam air.. Untuk mengelakkan tanglung tu jadi sampah sarap, diorang letak penghadang ni.. Dekat tanglung tu penuh tulisan warga korea.. Tak silap aku, yang diorang tulis tu 'wish'.. Apa-apa jelah huhu..



Di belakang ialah bangunan KTO (Korean Tourism Organization)

KTO ni pada aku antara tempat yang wajib singgah ye! Ada surau yang proper. Toilet yang bersih. Dan boleh dapatkan macam-macam maklumat.

Kat bawah ni pula ialah pemandangan sungai pada waktu malam. Balik dari acara di stadium malam tu, kami ke sini lagi. Sebab nak solat jamak kat KTO. Dan nak tengok jugaklah suasana Seoul Lantern Festival yang sebenar.

Tapi sayang, kamera NIKON aku tak dapat snap gambar suasana malam ni dengan cantik..
Amik amik blur, amik amik blur. Aku terus turn off nak snap gambar.

Lagipun, kami dah penat gila waktu ni dek kerana acara siang tadi..
 

Ramai gilaaaa kot orang. Yang ramainya warga negara Korea ni lah.Aku sendiri kagum dengan keramaian manusia sebegini..

Sebenarnya lebih kurang je kot dengan Malaysia. Tapi dah aku ni memang spesis tak suka pergi tempat yang sesak-sesak ramai orang, macam perlawanan bola kat stadium ke.. karnival jom heboh ke.. maka sesekali tengok lautan manusia begini aku rasa sedikit pelik..

Haha ke aku yang pelik sebenarnya?





Tak lama di sini.. Kami pun pulang.. Kalau korang perhatikan waktu pada foto-foto waktu malam, pukul 6 lebih tapi dah gelap macam pukul 8 kat Malaysia kan? Aku awal-awal sampai Korea memang agak stress dengan suasana alam yang baru ni.. Rasa macam pendeknyaaaa waktu siang.

Baiklah sebelum aku akhiri entri ni nak 1 perkara.
==> Aku suggest singgah semayang di KTO sebab toilet dia yang agak best. Memang tak disediakan tempat berwuduk, tapi diorang khaskan tandas untuk orang cacat untuk Muslim berwuduk. Kalau berwuduk kat tandas normal kat nampak macam pelik, tetiba ko bukak tudung dan amik air semayang kat sinki (yang mana kalau kat Malaysia tak pelik pun). Dalam toilet sah-sah takde paip air kan.. So, gunakan lah tandas for disabled tu sebaiknya. Dalam tandas tu siap ada sinki sekali. Pintu boleh dikunci dari dalam, guna button khas.. Siap ada lampu menyala kalau ada orang masuk dalam tandas tu.

Aku dengan Daff siap masuk bergilir (padahal boleh je nak masuk berdua terus) sebab kami gunakan tandas tu untuk bersuci dengan selesa macam kat Malaysia, hehe. Kan memang bawak bekas air siap-siap. Itulah masanya nak berak kencing (kalau behajat lah) dan cebok dengan selesa ye.

Hoihoii.. Aku memang sentiasa rasa tak bersih dan was-was bila guna tandas kat Korea. Dengan air yang limited untuk bersuci, tak boleh refill, dalam keadaan nak cepat-cepat... Memang aku rasa was-was sentiasa dengan tahap kebersihan aku.

Memang lepas kami keluar dari tandas, tandas tu nampak berkecah, lantai basah... tapi maaflah dah terbiasa kot.. Huhu.