Wednesday, April 09, 2008

Mr / Miss SKFMA

~Wednesday 9th April 2008~

Aku menjadi semakin tidak bermotivasi menjelang hari2 terakhir menjadi Cikgu & Teacher praktikal.. Kelas PSV utk 4 Mawar hari ni berjalan tanpa ada lesson plan secara hitam putih. Semuanya ku visualkan dan di plan dlm kepala. Memandangkan ini kelas PSV kami yang terakhir,aku terpikir nak wat something different yet enjoyable,for me and especially for them.. Aku planned nak suh bebudak tu buat group work. Task yg aku bagi: Pilih seorang wakil kumpulan..Hiaskan ahli kumpulan anda itu dengan menggunakan perhiasan yang dibuat menggunakan bahan2 terbuang,spt surat khabar lama, dedaun dan bunga kering... Untuk tak menyekat kebebasan mereka ni berkreativiti,aku sengaja x bagi apa2 restriction..mcm apa2 theme or syarat.. ni first time dorang buat aktiviti seumpama ini, so aku takut gak kalo objektif x tercapai..

Itu pun..masih lagi berlaku the unexpected ..mcm bdk2 ni bergaduh sesama group..hadoooi laa x kuasa betul aku rasa. Bukan la bergaduh bertumbuk tu..tapi memasing dok menuduh group lain meniru ciptaan dan rekaan dorang.. padahal biasa je aku tgk.. itu girls group.. yg boys lain cerita plak.. dok berkejaran ke sana ke sini.. sib baik aku pilih tempat strategik, yg tersuruk skit dr pandangan org..kot tak mau pengsan GB tgk bebudak tu berlari-larian..

Lepas tu, group Syafiqah plak buat hal.. Durrah yg bengang sbb bebudak lelaki dok menyakat dorang telah mengoyakkan baju suat kabar yg dah dipakai cantik oleh model dorang, Nuha.. Si Nuha plak merajuk dan tak mau jadi model untuk group tu. Bukan merajuk je,menangis sekali. Si Durrah pulak dah lari menyorok ke mana.. hai... L.E.T.I.H.....
Belum lagi masuk kisah group Shahrul. Yang ni kalau x buat hal mmg x sah. Aku kecik ati betul dgn perangai Shahrul ni.. bukan kali ni je tp dah byk kali..aku nak kata jgk, dia ni mmg b****p.. jgn la aku berjumpa dgn anak murid mcm ni bila dah posting nanti..


Biar penat.. biar letih.. tapi at the end of the lesson bila aku sedar at least 1 of the learning outcomes yang aku planned tercapai.. rasa puas sgt.. hilang rasa marah berbuku2 tadi.. hilang rasa penat berkejar-kejar dgn depa tadi.. hilang rasa kering tekak sbb menjerit2 panggil dorang td.. sbb aku tau dorang enjoy.. aku tau dorang dah blajar sesuatu dalam sesi P&P dengan aku..
mana lah tau.. one day kalau dorang akan bertemu lagi dengan aktiviti seumpama ini, dorang akan ada idea on what they should do.. selain tu, aku leh nampak sikap kerjasama n tolong menolong yg susaaaaaaahh sgt aku nak tgk kalu aku bg group work dlm kelas B.Inggeris..

*Aku mengajar kelas yang sama untuk 2 subjek; English & PSV whereby most of them act differently in these 2 subjects.. mereka sgt bersemangat untuk kelas PSV tp agak kurrrrenng dlm English Class..mungkin cikgu dorang ni kot yg x reti..



Dari kiri: Izaz, Lukman, Nuha, Zulaika, Azira & Sabrina... dorang sendiri yang request nak 'memperagakan' hasil keje dorang dalam dewan... aku layan kan aje..lagipun bukan ada org guna dewan pun.. ****aku agak bias masa menolong bebudak ni tadi.. habis, antara org yg b'sungguh2 nak buat dgn org yg buat endah x endah dgn tugas yg diberikan...mestilah aku pilih org yg menunjukkan kesungguhan tu.. antara bdk yg menghormati aku sbg cikgu dgn bdk yg bercakap dgn aku mcm b'ckap dgn....




Tuesday, April 08, 2008

Fruit Punch

Hari kedua dalam minggu terakhir... ~ Selasa 8/4/8~
Hari ni aku bercadang nak menjalankan lesson plan yg akan bersangkut paut dengan Inovasi Pedagogi & Kajian Tindakan. Chewah bunyi mcm boguss je padahal x de apa pun, besa2 je..
For my English class, I planned to teach them on how to elaborate process of making or preparing something, which stress on the sequence connectors.. ala penggunaan first, second, then, after that, next, finally and last tu la.. aku dah pernah ajar dulu tp penggunaan BBM tu x berapa nak best la.. cakap2 n terang2 sambil wat action lelebih kurang je.
Bila Sareen bercerita yang dia buat demonstration wat fruit punch on her final observation, aku pun terpikir nak wat benda yang sama..assume mcm simple farewell party la kot, huhuhu.. lagipun aku x pernah belanja bebudak tu apa2 sebelum ni..
































Monday, April 07, 2008

Finally... The Last 12th Week!!



~Isnin 7 April 2008~
Pejam celik pejam celik.. we're @ the end of the praktikum now. Rasa mcm x percaya je pagi tadi masa berdiri kat tapak perhimpunan sekolah. Rasa mcm baru semalam je mendaftarkan diri sebagai guru pelatih di sekolah tu..cheewah! padahal dulu kemain dok menghitung hari..bila la nak abis..bila la nak abis..


Seperti biasa aku berdiri tepi bebudak darjah 4.. mcm dah jadi port aku setiap kali assembly untuk berdiri tepi line darjah 4 tu.. Sebenarnya niat utama aku dulu nak cover aku yang selalu berangan2 masa assembly.. badan memang kat c2 tp fikiran aku dah jauh menerawang ke mana-mana..kekadang ke JB kekadang ke KL kekadang ke Parit Raja n setidak tidak nya pun balik ke maktab..hehehe
Ni lah muka bebudak darjah 4 Mawar yg tengah beratur nak masuk makmal Sains lepas perhimpunan pagi Isnin. Bebudak yg selalu mencabar kesabaran aku dalam kelas BI dan PSV.. Budak2 bertuah..

Selain tu, aku dapat tgk memacam gelagat bebudak kalau berdiri kat celah2 dorang. Bleh gak praktis wat muka 'cenge' depan memacam pesalah2 laku.. sambil2 fokus pada ucapan guru2 bertugas dan ucapan GB/PK.. Saje je kumpul idea melalui observation.. Nanti2 bila aku dah posting conform2 aku pun akan ada giliran berucap kat depan bebudak masa assembly..

Hari ni jugak SKFMA menerima 8 org budak IPG Perlis yang nak wat SBE... teringat memori lama masa aku SBE kat SK Paya dulu.. terkeseng keseng masa nak join assembly..malu la konon..Bebudak tu conquer kosi2 cikgu2 menyebabkan bilangan cikgu yang berdiri agak ramai ari ni..aku x amik pot pun coz mmg agenda aku tetiap kali assembly; berdiri sambil berangan..muahahaha... aku ingat 2 kali je aku pernah duduk kat kosi tu..sekali masa 1st time join assembly..pastu masa aku sakit perut kena angin kus kus..yang pasti masa tu aku mmg lemah n tak bermaya..sampai terpaksa order air halia dari Mak Lang kat kantin sekolah..tak pernah aku sakit perut seumpama itu...




Sunday, April 06, 2008

Memujuk Hati Yang Lara

Adopted from http://haziefa.wordpress.com/

sekiranya hati pernah menginginkan sesuatu, tetapi tidak pernah kesampaian.. pasrahlah, serahkan padaNya, kerana dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita..

Sungguh menyakitkan menyintai seseorang yg tidak mencintai kita...tetapi adalah lebih menyakitkan jika mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan rasa cinta itu...