Thursday, July 15, 2010

Kesakitan yang tak terperi...

Salam.
Dah 2-3 bulan aku mengalami sakit2 kaki kat bahagian pergelangan. Tapi biasalah, berlagak macho dan tahan ajer sakit tu..

Cuma semenjak 2 menjak ni makin sakit pulak aku rasa.. and considering the current trend (huhu!!) kat sekolah aku skang, kena berkasut sepatu dan bertumit tinggi.. awwww.. maka bertambah2 la letih kaki ku nak menampung berat aku sebanyak xx kilo itu... Lepas tu, memang lah rasa tension sebab kena turun padang dalam keadaan kaki ko sakit begitu.. (Aku kan cikgu PJ tak bertauliah)

***bukan current trend, tapi our new headmistress encourage us to wear the heels..

Untuk mengurangkan sakit di kaki, maka petang tadi aku request sorang akak tukang urut dekat2 kawasan umah aku ni datang, untuk mengubat kaki..

Aku bagitau dia kaki aku terseliuh, kat area2 pergelangan kaki..

Sekali dia urut, tuuuu diaaaa.. bukan terseliuh ok? urat aku masuk angin.. ada biji2 angin dalam urat.. so menyebabkan darah dalam urat tak berjalan dengan lancar.. memang sakit oh!!... rasa nak terkencing2 aku tadi. Tapi tak la terkencing kan. Disebabkan akak ni bawak anak dara dia, so aku agak segan2 ayam la nak mengaduh2 sangat.. Daripada duduk penuh tertib, terus hilang kesopanan dan kesusilaan duduk aku tadi.. Aku rasa memang aku kaya facial expression tadi.

Daripada pengalaman petang tadi, I have to consider massaging my legs/body constantly. Last aku berurut bulan 3 hari tu. Now bulan 7 dah rasa sakit semula..

Is this what we call

AGEING?
...

Moral of the story: Cubalah berurut kawan2! while and after effect dia memang best!! hehehe. Ada berani???

Friday, July 02, 2010

Yang berduri..

Di luar berduri..
Di dalam berisi..

Musim durian datang lagi..

Walaupun tidaklah kata aku menanti-nanti..

Tapi rupanya sekali makan tak cukup pula sebiji..

Hehe.. Selalunya aku wat dono je bila tiba musim raja buah ni. Setakat jamah 1-2 ulas cukup. Tapi kali ni siap mengidam plak.

Sapa kata orang mengandung je boleh mengidam haaa...

Mana lah nak puas makan. Buah durian dari rumah nenek aku makin lama makin mengecil yooo saiz nya.. Kata nenek aku mungkin terlebey asid.. Lembu-lembu pakcik aku gemarrr menjadikan bawah pokok durian tu sebagai jamban..

So, bukan aku sorang je la yang mengidam.. family aku pun sama. Tak puas makan kununnya, hehehe.. Seminggu dua ni aku menjalankan misi merisik penjual durian kampung dalam felda tempat aku mengajar.. Habis rumah nenek student aku, aku redah huhu.. Adalah sikit aku dapat.. Mengaruk baunya tu ha dalam bonet kereta aku.. Mesti pening makcik tuan umah aku.. Tempat dia n familynya melepak adalah di tepi tempat parking kereta aku, OK.. Huhu nasiblah.. Dorang pun reti jugakkan beli-beli durian.. Dah namanya musim durian.. Memang lah berbau durian...

Esok awal-awal pagi, JLL 3092 bakal meredah kedinginan pagi dengan membawa aroma
...
.....
deghoyan!

Thursday, July 01, 2010

Aku takkan pertikaikan kerana.....

Salam
Sana sini orang cakap pasal bola. Gi kedai makan, diorang tayang bola. Gi kantin, ada saja suara-suara cakap pasal bola. Bukak blog orang M'sia, pun sure ada cerita pasal bola. Bukak blog pasal Korean Entertainment, artis-artis sana berlumba-lumba wat lagu untuk menyaport Korean soccer team. Even aku duduk dalam bilik guru pun, mak-mak (aka my colleagues)yang duduk melepak sebelum tunggu waktu balik dok cakap pasal bola.

Umah sewa aku? TAK PERNAH SEKALI pun siaran bola pernah bersiar. Hehe tak perlu aku bagi sebab eh.. rasanya dah boleh teka kenapa..

Namun, aku takkan pertikaikan.. kegilaan & ketegaran mereka tentang sukan yang berlari satu padang demi SEBIJI BOLA.. =)

Samalah macam kaki pancing..
Sanggup meredah kepekatan & kedinginan malam, bertemankan sebatang joran. Untung sabut mungkin tercongok 5 minit dah dapat habuan.. Agak-agak kalau untung batu?

Sekali lagi aku takkan pertikaikan..

Sebabnya...

Aku sendiri tak 'sudi' dipertikaikan,

Kenapa aku boleh duduk menghadap laptop almost 24/7?
Apa guna explore sana sini cari link-link?
Memantau bit by bit data yang masuk dalam my lappy?
Gitu....

Apa jua benda yang kita obses kan..
It's all about our own preference..
dan kepuasan diri sendiri..
As long as tak mengabaikan tanggungjawab masing-masing..
& tak menyusahkan sesiapa..

Semuanya..
Boleh ajaaaaa



Tuesday, June 29, 2010

Udang di dasar mangkuk

Salam.
Over plak ye. Kalau masa malas ada lah sampai 5-6 bulan tak apdet langsung. Bila terlebih dos rajin, 1 hari sampai 2 entri. Hoho..layan kan sajork..

Aku dah lama ada plan nak jogging. Jogging kan aktiviti menyihatkan badan yang tak melibatkan kos. Lepas Asar tu, pusing jap area dekat-dekat ngan umah sewa aku nih. Bertemankan Nokia Bluetooth Stereo, sambil dengar-dengar obat tinga terkini yang aku suka. Jogging sorang pun takde hal. Lagipun masa jogging mana leh sembang-sembang? Karang haruslah semput and out of breath....

Tapi dalam kepala aje lah semua itu berlaku. Hakikatnya, bila waktu petang, lepas solat Asar.. Sentiasa aja ada citer best yang menggoyah plan aku nih.. Takpun, aku ralit on9.

Then,,, hari ni plan aku terlaksana juga.. Heh he.. Aku jogging la time PJ. Aku lupa la selama ni.. Aku kan cikgu PJ..

Aku: OK, warming up.
Mereka: Cikgu, tak yah amik alatan ke?
Aku: No no no.. hari ni saya nak kita wat mini merentas desa..

bla bla bla bla bla

Aku: OK, jogging dalam barisan.. jangan putuskan barisan. Kalau tak larat boleh jalan.
psstt..Orang paling depan, nanti tunggu cikgu kat simpang kedai sate, ok? (wahaha - supaya nanti bila masuk kawasan sekolah takde la nampak aku tertinggal jauh sangat dari budak2 tu! Simpang tu da dekat dengan pintu masuk sekolah,ye!)

P/S - Malam ni aku tido dengan betis yang agak sakit la ye.. sebab pertama kali lepas beberapa bulan tidak berlari.. hoho
OKAY! Today, mission accomplished! Aku suka!