Sekolah dan bola jaring.
Bola jaring dan sekolah.
Dua-dua ni memang tak boleh dipisahkan, kot.
Saban tahun, memang saat yang aku tak berapa nak suka ni akan sampai...
Tapi, tak ada pilihan kan. Walau macam mana tak suka sekalipun, masih kena datang dan tengok-tengokkan budak-budak berlatih.
Haishhhhhh.
Aku memang tak suka bola jaring dari aku bergelar budak sekolah rendah.
Sejarahnya, masa darjah 6, budak-budak perempuan main bola jaring, aku tersalah bagi bola pada pasukan lawan & team mate aku merengus & menjeling aku.
Hehehe. Sampai sekarang aku ingat moment tu. Dengan muka & nama penuh dia lagi..
Then, masa aku masuk hostel umur 13 tahun, tak dapat tidak aku terpaksa main jugak sebab aktiviti dorm.
Nama ketua pasukan bola jaring dan muka-mukanya sekali, kekal terpahat kat otak aku sampai sekarang. Kak Zila. Masa tu kan, aku lebih berani langgar peraturan asrama (cabut balik rumah diwaktu aku tak boleh balik rumah) dari berbaik-baik dengan akak ni. Entah, aku rasa dia sangat garang dan kerek masa kat padang.
Stok-stok lembik and kurang tangkas tangkap bola macam aku ni selalu aje laa kena marah..
huhuhu. Masa tu biasalaaa..budak form 1 yang innocent. Dia dah form 3. Elok je dia naik form 4, blahh sekolah lain. Sek Teknik kot. Aku sangat gumbiraaa hokeyyy hehehe.
Nasib baik masa aku kat MSRM tak de dah bola jaring ni. Entah, seingat aku, kat MRSM dulu kitorang tak dipaksa-paksa bersukan macam kat sekolah sebelum tu. Bahagiaaaa ok bahagiaaa.. Melainkan, every weekdays waktu petang (5-6) tak boleh duduk santai-santai dalam dorm. Kena keluar. Kalau tak sebab kelab permainan atau badan beruniform, kena jugak duduk di luar dorm bersukan. HARAMMM duduk dalam dorm. Kalau rajin aku jogging keliling sekolah. Kena masa nak test PJ (kitorang dulu PJ pun ada periksa dan masuk dalam slip peksa ok) sibuk pegi swimming.
Kadang tu kalau datang angin malasss kitorang ramai-ramai (budak perempuan la biasanya) duduk tepi longkang tengok orang main bola tampar. Dengan baju kurung lepas prep pulak tu, hehe.
Nak harapkan aku main bola tampar... Baru 3-4 kali serve / pukul / sambut bola dah gosok-gosok tangan sebab sakit.. Ada tak ada pun main la jugak masa nak test PJ (dasat tak, PJ punya peksa adalah olahraga, bola tampar, renang & aerobik. 1 sukan untuk 1 sem. aku kat sana 4 sem, 2 sem masa form 4 & 2 sem masa form 5)
Eh melalut sudah. Tapi betul. Kat MRSM aku tak rasa dah tekanan nak main bola jaring.
Bebalik pada cerita bola jaring budak-budak tadi.
Bukan ke, trade mark bola jaring ni, pakukan kaki di tanah?
Dapat je bola kat tangan, kaki dah tak boleh suka-suki nak gerak-gerak dah..
Aku memang seriously tak minat game ni. Lepas tu aku tak reti peraturan sangat. Nama nak mengadil? Hoh lagi laaaa, ke laut!
1 perkara yang aku cukup tak suka pasal perlawanan bola jaring ialah coach /guru pengiring yang dok ditepi gelanggang bertempik-tempik pada pasukan. Jeritan-jeritan batin & tempikan dorang biasanya pasal
~budak buat salah
~budak main tak semangat
~budak bermain tak ikut strategi yang cikgu / coach dah ajar.
~pengadil tak perasan kesilapan pihak lawan. (paling aku annoying. ingat senang ke nak jadi pengadil?? Biasalah, pengadil kan manusia. Manusia buat kesilapan. Tapi tak payah laa sampai nak keluarkan kata-kata yang kurang enak untuk pengadil. Emo tak betempat lahh. It's just a game kan. Tak perlu nak serius sangat macam lah kalau pasukan kau kalah, hilang sekolah. Tak pun, kalau kalah, kena balik jalan kaki kah?)
Bingit ok, sangat bingit mendengar dorang betempik. Ada tu siap cursing lagi.
Ada orang kata, kalau tak buat macam tu, budak-budak akan main ikut rentak sendiri je. Ye la,, dalam perlawanan sebenar situasinya mana nak sama dengan latihan.
Tapi, aku masih tak boleh terima. Perlu ke menjerit begitu???
Walaupun aku tak minat bola jaring, tapi tetap juga berharap pasukan tahun ni boleh mara ke peringkat tertinggi yang mampu. Penat kan diorang datang sekolah berlatih. Kurang-kurang kalau sampai suku final ke, semi final ke, boleh jugak dorang banggakan.
P/S-Mana laaaa buku peraturan bola jaring aku ni, huhuhuhuhu (korek-korek buku lama)