Sunday, April 03, 2011

Analogi Lauk Hari Ahad~

Minggu ni straight 5 hari dapur aku tak berasap sebab masak lauk.

Asap dari cerek air hari-hari ler.. hehe

Dalam kepala tengah kumpul-kumpul-kumpul,,, apa eh makanan yang aku teringin. Lagi-lagi bila blogwalking kat blog resepi..

Jadi, menu hari ini adalah,,


Ayam masak gulai limau purut

&&


Tumis kacang panjang dengan sotong.



Menu asal dari sini , penulisnya Kak Wana.


Plan asal ada 1 lagi lauk, Sambal ikan bilis goreng. (Ikan bilis goreng yg ditumbuk dengan bawang dan cili padi)

Tapi dah tak larat nak masak huhu. Penat jugak berdiri walaupun cuma dua lauk.

Lagipun, perut aku kenyang lagi sebab makan roti sardin tadi.

**1 lagi sebab aku malas nak masak ialah, lepas masak aku rasa kenyanggg je walaupun belum makan. Mungkin masa memasak bau-bauan itu telah menyumbat-nyumbat hidung aku, menghantar isyarat ke otak lalu aku rasa kenyang. Ataupun otak aku mentafsir masakan aku tak sedap, so selera terus hilang.

Sebut ayat Penat jugak berdiri walaupun cuma dua lauk, teringat luahan sorang cikgu senior kat satu sekolah di utara tanah air masa zaman aku kat Maktab dulu.

Dia umpamakan cikgu, anak murid & keputusan periksa dengan suami, isteri & lauk.

Seorang isteri sibuk memasak lauk untuk suami. Kerana kekangan waktu, isteri tersebut cuma masak sejenis lauk saja, gulai ayam. Lauk diletak di bawah tudung saji beserta dengan nasi. Suami yang lapar terus membuka tudung saji & setelah melihat lauk yang terhidang, lantas berkata,,,

"Ini ajeee????"

Walhal untuk menyediakan 1 jenis lauk itu, macam-macam persiapan yang dibuat isteri.

Betul jugakkan? Lain la kalau hidang ikan masin goreng saja, boleh la kasik komen "Ini ajeee????"

Cikgu tu kaitkan pulak dengan cikgu, anak murid & keputusan periksa.

Pelajar yang mengambil keputusan periksa, & mendapat keputusan yang baik, namun bukan yang tebaik. Contoh, dapat 4A1B instead of 5A. 8A1B instead of 9A.

Datang pula individu lain tiba-tiba mengeluarkan komen,,
"Hai, dapat begini ajeeee??? "

Walhal untuk mendapatkan keputusan sebegitu, siapa yang tahu jerit perih yang cikgu & pelajar tersebut dah lalui...

Tepuk dada, tanya selera. Nak makan apa hari ni? hehehe

Sekian entri meraban hari Ahad.

Saturday, April 02, 2011

Excited Lebihhh

Tetiba feeling macam budak kecik.

Excited lebih dengan meja komputer merangkap meja study & kerusi empuk,,
(Ya!!! lebih banyak ruang untuk aku sepahkan buku/kertas/alat tulis aku tanpa perlu melambakkan buku depan TV lagi~~)

Hehehe. Jaman kecik-kecik dulu, kalau dapat sesuatu yang baru, mesti banyak kali nak try pakai/guna kan? Macam kasut/beg sekolah ataupun kasut/baju raya.

Rupanya dah tua-tua gini masih ada perangai macam tu OK,

Tapi takpelah, at least aku memakukan punggung depan PC ni dengan semangat berkobar-kobar untuk siapkan kerja-kerja aku yang membukit itu.

Walaupun dikira masih bekerja, di hari cuti.

Hey, siapa kata jadi cikgu rilek saja kerjanya???

Thursday, March 31, 2011

Stok kopek bawang

Hurmm.. layu rasanya.

Balik sekolah kul 1.30 tadi, gedebak gedebuk gedebak gedebuk; kul 3 gi sekolah balik..
Rewang untuk majlis Maulud Nabi Sekolah.

Sampai-sampai.
Aik. Sorang cikgu pun tak de lagi. Mak bapak & orang kampung ramai la.

Ada yang me nyaund aku suruh masak.

Buat tak reti suda. Ramai lagi orang yang terror-terror masak. Ada ke aku yang kena?
Tapi aku tau itu gurau-gurau saja.

Aku, takat kupas-kupas siang-siang kopek-kopek boleh laaa.. huhuh. Kalau nak masak untuk 1 kampung makan, macam tak berkelayakan aje.


Kul 6 sampai rumah. Gedebak-gedebuk-gedebak-gedebuk kul 8.30 gi sekolah balik, malam ni ada majlis sikit.

Wahhhh tak sabar nak tunggu hari jumaat petang, bila semuanya selesai. Tapi hari Sabtu conform kena datang sekolah tengok budak berlatih bola jaring. Silap-silap Ahad pun kena.

Sunday, March 27, 2011

Pakukan kaki di tanah

Sekolah dan bola jaring.
Bola jaring dan sekolah.

Dua-dua ni memang tak boleh dipisahkan, kot.

Saban tahun, memang saat yang aku tak berapa nak suka ni akan sampai...

Tapi, tak ada pilihan kan. Walau macam mana tak suka sekalipun, masih kena datang dan tengok-tengokkan budak-budak berlatih.

Haishhhhhh.

Aku memang tak suka bola jaring dari aku bergelar budak sekolah rendah.

Sejarahnya, masa darjah 6, budak-budak perempuan main bola jaring, aku tersalah bagi bola pada pasukan lawan & team mate aku merengus & menjeling aku.
Hehehe. Sampai sekarang aku ingat moment tu. Dengan muka & nama penuh dia lagi..

Then, masa aku masuk hostel umur 13 tahun, tak dapat tidak aku terpaksa main jugak sebab aktiviti dorm.

Nama ketua pasukan bola jaring dan muka-mukanya sekali, kekal terpahat kat otak aku sampai sekarang. Kak Zila. Masa tu kan, aku lebih berani langgar peraturan asrama (cabut balik rumah diwaktu aku tak boleh balik rumah) dari berbaik-baik dengan akak ni. Entah, aku rasa dia sangat garang dan kerek masa kat padang.

Stok-stok lembik and kurang tangkas tangkap bola macam aku ni selalu aje laa kena marah..
huhuhu. Masa tu biasalaaa..budak form 1 yang innocent. Dia dah form 3. Elok je dia naik form 4, blahh sekolah lain. Sek Teknik kot. Aku sangat gumbiraaa hokeyyy hehehe.

Nasib baik masa aku kat MSRM tak de dah bola jaring ni. Entah, seingat aku, kat MRSM dulu kitorang tak dipaksa-paksa bersukan macam kat sekolah sebelum tu. Bahagiaaaa ok bahagiaaa.. Melainkan, every weekdays waktu petang (5-6) tak boleh duduk santai-santai dalam dorm. Kena keluar. Kalau tak sebab kelab permainan atau badan beruniform, kena jugak duduk di luar dorm bersukan. HARAMMM duduk dalam dorm. Kalau rajin aku jogging keliling sekolah. Kena masa nak test PJ (kitorang dulu PJ pun ada periksa dan masuk dalam slip peksa ok) sibuk pegi swimming.

Kadang tu kalau datang angin malasss kitorang ramai-ramai (budak perempuan la biasanya) duduk tepi longkang tengok orang main bola tampar. Dengan baju kurung lepas prep pulak tu, hehe.

Nak harapkan aku main bola tampar... Baru 3-4 kali serve / pukul / sambut bola dah gosok-gosok tangan sebab sakit.. Ada tak ada pun main la jugak masa nak test PJ (dasat tak, PJ punya peksa adalah olahraga, bola tampar, renang & aerobik. 1 sukan untuk 1 sem. aku kat sana 4 sem, 2 sem masa form 4 & 2 sem masa form 5)

Eh melalut sudah. Tapi betul. Kat MRSM aku tak rasa dah tekanan nak main bola jaring.

Bebalik pada cerita bola jaring budak-budak tadi.

Bukan ke, trade mark bola jaring ni, pakukan kaki di tanah?
Dapat je bola kat tangan, kaki dah tak boleh suka-suki nak gerak-gerak dah..

Aku memang seriously tak minat game ni. Lepas tu aku tak reti peraturan sangat. Nama nak mengadil? Hoh lagi laaaa, ke laut!

1 perkara yang aku cukup tak suka pasal perlawanan bola jaring ialah coach /guru pengiring yang dok ditepi gelanggang bertempik-tempik pada pasukan. Jeritan-jeritan batin & tempikan dorang biasanya pasal
~budak buat salah
~budak main tak semangat
~budak bermain tak ikut strategi yang cikgu / coach dah ajar.
~pengadil tak perasan kesilapan pihak lawan. (paling aku annoying. ingat senang ke nak jadi pengadil?? Biasalah, pengadil kan manusia. Manusia buat kesilapan. Tapi tak payah laa sampai nak keluarkan kata-kata yang kurang enak untuk pengadil. Emo tak betempat lahh. It's just a game kan. Tak perlu nak serius sangat macam lah kalau pasukan kau kalah, hilang sekolah. Tak pun, kalau kalah, kena balik jalan kaki kah?)

Bingit ok, sangat bingit mendengar dorang betempik. Ada tu siap cursing lagi.

Ada orang kata, kalau tak buat macam tu, budak-budak akan main ikut rentak sendiri je. Ye la,, dalam perlawanan sebenar situasinya mana nak sama dengan latihan.

Tapi, aku masih tak boleh terima. Perlu ke menjerit begitu???

Walaupun aku tak minat bola jaring, tapi tetap juga berharap pasukan tahun ni boleh mara ke peringkat tertinggi yang mampu. Penat kan diorang datang sekolah berlatih. Kurang-kurang kalau sampai suku final ke, semi final ke, boleh jugak dorang banggakan.

P/S-Mana laaaa buku peraturan bola jaring aku ni, huhuhuhuhu (korek-korek buku lama)