Wednesday, February 13, 2013

Beli belah online

Senang zaman sekarang ni kan.
Boleh shopping secara virtual.
Dah tak payah nak basah-basah ketiak berjalan sana sini mencari barang.

Aku pun tak terkecuali jugak.. Menjebakkan diri dalam aktiviti merabakkan poket ni.
Dalam entri ni bukan la nak berlagak aku tetiap bulan mesti shopping ke apa.. nehiii. Aku pun kalau bajet tak berapa nak ada duduk diam-diam sudah. Bukak laman web jual-jual barang pun tidak! Takut stress bila dah tengok-tengok tapi tak boleh nak membeli.

Ye, aku tak tau la kenapa tapi when it comes to online shopping aku prefer seller yang boleh reply dalam kadar yang segera! Ini kalau yang style aku pm/email malam ni esok petang kang baru nak reply.. memang stress kot.. Especially kalau melibatkan barang yang ada ramai penjual..
Sah-sah aku akan kontek semuaaa penjual yang aku dah mark dan tanya harga.. Siapa yang reply cepat, kira dia punya rezeki la..

Selain dari kena reply cepat² aku juga suka seller yang sediakan pelbagai bank untuk pembayaran.. Sekurang-kurangnya bagi la 2 pilihan bank (biasanya Maybank & CIMB) ; bukan la cuma ada 1 je akaun.. Tak ke susah kalau customer cuma ada salah 1 je & dan tak sama pulak dengan akaun si penjual.. Bukan semua customer duduk area bandar ye.. Ada je yang tinggal dalam kawasan yang cuma ada 1 jenis bank je.

To be honest aku pun pernah pada 1 masa tu jadi online shoppers yang tegar.. hampir setiap bulan shopping. That was back when I was in Endau..

Apa nak buat,,... Duduk di sana memang aku macam mati kutu. Perjalanan pergi-balik ke sekolah setiap hari memang tak jumpa sebijik kedai pun. Hatta kedai runcit! So possibility untuk menyinggah dan membeli adalah sifar. Tak lama lepas aku kerja, aku terus beli broadband & selepas tu upgrade pulak kepada streamyx. So, memang amat mudah nak membeli belah.. Order. Bayar. Tunggu.. hehehe

Kemudian, masa dah ada perancangan nak pergi Korea, aku dah mula slow kan membeli belah online. Lama-lama terus stop! Masa tu, aku sangat bersyukur sebab wujudnya pilihan "Do not show in newsfeed" dalam Facebook.. Maka, tak ada lah gangguan emosi dan jiwa melihat barang-barang yang penjual upload.

Sekarang.. Bila dah pindah dan duduk dengan family sendiri.. pun aku dah tak terasa nak membeli belah online. Sebab UTAMA? Rimas..

Ye, masa mengemas barang untuk berpindah dulu, aku rasa sangat rimas dengan barang-barang aku sendiri.. Entah hapa-hapaaa yang aku beli. Begitu banyak. Dan sekarang bilik aku dah macam umah setinggan. Tak de tempat nak letak barang-barang aku. Yang paling dasyat ialah baju. Baju kurung. Ini bukan nak berlagak ye, tapi aku sendiri kagum & ada jugaklah rasa menyesal.. Dah dekat 2 bulan sekolah bukak kan? Dalam 7 minggu ni. bayangkan hari-hari aku pakai baju yang berlainan. Serious, aku tak sangka begini banyak baju kurung aku?

Jadi, azam aku tahun ni tak payah la sibuk-sibuk nak beli kain buat baju. Ko pakai je baju yang ada. Raya kang baru fikir nak beli baju. Ini tak masuk lagi dengan hadiah kain pasang masa nak pindah dulu. Semua tu tak berjahit lagi. **Ada member suggest aku kuruskan badan dulu sebelum hantar kain tu ke tailor.. yeah.. good idea..**

Tapi.. tak membeli belah secara maya tak bermakna aku menyimpan duit dengan baik sekalii.. Masalah sekarang lagi besar kot.. On the way balik kerja setiap hari aku terdedah dengan tempat bershopping yang lebih menarik.. Tak laa sampai tahap Jalan TAR ataupun Mid Valley macam kat KL nun. But still... kedai. Kedai yang lagi best kot dari kedai kat Endau nun..huhu.. Dan kalau aku drive ke arah bandar dah jumpa 1 shopping complex.. wuwuwuwu..apakah..

Jenis aku, suka belek-belek barang kat kedai. Tak semua kedai, tapi  antara kedai yang aku cukup minat ialah kedai komputer.. kedai buku.. dan farmasi.. Tak semestinya aku membeli.. Kadang tu hanya survey saja. Tapi masa survey tu sebenarnya dah plan dalam kepala.. nanti lepas gaji aku nak beli ini.. ini.. dan ini..
Begitu..

I need a new resolution about travelling, since when I made up my mind (or to be precised when I bought a plane tix) about going somewhere then I'll be a decent saver.

Ke manakah mahu ditujuuuu..huhu


Gambar kat tempat shopping yang aku suka. Myeongdong.. ^^


Ye.. Saya teringin nak pergi Myeongdong lagi..
Should I??

Tuesday, February 12, 2013

Tangerine Ice Cream

 
Mandarine Ice Bar yang di beli di sebuah kedai dekat Gunung Sanbang

Jeju terkenal dengan limau mandarin. Memang banyak ladang buah mandarin dalam pulau ni.. Tapi aku tak  dapat snap gambar ladang pun, sebab tengok pemadangan ladang-ladang tu hanya dari dalam bas.. Bas pulak bergerak laju. Kamera pulak bukan canggih mana nak ambil gambar dalam keadaan bergerak.. Huhu.. (Nak kamera baru, plizzzz)

Tiba-tiba nampak aiskrim ni dalam kedai & terus capai lalu bayar, hehe. Bagus ye makan aiskrim dalam cuaca sejuk dan angin kuat.
Model eskren tak berbayar huhu. Senyum dalam kesejukan angin yang menggila..

Pemandangan di belakang tu memang Subhanallah, sangat cantik. Ni sekitar kawasan gunung tu. Sebenarnya masa melawat gunung ni diorang semua sibuk mendaki untuk ke puncak. Kira bas ni dah bawak visitor pada tiga suku ketinggian gunung. So, sesiapa yang nak daki sampai ke atas, silakan. Tapi aku memang tak kuasa sebab rasa letih sangat masa ni. Pagi tu bangun awal gila untuk ke airport & kemudian bila dah sampai Jeju kena berlari-lari dan rushing untuk kejar bas pelancong.. Kemudian, tempat yang agency ni bawak semuaaa kena berjalan yang bukan sikit-sikit.. So, masa kat sini aku memang dah pancit huhu.

Masa melawat 'Mount Sanbang' ni, hari dah petang. Tiba-tiba rasa haus. Masa tu memang tak bawak bekalan air masak. Nak beli kopi, macam malas sebab pekat gila kot kopi dalam cawan tu. Nak beli air mineral, aku rasa macam menyusahkan sebab nanti nak kena bawak ke hulu ke hilir botol tu. Dasarr pemalas kan, tapi i got reason meh,,

Oh ye..masa kat Korea aku limit kan minum air di siang hari. Sebab bila banyak minum asyik la nak terkucil. Dah la kat sana cuaca sejuk kan. So, lagi cepat kot rasa nak terkucil. Lepas tu, paham-paham la, being there in  a non-muslim country toilet dia macam mana.. Memang tak ada paip air dalam tandas kan. Memang nak kena bawak botol siap-siap, isikan air di sinki luar. Yeah, memang guna air untuk bersuci tapi hanya sebotol dalam 750ml gitu, huhu. Aku memang rasa tak cukup! Tapi nak buat cemana kan darurat. Lepas tu sebab nak hati-hati punya pasal (sebab bekalan air terhad) aku memang akan ambil masa lama sedikit dalam toilet. Kalau travel berdua je dengan partner takpe. Tapi masa kat Jeju ni ikut travel agency so kalau lama-lama sangat dok dalam toilet rasa tak best kan sebab terfikir ahli rombongan atau ketua rombongan yang menunggu.. So, my solution adalah kurangkan minum air.. Balik hostel malam kang minum la balik banyak-banyak ye..


Monday, February 11, 2013

Makanan untuk yang berdiet

Kemas-kemas dan belek folder dalam lappy..Terjumpa gambar lama..
Teringat juga cerita lama..

 Low carb & high protein food
Kami cut jumlah karbo harian.. Banyakkan sumber protien.
Selain tu cut juga pengambilan gula. 
Memang masa berdiet ni tak minum air manis langsung.. Minum air masak je. 

Ini kejadian tahun lepas.. Masa aku ni sibuk berdiet, join my BFF yang masa tu baru lepas habis pantang dan kembali ke sekolah dengan membawa 'gelombang diet' dalam sekolah. Masa mengandungkan anak nombor tiga, badan kawan aku ni memang berisi. Tapi biasalah tu kan, orang mengandung. Yang luar biasanya ialah aku, bujang, tapi tahap kegemukan dah ala-ala orang pregnant. Maintain gemuk pulak tu.. Tskk..

Lepas 3 bulan berpantang, kawan ni kembali ke sekolah dengan new figure. Slim gila, seperti zaman bujang dulu..

Dan aku yang duduk sebelah kawan ni, takkan nak buat tak tau je kan.. So join lah sekali dia berdiet. Memang best berdiet berkawan-kawan ni ok. Masa rehat, makan sama-sama dalam bilik guru.
Kongsi resepi. Kalau rasa berkenan dengan makanan memasing, boleh saling merasa.. gituu..
Kalau rasa nak turun makan kat kantin, sama-sama pilih dan catu makanan.. So takde lah nampak pelik tengok pinggan orang lain berisi nasi, pinggan kami cuma ada lauk pauk je.

Diet plan yang kami ikut masa ni ialah Diet Atkin.. Limitkan karbohidrat (gula) dalam makanan, hanya lebih gurang 15-20 gram sahaja yang diambil dalam sehari.. So nak cover perut supaya kenyang, kami makan makanan yang berprotien tinggi. Makan lah banyak mana pun. Jangan biarkan badan berlapar. Tapi kena ingatlah. No carbo. No glucose.

Masa ni, boleh kata hampir setiap hari kami bawa bekal sendiri. Makanan kat kantin memang tak sesuai lah kot untuk yang berdiet, sebab kalau tak tinggi karbo, tinggi pula kandungan garamnya..


Tapiii, aku tak sekuat kawan ni yang boleh hilangkan lebih kurang 30 kg.. Penurunan aku tidak lah banyak mana sebab aku memang jenis tak strict. Juga malas bersenam. Nak kuruskan badan, jaga pemakanan saja tak cukup ok. Kena juga buat senaman.

Sekarang, ada jugak rasa nak cuba semula berdiet.. Tapi serious, sorang-sorang memang takde semangat..



[Product review] Tony Moly Red Appletox Honey Cream

Hai.
Entri ni adalah untuk review 1 produk yang aku dah pakai selama 2 bulan.
Red Appletox Honey Cream nama diberi. Produk ni adalah keluaran Tony Moly.

Tony Moly pula ialah 1 syarikat dari Korea Selatan yang mengeluarkan barangan kosmetik. 

Packaging yang sangat lah cute. Comel kan bekasnya?

  
Bekas plastik yang kukuh. Kalau jatuh pun insyaAllah tak pecah (melainkan ko sengaja hempas atau rejam.. huhu) 


Krim ni mengandungi extrak madu Manuka (Manuka Honey) dan Royal Jelly. Dikatakan elok untuk melegakan kulit bermasalah, juga bagus untuk kulit sensitif,  Madu hitam yang kaya akan mineral dan amino-acid, memberikan kelembapan dan memelihara kulit agar tetap elastik dan lembap, Selain tu, sesuai dengan namanya juga, krim ni mengandungi ekstrak epal. Ekstrak epal juga dipercayai boleh menghaluskan kulit.


Harga: RM61.90 di semua Tony Moly branch dalam M'sia
(kalau beli kat Korea adalah jauh lebih murah,, so kalau  memang ada plan nak ke sana dalam masa terdekat ni boleh la masukkan dalam a must buy list)
 Isi kandungan dalam bekas: 80 ml.
Didatangi dengan 1 sudu kecil untuk cedok krim.

Cara pakai:
Lepas cuci muka & apply toner sebelum tidur, sapukan pada seluruh wajah secara nipis, tepuk ringan agar krim cepat meresap. 
Ingat, sapu secara nipis ye. Sebab produk ni ada campuran madu, jadi ianya agak melekit/sticky. Macam aku, memang tak suka produk yang melekit-melekit ni, lagi-lagi nak sapu kat muka. Tapi masa aku pertama kali try produk ni, sales girl tu beriya-iya yakinkan aku yang produk ni tak membuatkan kita rasa melekit.Dan setelah balik Malaysia, cuba pakai.. sampai 2 bulan kot aku nak ambil masa cari 'kaedah' sesuai memakai produk ni.
 Kenapa????
Sebab memang melekit... kalau di sapu banyak-banyak! Lepas sapu (dan tepuk pelan-pelan) tu, biarkan dalam masa 5-15 minit barulah produk ni meresap dalam kulit. 
Lepas tu kulit akan rasa lembab je..
Tapi, sebab kulit aku jenis cepat berminyak, lepas 2-3 jam memang muka akan tetap berminyak la.. (kalau nak kira berminyak punya cerita, pakai krim ke...tak pakai krim ke.. tetap mukaku berminyak.. At lease kalau pakai krim & lepas tu berminyak, aku tau kulit aku dapat gak kebaikan memakai krim)
Aku memang takkan pakai krim ni di siang hari sebab kulit aku jenis berminyak.. Kalau pakai sebelum tidur tu tak apa lah sebab bangun pagi kalau muka berminyak pun kita memang akan cuci kan.
Selain tu krim ni takde kandungan SPF so tak sesuailah dipakai pada siang hari. 
Selain muka, aku apply juga pada tangan.. Sebab aku suka bau krim ni.. Sangat lah epal baunya. Sebenarnya sebab utama aku terjebak membeli krim ni adalah kerana baunya yang wangi. Manis-manis epal gitu.. 
Produk ni insyaAllah tahan lama.. Kan aku kata kena sapu nipis-nipissss je kan, supaya tak melekit sangat muka dan tangan tu nanti.. So memang penjimatan berganda lah disitu ye.  

Consider to buy again: Yes, coz Im in love with the smell.. Oii seriously wangi tau. Walaupun aku tak suka benda melekit, tapi aku sebenarnya sukakan produk berasaskan madu.
Yang paling penting, lepas 2 bulan guna krim ni aku rasa kulit muka aku yang kasar ni dah makin lembut gitu. Aku rasa penyebabnya bukan lah semata-mata disebabkan krim ni.. Tapi untuk mereka yang memang jenis tak pakai krim langsung sebelum tidur macam aku sebelum ni, mungkin boleh cuba pakai..


Selamat mencuba, kalau terberkenan dengan Red Appletox Honey Cream ni, !!