Ye..
Telah ku praktiskan selama beberapa tahun, sebab senang. No more hassle keje nak kena topup sebab kredit dah tamat tempoh. Duit ada, tapi tak leh nak call out sebab dah expired katanya..
Orang tua, beginilah. Kalau remaja-remaja tu haruslah memanjang kredit tak cukup, iye dok.
Apa pun, entri ini bertujuan memberi peringatan kepada diri ini sendiri.
Tiap tahun bila nak renew asyik la nak kena google.
Cara:
Taip EXP1, hantar ke 28882.
Dapat reply, minta kita taip EXP yes kalau setuju, EXP no kalau tak setuju. Hantar ke 28882 ok.
Pastikan dalam fon ada kredit sekurang-kurangnya RM30, sebab nilai itu akan terus ditolak nanti,
Dalam masa 6 bulan tak payah topup apa-apa pun tak apa. Tapi nak masuk bulan ke 7 kena topup sekurang-kurangnya RM10 (kalau tak silap)
Jikalau ingin tempoh sah kredit selama 2 tahun, gunakan step yang sama. Cuma tukar EXP1 kepada EXP2.
Jumlah kredit yang ditolak ialah RM60.
Gitu..
Tapi, kalau dalam tempoh setahun kredit tu habis digunakan, sila lah topup ye. Jangan pulak ingat dah aktifkan on selama setahun tu maknanya kredit dah habis pun still boleh buat panggilan/hantar sms.
Itu merepek dan too good to be true namanya!
P/s - Masa search info pasal ni tadi, terkejut aku. Entri macam ni pun boleh jadi mangsa kopipes ye? Maksud aku, entri orang lain la. Aku terbukak 2 blog, dan kedua-duanya mempunyai text yang sama. Sejibik sejibon kot. Tak tau siapa yang tiru siapa.
Awassss! Jangan meniru sesuka hati ok? Karang je la sendiri. Blog yang agak susah ni boleh diwujudkan, boleh create isi borang itu ini bagai,, takkan taip entri se simple ini pun tak boleh kan... Apakah?
Sunday, August 24, 2014
Tambah Nilai Prepaid Celcom Untuk Setahun
Labels:
topup celcom selama setahun
Saturday, August 16, 2014
Sambutan Hari Raya Aidilfitri SKYP 2014
Nothing much to say though. Sambutannya lebih kurang je setiap tahun. Ada acara yang tahun lepas ada, tahun ni tak ada. Begitu juga sebaliknya. Marhaban, jamuan, persembahan lagu raya dari murid & pertandingan anggun dan kacak bergaya (murid,,,, bukan cikgu)
Pagi tu ada P dan P macam biasa. Budak-budak memang dah menggelitis la dari pagi. Masing-masing dah datang sekolah berpakaian raya lengkap dengan kasut. Sambutan dijalankan bermula kira-kira 15 minit sebelum waktu rehat, sampai waktu balik.
Tahun ni ada sesi bergambar beramai-ramai pada awal pagi. Katanya nak letak dekat bunting Hari Kemerdekaan.
Layankan gambar aje lah. Kenangan ni, kenangan.. Beza antara dua tahun aku merasa sambutan di sekolah ni ialah ada muka yang berubah. Biasalah kan, guru-guru ni datang dan pergi.
Gambar cikgu cikgi:
Diakhiri dengan gambar ini,

di edit oleh guru ICT, Fenddy. Cantik gambarnya dan kemas editan nya =)
Gambar ni dari kamera rakan guru, Kak Ain, nampak lain sebab di ambil dari tepi. Kreatif =)
Another shot. Macam rombongan nak pegi beraya hehhe
Geng nak pegi marhaban
Freestyle
Kemudian snap gambar budak-budak pulak (my camera)
Anak murid aku dari 4 Pintar. Tudung purple tu class monitor.
Anak murid tahun lepas, sekarang dalam darjah 2. Kelas budak-budak sekarang.. Raya-raya pakai dress jubah.. Cikgu dah tua-tua baru merasa ok.
Marhaban
The kids enjoying their meals
Semasa menonton persembahan lagu raya. Budak-budak ni sekali aku ajak terus bersedia semuanya.. Kerjasama yang baik, hehe.
Acara selingan masa persembahan ni ialah pertandingan anggun dan kacak bergaya..
Seterusnya, bila semua cikgu lain dah balik kecuali kami, aktiviti selfie diteruskan.. Hari-hari biasa jangan harap dapat ber selfie. Masing-masing sibuk dengan haluan masing-masing. Kadang tu bercakap pun tidak. Hai hai bye bye aje.
Diakhiri dengan gambar ini,
Caption dia, Guru Besar dan PAR yang melayan karenah cikgu berselfie.. hehe.
Daa, semoga ketemu lagi yaa.
Friday, August 15, 2014
Hiasan kelas sempena bulan kemerdekaan
Assalamualaikum
Memandangkan sekarang ni bulan kemerdekaan dah pun tiba, aku percaya ada cikgu-cikgu yang mulai sibuk nak menghias kelas kan. Biasanya, kebanyakan sekolah akan lancarkan pertandingan kelas tercantik / pertandingan hiasan kelas sempena bulan kemerdekaan.
Bagi sekolah menengah aku rasa tak ada masalah sebab budak-budaknya dah besar dan boleh berfikir / beri cadangan bernas macam mana nak cantikkan kelas mengikut tema. Tapi untuk sekolah rendah, hmmm.
Di sekolah rendah, yang besar-besar macam tahun 6, biasanya di bulan 8 ni memang bertungkus lumus lah. Almaklumlah bulan depan je pun nak menghadapi periksa besar. Kiranya, memang budaknya mahupun cikgu nya sibuk dengan persiapan menghadapi UPSR. Memang tak terlayan nak hias-hias ni. Yang kecik-kecik tu, hmmm.
Silalah paham maksud hmmm aku tu ye, hihi.
Ye, saya paham sebab dah melaluinya. Cuma tahun ni je dikecualikan dari pegang kelas.
Mana nak mengajar, mana nak tanda buku, buat persediaan, buat soalan (kan sekarang dah nak masuk masa untuk ujian bulanan), tanda kertas, dan tiba-tiba nak kena menghias kelas pulak.
Kat sini aku nak kongsi beberapa idea dan bahan untuk cikgu-cikgu yang kena turun padang untuk menghias kelas. Idea aku ni takdelah gempak dan bombastik mana. Tapi kira ok lah dari tiada kan!
Gambar - Print warna, laminate dan tampal di pintu / papan kenyataan kelas.
1 Bendera M'sia & gambar Tunku Abd Rahman ~dalam format microsoft word
2 Gambar bunga raya ~dlm format jpeg (gambar)
3 Logo 1 Malaysia ~ dlm format jpeg (gambar)
4 Nombor 57 yang ada corak bendera M'sia di dalamnya ~dlm format jpeg (gambar)
Poster menarik untuk pelajar warnakan. Boleh dijadikan bahan untuk pertandingan merwarna sempena pertandingan.Dan boleh juga dijadikan bahan hiasan kelas. Minta murid warnakan, kemudian boleh pilih, mana yang tercantik bolehlah ditampal.
Poster ni aku ambil dari Facebook Galeri Cikgu Rajin2 dan BBM Stuff & Keceriaan Sekolah. Kredit kepada admin yang berkongsi. Aku panjang-panjangkan di sini, khas untuk cikgu yang tak ber facebook. Serious, posternya comel-comel! Ada yang aku dah pernah tengok tahun lepas, dan ada juga yang baru.
Semua file di bawah adalah dalam format gambar. Cikgu-cikgu boleh download, kemudian insert dalam Microsoft Word dan bolehlah print.
Selamat men download! Klik pada nombor tu ya untuk mendownload.
Sama-sama =)
p/s - entri ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Harap ianya membantu ^^

Thursday, August 14, 2014
Ikhlaskan hati
Salam.
Ikhlaskan hati, peringatan untuk diri sendiri tu, hehe.
Khamis lepas tiba-tiba aku dapat arahan kena pegi satu bengkel ni, pada hari Sabtu. Sebenarnya kalau boleh tak nak pegi, sebab hujung bulan ni kena pegi kursus KSSR. Tapi apa nak buat saya yang menurut perintah kan. Bengkel di hujung minggu sangatlah dot dot dot ok. Pulak tu masih lagi dalam Syawal. Walaupun hakikatnya aku takde plan nak ke mana-mana pun. Jemputan open house pun tiada hehe.
So dalam pada tak rela tu pack la jugak buku-buku yang dipesan. Sampai hari kejadian tu bersiaplah seadanya. Itu pun bertolak dari rumah agak lambat dari kebiasaannya. Bila sampai, tengok peserta lain pun baru datang. So I joint the crowd, beratur untuk pendaftaran. Bila tengok peserta lain, timbul rasa insaf juga. Sebab some of them jauh lebih tua dari aku. Membebel juga. Tapi masih pegi jugak kan. So bukan aku sorang la yang ada rasa malas dan tak bersemangat macam tu..
Bila dah berkumpul kat dewan tu, dah masuk dalam kumpulan kecil masing-masing, baru sedar yang aku 1 group dengan sorang cikgu dari zon yang sama. Alhamdulillah, ada la jugak teman nak bersembang rancak, huhu.
Dan rupa-rupanya sesi yang sebelum tu aku rasa macam, "malasnyaaaa la weih sabtu-sabtu ni kena kerja," rupanya jadi 1 sesi yang menyeronokkan untuk aku. Kenapa? Baru ku tahu kawan tu tadi pun backpackers macam aku, hihi. Maka rancak lah sangat kami bersembang. Ops objektif berkursus tu adalah nak bina modul. Kami pun cepat-cepat lah siapkan tugasan lepas tu sambung cerita pasal travel. Kebetulan gambar-gambar trip korea ada dalam laptop yang aku bawak, maka bertambah excited lah kami bercerita.
Senang bekerja dengan orang yang faham apa yang dia kena buat. Bersyukur jugalah dalam laptop aku dah sedia ada bahan, jadi tinggal edit lepas berbincang apa yang patut. Kawan tu pulak memang ada pengalaman mengajar tahun 6, so yeah, semuanya dipermudahkan.
Aku rasa kalau masa bengkel tu aku duduk dengan orang lain, mungkin aku lebih banyak membisu dan membatu kot. Syukur sangat-sangat jumpa orang yang dikenali. Lepas tu boleh ngam dan bonus lagi, berkongsi minat yang sama.
Kesimpulan cerita aku ni, sentiasalah ikhlaskan hati ye. Mana la aku nak tau benda yang aku rasa liat nak buat rupanya jadi 1 benda yang menarik. At least aku tau sesuatu fakta menarik tentang kawan tu, hehe.
Ok da.. till we meet again later ^^

Subscribe to:
Posts (Atom)