Wednesday, July 08, 2015

2015 May Japan Summer Trip - Part 4.1 (Sumida Park & Hotaluna Cruise)

Baca Entri Sebelumnya:
Part 1 - Kisah sebelum bertolak & hari pertama sampai
Part 2 - Tokyo City Tour 1 (Asakusa, Akihabara, Tokyo Skytree, Tokyo Station &Tokyo Tower)
Part 3 - Misi Mendekati Gunung Fuji

Assalamualaikum,


Hari keempat, Isnin, 1 Jun 2015.

Pagi tu lepas bersiap kami terus bawa turun semua luggage sebab hari ni last day stay di guesthouse ni. Hari ni juga sorang lagi travel mate, Zura baru sampai  keTokyo. Plannya, nak seludup dia ni masuk dalam guesthouse untuk tumpang barang & sarapan sekali dengan kami.

Lepas bawak Zura ke dapur & hidang milo secawan, aku dan Daff keluar sekejap ke mart untuk beli onigiri. Bekalan roti dah takde huhu. Selesai sarapan, kami pun berangkut lah keluar dengan luggage. Tak boleh nak tumpang simpan barang pun, sebab staf tak masuk keje lagi. Jadi, kami sepakat nak simpan barang dalam loker kat subway stesen. Stesen Tsukuba Express menjadi pilihan sebab paling dekat dengan guesthouse. Cara nak nak guna loker aku tak boleh nak explain sebab takde amik gambar step by step. Fret not coz they have english instructions. Tinggal pilih je nak besar mana. Harga ikut saiz. Untuk beg gedabak aku aritu, aku bayar 500yen.

So, seawal 6.15 pagi dah mula keluar berjalan. Destinasi pertama ialah Kanyon Temple sekali lagi. Sebab Zura baru datang sini kan. Gedebak gedebuk bergambar area situ, terus berjalan ke area Sumida River Boat Terminal.

Plan kami hari ni ialah
Naik Tokyo Cruise dari Sumida River Boat Terminal ke Odaiba.
Jalan-jalan Odaiba.
Pergi ke Shibuya.
Jalan-jalan Harajuku & Takeshita Street.
Ameyoko Street
Patah balik ke Asakusa. Amik luggage.
Siapa yang boleh solat pegi la solat.
Makan kat Ippin Restaurant
Gerak ke Shinjuku Willer Terminal Bus,  
11.30 pm naik bas malam ke Kyoto.

Ngahahaha semput aku membaca iti hari Isnin ni.


Seawal itu, tak banyak perniagaan pun yang dah beroperasi. Pukul 8.30 am baru Tokyo Cruise ni mula beroperasi. Lepas tu first trip ialah pukul 10 pagi. Memandangkan banyak masa lagi, kami pun pegi jalan-jalan dulu ke kawasan sekitar situ & opkos ke Sumida Park.

Macam tak percaya je, tempat yang sama, musim yang berbeza dan situasi cukup berbeza. Pada aku, tebing sungai ni kurang menarik di musim panas cenggini. Nampak dull. Kalau ada bunga bungaan pasti lebih menarik.

Tak dapat tengok bunga sakura, dapat tengok dan pegang pokoknya pun jadiklah kan..

Kat sini rupanya Sushi Go Round yang Azra sebut-sebut tu ye, hehe.
Tapi bila kami balik di malam hari memang dah tutup kedai ni. Tiada rezeki kami nak mencuba huhu.

Jenuh jugak nak ngabiskan masa sementara nak menunggu Tokyo Cruise tu mula beroperasi.
Lalu terhasillah idea bergambar macam kat bawah ni. Si Zura la ni. Almaklumlah orang baru beberapa jam mendarat di Tokyo hehehe. Kakak kakak berdua ni dah mulai pancit hwahwahwa.

 Sebab gambar aku tak nampak bersahaja maka mari letak gambar orang lain, hahaha.


Jadik, inilah muka bersahaja yang ko maksudkan tu Didi? Wakaka. Sahaja aku berangan menelepon guna public phone di jepang...



Hydrangea yang hidup di musim panas..

Berkenan aku kat anak anak buluh ni.. Redup merimbun


Akhirnya, dalam pukul 8.30 am ofis bukak. Terus masuk, beli tiket.
Beli kat mesin nombor 4 ni ye. Self service, tapi staff tu ada je kat tepi tu untuk membantu.

Yang study pasal Tokyo Cruise ni Daff, jadi aku mengikut je hehe. Sepenuh kepercayaan kuberi.

Ada beberapa jenis kapal yang available.
Yang kami naik tu namanya Hotaluna. Memacam design kapal ada,opkos nama pun pelbagai ye. Yang aku ingat cuma Himiko, Hotaluna, Atakemaru & Ryoma. Atakemaru tu sebab aku teringat Hagemaru & Ryoma tu sebab aku dulu tengok anime Prince of Tennis & ada wataknama Echizen Ryoma.. Boleh? Hahahaha.

Selain dari pelbagai kapal, ada beberapa cruising course.
Kami amik Asakusa Odaiba Direct Line.

Naik dari Asakusa, berhenti kejap kat Hinode Pier. Kemudian teruskan perjalanan ke Odaiba Seaside Park. (Odaiba Island).
Harga tiket ialah 1560yen (sehala).
Tempoh perjalanan dalam 50 minit.




Mesin tiket yang lain. Aku tak tau mesin untuk apa dan siapa, yang pasti, foreigner cam kita ni kalau nak beli tiket Hotaluna sila pegi mesin 4 tadi ye.


Trip kami pukul 10.

Sementara menunggu, aku ajak diorang ni bersila depan cermin ni. Hehehe.
Ate, kena menunggu tapi tak sedia kerusi.
Dalam 15 minit gak kami dok bersila depan cermin ni.


Inilah Ryoma.


dan ini lah Hotaluna ye.

Beratur lagi tepi jeti. Tapi tak lama.

Akhirnya.
Sengaja aku amik sebab nak gambar adik pilot kapal ni hahah.

Aku suka tengok pintu tu..

Ohye. Kapal hotaluna ni design nya sangat futuristic, pada aku. Kelilingnya cermin kaca. So dari dalam memang boleh nampak pemandangan di luar secara 360 darjah.
Kemudian, interior dalam kapal tu ala-ala style dalam kafe. Mejanya, tempat duduknya.. Dan memang ada cafe pun kat hujung kapal tu, tapi aku tak membeli apa-apalah kan.
Lepas tu kat atas tu ada view deck. Lepas 30 minit kapal jalan, diorang bukak view deck tu untuk passenger. Boleh lah berangan ala-ala titanic kat atas tu.

Bahagian dalam hotaluna;
Cafe






Kami.

Sepanjang perjalanan tu, ada beberapa jambatan yang kami lintasi (dari bawah).
Cantik-cantik rupa paras dan bentuk jambatannya (pun bolehh, hahaha tapi memang betul, lain jambatan lain design kan)


Tapi yang paling aku kenal yang ini, Rainbow Bridge.
Dari Tokyo Tower pun boleh nampak.
Agaknya sebab aku tengok tv programme The Return of Superman kot, kan dari rumah Sung Hoon boleh nampak jambatan ni.. Jadi rasa macam gembira sangat bila nampak depan mata..
Rainbow Bridge dari kejauhan..
Ohye gambar kat atas ni aku amik dari View Deck kat atas Hotaluna ni. Masa ni dorang dah bukak View Deck untuk kami. Sesiapa nak naik silakan. Ada juga yang rilek je dok kat bawah tu. Hahah untuk diri aku, dah kenapa kalo ko tanak naik?? Bukan selalu dapat pegi n belum tentu akan repeat aktiviti ni.. 


Tak lama lepas kami naik atas, kapal ni singgah dekat Hinoda Pier.
Eh eh Atakemaru ada kat sini ye,

Penumpang yang naik dari Hinode Pier.
Aku memang tak perasan kalau ada yang naik turun dari Hotaluna ni masa ni, kalau tak sebab gambar ni.
Seriously, walaupun perjalanan dalam 50 minit, tapi kami sibuk dengan aktiviti tengok pemandangan, belek belek apa yang ada dalam Hotaluna, bergambar yang kejap kejap pakai kamera digital kejap kang pakai kamera handphone. Lepas tu ada 3 orang kan so dah berapa kamera semuanya. Kejap kang selfie lah apa lah. Nasib aku tak bukak aku punya tripod je atas/dalam Hotaluna ni, hahahaha. Bile diingat balik kami je la kot pelancong paling over dengan kamera masa tu. Orang lain relaxed je tengok pemandangan, main handphone dan duduk layan perasaan. 

Sampai sepet sepet mata menahan panas hehe.
Oh ye, view deck ni ada masa-masanya diorang takkan bukak, depends on the weather.
Nampak tak Sky Tree dari jauh..

Sedang berpossing Titanic versi friendship.. Hehehe

Rainbow Bridge - Close up yang tak berapa nak close. 'Kotak' bawah laluan kereta pada jambatan tu ialah laluan train (Yurikamome Line)

Semakin menghampiri Odaiba Island.
Fuji TV dari jauh.. =)

Sampai!

Berakhir sudah pengalaman baru & kegembiraan menaiki Tokyo Cruise..
Special thanks to Azra yang berkongsi pengalaman naik Tokyo Cruise sebelum ni.
Terima kasih yang tak terhingga untuk Daff yang study pasal Tokyo Cruise =)
 
Honestly, aku teringin juga nak jalan jalan sekitar kawasan ni. Tapi sebab jadual kami hari tu terlalu padat.. Banyak lagi tempat nak singgah, maka let it go aje lah..

Sekian dulu cerita pasal Sumida Park & Hotaluna Cruise / Tokyo Cruise ni.
Insya Allah akan bersambung di Odaiba Island pula.

Selamat meneruskan puasa.. Sekejap je dah masuk 21 Ramadhan kan.

Monday, July 06, 2015

Poster / Gambar Mewarna Tema Ramadhan / Aidilfitri

Assalamualaikum,

Aku perasan tiba-tiba ada yang tersesat masuk ke sini atas keyword carian poster mewarna tema bulan Ramadhan & Hari Raya ye? Hehe.

Seingat aku, aku pernah share poster/gambar mewarna sempena kemerdekaan je.
Jadi, setelah aku kumpul-kumpul dari group cecikgu rajin di FB, inilah yang dapat dikumpulkan. Oklah takmo cakap banyak, download lah jika memerlukan.

Right click
Open in a new tab
Go to the new open tab with the picture
Right click on the picture
Save image as..

Masukkan gambar dalam Mic Word.
Print.
Fotostat.

Ohye dekat poster/gambar tu memang dah ada tulisan. Yang itu jangan tanya aku cemana nak buang, aku pun tak tau.. Anggapla tu saham tuan yang create poster tu ye. Dorang yang lukis so dorang ada hak nak letak apa-apa kat situ. Sesambil diorang promote laman web / business diorang juga. Apapun marilah bersyukur dah ada yang sudi buatkan poster tu. Tinggal download dan taraaa. Selamat untuk digunakan dalam kelas PSV / DSV / program berkaitan.

Adapun aku yang berkongsi dan panjang-panjangkan poster tu semua di sini pun tak dapat nak guna dalam kelas,, sebab tak mengajar PSV mahupun DSV. Rasa terpanggil untuk kongsi sebab kesian tengok orang yang mencari. Setidak tidaknya tak lah sia-sia termelawat blog picisan aku ni huhu.

Sebelum tu.
Disclaimer. Gambar ni semua bukan aku yang lukis ye. Aku save dari group di FB dan laman web berkaitan pendidikan.
Sekiranya ada yang rasa aku tak patut share di sini sila beritahu, aku akan delete entri ni.

All pictures shared credit to:
http://www.ekssr.com
Group FB TC Teacher Collection
Group FB Galeri Cikgu Rajin 2
Group FB BBM Stuff dan Keceriaan Sekolah











New Addition on 9/72015
Atas ni sampul duit raya. Comelkan.

Ok, selamat mendownload.
Kalau rajin nak tinggal komen cakap terima kasih pun takpe. Aku jawab teruslah. Sama-sama. Hehhe. (Tak nak pun takpe. Dah kenapa nak paksa pulak kan.)
Dan tak payah lah tinggalkan komen mohon download, mohon download ye. Gambar tu memang untuk cecikgu download. Kot tak tak di share di situ huhu.


Bye! 'Ilal Iqa', Ma'as Salamah~

Monday, June 29, 2015

7 Tahun

Salam ramadan.

Aku nak memesongkan diri kejap dari update pasal travel hehe. Ni namanya bunga bunga kemalasan dah semakin berkembang. Nak update blog tapi malas nak on pc, cemana tu huhu. So update la pakai fon sambil baring baring dengan harapan tertidur lepas ni. Plus, aku dah tau penyakit aku. Bila on je pc karang merepek meraban; kejap nak main game, kejap nak dengar lagu, nak tengok drama, download drama, teringat nak search itu ini, cuit la sikit buat report atau apa apa keje yang berkaitan dengan sekolah dan sudahnya. InsyaAllah aku akan tidur lewat nanti. So tak payah la on pc huhu.

Tengok,,, mukadimah pun dah meleret huhu.

Diam tak diam rupanya dah nak masuk tahun ke tujuh aku jadi cikgu. Aku baru perasan hari ni, sebab ada colleague yang tanya tanya; kes nak kena apply untuk naik pangkat dari 41 je 44. Jenuh aku dok bertekak dan mengira dengan diorang masa assembly pagi tadi. Ada lagi setahun daa. Bulan depan iaitu Julai, baru nak masuk tahun ke tujuh mengajar..

Rasa macam cepat je masa berlalu, huhu. Aku posting pada pada hari Jumaat, 1 Ogos 2008, sebulan  lepas habis course di Maktab Perguruan Perlis. Masa tu, aku tercampak ke daerah Mersing. Memang mintak untuk bertugas dalam Johor, sebab dah memang orang Johor kan. Actually memang dah terasa rasa akan ditugaskan di daerah yang aku tak familiar, macam Kota Tinggi, Mersing, Pasir Gudang.. sekali memang betul pun. On top of that di hujung Mersing pulak tu. Nun di Endau, sempadan Johor-Pahang sana. Seumur hidup tak pernah sampai. Terima kasih Kementerian Pelajaran Msia kerana beri peluang. Hehehehe. Masih bersyukur sebab sekurang kurangnya Endau masih dalam Johor. Walaupun, masa yang diambil dari BP nak ke Endau kalau menaiki bas boleh mencecah sampai 6 hingga 7 jam (kes naik bas bersambung sambung), tapi itu semua jadi kenangan kot untuk aku. Kalau drive sendiri naik kereta adalah dalam 3 hingga 3.5 jam. Sebut pasal perjalanan dari BP ke Endau Mersing ni, macam macam kot kenangan aku. Yang naik bas berjam jam tu satu (masa tu tak ada kereta lagi, sobs). Tunggu bas ting tong tak sampai sampai lalu gamble terima pelawaan strangers untuk tumpang kereta ke Mersing. Naik teksi kena caj RM50 dari Mersing ke Endau. Drive sorang diri melalui hutan dan felda dikala maghrib dan malam (ni kes malas nak bersiap dan malas nak balik.tu yg jadi lewat). Tapi yang paling win ialah tersekat dalam banjir on the way nak balik BP lalu terpaksa bermalam di tepi jalan. Na honja! Tapi ada ramai lagi la mangsa banjir yang sama sama terperangkap. Wah macam boleh buat modal tulis novel je, huhu. (Melalut lagi..tsk)

5 tahun aku mengajar di Endau, akhirnya pada 2013 aku berjaya berpindah balik ke Batu Pahat.

So far, pengalaman di Endau banyak bantu aku untuk jadi seorang guru. Sangat berterima kasih pada pensyarah pensyarah di maktab perguruan dulu. Pesan mereka, bila sampai di sekolah nanti jangan sesekali menolak bila diberi sebarang tugas. Terima dengan rela. Buat dengan sepenuh hati. Sebab... awak semua perlu sedar diri.. tak semua orang suka guru KPLI (ye, aku produk KPLI). Tunjukkan dan buktikan yang awak semua guru berkualiti. Bukan guru terdesak yang pilih untuk jadi cikgu sebab tak dapat cari kerja lain.

Hehe menusuk kan? Aku la, yang tertusuk di hatinya.

So atas pesanan keramat tu, aku memang langsung tak tolak semua tugas yang aku dapat. Tak tau, belajar. Tak reti, cuba juga. Tak puas hati, bebel lah dalam hati lepas tu simpan kemas kemas, dalam hati juga. Buang yang negatif. Serap yang positif. Jangan merajuk. Melawan! Hehehe tapi melawan dengan cara yang sopan lah.

Walaupun aku rasa penat gilaaaaaa. Especially tahun pertama dan kedua. Akhirnya sikit sikit aku kumpul ilmu kot. Dari cikgu yang tak tau apa apa pasal mengajar tahun 6, zero knowledge in handling the panel as a head of panel  (baru datang terus dilantik jadi ketua panitia huhu) dan bermacam macam lagi lah tugas (sebab aku punya moto terimaaaa saja, jgn bantah, kan?) Akhirnya aku jadi sorang cikgu seperti aku hari ini hehe.

Rasa pelik pulak nak describe diri ini seorang yang bagaimana. Aku bukan lah bagus sangat. Tapi aku pun ada pegangan dan aku tau apa yang perlu dibuat. Lebih daripada tu, aku rasa terhutang budi pada interviewers yang luluskan aku dalam temuduga dan ujian untuk jadi cikgu, hampir 10 tahun yang lalu.

Memang, guru bukanlah cita cita aku dari zaman kanak kanak. Jujurnya, aku tak terfikir langsung untuk jadi cikgu sebelum aku mohon KPLI dulu. Sekadar mencuba nasib. Tapi moto aku, kalau buat sesuatu pekerjaan, biarlah bersungguh sungguh dan cuba sebaik mungkin. I don't really have the passion in teaching but I try my best in whatever I should do.

With that, I end my speech now. Hahaha. Awkward je ending. Apapun, selamat ulang tahun mengajar yang ketujuh , Didi.  Buat kerja lillahita'ala..

Tuesday, June 23, 2015

2015 May Japan Summer Trip - Part 3

Sambungan dari part 2

Hai bersambung lagi. Sementara ada kerajinan dan kesempatan ni.

Bangun di hari ketiga (Ahad, 31 Mei 2015) dengan bersemangat sebab dapat tidur dengan baik walaupun masih belum cover hutang tidur dari hari-hari sebelumnya. Ini memang betul namanya excited.

Awal aku bersiap hari ni. Plan kami hari ni ke Yamanashi Prefecture untuk tengok Fuji-san. Seriously ini adalah highlight trip ni untuk aku, hehe. Mood aku berada di paras 12 per 10 ok. Sakit tekak pun makin hilang lepas telan beberapa bijik lozenges sejak semalam. Walapun semalamnya aku berjalan dah ala-ala penguin tapi ajaibnya pagi ni kembali menjadi normal. Cuma kulit pada satu jari kaki yang menggelembung sebab melecet je masih di situ. Ahh sabarlah di situ ye jari kaki. Masih jauh perjalanan kita kat bumi jepun ni hehehe.

Pagi tu sarapan lebih kurang je, sebab roti yang aku bawak dah berkulat (bukan brand yg biasa dibeli, beli dari bakery). Banyak jugak yang aku buang. Mana yang masih ok aku buat toast. Sebab beranggapan kalau dibakar mungkin kurang berbahaya. Hahahaha sila jangan tiru perangai kedekut sebegini ye. Dapat la sorang sandwich 2 keping sebab ada bawak tuna 1 tin. Siap bawak bekal lagi huhu.

Sebab tren kosong maka bolehlah berperangai sebegini hehe


Aku dah siap-siap book tiket bas ekspress dari Shinjuku ke Kawaguchiko Station dua minggu sebelum tu, trip pukul 8.10 am. Jadi pagi tu lepas bersarapan, dalam pukul 6.15 am kami dah menapak keluar. Singgah juga kat Family Mart untuk beli onigiri sebagai tambahan bekalan makanan.

Kami naik Toei Asakusa Line sampai Kuramae, lepas tu tukar Oedo Line ke Shinjuku. Sampai Shinjuku dalam pukul 7.15 a.m. Agak berpusing mencari exit yang dekat dengan Terminal Bas huhu sebab Shunjuku Eki sangat besarrr. Mengagau gagau jugak kami. Mula cuak sebab jam menghampiri 7.30 am. Nak tanya orang, semorang pun berjalan laju. Ye lah, paham. Semua rushing nak pegi keje. Akhirnya beranikan diri approach sorang laki ni. Bagi tau dia nak ke Shinjuku Bus Terminal, so ke mana arahnya, exit mana nak amik. Aku siap print gambar luar ofis terminal bas tu dari blog Azra. Memang sangat membantu, sebab lelaki tu terus buat gaya - follow me. Memang ke mana-mana je arah dia bawak, dah tak sama dengan apa yang Azra bagi (maybe dari awal kami dah sesat). Boleh tahan jauh. Keluar gate IC lepas tu lalu dalam underground shopping mall. Laju kebenor encik tu jalan hehe. Sampai pun akhirnya, alhamdulillah. Sangat lahh berterima kasih atas budi baik stranger yang baik hati seperti beliau. Sempat beliau tanya, "Fujiyama?"
Hait, Fujiyama.. Hontou ni arigatou gozaimasss. Itu je lah pun skrip yang dihafal.
Hehehe.
Hmm. paparazi ada di mana2. hahaha

Dah dapat tiket dan settle kan bayaran di kaunter, kami pun menunggu. Sempat lagi berpusing cari mart untuk beli mineral water.

Ohye. Asalnya aku book untuk 3 orang. Kemudian masa claim tiket ni kena beritahulah yang 1 seat dah cancelled. Masa ni, jumpa dengan sorang Chinese dari M'sia. Dia dan keluarganya tengah menunggu untuk dapat tiket bas ke Kawaguchiko juga (dorang dalam waiting list sebab nak beli tix on the spot). So to secure ur seat please make the booking earlier! Book tak kena bayar.

Tepat jam 8.10 pagi bas pun gerak.

Perjalanan lebih kurang 2 jam.
Seronok layan pemandangan bila dah keluar dari Tokyo.

Macam Azra juga, aku sangat excited bila nampak;

Aku siap berpindah tempat duduk, haha.. Punyalah jakun sibuk nak amik gambar. Nasib baik juga seat depan sekali dah kosong, sebab ada penumpang yang dah turun.
Tapi kan, terima kasih di atas kejakunan itu, sebab dapat jugalah gambar puncak Fuji.. Bila dah sampai area Kawaguchiko, puncak Fuji-san makin menghilang dan terus menghilang..

Kami selamat sampai Kawaguchiko Station pukul 10 pagi.
Antara gambar kesayangan.. Biarpun tak jelas mana.. So boleh bayangkan tak betapa hauk nya gambar yang lain? Huhuhu.

Sampai je terus cari bus stop nombor 7 sebab nak pegi ke Shibazakura Festival.
Hari aku ke sini ialah hari terakhir festival ni.
Walaupun dah tau hakikat kalau ke sini pemandangannya memang dah lain bebenor dengan waktu kemuncak bunga-bunga tu kembang mekar, tapi tetappp nak jugak meneruskan misi.

 Entrance fee pun dah turun harga ye, huhu.. Sebab bunga dah makin menyusut.
Blend well. Hahahaha. Shawl tak bergosok. T__T

Dalam setengah jam naik bas nak ke situ. Trip pukul 10.10 pagi. Just nice.

Sesampainya.. Sampai hati kau menyorok Fuji;
Ini jelah pemandangan Fuji-san yang  paling 'jelas' di festival shibazakura ni ye.
Apapun kami teruskan ajelah penjelajahan tempat ni.
Memang tempat ni tak besar mana. Plus cuaca yang dah mula panas terik membuatkan kami terus cut mana-mana area yang tak berapa nak cantik.

Basically hampir semua area adalah togel-togel sebegini. Terbantut aku nak share gambar, hahaha.. Jadi, untuk memupuk rasa kagum dengan ciptaan Tuhan lalu berazam untuk ke sini juga di lain tahun, silalah kunjungi blog Azra dan tengok gambar gambar yang dia post ye.
Aku memang tak boleh buat apa lah, sebab cuti sekolah sentiasa tak berjodoh dengan musim bunga di Korea dan Jepun. *pasrah*

Pusing-pusing tengok souvenir shop kat situ. Sempat grab sebijik fm.
Kemudian kami terus gerak ke point untuk tunggu bas. Duduk situ makan bekal sandwich & onigiri tadi. Eh baru terasa lapar.

Pukul 12.30 tengah hari kami dah sampai semula di Kawaguchiko Station. Beli tiket untuk Kawaguchiko Lake Tour pulak.

Kat sini aku terkilan juga.. sebenarnya, ada 2 jenis tiket bas..
1 untuk 1-day-tour = Red Line.(harga 1030 yen)
2 untuk 2-days-tour=Green Line (harga 1200 yen)

Ikutkan hati aku, dari awal, memang nak sangat amik yang green line. Sebab ada 1 tempat yang aku teringin sangat nak pegi, iaitu Healing Village. Yang ni  bukan area Tasik Kawaguchiko tapi Tasik Saiko. Tapi memandangkan kami cuma peruntukkan sehari je nak ke kawasan ni, lepas tu berkongsi hari pulak dengan shibazakura festival, maka dari awal aku kena lupakan ajelah Healing Village tu ye. Nak ke Saiko Lake tu boleh tahan jauh.

Tup tup kan bila sampai sini, tiket Red Line tu sold out. Tinggal yang Green Line je.
Maknanya, aku dah ada access nak ke situ (Healing Village, Saiko Lake) tapi tetaplah tak boleh pegi sebab kekangan dari segi masa.. huhu reda dalam pasrah tu namanya ok. Tiket kami nak balik ke Shinjuku adalah pada pukul 4.40 pm ye.. Sedangkan masa tu dah nak pukul 1 petang.
Sabarrr je lah.
Tskk.. (Kay! Sebab tu saya nak kena repeat!)

Kami dah piilh kat mana nak turun.
Mula-mula sekali ke last stop. Number 22. Natural Living Centre.
  Fujisan yang menyorok

Tengah syok bergambar tiba-tiba diorang ni tegur. Layan-layan bersembang dan amik gambar. Siap bagi origami sebagai souvenir. Hujung-hujung tu dioraang bagitau diorang ni orang gereja & bagi kad nama pada kami; aku ingat lagi ayat dia , "If you open this website you can find anything you want to know about Christian". 
 Tanaman herba mereka. Yang purple tu lavender kan?

Kedai di situ. Aku tak beli apa-apa huhu.

Tak lama kami di sini. Dalam setengah jam je gitu. Tunggu the next bus dekat bus stop tepi kedai ni.
Ok, let's go to the next stop. Ikke!

Melalui sebuah sekolah.. Kalau banyak masa nak juga amik gambar elok-elok.



Asalnya, tak plan pun nak ke sini. Tapi dalam perjalanan tadi tengok tempat ni macam best. Moh lah tengok apa yang ada ye.

Ler. Kat sini ke.
Aku pernah terbaca pasal 8 views of Mt. Fuji ni, tapi tak sangka kena turun kat sini.
You ignorant lady; study tak habis~

Apapun, indahnya pemandangan kalau betul-betul dapat menyaksikan Fuji Hakkei ni kan.
Adapun pemandangan yang disajikan untuk kami hanyalah begini;

Ok, nexttttttttt!

Kawaguchiko Music Forest Museum ni memang aku dah aim dari awal.

Ternyata tempat ni membuatkan kami tak berenti nak amik gambar, hehe.
Di kebanyakan tempat kat taman ni, baunya wangi je. Sebab pokok bunga ros di kiri kanan kan.

Sampai kat sini, baru perasan.
Laaaaaa. Yang kami dok excited dari tadi ni rupanya teaser je. Itu cuma outer garden.

The real Kawaguchiko Music Forest is actually inside, and you have to pay 1500 yen per entry.
From this point we can actually hear the orchestra like music.

And guest what. Aku dengan Daff yang agak frust sebab tak sangka kena bayor, kami decide untuk tidak masuk. Masa tu, aku tak rasa menyesal pun. Sebab aku lagi risau kalau tak cukup duit huhu.

Tapi sikalang ada sikit menyesal ooo. Sebab akhirnya duit belanja aku bawak berlebih hehe.
Untuk memujuk hati, aku fikir mungkin ini petanda aku kena datang lagi. Wuuhuu Saiko Iyashino Sato Nenba, wait for me!!!

So, sayonara Music Forest.

Sawah padi di belakang bus stop.
Aku memang jakun dengan sawah padi, sebab kat tempat tinggal aku cuma ada pokok getah dengan sawit je, huhu.

Sampai di Kawaguchiko Station dalam pukul 4.00 petang. Sedang elok pada aku, sebab bas kami pukul 4.40 nanti.

Jangan kan tidak, alang-alang dah sampai, mari snap snap apa yang patut dekat stesen ni.
Kadang-kadang aku rasa, kalau lah bukan sebab mata aku yang saksikan sendiri pagi tadi, rasa macam tipu je boleh nampak puncak gunung fuji di belakang stesen ni.
Lain sungguh pemandangan pagi dengan petang ok?

So, moral of the story, datang ke sini seawal pagi yang mungkin (opkos bila dah mula cerah la) untuk tengok pemandangan fujiyama yang superb.

Ada yang kata kalau pegi petang pun ok. Petang sebelum senja gitu. Masa tu pun boleh nampak gunung fuji dengan jelas juga.

Now, aku sendiri consider untuk bermalam kat area ni untuk kepuasan diri. Kalau diizinkan untuk ke sini lagi lah.

Ohye. Bas kami yang katanya pukul 4.40 pm tu kan, delay rupanya. Dekat pukul 5 petang baru bas sampai, dan elok pukul 5 terus jalan. Cuak juga mula-mula.
Dannnnn. Kerana hari itu hari Ahad agaknya, jalan kat highway jammed teruk. Kami sampai kat terminal bas Shinjuku pukul 8.15 p.m.
Kalau semalam, jam 8.30 malam dah tak jumpa kedai makan muslim friendly yang masih dibuka.. Apalah nasib hari ni agaknya huhu. Aku dah terbayang kebab semalam. Takpun beli nasik then makan dengan tuna.

Alhamdulillah kami jumpa Ippin Restaurant. Rupanya dekat gilaaa dengan hostel kami. Dalam 50 meter je. Bernasib baik juga sebab masa tu restoran belum ditutup. Kami sampai situ pukul 9.15 pm macam tu. Cuma, makanan yang available terhad la, sebab dah lewat kan. Aku order grilled chicken. Sekali sampai, hanya grilled chicken beberapa ketul dengan hirisan kobis dan sehiris lemon. Baru aku tau nak nasik kena order lain hehehe. Memang makanan sihat betul ni hehehehe.
  Grilled Chicken + rice. 690 yen per set.


Sekian saja cerita hari ketiga.
Bersambung di cerita hari ke empat yang super duper penat sebab kami cover Sumida Park, Odaiba, Harajuku (Takeshita Dori), Shibuya & Ameyoko Dori. Hahahaha memang penat.. effect dia sampai sekarang aku tak habis penat lagi ni.. over tak, hehehe.

Selamat berpuasa ya..