Sebab tu orang kata backpack ni macam penyakit, iye dok? Sekali buat nak buat lagi..
Tapi, apa sangat lah pengalaman backpack aku kalau nak dibandingkan dengan orang lain sebenarnya.
Aku baru je nak berjinak-jinak. Negara yang dah dilawat pun hanya lah Korea Selatan je.
Apapun, aku happy bila ber backpack ^^
Balik dari Korea bulan 6 aritu terbincang pulak dengan kawan pasal nak jalan-jalan di satu negara ni. Negara mana, biar lah rahsia dulu. Tiket return kami dah selamat beli. Tinggal nanti nak topup luggage dengan meal. Tarikh travel, setahun lagi. Hehehe. Kami insyaAllah pergi dalam kumpulan seramai 3 hingga 4 orang.
Kemudian, gatal tangan lagi. Rasa nak melawat sepupu aku. Dia pun offer untuk jalan-jalan ke sana, sementara dia masih bekerja di sana. Ok fine. Tengok tiket masa cuti Deepavali pun not bad, mari lah ke sanaaa.. Untuk trip ni, aku plan nak bawak adik lelaki bongsu. Rasa tak sabar dalam berdebar, hehe.
Sebelum tu, sebelum cuti Deepavali, sebenarnya aku beli 1 lagi tiket untuk ke 1 negara ni. Cuti bulan 9 kan seminggu? Reason beli sebab tengok tiket pergi balik harganya macam berpatutan. Lepas tu, tak sangka ada penerbangan dari Senai, Johor. Tak payah aku susah-susah nak turun ke KL sana.
Kali ni insyaAllah aku backpack secara solo. Saja nak rasa, hehehe. Ni ala-ala mencabar diri sendiri jugak la ni. Nak tengok berani ke tidak sebenarnya ko ni Didi. Kalau semuanya berjalan lancar, insyaAllah aku buat lagi nanti hehehe.
Ke mana? Heee nanti dah balik baru aku cerita kat sini ye. Diharap aku tabah menahan diri dari online shopping demi menyimpan duit.
Oklah, sampai sini saja.. Dah lama tak update blog tetiba menaip pasal trip akan datang. Lepas tu tak nak bagitau nak pegi mana. Lepas tu dah macam show off je ni? Hehe bukan show off, cuma macam peringatan untuk diri sendiri, aku gembira bila cakap pasal backpack/percutian. So anytime aku bukak blog sendiri, aku baca then aku rasa bersemangat untuk berkerja sekuatnya! Kerja kuat kalau nak berjalan ye!
Lepas tu tak reti nak taip entri berkenaan hari raya? Hehehehe memang tak reti!
Cerita pasal raya is too mainstream. Aku suka baca je entri raya orang, sendiri nak menaip malas.
Tapi nak jugak wish, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf andai ada kesilapan/keterlanjuran yang dilakukan...
Till then, bye..
Wednesday, July 30, 2014
Penyakit backpack yang sukar pulih
Saturday, July 26, 2014
DSKP BI Tahun 5 (SK)
Mungkin ada yang dah pergi Kursus KSSR BI Tahun 5.
Yang bakal pergi (macam aku) boleh lah men download, print & jangan lupa bawak semasa kursus ye.
Download

Labels:
DSKP BI Year 5 SK
Monday, July 07, 2014
2014 Summer Escape - Day 2, 3 June 2014 (Ehwa Woman University)
Sambungan dari entri sebelumnya, Pororo Theme Park & Gosami Sinchon
Lepas selesai menapau toppoki kami gerak ke stesen subway semula.
Nak ke universiti ni;
By subway (Ehwa Woman Univ Station: Line 2 (Green) / Exit 2 or 3)
Keluar tu kena berjalan sikit. Tapi takpe sebab sepanjang jalan tu penuh kedai. Memang sesuai lah, wanita dan shopping kan sukar dipisahkan. Nama kawasan kedai-kedai tu ialah Edae. You name it; kedai/gerai baju, kasut, beg, kosmetik dan macam-macam lagi. Pakkal lah masa tu kami rushing. Takut hari gelap atau hujan makin lebat, so langkah kaki dilajukan. Tapi walaupun kaki melangkah laju mata masih liar menjeling..
Dalam pada nak cepat tu, menyempat jugak singgah ke kedai bag. Saja nak survey harga hehe. Memang boleh tahan murah la.. Ini barulah tempat sesuai membeli belah untuk orang macam aku, huhu. Boleh pilih pelan-pelan sambil dok congak berapa duit dalam purse....
Jalan punya jalan akhirnya sampai lah ke universiti tersebut.
Subhanallah cantik!
Unik juga. Ramai sangat manusia. Tapi ada gak lelaki sesat hehehe. Ketara sangat awak tu boipren ok, menunggu di tepi pintu masuk univ dengan sejambak bunga di tangan.
So mari tengok gambar ye. Masa ni hujan dah berhenti.
Cantiknyaaaa kawasan universiti dorang ni!!
Smart kan? Kiri kanan tu ialah bangunan bawah tanah ok. Aku sempat mengintai nak tengok apakah yang ada disebalik cermin itu
Lebih kurang jam 7 petang, kami pun menapak semula untuk ke stesen subway. Jom pulang!
Oh ye, musim panas di Korea kan waktu siangnya panjang. Jadi, pukul 8.00 malam macam tu baru betul-betul gelap. Pukul 7 p.m. cerahnya macam pukul 6 p.m. di Malaysia.
Tamat sudah kisah hari kedua di Korea..
Entri seterusnya, hari ketiga. Hari yang penat, tapi gembira dan puas hati.
InsyaAllah akan disambung kemudian.
Untuk hari ketiga, kami merancang untuk ke
Naksan Park (Rooftop Prince filming location, Seoul Fortress, mural cantik-cantik)
BCJ Garden (Various dramas/films filming locations; i.e City Hunter, Boys Over Flower, Heartstring dll)
,,,,,, memandangkan menurut ramalan kaji cuaca, hari ketiga adalah hari yang cerah.
Till then, bye-bye.
Thanks for reading =)
Sambungan hari ketiga dalam Summer Escape: Naksan Park

The post guard
Ada rupa pelajar?
Hehe by the way, grammatical error spotted! Should be women instead of womans
Dengan payung korea Daff
Cantiknyaaaa kawasan universiti dorang ni!!
Smart kan? Kiri kanan tu ialah bangunan bawah tanah ok. Aku sempat mengintai nak tengok apakah yang ada disebalik cermin itu
Okay settle skodeng! Dalam bangunan belakang aku tu macam tempat student duduk-duduk berbincang. Ada kerusi dan meja.
Kawasan yang sentiasa sibuk dengan pelajar lalu lalang
Lebih kurang jam 7 petang, kami pun menapak semula untuk ke stesen subway. Jom pulang!
Oh ye, musim panas di Korea kan waktu siangnya panjang. Jadi, pukul 8.00 malam macam tu baru betul-betul gelap. Pukul 7 p.m. cerahnya macam pukul 6 p.m. di Malaysia.
Tamat sudah kisah hari kedua di Korea..
Entri seterusnya, hari ketiga. Hari yang penat, tapi gembira dan puas hati.
InsyaAllah akan disambung kemudian.
Untuk hari ketiga, kami merancang untuk ke
Naksan Park (Rooftop Prince filming location, Seoul Fortress, mural cantik-cantik)
BCJ Garden (Various dramas/films filming locations; i.e City Hunter, Boys Over Flower, Heartstring dll)
,,,,,, memandangkan menurut ramalan kaji cuaca, hari ketiga adalah hari yang cerah.
Till then, bye-bye.
Thanks for reading =)
Sambungan hari ketiga dalam Summer Escape: Naksan Park
Labels:
Ehwa Woman University
Sunday, July 06, 2014
2014 Summer Escape - Day 2, 3 June 2014 (Pororo Theme Park & Sinchon)
Sambungan dari entri ke DDP
Destinasi seterusnya ialah D Cube City, sebuah shopping complex. In fact, salah 1 shopping complex terbesar dan tertinggi dalam Seoul.
Kami ke situ sebab nak pegi Pororo Theme Park.
Anda kenal kartun Pororo?
Bagi yang tengok Running Man, mungkin dari tak kenal boleh jadi kenal sebab si Haha selalu sebut Pororo, Pororo, Pororo.. sampai nama dia pun digelar Haroro.
Tempat ni ada dalam list to be visited masa trip kami tahun 2012. Tapi tak sempat pegi. Banyak sangat tempat nak pegi huhu.
So dalam summer escape ni, wajib pegi lah kata Daff. Tempat ni dia yang mengidam nak pegi... Aku ikut je huhu.
Cara nak ke sini:
By Subway: Sindorim Station (Line 1 or 2)
Jom tengok gambar dalam D Cube City.
Tiada yang menarik perhatian aku kat shopping mall ni, sebab awal-awal dah tau aku tak mampu nak membeli di sini. Tengok sekali lalu je lah..
Nak ke Pororo Theme Park kena naik sampai level ompek yo!
Tapi kan, sampai je di situ kami baru tau bahawasanya kalau nak masuk dalam theme park ni, kena bawak kanak-kanak. Tak kisah la 2.3 orang dewasa pun nak ikut sekali tapi wajib ada kanak-kanak.
Kecewalah Daff. So kami amik gambar dari tepi je.
Gitu lah suasana dalam theme park ni. Biasa-biasa aje kan? Mungkin seronok untuk budak-budak tapi untuk dewasa solo macam aku.. err.. entahlah. Sekadar bergambar aje kot.
Nasib baik ada tempat nak amik gambar. Mula-mula, aku ingatkan bila dah tak berpeluang nak masuk tu, kena blah macam tu je la.. Kemudian, petugas kat kaunter tu tunjukkan tempat ni untuk berdiri dan ambil gambar. Jadiklahhhh.. dari tak ada kan. Kalau blah macam tu je macam tak berbaloi juga perjalanan yang diredah nak sampai ke D Cube City ni.
Jujurnya, aku bersyukur juga sebab tak boleh masuk tempat ni. Sebab duit tu bolehlah disalurkan ke tempat lain hehe. Ye, nak masuk sini opkos kena bayar.
Masuk sekejap kedai jual cenderahati Pororo ni.
Aku tak membeli apa-apa.
Masa aku upload gambar dalam kedai ni dekat FB, ada yang tanya mahal ke harga pororo tu? Ye, mahal (jawab aku)..Memang tak la kan nak meng offer nak tolong belikan.. Mengganggu bajet nanti.
Mencelah sikit. Kadang aku tak paham dengan orang yang nak main kirim-kirim ni, nak kirim tapi suruh belikan dulu, dulukan duitnya. Well ini bukan kat M'sia, kalau kekurangan duit boleh cucuk ATM. Patut kalau nak kirim, kirim lah duitnya sekali.. Kalau serius nak, bank-in duit. Orang tu melancong segala aspek yang melibatkan duit opkos dah dikira awal-awal. Yang pasti, bajet tu biasanya tak termasuk dengan perbelanjaan tiba-tiba macam ni.
So dah puas ambil gambar, keluar lah kami dari tempat tu..
Jumpa pulak patung Pororo kat luarnya.. Bolehlahhh..
Oh ye.. Keluar dari sini, aku ada lah membeli sesuatu. Tersinggah di booth menjual pewangi. Aku macam jarang nampak pewangi rumah begini. Mungkin dah lama ada di Malaysia, aku je yang peghak tak tau, huhu.
Mula-mula sayang nak guna. Tapi pikir-pikir balik, guna ajelah. Kalau habis lepas tu,,, dah. Cuba cari kalau jumpa.
Aku suka sangat baunya! Tapi macam cepat kering je benda ni.
Dekat sini jugak aku ada beli pewangi wardrobe. Huhu sesuatu sangat kan pegi Korea beli benda cenggini.. Takde la.. Untuk lawatan kali kedua ni, aku dah pesan pada diri sendiri, nak membeli tu pastikan beli sesuatu yang pasti digunakan.. Jangan beli lepas tu hangat-hangat tahi ayam. Tak digunakan dan disimpan je.
Seterusnya entri ke tempat terakhir hari kedua kami di Korea, Ewha Woman University..
Tunggu.. (adehhh sakit pinggang duduk lama-lama menaip..)
Terima kasih sudi membaca =)
Entri seterusnya: Ewha Woman Uni

Harga? Opkos mahal (pada aku laaa)

D Cube City,
Pororo Theme Park
Subscribe to:
Posts (Atom)