Friday, July 02, 2010

Yang berduri..

Di luar berduri..
Di dalam berisi..

Musim durian datang lagi..

Walaupun tidaklah kata aku menanti-nanti..

Tapi rupanya sekali makan tak cukup pula sebiji..

Hehe.. Selalunya aku wat dono je bila tiba musim raja buah ni. Setakat jamah 1-2 ulas cukup. Tapi kali ni siap mengidam plak.

Sapa kata orang mengandung je boleh mengidam haaa...

Mana lah nak puas makan. Buah durian dari rumah nenek aku makin lama makin mengecil yooo saiz nya.. Kata nenek aku mungkin terlebey asid.. Lembu-lembu pakcik aku gemarrr menjadikan bawah pokok durian tu sebagai jamban..

So, bukan aku sorang je la yang mengidam.. family aku pun sama. Tak puas makan kununnya, hehehe.. Seminggu dua ni aku menjalankan misi merisik penjual durian kampung dalam felda tempat aku mengajar.. Habis rumah nenek student aku, aku redah huhu.. Adalah sikit aku dapat.. Mengaruk baunya tu ha dalam bonet kereta aku.. Mesti pening makcik tuan umah aku.. Tempat dia n familynya melepak adalah di tepi tempat parking kereta aku, OK.. Huhu nasiblah.. Dorang pun reti jugakkan beli-beli durian.. Dah namanya musim durian.. Memang lah berbau durian...

Esok awal-awal pagi, JLL 3092 bakal meredah kedinginan pagi dengan membawa aroma
...
.....
deghoyan!

Thursday, July 01, 2010

Aku takkan pertikaikan kerana.....

Salam
Sana sini orang cakap pasal bola. Gi kedai makan, diorang tayang bola. Gi kantin, ada saja suara-suara cakap pasal bola. Bukak blog orang M'sia, pun sure ada cerita pasal bola. Bukak blog pasal Korean Entertainment, artis-artis sana berlumba-lumba wat lagu untuk menyaport Korean soccer team. Even aku duduk dalam bilik guru pun, mak-mak (aka my colleagues)yang duduk melepak sebelum tunggu waktu balik dok cakap pasal bola.

Umah sewa aku? TAK PERNAH SEKALI pun siaran bola pernah bersiar. Hehe tak perlu aku bagi sebab eh.. rasanya dah boleh teka kenapa..

Namun, aku takkan pertikaikan.. kegilaan & ketegaran mereka tentang sukan yang berlari satu padang demi SEBIJI BOLA.. =)

Samalah macam kaki pancing..
Sanggup meredah kepekatan & kedinginan malam, bertemankan sebatang joran. Untung sabut mungkin tercongok 5 minit dah dapat habuan.. Agak-agak kalau untung batu?

Sekali lagi aku takkan pertikaikan..

Sebabnya...

Aku sendiri tak 'sudi' dipertikaikan,

Kenapa aku boleh duduk menghadap laptop almost 24/7?
Apa guna explore sana sini cari link-link?
Memantau bit by bit data yang masuk dalam my lappy?
Gitu....

Apa jua benda yang kita obses kan..
It's all about our own preference..
dan kepuasan diri sendiri..
As long as tak mengabaikan tanggungjawab masing-masing..
& tak menyusahkan sesiapa..

Semuanya..
Boleh ajaaaaa



Tuesday, June 29, 2010

Udang di dasar mangkuk

Salam.
Over plak ye. Kalau masa malas ada lah sampai 5-6 bulan tak apdet langsung. Bila terlebih dos rajin, 1 hari sampai 2 entri. Hoho..layan kan sajork..

Aku dah lama ada plan nak jogging. Jogging kan aktiviti menyihatkan badan yang tak melibatkan kos. Lepas Asar tu, pusing jap area dekat-dekat ngan umah sewa aku nih. Bertemankan Nokia Bluetooth Stereo, sambil dengar-dengar obat tinga terkini yang aku suka. Jogging sorang pun takde hal. Lagipun masa jogging mana leh sembang-sembang? Karang haruslah semput and out of breath....

Tapi dalam kepala aje lah semua itu berlaku. Hakikatnya, bila waktu petang, lepas solat Asar.. Sentiasa aja ada citer best yang menggoyah plan aku nih.. Takpun, aku ralit on9.

Then,,, hari ni plan aku terlaksana juga.. Heh he.. Aku jogging la time PJ. Aku lupa la selama ni.. Aku kan cikgu PJ..

Aku: OK, warming up.
Mereka: Cikgu, tak yah amik alatan ke?
Aku: No no no.. hari ni saya nak kita wat mini merentas desa..

bla bla bla bla bla

Aku: OK, jogging dalam barisan.. jangan putuskan barisan. Kalau tak larat boleh jalan.
psstt..Orang paling depan, nanti tunggu cikgu kat simpang kedai sate, ok? (wahaha - supaya nanti bila masuk kawasan sekolah takde la nampak aku tertinggal jauh sangat dari budak2 tu! Simpang tu da dekat dengan pintu masuk sekolah,ye!)

P/S - Malam ni aku tido dengan betis yang agak sakit la ye.. sebab pertama kali lepas beberapa bulan tidak berlari.. hoho
OKAY! Today, mission accomplished! Aku suka!

Menconteng warna di muka sendiri

Salam..

Contengan di muka
==============
Hari ni entah apa kena aku touch up muka lain dari biasa.. Selalu nak pakai lipstik pun malas.. Apatah lagi maskara & geng-geng mekap yang seangkatan dengannya.. Agaknya, 5-6 hari ni terpengaruh dengan Kak Farah yang telah mula ten touch up mukanya. Alah, bukan aku pakai apa sangat. Sapu maskara (vol-up you!) & lip gloss sajork.. Biasanya maskara dan lip gloss aku pakai masa kuar meronggeng je. Tu pun tengok gak dengan sapa aku kuar, huhu dan kemana aku pegi. 1 yang pasti.. teramat amatttlah jarang OK. Aku kan malassss..

Lepas sapu lebih kurang (aku pakai kat tandas sekolah, sebab pagi tadi aku ada kelas PJK) aku masuk Tahun 5. Hohoho I noticed that I caught couples of eyes dok tengok..tengok aku tak berkelip-kelip. Agaknya.. "apsal la cikgu ni jangok semacam hari ni"..

Huhuhuhu.. nasib la dik ooii..ada hari sempat..aku pakai.. Kalau tidak..kirim salam ajo yo.. Kadang-kadang aku terpikir, masa yang aku habiskan wat touch up muka tu baik la aku gunakan untuk buat jemput-jemput ke..roti telur ke.. best la jugak, huhuhu..

P/S - Now mata aku agak tak selesa. Got swollen eyes. Gara-gara tengok scene sedih kat TV petang tadi (Korean Variety Show - Invicible Youth). Aku begitu emos pada waktu-waktu perubahan hormon. erk.