Thursday, October 07, 2010

Entri hampir basi - Hari Bertambah Umur 29/09/2010

Salam..

Lagi entri hampir basi, hehehehe.

Beb,, aku dah makin tua!!

Eh. Maaf. Dengan pertambahan umur ini rasa macam dah tak sesuai je bercakap macam tu..
Lebih-lebih lagi pada penulisan sebegini..

Aku tarik balik ye. Ayat begitu aku guna secara lontaran vokal saja. Tu pun cuma telinga-telinga tertentu saja yang dapat dengar. Dan telinga-telinga bertuah itu pastinya milik mereka-mereka yang ku nobatkan rakan karib a.k.a sahabat-sahabat aku.

Aku agak bersopan orangnya (bolehhhh?? perasan kau ni Dd, huhuh), kalau dengan orang-orang yang aku kira biasa-biasa saja tahap kerapatannya.

Kawan-kawan yang telah lama kenal, jangan pulak kecil hati ye.
Selain dari alasan di atas, sebab lain adalah kerana mau beralih ke arah penulisan formal pula sekarang.

Ayat biasa-biasa saja tahap kerapatannya tu bermaksud kawan-kawan yang baru aku kenal dalam tempoh setahun dua ni. Walapun dah jejak perkataan tahun, tapi istilah kawan dengan sahabat itu masih perlu dibezakan dengan jelas.

Seperkara lagi, bukan lah maksud aku, aku cuma bersopan dengan orang yang tak berapa nak rapat.. Rakan-rakan & sahabat karib pula boleh aku layan secara tidak bersopan..

Bukannnnnn... Tidakkkkkk sama sekali.. Maksud bersopan aku tu dari segi formaliti.. Dengan kawan-kawan karib aku lebih selamba & santai, sambil masih menjaga hati. Dengan rakan sekerja / kawan-kawan tak berapa nak rapat aku menjadi agak berhati-hati.. Sebab tak berapa nak kenal kan. Maka nak bergurau atau berselamba perlu ada batasan.

Opss.. terbabas pula.. Sorry.. Kalau tak terbabas tak sah ye, Cik Dd.
Kisah hari lahir tadi.

Aku lahir tahun 1982, dan tahun ni adalah tahun ke 28 aku bernafas di bumi Allah ni.
Macam unik je nombornya kan.
Lahir tahun 82 ; umur semasa 28

Yang special sikit pada hari pertambahan umur tahun ni adalah, aku dapat baaaaaaaanyak hadiah hehehehe. (Maaf, umur sudah bertambah tapi keinginan nak menjaja cerita sebegini masih tebal, huhu)

2 hari sebelum tu anak murid tiba-tiba bertanya,
P:Cikgu, birthday cikgu bila?

Ntah soalan ikhlas memang tak tahu, atau soalan kerana mahukan kepastian, hehehe

Dd: Hari ni berapa hari bulan ye.. (sambil buat-buat mengira dengan jari). Owh! Lusa!

P= Senyum

2 hari berlalu.
Tiba-tiba. Pagi Rabu, datang 5-6 orang pelajar tahun 6 dalam bilik guru. Sengih-sengih sambil membawa hadiah, hehe.

Sambil malu-malu sebab cikgu-cikgu lain pandang-pandang (aku kan memang pemalu, hohoh).. aku terima hadiah dari budak-budak nih. Nasib baik dorang tak menyanyi.. Sebab dorang pun malu-malu ayam sama.
Patutlah.
Baru lepas raya kan.
Poket mereka teballl tu, hehehe.

Aku tak pernah mintak apa-apa ye..

Well, pernah juga ada ketika birthday aku, macam tak ada apa-apa pun yang berlaku. Dengan aku-aku sekali ingat-ingat lupa..
2 tahun lepas kot. Aku baru posting. Tak kan lah sampai-sampai sekolah orang nak jaja birthday sendiri tetiba ye, hehe..

Apapun, ingatan dari budak-budak ni aku akan kenang selagi hayat dikandung badan..


Lepas rehat, & 2 hari lepas tu pun aku masih menerima bingkisan lagi.
Terima kasih pelajar-pelajar cikgu~
hehehe cikgu senyum sampai ke telinga tau hari tu..

P/S - Selamat Hari Lahir juga untuk Cik Afida Anuar... 0710 hehehe =) (Psss tetiba teringat kenangan trust no 1..kan ada yg salah faham ia adalah trust number one.. hehehehe siapakah dia,,)

4 comments:

  1. mula2 entry ko mcm membebel sorg2.lama2 baca baru aku tau ko nak luahkn perasaan gumbira sbb dpt maaanyaak hadiah besday.
    "beb, bagi aku satu hadiah tu"
    haha...

    ReplyDelete
  2. mcm hadiah kenduri kawin..banyak tuh..hihihi

    ReplyDelete
  3. zaza: hehe thanks kerana memahami..dan tahniah anda berjaya menghidu (hurm.. sniff.. sniff)apa yang berlaku hehehe

    Deeb: kurang lagi dr hadiah kenduri kahwin, heheehe

    ReplyDelete
  4. Hehe terima kasih dd atas ucapan... huhu, banyaknye ko dapat hadiah...jelesnyer aku...

    ahaaa..trust number 1..ekekekek

    ReplyDelete