Tuesday, October 12, 2010

Red - The Underdog

Salam.

Merah. Biru. Kuning. Hijau.

Ini bukan kisah warna-warna pelangi.

Mahupun cerita pasal kuih lapis.

Ini kisah rumah-rumah sukan di sekolah.

Ingat lagi? Zaman-zaman rumah sukan dulu-dulu?? Apa? Kenangan silam ek?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku.. penasihat rumah merah kat sekolah.
Sebelum aku posting kat sekolah ni, khabarnya rumah merah ni memang pemegang ranking corot.

Tahun 2008, bila aku datang, jeng... jeng.. jeng..

Masih lagi corot. Hehehe aku dan sukan memang tidak sekufu.. That's explain my 'tough body' (hahhhhh!! sila la percaya ye, =) )

Tapi tahun 2010 ni nampaknya ONG rumah merah sangat terserrrrlahhh.
Yes, Red Team, the underdog.

Dikala penasihat-penasihat rumah lain sibuk menjobo kehebatan atlit-atlit dalam rumah masing-masing, aku & my colleague cuma diam tersengih2.. Hehehe kami sedar diri, gitu. Cuma aku kata, aku 'chop' no 3, sebab no 4 tu macam menyedihkan je, huhu..

Tup-tup, hari terakhir kejohanan, rumah kaler angpau ni muncul juara..juara okey

Wahahaha.. Syukur Alhamdulillah. Rasa macam tak caya.

Opss.. itu cerita 6-7 bulan yang lalu.. Hehe sudah la berkulat cerita itu (mana ada sukan hujung2 tahun,,)

Tapi last week, tak sangka sekali lagi muncul, the underdog team nih.. Aku ingat lagi, sikit punya susah nak pujuk budak2 year 6 main. Alasan: tak tau teknik, tak faham & segala2 yang berkaitan dengan tak tahu lah.

Alih-alih, Merah nombor 1 ..

Tak faham, tak faham..

Dengan cikgu-cikgu penasihat tak faham. Tapi suka =) Dah macam apa agaknya cikgu-cikgu penasihat melompat2 di tepi gelanggang masa tu.


Korang memang BESHHHHH, hip hip hoorayy

4 comments:

  1. masa dulu aku umah kuning..sekolah aku dulu umah merah mmg the power lah...pernah rasa cam nak tukar ke umah merah je wlpn aku pon bukan sukan sgt sek dulu..ntah ape2..hihi

    ReplyDelete
  2. Ahaa..aku tau ko salah seorang cikgu yang bersorak tu kan? kan? hehe..

    ReplyDelete
  3. aideeb: aku pn dulu x suka sukan... tp la terpaska la jugak utk masa2 tertentu, hehe

    Fida: hehe aku bersorak time pasukan aku dah kumpul dekat2 tiang gol,hehehe

    ReplyDelete
  4. aku tengah imagine tuan penasihat bersorak kat tepi padang.. hm..

    ReplyDelete