Showing posts with label travelog. Show all posts
Showing posts with label travelog. Show all posts

Monday, February 25, 2013

Catatan Perjalanan ke Korea Hari Pertama

Nama program: Uuri Hanguk Tour 2012 (muahaha ni suka-suka je letak dalam itinerary kami)
Peserta: 2 orang yang kenal lebih 6 tahun melalui alam maya, Didi dari Johor dan Daff dari T'ganu. 
Tiket pergi: Air Asia X pada hari Rabu, 14 Nov 2012 jam 08.50 pagi
Tiket balik: Air Asia X pada hari Khamis, 29 Nov 2012 jam 09.35 pagi
Memasang impian nak pergi dari tahun 2004..zaman-zaman bergiat dalam Forum Mesra (www.mesra.net)
Perancangan secara serius: November 2011
Tempoh study pasal Hanguk Tour kami: lebih kurang setahun
Pembelian tiket: May 2012 
Lama di Korea: 16 hari
General itinerary: Seoul - Jeju - Busan - Seoul

OK.. aku sambung dari cerita LCCT Premium Lounge. Sebab masa ni dah boleh dikira Day 1.

Tengah malam tu, lepas bersembang dengan receptionist kat situ, kami pun bincang semula. Sebab harga sebenar untuk 1 malam lebih mahal dari apa yang aku fikir. Akhirnya, kami decide untuk ON, sebab:
  • Premium lounge ni sebelah je dengan International Departure Hall
  • Ada makanan dan minuman disediakan
  • Ada plug disediakan
  • Ada toilet & shower room
  • Ada komputer dan internet (wifi)

Dengan bayaran RM158 per pax untuk lepak-lepak selama 6 hinga 10 jam.




Masa ni dah lebih pukul 12.. Staff dah kemas-kemas tray makanan ni.. Nanti masa sarapan baru diorang akan letak makanan semula.. Tapi kalau nak air panas macam kopi, teh memang sentiasa ada..


Tak ada katil.. Setting dalam tu macam ala-ala restoran. Ada sofa-sofa besar dan sofa-sofa tu dibahagikan dengan dinding separas pinggang orang dewasa. Kami pilih kawasan paling hujung. Bukak kasut. Bentang tuala yang staf Premium Lounge bagi (boleh request tuala ye) & baring atas karpet. Huhu. Jadikan telekung sebagai bantal. Bila baring tu memang tersorok la dari pandangan orang yang duduk di sofa sebelah.
Tak kira lah orang nak kata darat ke kampung ke, sebab kalau nak tidur sambil duduk memang tak selesa.

Beg-beg kami yang bersepah.. Daff dah landing masa ni.

Aku tidur-tidur ayam malam tu. Standard la.. Excited nak jalan jauh katanya.
Lagi satu, air-cond dalam tu sejuk banget. Sampai tersumbat hidung aku, payah nak bernafas.
Kejap-kejap bangun dan tengok keadaan sekeliling. Check henfon yang kami cas ada lagi ke tidak.. Kot la dicopet orang ke. Plug tu macam berjarak 1.5 meter dari tempat kami baring.


Atas sofa yang penuh barang kami (gambar bawah ni) ada tingkap yang menghadap ke kaunter untuk check in luggage.  

  
 Daff yang dah selamat tidur.. dan selamat aku foto kan..hehe



Bangun awal pagi. Mandi dan bersiap nak solat. Shower room ok, yang fail toilet. Tak ada paip air mahupun gayung mahupun baldi. Apakah.. huhu.. Aku nak buang air besar kena gi ke toilet awam di luar.
Kami solat di surau LCCT.

Lepas berkemas-kemas pagi tu baru aku perasan aku punya tripod hilang. Beberapa hari sebelum tu bersungguh-sungguh aku beli tripod nak bawa ke Korea.. Sebab taknak la karang aku amik gambar daff, daff amik gambar aku je kan..
Nak nangis rasanya.... Jenuh berfikir & mencari.. tak jumpa juga.
Akhirnya aku buat keputusan nak beli tripod baru, di LCCT juga! huhu
Memang aku beli tripod baru pagi tu.. Harganya double dari harga tripod yang hilang tu.. Sebab tripod yang hilang tu aku beli dengan harga promosi.
Takpelah.. mungkin bukan rezeki aku..

Lepas tu, check in luggage.Lebih kurang 07.45 am, kami masuk ke Departure Hall. Berdebar-debar masa nak tunggu turn nak kena 'raba' dengan kastam. Padahal bukan ada bawa barang terlarang pun.. Huhu. Alhamdulillah, tak ada apa-apa yang pelik berlaku & kami duduk menunggu sementara nak tunggu pintu gate dibuka.

*Abaikan tarikh gambar.. Masa ni tak tukar setting tarikh lagi.
 My travel partner, Daff


Blog owner ^^

Dalam pukul 08.15 a.m. , pengumuman dibuat untuk penumpang pesawat ke Incheon supaya masuk ke dalam pesawat. Yeay!  

Air Asia kan, jadi mari exercise sebelum masuk dalam kapal terbang ye..


Tak sangka rupanya tempat duduk kami adalah Hot Seat..

Tempat duduk kami depan sekali dari pintu masuk.. Depan kami ada ruang yang agak besar untuk letak barang (tapi tak boleh letak pun.. lepas airplane stabil atas awan boleh la kalau nak letak handbag)

Dalam kapal, kebanyakan penumpang adalah Melayu.. huhu..

Perjalanan ke Seoul, Korea mengambil masa lebih kurang 6 jam.. duduk selama 6 jam diwaktu siang dalam kapal terbang, tak banyak aktiviti yang boleh dillakukan selain dari borak, camwhore, makan, tidur & termenung. Nak main game pada henpon dan gajet, sayang bateri pulak, huhu.
Pertama kali ke luar negara (saya)
Kalau dilihat dari waktu yang tertera pada foto, masa ni dah nampak daratan Korea. Ni bergambar ala-ala excited terlebih sebab dah nak jejakkan kaki ke Korea..   

Masa yang dinantikan, masa makan! Dalam pukul 12.00 tengah hari lampu dalam pesawat dibuka. Pengumuman pasal makanan yang akan dihidangkan berkumandang..
Lama jugak nak sampai turn kami dapat makanan. Awal-awal tu, dapat bau je dulu, huhu..
Daff's - Chicken Lasagna (ini beli atas flight)

Mine - Pertama kali merasa menu yang begitu glemer di kalangan penumpang AA (pre-booked)

 
Masa atas flight aku topup jus oren.. Harganya jauh lebih mahal dari kat kedai.. biasalah kan..huhu
 (abaikan tarikh yang tak betul itu.. huhu)

Oh ye. Ini kira tips la ek, untuk yang naik kapal terbang Air Asia. Walaupun makanan dalam kapal terbang agak mahal.. Tapi kalau boleh order lah makanan..Buatlah pre- book, sebab murah sikit dari beli cash dalam kapal. Especially untuk perjalanan yang makan masa berjam-jam. Takkan masa orang sebelah makan kita nak purak-purak tidur dan ambil bau je kan.. Huhu.. sangat sedih ok keadaan itu. Melainkan ko memang tengah berpuasa atau memang takde selera langsung nak makan.

Dah kenyang.. Tak tau nak buat apa.. Sempat kami keluarkan semula kertas-kertas yang penuh sarat dan berselirat dengan travel info.. Bincang-bincang apa yang patut..

Sampai waktu solat, kami solat secara duduk. Mak aku ajar, itu solat menghormati waktu. Karang dah mendarat dan jumpa tempat yang selesa plus dah bersihkan diri kena solat sekali lagi.
Sebab kami duduk row depan, agak senang nak bergerak dan nak solat. Aku just pakai telekung dan stokin. Kain aku tak pakai.
Ada juga orang Melayu yang duduk dekat-dekat dengan kami yang turut solat sama.

Aku yang duduk tepi tingkap sibuk snap gambar awan.. Subhanallah sangat cantik rupa awan dari cermin tingkap.. Layankan aje lah ye gambar awan yang banyak ni. Saja aku nak abadikan di blog sendiri... Entah dapat pergi lagi entah tidak.. Entah dapat naik kapal tebang lagi dan menyaksikan pemandangan secantik ini, entah tidak,, kan! Huhu (**tetiba emo**)





Dah mula nampak daratan. Korea!

Dalam jam 3.00 p.m. (waktu Malaysia) pesawat selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

Keluar dari kapal terbang, selesaikan urusan imigresen, dan kena naik train untuk ke terminal utama.
Masa ni dah tak berapa nak snap gambar sebab dah mula sibuk.. Nak bersesak-sesak dalam lautan manusia..

Dalam pukul 04.45 p.m (waktu Korea), dah selamat segala urusan dalam airport & ambil luggage. Sekarang nak tunggu bas ke guesthouse.

Muka riang ria. Pertama kali menyedut angin sejuk Korea di musim luruh.

Awal-awal tu boleh tahan lagi.. Lepas 15 minit rasa sejuk makin menyengat. Kelam kabut selongkar beg cari baju tebal.

Lama jugak menunggu bas airport ni. Sempat masuk semula ke dalam airport untuk beli T-Money.
Kemudian keluar menunggu lagi.

Jadual perjalanan bas. Arah tuju kami ialah perhentian Sungkyungkwan University. Kalau ikut jadual ni bas akan sampai jam 05.05 p.m. Nampaknya kami dah terlepas bas jam 04.35 p.m.

Masa ni, aku baru menyedari beberapa perkara yang penting. Beware, folks!
#Kita berjalan di tempat orang, dengan barang yang banyak. So, kena sentiasa alert dengan barang-barang kita.
#Sentiasa alert di mana kita menyimpan sesuatu, lebih-lebih lagi kalau korang jenis cepat menggelabah macam aku! Sebab masa ni aku kelam kabut mencari sesuatu. Tak ingat cari kupon diskaun bas ke.. cari peta nak ke guesthouse.. Padahal benda tu ada je.. Tapi mencari dalam kelam kabut, biasalah kan! Karang menggelabah mencari barang yang disangkakan hilang, tiba-tiba bas yang ditunggu datang.. Kan ke lagi kelam kelibut dibuatnya.. So, kena hati-hati sangat kat sini ye..

Lepas naik bas, aku dah tak berani nak gedik-gedik tangkap gambo huhuhu.. Takut tercicir apa-apa..
Lain ceritanya tercicir barang di tempat sendiri dengan tempat orang, kan!

So dah takde gambar.. Meh nak cerita je..

Masa naik bas, sekitar jam 05.30 p.m, Korea dah mula gelap! Oh, aku tak tau rupanya pada musim luruh waktu malam agak cepat. Kul 6.00 p.m. memang dah gelap macam pukul 07.30 p.m. kita. Sejuk toksah cakap la..

Sebelum naik bas, driver akan turun dan ambil luggage kita (yang besar-besar je), dia letakkan tag, dan simpankan dalam compartment bawah bas. Lepas tu dia bagi kita 1 lagi kertas yang tertulis nombor luggage kita. Luggage aku dan Daff dicampurkan. Means, dapat 1 nombor aje la.

Lagi 1, orang Korea ni jenis buat sesuatu kerja laju-laju.
Pertama kali merasa pengalaman ni, masa nak naik airport bus ni. Driver tu turun bas dengan cepat & jerit-jerit sesuatu dalam bahasa Korea. Kita yang beratur ni sorang-sorang hulur beg pada dia untuk disimpan. Dengan cepat driver akan ambil beg dan simpan. Memang takde aksi lemah gemalai sopan santun perlahan-lahan ye. Aku bajet dorang ni nak mengejar waktu kot. Mungkin syarikat diorang dah tetapkan, waktu sekian-sekian, mesti sampai sini.. Dan bertolak dari sana.. Agaknya lah..

Kami duduk di seat depan-depan.. Senang nak tengok pemandangan depan (luar bas). Memang dalam bas ada pengumuman tempat bas nak berhenti. Tapi, dikhuatiri kurang faham dengan sebutan diorang. Takpun, takut terleka..

Beg yang tak berapa nak besar, boleh bawa naik bas & letak kan di depan, dekat pintu masuk. kat situ ada tempat berpalang untuk letak beg-beg penumpang.

(Apapun, kalau bawak barang yang banyak memang agak leceh.. huhu)

Bila dah duduk depan, kalau rasa tak yakin boleh je bercakap dengan driver, bagitau kat mana kita nak berhenti.

Lama jugak nak masuk bandar Seoul. Kiranya, jauh jugalah jarak Incheon - Seoul. Apapun, Incheon dan Seoul adalah dua daerah yang berbeza ye. Campur dengan kesesakan lalu lintas lagi. Masa tu peak hour, waktu orang balik kerja.

Pemandu bas di Korea kebiasaannya suka untuk bagi kita experience naik bas macam naik roller coaster. (Aku perli ni).. Tak kira lah bas biasa atau bas airport yang kami naik ni. Masa membelok tu memang terhayun-hayun penumpang dalam bas (lagi-lagi kami yang tak biasa ni). 

Oh ye. Dalam bas dorang ada sediakan seat-belt dan KENA PAKAI. Abang driver tu siap pakaikan seat belt untuk Daff, sebab Daff duduk betul-betul belakang dia. Aku duduk belakang Daff. Kami masing-masing duduk dengan local. Sebab waktu naik bas diorang dah ada dalam bas. Aku malas nak pakai seat belt, tapi berlakon macam pakai, huhuhu. Aku just letak seal belt tu atas riba aku.

Dalam bas, ada wifi ok! Tak menahan huhu. Tapi tak menahan juga sebab masa tu baru sedar kami tak leh access. Ceh.. baru nak update status kat FB..
Simpan fon, tengok permandangan yang tak berapa nak nampak kat luar je la (dah gelap)
Perjalanan yang agak panjang. Nak snap gambar dah tak berani (lesson learnt! very well!)

Akhirnya kami sampai ke perhentian Sungkyungkwan Univ. Ohmy.. Sejuk tak hingat. Dalam bas tadi rasa suam-suam kuku je sebab ada heater. 
Kami turun di bus stop di tengah-tengah jalan. Ko tengok kiri ada jalan raya. Ko tengok kanan pun sama, ada jalan raya. Kat Malaysia, aku rasa takde keadaan macam ni!

Dalam kesejukan kami berjalan ikut peta (Peta yang disyaki hilang sebelumnya, aku dah jumpa  masa dalam bas huhu)
Tak berapa nak susah mencari guesthouse, sebab peta yang diberi jelas.

Sejuknya cuaca malam di sana sampai aku rasa sesak nafas.. Entah berapa suhunya.
Berlari-lari aku, bila dah nampak tanda (sebuah kedai BBQ) nak ke guesthouse.. 
Bukan sebab excited nak masuk guesthouse tapi sebab nak cepat sampai dan sedut udara panas.. Sempat jeling kiri kanan, ramai awek korea yang pakai skirt, dan seluar pendek. Umang aihh dorang ni kulit cap apa ye. Dah la free hair, sah-sah bahagian kepala sampai leher pun sejuk.

Akhirnya, selamat sampai di guesthouse kami, INSIDE Backpackers Guesthouse.

*Panjang gila entri ni.. Next entry would be something about our guesthouse.

Sunday, February 24, 2013

Catatan Perjalanan ke Korea Sehari Sebelum - Siri 2

Nama program: Uuri Hanguk Tour 2012 (muahaha ni suka-suka je letak dalam itinerary kami)
Peserta: 2 orang yang kenal lebih 6 tahun melalui alam maya, Didi dari Johor dan Daff dari T'ganu. 
Tiket pergi: Air Asia X pada hari Rabu, 14 Nov 2012 jam 08.50 pagi
Tiket balik: Air Asia X pada hari Khamis, 29 Nov 2012 jam 09.35 pagi
Memasang impian nak pergi dari tahun 2004..zaman-zaman bergiat dalam Forum Mesra (www.mesra.net)
Perancangan secara serius: November 2011
Tempoh study pasal Hanguk Tour kami: lebih kurang setahun
Pembelian tiket: May 2012 
Lama di Korea: 16 hari
General itinerary: Seoul - Jeju - Busan - Seoul

Selasa 13 Nov 2012
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Aku bertolak ke KL, naik bas ekspres. Tiket bas aku beli online. Boleh rujuk entri pasal beli tiket bas online di sini.

Sampai Terminal Bas Bersepadu Selatan, terus cari surau, solat Zuhur. Kemudian gerak ke stesen lrt Masjid Jamek untuk jumpa member.

elok pulak lengang kawasan ni masa aku nak snap gambar. hehe takde la, aku memang tunggu takde orang baru snap gambar ni. macam malu gitu nak snap bila ada orang.. huhu entahpape.

Sampai masjid jamek, jumpa kawan, terus gerak ke KL Sentral. Plan jumpa my travel partner, Daff kat situ.
Lepak-lepak dan berkumpul di McD. 2 orang member lain datang. Borak-borak dan kemudian ronda KL sentral cari barang.

Lepas solat maghrib, bergerak ke LCCT. Naik kereta Daff yang dipandu adik lelaki dia.
Sampai LCCT dalam pukul 10 malam. Buat web check in. Berlegar-legar sekejap, beli apa yang patut, lepas tu pergi tengok Plaza Premium Lounge.

Kami memang dah plan nak lepak kat situ malam tu. Memang bayarannya agak mahal, RM100++ tapi aku rasa lebih baik dari duduk merata-rata..& masalahnya, ada ke tempat duduk yang proper dan selesa kat LCCT?
Jawapannya: Memang tak ada, ok.Ada kerusi, tapi pada aku tak selesa untuk bertunggu tangga selama 5 hingga 6 jam.

Jadi, lepas tu, kami pun...

Entri tergantung sebentar sebab aku ada hal.. mehehehe.. Nanti aku sambung.

Catatan Perjalanan Ke Korea Sehari Sebelum - Siri 1

Isnin, 12 November 2012
Malam sebelum berangkat ke KL





Semua ini disimpan dalam 3 beg
  1. beg sandang (yang warna coklat tu)
  2. beg sandang belakang (backpack)
  3. beg jinjit (yang boleh ditarik & beroda)

Barang-barang yang menjadikan luggage aku cukup-cukup 15 kg..
Makanan tu boleh tahan berat!
Plus baju dan seluar yang aku bawa.. (Kata nak travel 16 hari kan, takkan nak bawa 2 helai seluar je)

Thursday, February 14, 2013

After all, its still Korea

Aku jarang berjalan.. Itu memang 1 fakta.
Jangankan luar Malaysia, dalam Malaysia pun tak habis ronda.Entah, aku memang malas nak berjalan kalau tak iya-iya.
Dont ask me why.. aku memang.. malas..

Cuma, trip ke Korea pada hujung 2012 tu macam special case lah.
Kata tempat idaman nak pergi kan.. Dah dekat 10 tahun gitu berangan nak ke sana..

Sekarang, menjalani kehidupan harian yang berbagai ragam.. Aku selalu terkenang-kenang feeling sebagai pelancong yang aku rasa masa di Korea. Bila penat.. Tengok balik gambar lama.. Ingat balik kenangan di sana. Belek-belek cenderahati dan cenderamata yang sendiri beli sendiri hadiahkan untuk diri sendiri..
Rasa nak pergi lagi weih .

Cuma kali ni, aku kalau boleh dah tak nak rasa musim luruh. Musim sejuk memang out laaa..
Aku tak tahan kot dengan cuaca sejuk. Sejuk sikit-sikit ok la.
Kalau sejuk sampai tahap minyak angin dalam botol yang aku simpan dalam beg pun boleh membeku, dah ala-ala minyak sapi rupanya..
Erm.. memang sudah cukup sudah la kot.. hehe

Hati kecil aku kata, pergilah tempat lain. Ko nak tengok musim bunga, bukan Korea je kot yang ada musim bunga.

Baiklah, aku survey-survey jugak negara lain macam Australia & New Zealand..
Tapi maklumat di hujung jari yang aku jumpa, masih lagi tak boleh menandingi maklumat tentang bercuti ke Korea.

Adakah aku yang tak pandai mencari?
Adakah memang kenyataannya ramai orang Malaysia yang ke Korea, sebab tu lagi banyak wujud travelog / entri tentang pengalaman ke Korea?
Adakah aku saja je nak cari alasan, yang sebenarnya aku memang nak ke Korea sekali lagi?? muehehe..

Berdasarkan pengalaman aku di Korea dulu, tempat tinggal senang nak cari yang affordable.
Dah affordable, complete pula tu, memenuhi syarat basic untuk backpacker la senang cerita.
Nak bergerak pun senang, transportation maju.
Bab makan ada payah sikit pada aku lah,, tapi takpe itu bisa diatur. Pengalaman dulu ada kan.

So, after a little bit of thinking, its still Korea yo??

p/s-aku dah mula-mula survey tiket AA.. untuk travel hujung tahun ni, banyak harga promo.. Return dalam RM1000+.. 

Sunday, February 10, 2013

Korea Travel Info Part 1

Bismillahirrahmanirrahim..

Lamanya aku nak update travelog ke korea ni.. Dah 2 bulan balik baru update ^^
Yang pasti travelog ni akan panjang kot. Sebab kami pergi agak lama.

Sebelum tu nak mintak maaf, kalau semasa menulis entri travelog ke Korea ni aku agak syok sendiri & bercerita benda-benda yang agak tak berkaitan.. (carried away.. selalu je, hihi!)

Tapi apapun, ini blog aku kan, hehe..
So yang ke sini sebab nak cari info, pepandai la korang browse through ye!

Baiklah.

Kisah bermula.

Aku mulakan dari langkah 1 lah ye. Ini macam general info untuk dikongsi bersama mereka yang nak berjalan ke Korea secara backpack.

(**Penulisan aku ni khas untuk backpackers.. so pilihan kami memang jenis yang murah, low budget tapi masih selesa)

Dah lama kot berangan nak pergi Korea. Dari 10 tahun lepas, rasanya. Masa zaman Winter Sonata & Autumn In My Heart ditayangkan kat TV3 dulu.. Masa tu kalau tak silap aku masih belajar di U.
Setelah sekian lama, akhirnya pada November 2011 aku dan sorang kawan (from now on aku akan sebut my travel partner sebagai daff) merancang untuk sama-sama pergi merealisasikan impian kami ke sana.
Masa tu, ajak-ajak jugak member yang lain, tapi nampaknya kami berdua je yang beriya-iya nak ke Korea. So, takpelah. Proceed, pergi berdua.
Ye, hanya berdua! Kami, 2 orang perempuan bujang, pergi berdua.
Yang sorang dah pernah ada pengalaman travel ke China (pun berdua, tapi bukan dengan aku) secara backpack.
Dan yang sorang lagi memang jakun habis, jarang sangat melancong apatah lagi ke luar negara (aku letteww).

Jadi, kalau anda berada dalam situasi macam kami. Jangan ragu-ragu. Pergi je. Insya Allah selamat.
Kalau nak pergi dengan bilangan ahli lebih dari 2, lagi lah selamat.
Kalau nak pergi sorang pun, masih selamat, percayalah. Korea adalah sebuah negara yang selamat.
Tapi you have to be very independent, quick & wise lah. Dan dengan syarat, jangan lah sengaja mengundang bahaya.. Macam berjalan seorang diri pada waktu malam.. Dah ko sensorang kan jadi janganlah cari pasal..huhu..
Tapi secara personal, aku rasa untuk first timer baiklah pergi berteman.. Kalau yang repeat tu insyaAllah dah boleh kot kalau nak pergi sensorang pun!

Ok.. Berbalik pada cerita kami.. So dari hujung tahun 2011 tu dah mula survey tiket.. Sambil mengira-ngira duit simpanan. Penting sesangat ye, survey tiket! Bukak-bukak la web Air Asia dan yang sewaktu dengannya. Depends pada plan korang nak guna syarikat penerbangan mana. Kalau kami dulu memang terus tuju pada AA lah. Masa survey tu, haruslah dah ada dalam kepala, bila korang nak pergi. Maksud aku, nak pergi bulan berapa. Ini pun sangat penting.

Nasihat aku, kalau dah ada tarikh sepakat nak melancong ke Korea & rasa-rasa harga tiket pun within your budget, terus saja tempah. Lagi awal, lagi bagus.. Kenapa? Sebab beli awal biasanya murah. Dalam kes kami, survey tiket dari bulan Disember 2011.. Boleh kata tiap-tiap hari dok bukak web AA tengok harga tiket. Kira, dah ada la tarikh pilihan dalam hati. Harga pun rasanya macam OK. Tapi masih teragak-agak nak book. Kenapa? Masa tu rasa macam sayang-sayang duit kot (derrr..jangan ikut perangai ni, huhu.. sebab ada kejadian tak best lepas tu)

Selain tu, kenalah mula menyenaraikan tempat-tempat yang korang teringin nak pergi. Kalau ada travel partner, share lah kerja mencari tu. Sama-sama senaraikan.. Aku percaya kebanyakan yang berhajat nak ke Korea secara backpack mesti dah ada dalam kepala tempat-tempat yang korang teringin nak pergi kan? Lain pulak ceritanya dengan yang pergi ikut travel agency. Sebab dah tak yah susah-susah berfikir banyak, hanya ikut je ketua rombongan.

Ok, sambung cerita.

Minggu berganti bulan.. Dalam kesibukan kami dengan kerja masing-masing, dua-dua pun makin sibuk & terlupa teruss nak book tiket. Masa tu dah bulan 5. Kemudian, baru sedar tarikh yang kami dah pilih nak ke sana tu, dah tak ada tiket available.. Bila disemak, tarikh dekat-dekat pun harga dah naik! Hah! Amik ko.. huhu.. Akibat berlengah! Maka, dalam bulan Mei tu kelam kabut lah kami beli tiket.

Satu benda yang aku belajar pasal tiket ni, masa harga tiket masih murah tu kan, semua flight tu adalah pada waktu tengah malam. Tapi lepas tiket naik harga, semua waktu penerbangan adalah pada waktu pagi.
Ye, penerbangan pergi dan balik kami adalah pada waktu pagi. Penerbangan ke Korea jam 08.50 a.m. Penerbangan balik ke M'sia pada jam 09.35 a.m.

Rugi tau! Selain dari harga tiket yang dah mahal sikit, kami rugi masa. Sampai ke Korea dah petang (perjalanan ke sana dalam 6.5 jam), dalam pukul 5.00 p.m. macam tu kami selesai semua urusan imigresen dan keluar airport. Gedebak gedebuk itu ini hari dah makin gelap. Musim luruh kat sana, pukul 5.30 dah mula nak gelap.
Macam tu jugak dengan hari nak balik. Flight pagi, so dari subuh dah memang kena standby kat airport. Katakan dapat tiket penerbangan malam, siang tu boleh jugak jalan-jalan lagi kan?

Jadi, lepas beli tiket tu the next step adalah book tempat tinggal. Kami tempah melalu hostelworld.com. Kata backpacker kan. So kami memang aim hostel atau homestay. Kalau hotel kang tak cukup bajet pulak.
Kena register 1 akaun dulu sebab nanti nak kena sertakan no kad kredit. Tempah melalui hostelworld ni kena bayar deposit sikit.. Biasalah kan kalau nak menempah apa-apa memang kena bayar deposit.

Bila korang dah book tempat tinggal, bermakna jugak korang dah dapat gambaran kasar ke mana korang nak pergi. Maksud aku camni,, (Kalau korang memang pergi Korea semata-mata untuk melawat sekitar Seoul, maka abaikan penerangan aku ni.):
Yang pergi sana dengan plan untuk singgah beberapa tempat, so korang kena la bincang dengan travel partner berapa hari nak stay di sini dan di sana.. Macam kami, pergi selama 16 hari. 5 hari pertama berada di Seoul. 3 hari 2 malam di Pulau Jeju. 3 hari 2 malam di Busan dan 6 hari terakhir di Seoul.

Selain tu, dalam kes kami ni, kena jugak settle kan tempah tiket kapal terbang  dalam Korea. Kami rancang nak ke Jeju dari Seoul, dan the only available transportation is using the airplane. So, kena lah tempah sendiri tiket kapal terbang. Bab tempah tiket kapal terbang dalam Korea ni Daff yang settle kan, so aku memang tak de idea macam mana. Tapi rasanya tak susah mana. Sama je macam tempah tiket AA. 
*1 benda penting-nak tempah domestik flight kat sana tak boleh awal-awal sangat. Aku pun tak tau kenapa, tapi kawan aku bitau macam tu. Lepas tempah tiket AA ke korea masa bulan 5, kami nak tempah terus tiket domestik flight tapi tak boleh. Kemudian, dalam bulan 9 macam tu baru kami tempah. Rasanya dalam bulan 8 tu dah boleh tempah.. ;)


Jadi, aku ringkas kan kat sini macam 1 checklist lah ;)
1-Tetapkan tarikh/waktu/berapa lama nak melancong ke Korea
2-Survey tiket; rasa harga dah ok, mampu bayar, beli terus!
3-Survey tempat, senaraikan.
4-Tempah tempat tinggal
5-Kalau melibatkan perjalanan dalam korea menggunakan kapal terbang, tempah siap-siap, dalam 3 bulan sebelum tarikh penerbangan.
6-Susun itinerary elok-elok, penting ni. Study terus macam mana nak pergi satu-satu tempat.. Naik apa, kat mana, berapa tambangnya. Tempat tu ada entrance fee tak. Kalau ada berapa harganya. 

Jadi sampai sini dulu lah entri ni. Nanti aku sambung. Penat sudah. Huhu..