Showing posts with label Kisah Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Kisah Sekolah. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

Cikgu tak boleh merajuk

Iye ke?

KISAH SATU

Tadi aku rasa kecik ati sangat dengan my student ni.

Memang pantang NOMBOR SATU aku kalau pelajar menongkat dagu / menongkat dagu sambil berpaling muka masa aku mengajar.

Tak pun letak kepala atas meja. (Sebab kalau tak berapa sihat aku akan suruh pergi berehat aje kat tempat lain yang lebih selesa) 
Atau cuba menyorokkan muka dengan mendirikan buku teks betul-betul depan muka.

Aku memang.. tak boleh.
Dari dulu. Sampai sekarang. Memang aku begitu.


So, this girl yang menongkat kepala aku ingatkan pasal pantang aku tu. OK, dia ikut tapi tiba-tiba bila aku tanya soalan (berkaitan dengan topik yang sedang diajar)

Eh......... Boleh pulak dia palingkan muka dan tak jawab soalan aku langsung.

LANGSUNG ye.

Dan ini bukan pertama kali. Cuma dah lama dia tak buat perangai begini.

Aku terus tak terkata. Mulut aku becakap meneruskan sesi P&P tapi dalam hati dan kepala sangat sedih dan menahan sebak. Alhamdulillah P&P dapat aku teruskan.


Cuma, aku tak boleh nak ada eye contact dengan student tu. Sebab aku juga perlu mengawal perasaan untuk baki 23 pelajar yang lain belajar seperti biasa.

Aku takut aku termenangis.
Ye. Kalau aku marah biasanya aku akan termenangis sekali.

Tapi kami tak boleh merajuk kan??

KISAH DUA

2-3 hari sudah, sorang rakan guru bersedih, kerana kesal dengan sikap ibubapa yang membesar-besarkan perkara kecil. Anak terkencing, mengadu pada ibubapa yang cikgu tak bagi pergi ke tandas.

Walhal bukan itu maksud cikgu tu sebenarnya. Waktu tu dah nak dekat sangat dengan waktu rehat, jadi kalau pelajar tu keluar dah tentu kerja nya tak siap & akhirnya cikgu tersebut izinkan juga keluar ke tandas siap dengan bawa bekal makanan (lepas gi toilet boleh terus ke kantin, tanpa perlu ke kelas)
Tapi akhirnya pelajar ni terkencing juga dalam kain.

Eh.
Nak jugak pergi sekolah mintak penjelasan. Tak boleh ke bercakap dulu melalui telefon. Slow talk, bertanya. Bila dah pergi sekolah, melibatkan Guru Besar, Gpk, walaupun bercakap dengan baik namun sedikit sebanyak mencalarkan emosi guru.

Yang bestnya, boleh pulak ye datang sekolah untuk perkara sebegini. Kalau ada panggilan untuk taklimat anak, boleh pulak tak datang.

Tapi kami tak boleh merajuk kan??

KISAH TIGA

Sorang ibu dan ibu saudara datang ke sekolah sebab anak mengadu ditampar oleh cikgu.
Walhal cerita sebenar cuma dicuit guru.
Eh, kami pun sedar diri dan berpijak di bumi yang nyata. Zaman sekarang ada macam-macam kes, penipuan & putar belit yang boleh dilakukan dan akhinya menampakkan sorang cikgu tu jahat, kejam & zalim.

Kalau tak boleh kena marah, baik wat home schooling je. Ajar sendiri, senang.
Lagipun, at the first place, kalau budak tu elok baik je perangai, logik ke cikgu nak marah?
Lagipun, marah boleh buat darah naik tau.
Kalau kena marah sikit-sikit pasal tak dapat ada yang di ajar, itu standard la. Nama pun nak mengajar anak-anak. Kadang kita beriya mengajar one-to-one, nak bagi paham. Tapi anak awak mata meliar ke lain. Camana?


Tapi kami masih tak boleh merajuk kan??

Sunday, July 17, 2011

This is also part of my job!

OK, ini bukan daun kelapa sawit ye..
.
...
......
.........
.............
...................

Tetapi, ia adalah
 

Bukan untuk digunakan dalam majlis persandingan aku juga. erk. (Sila jangan speku aku dah nak kawin pulak,,...)

Tapi standby untuk hari sukan yang agaknya tak lama lagi akan dijalankan. Lepas raya & UPSR kot.

Gigih tak. Hujung minggu cikgu buat bunga manggar. Sebenarnya sudah agak lama benda ni ada kat rumah aku, tanpa diproses menjadi bunga manggar. Tetiba rasa menyampah pulak tengok plastik kertas kilat-kilat ni menempek kat rak buku aku, maka aku pun memulakan modus operandi. Sambil-sambil tengok tv & layan drama kat PC.

Tengok-tengok cam ketagih pulak melilit bunga manggar.

So, ada sesapa perlukan perkhidmatan melilit bunga manggar?? Boleh pass kat aku..

Choiiiiiiii.. (macam kau takde keje lain nak buat ye Dd, huhuh)

By the way, aku cikgu Rumah Merah (walapun tak ada sesapa tanya,nak juga bagitau)

Saturday, May 28, 2011

Marking time...



Minggu peperiksaan datang lagi! Periksa dah habis..sekarang dah masuk minggu cuti & permulaan hari menanda kertas!

Bab tanda kertas ni yang 'syok' (tangan di dada mata ke atas)
Kadang-kadang berbunga-bunga hati..
Kadang-kadang terus jadi lapar..
Kadang-kadang rasa nak saja digumpal-gumpal kertas jawapan itu. Tsk.
Kadang-kadang rasa nakkkk aje ku lepuk-lepuk budak-budak tu. Nasib baik bukan ada depan mata.....

Dan satu perkara yang pasti.
Setiap kali lepas satu ujian atau peperiksaan, perlu muhasabah diri.

Gambatte! Perlu menanda sebelum pulang ke kampung bercuti ^^

Friday, May 06, 2011

Marah sampai terkeluar air mata

Pernah???

Aku sangat marah hari ni. Dah la di penghulu segala hari.

Puncanya sebab budak-budak ni jawab merapu dalam ujian.

Aku boleh terima kalau benda yang salah tu benda yang memang susah. Tapi kalau tak boleh beza lagi antara hobby, festival & subjek...

Robek sungguh hati aku. Sentap tahap gaban.

Kalau diperhalusi lagi; Yang jawab meraban merepek ni budak-budak 4 orang yang memang dalam kumpulan slow learner, tak mengapa lah jugak.

Ini yang dalam kumpulan sederhana tu pun boleh salah.

Dalam kotak jawapan (table) yang diberi siap dah ada klu lagi. Kot tak tau subjects tu apa, dah ada 1 point yang diberi mengatakan that row has to be filled with subject. Clearly, English & Mathematics are written there. Tak cukup? Sebelah lagi satu ada Art & crafts.

Ko pegi isi Gawai Festival kat situ???

Ye. Salah aku la ni agaknya ye. Mengajar siang dan malam. Tapi pelajar masih begini.

Kegagalan seorang guru.

Tsk3

Tension!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, April 08, 2011

Laser

Assalamualaikum.

Pagi tadi ada perjumpaan Ibubapa & guru pelajar Tahun 6.

1 of my colleague beriya-iya nak present, siap mencari laser bagai, nak point kat slides kat depan..
Baguslah, kata kerjasama. Ada team yang prepare bahan. Ada yang lain pulak present.

Aku pun laser jugak hari ni. Bukan laser kaler merah untuk tunjuk-tunjuk tu, tapi laser mulut.

"Daripada markah periksa anak Encik kali ni, saya rasa dia tidak bersedia langsung & memang nampak macam tak belajar untuk subjek ni. Kerja rumah selalu tak buat. BUku pun kerap tak bawa."
Ateee, asalnya dari lulus ko boleh dapat karipap, 28.

"Sama yang macam akak cakap tadi, dia suka menjawab bila akak bercakap. Macam tu jugaklah dekat sekolah, dengan cikgu-cikgu ni. Contoh, kalau saya pesan 'Jangan lupa siapkan kerja saya di rumah,,' maka jawab dia tanpa rasa bersalah 'tengoklah kalau rajin cikgu ,,' "
,,,begitu........

"Anak akak kata, 'Memang tak sempat nak buat kerja rumah pun cikgu,,,'
Walaupun kerja rumah itu saya beri untuk cuti sekolah selama SEMINGGU.
Dia siapkan kerja tu hari Isnin, lepas naik sekolah.
Buat depan saya, dan hantar lewat sikit dari kawan yang lain."
So memang nampak la dia tak buat masa cuti (dan memang budak tu terang-terangan mengaku punnnnn...)


Laser ke aku?
Biorlahhh. Aku cuma dah malas nak selindung-selindung.
Sori bebeh.
Laser pun laser lahh

Tapi aku rasa ini bukan laser.

Sunday, March 27, 2011

Pakukan kaki di tanah

Sekolah dan bola jaring.
Bola jaring dan sekolah.

Dua-dua ni memang tak boleh dipisahkan, kot.

Saban tahun, memang saat yang aku tak berapa nak suka ni akan sampai...

Tapi, tak ada pilihan kan. Walau macam mana tak suka sekalipun, masih kena datang dan tengok-tengokkan budak-budak berlatih.

Haishhhhhh.

Aku memang tak suka bola jaring dari aku bergelar budak sekolah rendah.

Sejarahnya, masa darjah 6, budak-budak perempuan main bola jaring, aku tersalah bagi bola pada pasukan lawan & team mate aku merengus & menjeling aku.
Hehehe. Sampai sekarang aku ingat moment tu. Dengan muka & nama penuh dia lagi..

Then, masa aku masuk hostel umur 13 tahun, tak dapat tidak aku terpaksa main jugak sebab aktiviti dorm.

Nama ketua pasukan bola jaring dan muka-mukanya sekali, kekal terpahat kat otak aku sampai sekarang. Kak Zila. Masa tu kan, aku lebih berani langgar peraturan asrama (cabut balik rumah diwaktu aku tak boleh balik rumah) dari berbaik-baik dengan akak ni. Entah, aku rasa dia sangat garang dan kerek masa kat padang.

Stok-stok lembik and kurang tangkas tangkap bola macam aku ni selalu aje laa kena marah..
huhuhu. Masa tu biasalaaa..budak form 1 yang innocent. Dia dah form 3. Elok je dia naik form 4, blahh sekolah lain. Sek Teknik kot. Aku sangat gumbiraaa hokeyyy hehehe.

Nasib baik masa aku kat MSRM tak de dah bola jaring ni. Entah, seingat aku, kat MRSM dulu kitorang tak dipaksa-paksa bersukan macam kat sekolah sebelum tu. Bahagiaaaa ok bahagiaaa.. Melainkan, every weekdays waktu petang (5-6) tak boleh duduk santai-santai dalam dorm. Kena keluar. Kalau tak sebab kelab permainan atau badan beruniform, kena jugak duduk di luar dorm bersukan. HARAMMM duduk dalam dorm. Kalau rajin aku jogging keliling sekolah. Kena masa nak test PJ (kitorang dulu PJ pun ada periksa dan masuk dalam slip peksa ok) sibuk pegi swimming.

Kadang tu kalau datang angin malasss kitorang ramai-ramai (budak perempuan la biasanya) duduk tepi longkang tengok orang main bola tampar. Dengan baju kurung lepas prep pulak tu, hehe.

Nak harapkan aku main bola tampar... Baru 3-4 kali serve / pukul / sambut bola dah gosok-gosok tangan sebab sakit.. Ada tak ada pun main la jugak masa nak test PJ (dasat tak, PJ punya peksa adalah olahraga, bola tampar, renang & aerobik. 1 sukan untuk 1 sem. aku kat sana 4 sem, 2 sem masa form 4 & 2 sem masa form 5)

Eh melalut sudah. Tapi betul. Kat MRSM aku tak rasa dah tekanan nak main bola jaring.

Bebalik pada cerita bola jaring budak-budak tadi.

Bukan ke, trade mark bola jaring ni, pakukan kaki di tanah?
Dapat je bola kat tangan, kaki dah tak boleh suka-suki nak gerak-gerak dah..

Aku memang seriously tak minat game ni. Lepas tu aku tak reti peraturan sangat. Nama nak mengadil? Hoh lagi laaaa, ke laut!

1 perkara yang aku cukup tak suka pasal perlawanan bola jaring ialah coach /guru pengiring yang dok ditepi gelanggang bertempik-tempik pada pasukan. Jeritan-jeritan batin & tempikan dorang biasanya pasal
~budak buat salah
~budak main tak semangat
~budak bermain tak ikut strategi yang cikgu / coach dah ajar.
~pengadil tak perasan kesilapan pihak lawan. (paling aku annoying. ingat senang ke nak jadi pengadil?? Biasalah, pengadil kan manusia. Manusia buat kesilapan. Tapi tak payah laa sampai nak keluarkan kata-kata yang kurang enak untuk pengadil. Emo tak betempat lahh. It's just a game kan. Tak perlu nak serius sangat macam lah kalau pasukan kau kalah, hilang sekolah. Tak pun, kalau kalah, kena balik jalan kaki kah?)

Bingit ok, sangat bingit mendengar dorang betempik. Ada tu siap cursing lagi.

Ada orang kata, kalau tak buat macam tu, budak-budak akan main ikut rentak sendiri je. Ye la,, dalam perlawanan sebenar situasinya mana nak sama dengan latihan.

Tapi, aku masih tak boleh terima. Perlu ke menjerit begitu???

Walaupun aku tak minat bola jaring, tapi tetap juga berharap pasukan tahun ni boleh mara ke peringkat tertinggi yang mampu. Penat kan diorang datang sekolah berlatih. Kurang-kurang kalau sampai suku final ke, semi final ke, boleh jugak dorang banggakan.

P/S-Mana laaaa buku peraturan bola jaring aku ni, huhuhuhuhu (korek-korek buku lama)

Friday, March 04, 2011

Majlisnya,,,

Siyes berjanggut aku nak buat entri nan satu ini..

Majlis Gilang Gemilang Tahunan.
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=
Mesyuarat Besar Besaran antara Sekolah, Parents & Ibubapa (malas nak type the keyword,,,,)

Jumaat 04.03.2011

Perasmian oleh Datuk Hj Dr Abd.Latiff bin Ahmad (Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia)

Aku adalah AJK Backrop, sama-sama dengan Kak Haslina & Kak Alina. Walaupun penat, tapi seronok =),,, sebab semua bersama-sama buat kerja. Dari scratch, tu. Wordings semua baru! Sebab yang lama macam banyak yang hilang.



Suka! hehehe. Kak Haslina yg cool dan banyak idea,

Rakan-rakan prihatin yang sama-sama sinsing lengan tolong kami, Kak Linda & Kak Farah (Mereka berdua, plus Kak Alina adalah AJK Jamuan VVIP). Kami pening-pening nak hias pentas, dorang pun turut sama bantu cucuk bunga. Sama-sama balik lambat juga. Tsk3.. terharu,,,

Sambil-sambil hias pentas, melatih persembahan murid-murid jugak..


Kak Liza pun, yang membantu menghulur idea dan mengerah tenaga
menghias. Terima kasih daun keladi..




Betul kata Kak Linda.. Penat lelah akan terbalas bila tengok balik hasil kerjanya.. ^^


Pagi sebelum mesyuarat tu, zasss aku plak gi lokasi jamuan VVIP, kat Makmal Komputer untuk bantu dorang, =)) Masa mesyuarat berlangsung pun, aku turut sama menyibuk (membantu dorang dalam persiapan makanan)


Sekalung tahniah pada mereka kerana menjadikan lokasi jamuan sangat kelllessss hehehehe. Dah ala-ala Hotel, you.


Kami ^^


Akhir sekali, sekalung tahniah untuk semua warga SKLE yang sama-sama menjayakan majlis ni.. Ada ramai lagi AJK-AJK yang lain.. Aku cuma ada gambar mereka-mereka yang dok keliling aku masa aku bekerja, saja..

Ate.. aku bukan jurugambar of the day nak me round sekolah snap sana-sini, huhu..


Wednesday, March 02, 2011

Ragam majlis setahun sekali...

Assalamualaikum..

Rabu 02/03/2011
Keadaan bilik guru yang sedikit huru-hara sebab sibuk nak siapkan wording untuk backdrop pentas.



Biasalah kalau dah namanya sekolah. Mesti ada mesyuarat besar-besaran yang melibatkan ibu bapa dan guru-guru ni. (malas nak tulis nama penuhnya, karang orang google tak pasal-pasal jumpa entri aku ni,..) Majlisnya hari Jumaat ni..

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sama-sama sinsing lengan membantu =)

Kak Farah, Kak Linda, Kak Haslina & Kak Alina.. Walaupun Kak Farah & Kak Linda dalam AJK Jamuan VIP, tapi sudi menolong kami yang conform kelam kabut kalau tak ditolong ni.. =)

Dalam pada kami sibuk dengan polistrin ni.. kat bawah bilik guru nunnn (Makmal Sains) budak-budak Tahun 5 tengah berlatih nyanyian. Tak sempat menjenguk diorang pun hari ni. Adoiila..Cikgu sibuk dengan 'mesin jahit' polistrin kat atas ni.. Nasib baik lah Kak Linda sudi tolong tengok-tengok kan diorang... Yang sepatutnya menengok tak muncul-muncul.. apa nak buatttt, bizi kannnnn (dengan gaya afdlin shauki sindir menyindir ye,,..)
*mesin jahit=mesin memotong polistrin. dah ada ghopa mesin jahit je sebab posisi duduk dan cara meng handle & pegang polisterin. **juga dipanggil mesin untuk mengesan tahap gigil anda.. hehehehe..

Monday, February 21, 2011

Belajar lah selagi mereka masih ada..

Assalamualaikum..

Tajuk klise gila.. Tapi aku nak fokuskan pada kisah di sekolah, hehe.

Sabtu lepas sekolah aku digegarkan dengan berita sorang cikgu yang dapat naik pangkat jadi Guru Penolong Kanan & secara automatiknya kena bertukar ke sekolah lain.

Sentapp...

Siapa?
GB
aku
& cikgu-cikgu lain
anak-anak murid

Kenapa?
Sebab dia yang nak pindah ni cikgu yang berdedikasi.
Jawatan pulak banyak. Yang penting-penting. Yang susah-susah.

Gila banyak lubang yang dia tinggalkan.. Haruslah diisi dengan cikgu-cikgu lain. Barulah nak rasa.. adoiiiii susahnya keje-keje yang cikgu ni pegang.

Cakap tang aku aje la.

Aku dah 3 tahun jadi S/U Peperiksaan Dalaman. Memula pegang tingtong jugak. Tapi lama-lama, biasalah.. immune sudah.

Now kena amik alih keje beliau. Jadi S/U Peperiksaan Awam.

Serious, aku stressed masa mula-mula dapat tau dia kena pindah. Sebab selama ni aku cuma buat keje aku diam-diam. Aku tak nak belajar & amik tahu pun keje-keje beliau.

Sekarang, aku kena belajar SEMUAAAA nya dalam masa 2-3 hari...

^________________^

Tiba-tiba hari ni dapat tau ada 6 orang lagi cikgu sekolah aku (yang senior) bakal ditemuduga untuk jadi GPK (Guru Penolong Kanan).

Umang aihhhh ini kalau semua dapat ni harus semua keluar dari sekolah beramai-ramai.

So, cikgu-cikgu yang tak berapa nak lama pengalaman ni (****macam aku****) akan jadi cikgu senior la ye. Kemudian orang baru masuk.

Padahal banyak benda tak belaja lagi dari diorang-diorang ni..

nangesss..

P/S - Kena belajar dari mereka sentiasa..

Saturday, February 19, 2011

Ibarat roda..

Assalamualaikum..

Selalu kan dengar, orang kata.. dunia ini ibarat roda.. Kadang-kadang kita ada kat atas. Pada satu masa lain nanti kita akan duduk kat bawah pulak. Kadang-kadang kita mengeluh kenapa laaaa asyik duduk kat bawah. Tanpa kita sedari masa berlalu & tiba-tiba, baru kita tersedar yang kita dah duduk di atas pulak..

The point is, how would you behave on each situation? Tang duduk kat atas, bawah & juga tengah2 roda tu,...


Malam semalam ada 1 unknown number naik kat phone aku. Berlari-lari aku yang tengah masak nasik-goreng-takde-jenama (no identity though, memacam aku letak huhu) masuk ke bilik capai henfon.

Dah macam psycho aku. Tekan button receive, tapi senyap tak bersuara. huhu. Taktik tu. Aku malas melayan panggilan merapu. Tunggu the other side dulu bercakap.(Ni aku buat dekat anonymous aje ok..)

Its happened that it was my ex classmate masa kat maktab, Encik X. Aku macam.. eh motif kol aku?? Sebab kami memang tak ngam dari zaman maktab.

gedebak-gedebuk-gedebak-gedebuk bercakap lebih kurang

rupanya..

Hm.. Nak mintak soalan dari aku. Aku kata aku banyak keje dan jawatan kat sekolah. (Well it is a fact!) Kalau setakat ujian bulanan aku tak sempat nak taip-taip. Main fotostat dari buku je. So aku cadangkan dia buat macam tu.

He said, tak nak, OK. Tak suka.

Patutnya kalau tak suka amik soalan dari buku, so sila lah kerahhh otak bina soalan sendiri. Tapi makan masa la. Lagi-lagi kalau banyak kelas nak ngajar.

Eh. Jawabnya tak boleh pulak (dah agak!). Banyak kelas nak mengajar. Dari Year 2 sampai 6.

Aku suggest, gi la cari dari network sekeliling. Dalam satu zon, daerah, takkan tak ada kontek sekolah lain.

Cikgu-cikgu BI sekolah area situ tak suka share bahan.. Katanya..

Last-last, dia siap bagitau suggestion kat aku. Yang tak tahannya, aku pun terlibat sekali. Mintak aku poskan soalan-soalan Majlis Daerah dalam simpanan Bank Soalan sekolah aku. Takpun, scan kan, email softcopy kat dia.

Eh, kau! Senang je ye?

Dia kata, dia boleh bayar kat aku.

Ni bukan soal bayaran.

1
=-=
Kau cikgu. Kau nak kasi ujian pada budak untuk uji kefahaman dia dalam topik yang kau dah ajar. Tapi kau mintak soalan dari orang lain, yang ada kumpulan-kumpulan pelajar dengan kelemahan tertentu. Sama ke?

2
=-=
Tak suka soalan dari buku? Aku rasa soalan dari buku banyak je yang OK. Aku pun pilih-pilih soalan dari buku, yang ada kaitan dengan topik yang aku dah ajar. Tapi aku taip semula. So nampak la kemas sikit. Kau? Ambil dari buku pun kau taknak. Bina sendiri kau kata tak sempat. So, jalan terbaik mintak kat orang?

3
=-=
Cikgu-cikgu sekolah lain yang berhampiran tak suka sharing. Huhu. Ye. Aku cukup faham tang itu. Tapi perlu ke kau salahkan diorang kalau diorang tak nak share? Adakah kau cukup rapat dengan diorang untuk kau copy-copy bahan hak cipta diorang sesuka hati? Adakah kau pernah tawarkan apa-apa bahan untuk kau kongsi dengan diorang sebelum ni?
It's not like, kau jumpa someone tepi jalan & main mintak-mintak macam tu je..
Kalau itu adalah bahan yang Pihak Atasan suruh sebar-sebarkan pada sekolah-sekolah berdekatan.. Aku rasa tak ada masalah.

Tapi cakap terus terang la.. Aku rasa malu nak mintak soalan periksa dari kawan di sekolah lain. Aku sendiri tak pernah membayangkannya. Tak tau, kalau aku minta, orang nak kasi atau tidak. Lain la, kalau bunyi nya, nak tukar-tukar soalan, macam soalan Percubaan ke..

Menyediakan soalan (aku guna perkataan menyediakan, sebab terpulang pada cikgu nak bina sendiri atau nak ambil dari buku) tu bukan ke termasuk dalam tugas hakiki seorang cikgu???

Seorang Encik yang juga seorang ketua keluarga tak patut menunjukkan side yg begitu lemah macam ni. Aku tak nampak apa-apa keterangan dari dia yang menunjukkan dia berusaha, kecuali
~Dia berusaha mintak kat cikgu-cikgu sekolah lain. Tapi tak dapat.
~Kemudian, berusaha cari balik nombor-nombor lama classmate kat maktab untuk dihubungi. Lantak la tak pernah tanya khabar sebelum ni pun takpe. Janji boleh call untuk mintak soalan. Usaha la tu kan.
~Berusaha meyakinkan aku dengan memberi alasan-alasan yang boleh dikuis & ditepis aku dengan mudah. Alasan tak relevan la bang. Maap.

Dia lelaki. Patut lebih tabah. Ye, ayat aku macam berlagak tapi aku memulakan karier ni dengan kepayahan. Sendiri-sendiri juga. Tapi belajar la sikit-sikit. Kumpul bahan sikit-sikit. Kenal network sikit-sikit.

Sila berusaha lagi! & tolong refleksi diri.

Orang yang kau pernah lemparkan kata keji, akhirnya,, dia yang kau minta tolong untuk membantu saat macam ni.

Sekian. Usaha Tangga Kejayaan.

P/S - Ye. Aku mungkin sudah berubah menjadi lebih sarkastik setelah menimba pengalaman setahun jagung. Sedar diri, saya masih orang baru. Tapi juga sedar diri, jangan sewenang-wenangnya membiarkan diri dibuli sesuka hati.

Tuesday, January 11, 2011

The return of dictator

Salam.

Baiklah. Seperti yang telah dijangka. Tahun ni jadi guru kelas lagi. Takde hal. Layankan je. Lagipun memori 6 bulan tak jadi guru kelas tahun lepas sentiasa tersemat di hati. Cuma tahun ni jadi guru kelas darjah 5. Budak² yang sama yang aku pegang kelasnya selama 6 bulan tahun lepas.

Aku sebagai guru kelas pun evolve juga. Bukan budak² je yang berkembang kan. (Bukan story berkembang badan ye! itu lain huhuhu). Makin lama kena la jadi makin garang... dan sarkastik.. semangat seorang diktator juga.

Amaran-amaran keras telah dikeluarkan setelah 1 minggu 1 hari kelas bermula. Yang terkini, peraturan kerja rumah. Kalau sorang tak bawa / tak siap, satu 'kaum' kena denda. Ikut la, kaum adam ke kaum hawa.

Aku tak minat denda² ni. Tapi aku tak bolehh kalau budak mengada² & banyak lemak. Lagipun dah tahap 2 kan. Ko nak ngada² ngadu² bagai, yang remeh temeh pulak tu.. kang dengan ko ko sekali kena. Lagipun nampaknya ke 'slow' an, keselambaan & kelembutan di salah erti kan. Hahahaha silap besar OK.

Aku banyak cilok idea mendenda dari sini . Thanks to the writer, yang merupakan sorang cikgu sekolah menengah.

Friday, December 31, 2010

Masih setia pada yang satu..

Salam..

Tahun 2011 ni nak masuk tahun ke tiga aku mengajar (tolak la tahun 2008 sebab aku posting dah bulan 8).

Berborak dengan sorang kawan rapat masa kat maktab semalam, baru aku sedar kebanyakan kawan-kawan seangkatan dah merasa pengalaman 'nomad'. Berpindah sekolah. Paling-paling tidak pun 2 sekolah.

Aku? Masih lagi di sekolah yang sama dari tahun 2008.

Zon selesa kah? Entah lah. Yang pasti misi aku kat sekolah ni belum tercapai. Tahun 2011 ni, Insya Allah.. Semoga semuanya dipermudahkan oleh Nya.

(^-^)

Saturday, November 13, 2010

Menuai hasil..

Salam..

11 November menjadi tarikh bersejarah untuk murid tahun 6 seluruh negara.. keputusan UPSR diumumkan..

Bukan budak-budak dan mak bapak budak je yang menggelisah OK. Cikgu nya lebih-lebih lagi la..

Waktu keputusan diumumkan, kami (pelajar tahun 6 + cikgu tahun 6) dalam perjalanan ke Kluang & BP.. rombongan sekolah.

Dari awal bas mula bergerak, aku tak berapa nak hiraukan budak-budak kat belakang bas. Lantak kome la nak bergambar / bergalak kat belakang. Aku standby diam-diam pegang handphone-handphone aku.

Dengar je berita dari GPK HEM, alhamdulillah.. Pecah sekejap paip kat mata. Aku sangat takut kalau takde sorang pun yang dapat A untuk subjek aku. Aku ulang, SANGAT TAKUT.. Expectation sekolah, GB, Pejabat Felda, rakan guru, ibubapa, pelajar & paling penting diri sendiri..

Tahun ni diorang masih belum lagi memecahkan rekod tahun lepas. 3 pupils with straight As. All girls.Alhamdulillah.

Tapi for the first time we have 6 pupils with 4A.. All boys..=)

So proud of them =)

Untuk subjek aku:
Jumlah calon= 26 orang
Bilangan A = 5
Bilangan B = 4
Bilangan C= 13
Bilangan D = 2
Bilangan E = 2

Tahun lepas sorang je yang gagal.. tahun ni 4 orang =(
Tahun lepas 4 orang dapat A.. tahun ni 5 orang =)

Wednesday, November 10, 2010

Tetap dan berpencen..

Salam..

Ada 5 hari lagi hari bersekolah.. untuk tahun 2010.. dan macam biasa hujung-hujung tahun ni adalah peak period untuk cikgu-cikgu, especially yang memegang title guru kelas.

Aku boleh ber hip hip hooray lah kot kali ni sebab setengah tahun hari tu dah DILUCUTKAN jawatan dari jadi guru kelas tahun 4. Biasalah, orang degil dan suka melawan macam aku kena lucut jawatan, hehehe.

OK, tipu. Title guru kelas tu bertukar sebab dorang(admin) baru merasakan ketidakwajarannya, aku yang cuma masuk kelas tahun 4 dua waktu seminggu (sejam seminggu OK??) untuk menguruskan kelas. Memang pun.. dan lepas 6 bulan baru sedar ek? hoh. Whatever.

Best sebenarnya tak pegang kelas ni. Tak yah pagi-pagi membilang kepala untuk catat dalam buku kedatangan. Yang paling seronok va va va ialah waktu tengah dan hujung tahun, sebab lepas periksaan. Preparation untuk hari terbuka merangkap hari menyain laporan periksa pelajar memang la banyak. Lepas tu nak kena latih budak-budak untuk persembahan majlis anugerah kecemerlangan lagi... Serius penat.

Tapi, tengok-tengok kali ni aku tak pegang kelas pun masih lagi kena uruskan persembahan.. Ini kot, namaya jawatan tetap dan berpencen.. On top of that, aku telah di'chop' oleh cikgu kelas TAHUN 1 untuk jadi guru pengiring.. TAHUN 1 ok!!! huhuhuhu.

Sebut je tahun 1 mesti orang bayangkan budak-budak yang comel-comel lagi cute miutt hehehe.. Memang la comel. Tapi nak melatih dorang memang memerlukan kesabaran yang tinggi dan toleransi yang tak berbelah bagi.

Aku dengan guru kelas tahun 1 pakat-pakat nak dorang buat action songs aje. Nyanyi sambil buat pergerakan. Sudahnya aku sendiri yang berpeluh-peluh bila masuk kelas dorang.. Take 5 tu bukan untuk budak berehat sebenarnya, tapi untuk cikgunya yang mudah pancit ni ha.. Dorang masa take 5 pun tak reti diam.. Tersangatlah energetic to the max!


The restless 7yearsoldkiddos

P/S - Nak tergelak dengar pengawas2 tahun 6 pun surrender nak jaga kelas tahun 1 waktu guru-guru bermesyuarat. Baru kau tahu macam mana rasanya bercakap tapi takde sapa yang mengendahkan ye.. faham la skarang konsep 'tak makan saman'... muahahahaha..

Sunday, October 31, 2010

Berkhemah dalam kelas..

Salam.

Entri spesel edisi..
Now aku hapdet dari Pusat Akses Sekolah. Tak pernah² OK. Sebab server ni selalu nya kelajuan siput. & macam la aku ada banyak masa sangat nak lepak-lepak dalam Pusat Akses waktu sekolah. Alang2 aku tido dalam Pusat akses malam ni so tak kan nak biarkan PC & server dalam ni kesejukannn saja kan, hehehe..

Malam ni suasana sekolah aku ni agak meriah la sebab budak2 berkampung kat dalam ni. Konon2nya perkhemahan.. Tapi tido dalam kelas sumanya, hehehe. Musim tengkujuh dan mula menjengah, so haruslah tanah basah dan becak.. awwwww tak koser. Khemah tetap didirikan & berdiri dengan megahnya...cuma tak de penghuni la. Students suma sumbat tido dalam kelas. Lebih selesa.

Memang liat gila nak bersiap sebelum pergi sekolah tadi. Tapi macam kurang beradab pula kalau tak pergi dan membiarkan cik-cik yang lain saja kat sekolah, hehehe.

Ok daaaa... Guna PC orang ni macam mati kutu la. Idea tak berapa nak kunjung tiba.

Wednesday, October 27, 2010

The Output...

Salam..

Musim mencari kesalahan & kebenaran datang lagi, hehe..
Sekejap saja dah masuk minggu ke 38 dalam sesi persekolahan 2010.. Ada baki 3 minggu lagi sebelum budak-budak ber hip hip hooray.

(Mencari kesalahan & kebenaran=menanda kertas jawapan)

Minggu-minggu terakhir ni budak-budak datang sekolah berlenggang bawa pencil case saja. Itu pun ada jugak yang tak bawa kelengkapan yang cukup. Memang lah betul-betul namanya berlenggang kangkung adik Limah. Mentang-mentang minggu periksa. Tak reti-reti pula nak bawa buku 2-3 untuk dibaca-baca. Haih budak..

Dulu-dulu masa aku kecik-kecik dipanggil peperiksaan akhir tahun. Sekarang dah jadi Ujian Setara Akhir Tahun. Tak kisahlah apa pun namanya, bila pun zamannya, tujuannya sama saja...

Dulu sorang teman pernah bertanya. Macam mana aku nak kira 'output' seorang guru ye.

Kalau pekerja industri, boleh jugak kira berapa banyak benda yang dihasilkan.
Kalau jadi programmer/tester, boleh tengok pada keberkesanan program / feedback dari klien/pengguna.
Kalau peniaga, berapa banyak pendapatan hari tersebut.
Kalau jadi peguam, mungkin bila menang sesuatu kes la kot.
Er.. nak senaraikan semua jenis pekerjaan pengsan pulak kang.

Macam mana ye, kalau,

Ajar murid-murid dalam 1 masa, kemudian lepas tu kita uji... dorang boleh jawab.
Tiba-tiba dalam exam bila jumpa soalan yang sama budak tu tak boleh jawab.

Sekarang, baru aku teringat2 soalan teman yang tidak terjawab tu..
& harunya, masih lagi tak terjawab, huhuhu.

Mungkin lepas aku siap menanda kertas budak-budak ni boleh terjawab persoalan ni. Oh mataku sudah berpinar... Berhentilah meraban cik Didi & teruskan mencari kesalahan & kebenaran......

Tuesday, October 12, 2010

Red - The Underdog

Salam.

Merah. Biru. Kuning. Hijau.

Ini bukan kisah warna-warna pelangi.

Mahupun cerita pasal kuih lapis.

Ini kisah rumah-rumah sukan di sekolah.

Ingat lagi? Zaman-zaman rumah sukan dulu-dulu?? Apa? Kenangan silam ek?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku.. penasihat rumah merah kat sekolah.
Sebelum aku posting kat sekolah ni, khabarnya rumah merah ni memang pemegang ranking corot.

Tahun 2008, bila aku datang, jeng... jeng.. jeng..

Masih lagi corot. Hehehe aku dan sukan memang tidak sekufu.. That's explain my 'tough body' (hahhhhh!! sila la percaya ye, =) )

Tapi tahun 2010 ni nampaknya ONG rumah merah sangat terserrrrlahhh.
Yes, Red Team, the underdog.

Dikala penasihat-penasihat rumah lain sibuk menjobo kehebatan atlit-atlit dalam rumah masing-masing, aku & my colleague cuma diam tersengih2.. Hehehe kami sedar diri, gitu. Cuma aku kata, aku 'chop' no 3, sebab no 4 tu macam menyedihkan je, huhu..

Tup-tup, hari terakhir kejohanan, rumah kaler angpau ni muncul juara..juara okey

Wahahaha.. Syukur Alhamdulillah. Rasa macam tak caya.

Opss.. itu cerita 6-7 bulan yang lalu.. Hehe sudah la berkulat cerita itu (mana ada sukan hujung2 tahun,,)

Tapi last week, tak sangka sekali lagi muncul, the underdog team nih.. Aku ingat lagi, sikit punya susah nak pujuk budak2 year 6 main. Alasan: tak tau teknik, tak faham & segala2 yang berkaitan dengan tak tahu lah.

Alih-alih, Merah nombor 1 ..

Tak faham, tak faham..

Dengan cikgu-cikgu penasihat tak faham. Tapi suka =) Dah macam apa agaknya cikgu-cikgu penasihat melompat2 di tepi gelanggang masa tu.


Korang memang BESHHHHH, hip hip hoorayy

Wednesday, October 06, 2010

Entri hampir basi - Raya @ SKLE 2010

Salam
Dah nak habis Syawal pun.
Tapi baru nak bergebang pasal raya..

Serious aku bizi lepas raya hari tu..

Macam biasa, sekolah aku pun ada buat jamuan Hari Raya hari tu.
Betul2 lepas UPSR berakhir, hari Jumaat 24 Oktober.

Yang tak menahannya, GB siap bagi arahan (especially for me, ye! cikgu BI) suruh budak2 Year 6 jawab sekali lagi Paper 2 UPSR. (Ada yang nak tau kenapa? Baiklah, sebab nak estimate sendiri siapa yang berpotensi dapat gred A, B, C ataupun karipap.. D lah kalau karipap tu ye, huhu)

Aku nak nego suruh dorang jawab on the next Monday. Tapi boss kata lambat sangat, takut budak2 lupa.

Fine. Aku tak kisah.. Makcik ikut sajoo, tapi siap pesan kat GB.. suruh dia sendiri yang bagitahu budak2 tentang re-sit ni. Kenapa? Eh mesti la lain effect nya kalau GB yang berpesan compare dengan aku yang berpesan.. Aura nya tu tak sama.. hehehe.. ada faham??

Makanya, pagi2 tu menjawab lah mereka dalam keadaan berbaju raya..
hahahaha..


Siap ada yang muncung2 weh (budak2 la..) bila tiba2 tau kena re sit paper Sains sekali..
Banyak la cekadak.
Malas nak layan~~ Sangkut hanger kat mulut tu kangggg..

Lepas tu, mula la acara..
Tahun ni format nya lain sikit..
Kami buat acara Marhaban ke kelas2..

Cikgu2 bersama budak2 Tahun 6 melawat kelas2 untuk mengalunkan Marhaban & kemudian menjamu selera..

Meriah oooo.. Seronok pulak sebab dapat tau memacam lagu Marhaban.. Budak2 ni lagi advance dari cikgu..


Ni guru kelas tahun 3, hehehe... Cikgu Farah Hanan
Tahun 3 bergabung dengan Tahun 2 (Guru kelas=Cikgu Haslina)
Sebab ni kelas my BFFs, so lama la aku melepak kat sini.. siap tolong2 kemas (sikit je!!! hehehe)lagi.. Sampai tak masuk kelas sorang lagi BFF, Cikgu Linda, Guru kelas Tahun 5..


Menu special kat kelas dorang adalah Lasagna.. Lama dah tak makan weh.. Last masa kat UIA dulu.. kat HS Cafe kalau x silap..

Sedap lasagna hari tu.. sepotong kecil saja telah mengembang dengan jayanya dalam perut aku.. membuatkan aku menapau saja makanan kat kantin hari tu.. Tak bleh masuk dah.. ada unsur2 cheese kan. Harus aku muntah kalau makan nasi lagi masa tu..

Seterusnya, acara membedal eskrem, hehe.. Bukan la acara pun.. Masa rehat adik penjual eskrem ni serve budak2 tu.

Elok je lepas tu, turn cikgu pulak. Aku amik 2 kali (kira ok la, budak2 ada yang sampai 5 kali, hehehe).

Lepas geram. Lama x makan ooo.. Lepas tu matching pulakkkk kaler eskrem dengan baju aku..


Elok2 je habis waktu sekolah, aku pun cha alif ba wau ta - balik kampung.
Sambung raya!! huhuhuhuh