Showing posts with label Meraban. Show all posts
Showing posts with label Meraban. Show all posts

Saturday, April 16, 2011

When Side dish becomes main dish

Ni kes malas ok.
Aku bila malas datang. Memang super duper.

Kelmarin, buat roti jala, tapi malas nak buat kuah. So makan aje la roti jala kosong cenggitu.

Hari ni ingat nak perap ayam ala2 BBQ (nak bako, aku mana ada tempat bako) n buat side dishes nya, coslow (ejaan hentam saja) & mashed potato.
Tapi yang selamat cuma mashed potato & kuah black pepper aje.
So, makan itu aje la ye.

Choiiii betul si pemalas ni.

Gambar?
Aku rajin kang aku taruk huhuhu

Sunday, April 10, 2011

Rumaja & Restoran Makanan Segera

Aku rasa teenagers zaman sekarang kaya-kaya. Buktinya, setiap kali aku menyinggah KFC Rompin kebiasaannya hari Ahad) mesti ramai budak-budak asrama makan-makan kat situ.
Makan-makan sambil bersantai dengan kawan-kawan dengan pakai baju batik.
Makan-makan sambil duduk rapat-rapat dengan kekasih. erk..
Makan-makan sambil gelak kuat-kuat kah-kah-kah macam KFC tu dorm dorang.
Whatever,..
Adik aku yang form 2 tu pun sama. Aku tau dari adik bongsu aku yang dia ada pegi KFC bila kuar bandar.

Aku dulu duduk asrama jugak. Tapi paling-paling kuat pun pegi makan mi goreng basah dekat bus stand Kuala Terengganu. Takpun, makan nasi air dekat warung Wakaf Tengah.
Pakai baju batik.

Masa duduk asrama dekat Batu Pahat aku tak pernah outing! Sepanjang tahun masa Form 1 (1995), aku sentiasa balik umah pada hari outing (Sabtu) sebab nak pegi darjah khas agama.

Sebenarnya,warden aku tau aku tunggu bas setiap pagi Sabtu.(Padahal tunggu ayah aku lalu, dia amik ikan dari pasar Batu Pahat awal-awal pagi & akan lalu depan hostel aku; aku ikut ayah aku balik rumah pagi-pagi)

Dan warden aku ingat aku balik asrama terus lepas kelas darjah khas habis pukul 1 p.m. (Padahal tak pernah langsung aku terus balik hostel. Memang aku akan balik rumah aku dulu, lepak-lepak, petang karang baru tehegeh-hegeh balik asrama. Kadang-kadang lebih ekstrem, suka-suka balik petang Ahad..muahahaha. mak ayah aku kata kalau jadi apa-apa dorang tak tau.
........
.....
..
Selamat je setahun aku menjalankan kegiatan gelapku itu, kahhhh2.)

Lepas tu, masa Form 2 & 3, lepas aku memang kena duduk asrama betul-betul, no more cabut-cabut macam Form 1, tiba-tiba pihak pengurusan asrama buat peraturan baru. Budak hostel tak boleh outing langsung melainkan dengan ibu bapa yang datang mengambil.Nak beli barang, beli aje kat koop asrama.

Jakunkan? hehe.... Tapi masa tu tak kisah pun. Sebab nak keluar bandar pun, macam lah ada duit sangat..
Memang tak merasa la aku gi keluar outing suka-suka dengan kawan-kawan.
Mak ayah bukan jenis nak melayan bawak anak-anak keluar bandar sangat. Ada la, sekali je kot. Mak aku amik aku dan bawak gi bandar.

Eh. Tadi nak cerita pasal teenagers dan restoran makanan segera kan. Termelalut pulak, hehe. Maaf. Aku memang selalu begini, hehe.

Tak lama dulu, aku pernah pegi makan kat McD Carrefour Batu Pahat. Serious aku agak terkujat. (Sekejap je!) McD penuh dengan student-student IPT dengan memacam aktiviti. Yang paling aku kagum, ada yang boleh study kat situ. Study, OK!! Baca buku gemuk tu sambil pegang highlighter & buat notes. Kagum tak kagum pulak aku. Di tengah kebisingan McD tu, ada insan yang boleh fokuuusss study. Yang lelain tu, ramai yang buat discussion, berdating & tengok bola. Tak kurang jugak yang online guna WIFI McD.

Cayalah dik. Memang ahkak kagum. Ahkak dulu study dalam bilik je. Takpun sekali sekala dekat library. Tapi kebanyakan masa akak habis dekat General Lab la, hehehehe.

Seingat-ingat aku, aku mula pandai meng order makanan kat restoran makanan segera bila aku dah 18 tahun ke atas. Tu pun sebab aku dah masuk matrik & mula memegang duit sendiri.
Mula-mula KFC. Kemudian cuba-cuba masuk Mc Donald pulak. Lepas tu Burger King.

Sekarang ni, nasib baik jugaklah aku tercampak di daerah yang ala-ala Pekan Koboi ni. KFC ada la. Yang lain, ilek. Kot kalau ada Pizza Hut, McD bagai, mau aku selalu keluar mentekedarah, huhuhu.

Ni cara-cara pegi fastfood restaurant bila dah 18 ++.
Cer aku start pegi masa aku remaja-remaja macam budak-budak ni.
Konfem aku menjadi gemuk dengan lebih awal.

Tsk3.. Aku memang gemuk sekarang.

Friday, April 08, 2011

Laser

Assalamualaikum.

Pagi tadi ada perjumpaan Ibubapa & guru pelajar Tahun 6.

1 of my colleague beriya-iya nak present, siap mencari laser bagai, nak point kat slides kat depan..
Baguslah, kata kerjasama. Ada team yang prepare bahan. Ada yang lain pulak present.

Aku pun laser jugak hari ni. Bukan laser kaler merah untuk tunjuk-tunjuk tu, tapi laser mulut.

"Daripada markah periksa anak Encik kali ni, saya rasa dia tidak bersedia langsung & memang nampak macam tak belajar untuk subjek ni. Kerja rumah selalu tak buat. BUku pun kerap tak bawa."
Ateee, asalnya dari lulus ko boleh dapat karipap, 28.

"Sama yang macam akak cakap tadi, dia suka menjawab bila akak bercakap. Macam tu jugaklah dekat sekolah, dengan cikgu-cikgu ni. Contoh, kalau saya pesan 'Jangan lupa siapkan kerja saya di rumah,,' maka jawab dia tanpa rasa bersalah 'tengoklah kalau rajin cikgu ,,' "
,,,begitu........

"Anak akak kata, 'Memang tak sempat nak buat kerja rumah pun cikgu,,,'
Walaupun kerja rumah itu saya beri untuk cuti sekolah selama SEMINGGU.
Dia siapkan kerja tu hari Isnin, lepas naik sekolah.
Buat depan saya, dan hantar lewat sikit dari kawan yang lain."
So memang nampak la dia tak buat masa cuti (dan memang budak tu terang-terangan mengaku punnnnn...)


Laser ke aku?
Biorlahhh. Aku cuma dah malas nak selindung-selindung.
Sori bebeh.
Laser pun laser lahh

Tapi aku rasa ini bukan laser.

Sunday, April 03, 2011

Analogi Lauk Hari Ahad~

Minggu ni straight 5 hari dapur aku tak berasap sebab masak lauk.

Asap dari cerek air hari-hari ler.. hehe

Dalam kepala tengah kumpul-kumpul-kumpul,,, apa eh makanan yang aku teringin. Lagi-lagi bila blogwalking kat blog resepi..

Jadi, menu hari ini adalah,,


Ayam masak gulai limau purut

&&


Tumis kacang panjang dengan sotong.



Menu asal dari sini , penulisnya Kak Wana.


Plan asal ada 1 lagi lauk, Sambal ikan bilis goreng. (Ikan bilis goreng yg ditumbuk dengan bawang dan cili padi)

Tapi dah tak larat nak masak huhu. Penat jugak berdiri walaupun cuma dua lauk.

Lagipun, perut aku kenyang lagi sebab makan roti sardin tadi.

**1 lagi sebab aku malas nak masak ialah, lepas masak aku rasa kenyanggg je walaupun belum makan. Mungkin masa memasak bau-bauan itu telah menyumbat-nyumbat hidung aku, menghantar isyarat ke otak lalu aku rasa kenyang. Ataupun otak aku mentafsir masakan aku tak sedap, so selera terus hilang.

Sebut ayat Penat jugak berdiri walaupun cuma dua lauk, teringat luahan sorang cikgu senior kat satu sekolah di utara tanah air masa zaman aku kat Maktab dulu.

Dia umpamakan cikgu, anak murid & keputusan periksa dengan suami, isteri & lauk.

Seorang isteri sibuk memasak lauk untuk suami. Kerana kekangan waktu, isteri tersebut cuma masak sejenis lauk saja, gulai ayam. Lauk diletak di bawah tudung saji beserta dengan nasi. Suami yang lapar terus membuka tudung saji & setelah melihat lauk yang terhidang, lantas berkata,,,

"Ini ajeee????"

Walhal untuk menyediakan 1 jenis lauk itu, macam-macam persiapan yang dibuat isteri.

Betul jugakkan? Lain la kalau hidang ikan masin goreng saja, boleh la kasik komen "Ini ajeee????"

Cikgu tu kaitkan pulak dengan cikgu, anak murid & keputusan periksa.

Pelajar yang mengambil keputusan periksa, & mendapat keputusan yang baik, namun bukan yang tebaik. Contoh, dapat 4A1B instead of 5A. 8A1B instead of 9A.

Datang pula individu lain tiba-tiba mengeluarkan komen,,
"Hai, dapat begini ajeeee??? "

Walhal untuk mendapatkan keputusan sebegitu, siapa yang tahu jerit perih yang cikgu & pelajar tersebut dah lalui...

Tepuk dada, tanya selera. Nak makan apa hari ni? hehehe

Sekian entri meraban hari Ahad.

Saturday, April 02, 2011

Excited Lebihhh

Tetiba feeling macam budak kecik.

Excited lebih dengan meja komputer merangkap meja study & kerusi empuk,,
(Ya!!! lebih banyak ruang untuk aku sepahkan buku/kertas/alat tulis aku tanpa perlu melambakkan buku depan TV lagi~~)

Hehehe. Jaman kecik-kecik dulu, kalau dapat sesuatu yang baru, mesti banyak kali nak try pakai/guna kan? Macam kasut/beg sekolah ataupun kasut/baju raya.

Rupanya dah tua-tua gini masih ada perangai macam tu OK,

Tapi takpelah, at least aku memakukan punggung depan PC ni dengan semangat berkobar-kobar untuk siapkan kerja-kerja aku yang membukit itu.

Walaupun dikira masih bekerja, di hari cuti.

Hey, siapa kata jadi cikgu rilek saja kerjanya???

Saturday, March 26, 2011

Saman!

Tengah kecoh-kecoh orang dok check saman ni, aku pun nak check jugalah..

Manalah tau, di sebalik kesiputan aku membawa kereta,, kot-kot la time terlebih press minyak tu tetiba JLL3092 terserempak dengan benda nih,



Mau letak antena kat dahi kalau tetiba dapat surat/notis suruh bayar saman. Kalau RM3 tu layan lah lagi. Tapi kalau RM300??

Sayang oooo duit.. Penat keje~~

So, tekan-tekan-tekan-tekan-tekan-tekan

akhirnya,

RM0.50 POLIS: JLL3092 Tiada Saman dikeluarkan sehingga 25/03/11. Terima kasih.

Sama-sama lah ye,,
hehehehe

Friday, March 25, 2011

Kenangan SPM

Baru-baru ni result SPM keluar ek.. Teringat lah pulak zaman aku ambil SPM dulu..

Aku dan 82-ers adalah kumpulan terakhir yang yang keputusannya dikira berdasarkan agregat.
Zaman-zaman penggredan subjek adalah dikira dari A1, A2, C3, C4, C5, C6, P7, P8 & F9..
~~dah macam papan kekunci kat keyboard plak aku rasa..heheheh..

Aku SPM 12 tahun lepas (erk.. lamanyaaa dah berlalu!), tahun 1999.

Ambil di Terengganu, sebab masa tu aku sekolah @ MRSM Kuala Terengganu, Wakaf Tengah, Mengabang Telipot. Siap ingat lagi nombor giliran (ingat ni, tak tipu ok,, bukan aku berlari sekejap tengok fail, hehe) : TA037B037

Cantik kan nombor? hehehe

Kenangan yang aku tak boleh lupa masa aku ambil SPM dulu...:

1- SPM masa bulan puasa.
Agak penat sikit la seingat aku.. Tapi OK je. Takde la sampai tak boleh nak jawab langsung.

2-Zaman internet tengah BOOM!
Masa tu seingat aku memang tengah gian-gian dengan internet. Masa ada gap antara hari exam, aku masih ingat aku dan beberapa rakan keluar outing ke pekan Wakaf Tengah, dengan agenda sampingan pegi Cyber Cafe. Masa tu tengah gian nak buat email, nak chatting guna MiRC...
Boleh pulak.. tengah2 SPM tu.

3- Tertinggal IC di hari exam
Subjek Pend. Agama Islam masa tu. Boleh pulakkannn tertinggal. Dah la hostel dengan bangunan sekolah jauh. Lepas selamat sampai dewan dengan IC di tangan, aku kecungapan. Calon-calon lain dah mula menjawab. Perghh. Tapi rasanya masa tu aku bertenang kot, hehehe. Alhamdulillah, A1 dalam tangan, ^^

4-Beratur panjang nak guna public phone
Biasalah, komunikasi antara family di kampung cumalah melalui public phone. Tapi sebab nak SPM kot, semua pun sama, nak kol cakap dengan parents/family memasing. Lama beb beratur malam sebelum SPM mula tu..

Apa lagi ek. Banyak lagi kot. Tapi cuma 4 perkara ni je yang terlintas kat kepala aku..

Monday, March 14, 2011

Parenthood is tough!

Assalamualaikum..

Bila seorang bujang bercakap mengenai keibubapaan.. =)

Awal-awal cuti sekolah ni, macam biasa.. aku tak kan dapat balik kampung awal-awal punya..

Kelas tambahan beb. Tak buat, rasa tak sedap. So, buat.
Bila buat, nak la buat awal-awal.. Kata kena rancang cuti kita.. So merancang la ni. Mula cuti terusss zass ada kelas. Lepas kelas baru balik kampung. dan, don't expect me to come here (sini, tempat keje) earlier...

Mak Usu aku dah bitau sebelum cuti aritu yang dia nak datang Mersing. Biasalah, sini kan kawasan peranginan. Diorang dah pernah datang sebelum ni. Tak macam aku, dorang sangat sangat suka dengan pantai. Dari bapaknya (Pak Usu), mak nya (Mak Usu) & anak-anaknya (sepupu-sepupu aku)..

Bila famili yang ada budak-budak kecik ni.. faham-faham la kan, macam mana, huhuhuh. Aku memang dah ingat-ingat lupa, walaupun aku dulu membesar dengan adik-adik sama-sama membesar.

erk. Tak paham? Hehe macam ni. Adik beradik aku ramai, 8 orang. Jarak kami jauh-jauh pulak tu. Masa form 5, aku dapat adik lelaki sulung. Masa tahun 2 kat Matriks, aku dapat adik lelaki bongsu. So, sepanjang aku membesar, aku jugak menyaksikan adik-adik membesar (dari baby ke toddler, ke kanak-kanak n seterusnya)

Dan haruslahhhh bukan menyaksikan aje. Kena lah menolong-nolong juga walau dalam mode terpaksa.

Mandikan baby. Pernah. Aku dah 18 tahun masa adik aku umur 6-7 bulan.

Change diapers/napkin. Lagi la pernah. Ni masa aku sek rendah pun aku kena. Ntah adik aku yang mana tak ingat dah. Termasuk la pakaikan baju.

Kalau terberak, kena la basuh, tiheeeee =) Part ni pun tak best jugak.
Teringat ex-roomate aku masa kat MRSM pernah citer yang dia basuhkan berak adik dia guna kaki. Hahahaha. Gila kejam. Lawak pulak bila ingat-ingat balik.
Aku masih lagi pakai tangan masa tu, huhuhuhu. Macam tak sampai hati pulak nak guna kaki kat situ. After that kasik sabun la itu tangan.
Tapi my mum lagi tough kot, zaman-zaman pakai lampin dulu, dia siap basuhkan lagi lampin yang kena t**i tu. Zaman 90-an, rasanya ramai lagi yang pakai lampin. (Familiar dengan term seluar getah? hehehe.. Dipakaikan diluar lampin pada bayi.)

Buat susu. Alahaiiii memang kena. Semua adik beradik aku pun pernah rasa kena buat susu. Sebab keje yang paling senang. Jangan ko nak mengelak. Ingat lagi, masa tu kalau aku geram, aku buat susu dengan portion air panas yang banyak compare to air masak. So panas la susu tu n adik aku tak boleh nak minum immediately.. Jahatkan aku?

Bagi makan baby. Bubur nasik tu kan. Lepas tu sikit punya hazabb. Baby tu kita dudukkan dalam walker. Lepas tu keje nak merayau je. Bila suap, kadang-kadang dia telan. Kadang-kadang dia luah. Lepas tu comot memang tok sah cakap la. Kadang-kadang dia capai air/bubur dan tumpahkan...
Huahuahuahuahua..

Apa lagi ek.. Pakaikan baju. Yang ni tak susah. Sebab lepas mandi budak kan rasa segar. Syok je sebab wangiii.. Sapu-sapu lotion, bedak bagai..

Walaupun banyak lagi keje-keje yang tough aku tak buat, macam masakkan bubur, basuhkan lampin, dan memacam lagi lah, tapi pernah la merasa semua-semua itu.

Now, adik aku yang bongsu dah 10 tahun. So sikit-sikit memori pasal penjagaan kanak-kanak kecil ni makin dilupakan. Juga keserabutannya, hehehe =)

Lepas tu kakak-kakak semua dah besar. So jangan ada sesiapa yang berani buat perangai mengada, hehehe. Di tempat kejadian juga akan kena.
Kena apa tu? hehehehe faham sendiri suda.

Tapi dengan kedatangan para sepupu-sepupu aku yang kecik-kecik ni buat aku rasa erk.. Ini sama macam zaman dulu-dulu.

Menangis tanpa sebab yang boleh diterima akal orang dewasa..
Menyepahhhhh. Ye, sepah orang tua macam aku dengan sepah budak-budak memang tak sama.
Berkecahh. Nak gosok gigi je tapi aku dengar dalam bilik air dah ala-ala nak basuh bilik air. Sila la basuh kasi bersih, bolehh???
'Mandikan' kulit-kulit siput n kerang dengan washing liquid kesukaan aku. Arghhhh..korang,,
Baca komik-komik sampai terkoyak/bercerai muka surat.. {huhu.. nanges..}
Tanya soalan banyak sangat. Tapi diorang tanya kat mak dorang la. Bukan tanya aku. Yang pasti mak nya pun tak terlarat nak layan. Zass aje kot. Hehehehe.

Apapun, kehadiran diorang 2-3 hari ni mesti buat aku terkenang-kenang lepas ni bila rumah dah kosong semula.. Meninggalkan seorang cikgu gemuk yang suka online.

^^

P/S - Kekadang bila ada yang menyaund (sound) si bujang ni,
Dia: "Alaaaa, ko bujang memang la tak rasa lagi macam mana besarkan budak, hehehehe"
Aku: "hehehehehe hoh." (Dalam hati: Aku pun pernah rasa jugak, maybe ko di zaman baya-baya aku tak merasa pengalaman macam aku, cuma ditakdirkan ko dah berkahwin/kahwin lebih awal dari aku sekarang.. So, apehal ko nak rasa macam ko sorang je yang pernah mengalaminya dan orang-orang bujang macam kami, tak tau apa-apa.. Kami mungkin berdiam saja, tak cakap apa-apa.. but then, er.. )

Saturday, February 19, 2011

Ibarat roda..

Assalamualaikum..

Selalu kan dengar, orang kata.. dunia ini ibarat roda.. Kadang-kadang kita ada kat atas. Pada satu masa lain nanti kita akan duduk kat bawah pulak. Kadang-kadang kita mengeluh kenapa laaaa asyik duduk kat bawah. Tanpa kita sedari masa berlalu & tiba-tiba, baru kita tersedar yang kita dah duduk di atas pulak..

The point is, how would you behave on each situation? Tang duduk kat atas, bawah & juga tengah2 roda tu,...


Malam semalam ada 1 unknown number naik kat phone aku. Berlari-lari aku yang tengah masak nasik-goreng-takde-jenama (no identity though, memacam aku letak huhu) masuk ke bilik capai henfon.

Dah macam psycho aku. Tekan button receive, tapi senyap tak bersuara. huhu. Taktik tu. Aku malas melayan panggilan merapu. Tunggu the other side dulu bercakap.(Ni aku buat dekat anonymous aje ok..)

Its happened that it was my ex classmate masa kat maktab, Encik X. Aku macam.. eh motif kol aku?? Sebab kami memang tak ngam dari zaman maktab.

gedebak-gedebuk-gedebak-gedebuk bercakap lebih kurang

rupanya..

Hm.. Nak mintak soalan dari aku. Aku kata aku banyak keje dan jawatan kat sekolah. (Well it is a fact!) Kalau setakat ujian bulanan aku tak sempat nak taip-taip. Main fotostat dari buku je. So aku cadangkan dia buat macam tu.

He said, tak nak, OK. Tak suka.

Patutnya kalau tak suka amik soalan dari buku, so sila lah kerahhh otak bina soalan sendiri. Tapi makan masa la. Lagi-lagi kalau banyak kelas nak ngajar.

Eh. Jawabnya tak boleh pulak (dah agak!). Banyak kelas nak mengajar. Dari Year 2 sampai 6.

Aku suggest, gi la cari dari network sekeliling. Dalam satu zon, daerah, takkan tak ada kontek sekolah lain.

Cikgu-cikgu BI sekolah area situ tak suka share bahan.. Katanya..

Last-last, dia siap bagitau suggestion kat aku. Yang tak tahannya, aku pun terlibat sekali. Mintak aku poskan soalan-soalan Majlis Daerah dalam simpanan Bank Soalan sekolah aku. Takpun, scan kan, email softcopy kat dia.

Eh, kau! Senang je ye?

Dia kata, dia boleh bayar kat aku.

Ni bukan soal bayaran.

1
=-=
Kau cikgu. Kau nak kasi ujian pada budak untuk uji kefahaman dia dalam topik yang kau dah ajar. Tapi kau mintak soalan dari orang lain, yang ada kumpulan-kumpulan pelajar dengan kelemahan tertentu. Sama ke?

2
=-=
Tak suka soalan dari buku? Aku rasa soalan dari buku banyak je yang OK. Aku pun pilih-pilih soalan dari buku, yang ada kaitan dengan topik yang aku dah ajar. Tapi aku taip semula. So nampak la kemas sikit. Kau? Ambil dari buku pun kau taknak. Bina sendiri kau kata tak sempat. So, jalan terbaik mintak kat orang?

3
=-=
Cikgu-cikgu sekolah lain yang berhampiran tak suka sharing. Huhu. Ye. Aku cukup faham tang itu. Tapi perlu ke kau salahkan diorang kalau diorang tak nak share? Adakah kau cukup rapat dengan diorang untuk kau copy-copy bahan hak cipta diorang sesuka hati? Adakah kau pernah tawarkan apa-apa bahan untuk kau kongsi dengan diorang sebelum ni?
It's not like, kau jumpa someone tepi jalan & main mintak-mintak macam tu je..
Kalau itu adalah bahan yang Pihak Atasan suruh sebar-sebarkan pada sekolah-sekolah berdekatan.. Aku rasa tak ada masalah.

Tapi cakap terus terang la.. Aku rasa malu nak mintak soalan periksa dari kawan di sekolah lain. Aku sendiri tak pernah membayangkannya. Tak tau, kalau aku minta, orang nak kasi atau tidak. Lain la, kalau bunyi nya, nak tukar-tukar soalan, macam soalan Percubaan ke..

Menyediakan soalan (aku guna perkataan menyediakan, sebab terpulang pada cikgu nak bina sendiri atau nak ambil dari buku) tu bukan ke termasuk dalam tugas hakiki seorang cikgu???

Seorang Encik yang juga seorang ketua keluarga tak patut menunjukkan side yg begitu lemah macam ni. Aku tak nampak apa-apa keterangan dari dia yang menunjukkan dia berusaha, kecuali
~Dia berusaha mintak kat cikgu-cikgu sekolah lain. Tapi tak dapat.
~Kemudian, berusaha cari balik nombor-nombor lama classmate kat maktab untuk dihubungi. Lantak la tak pernah tanya khabar sebelum ni pun takpe. Janji boleh call untuk mintak soalan. Usaha la tu kan.
~Berusaha meyakinkan aku dengan memberi alasan-alasan yang boleh dikuis & ditepis aku dengan mudah. Alasan tak relevan la bang. Maap.

Dia lelaki. Patut lebih tabah. Ye, ayat aku macam berlagak tapi aku memulakan karier ni dengan kepayahan. Sendiri-sendiri juga. Tapi belajar la sikit-sikit. Kumpul bahan sikit-sikit. Kenal network sikit-sikit.

Sila berusaha lagi! & tolong refleksi diri.

Orang yang kau pernah lemparkan kata keji, akhirnya,, dia yang kau minta tolong untuk membantu saat macam ni.

Sekian. Usaha Tangga Kejayaan.

P/S - Ye. Aku mungkin sudah berubah menjadi lebih sarkastik setelah menimba pengalaman setahun jagung. Sedar diri, saya masih orang baru. Tapi juga sedar diri, jangan sewenang-wenangnya membiarkan diri dibuli sesuka hati.

Friday, February 04, 2011

Pinggan mangkuk kaca VS Pinggan mangkuk polisterin

Salam.

Aku pernah berkisah pasal jiran tetangga aku yang ada masanya sangat aktifff menghantar makanan kan. hehe.

Skarang dah lama ok tak hantar.

Huishh. Bukan menunggu-nunggu apatahlagi mengharap-harap. Cuma rasa lega sikit. Kenapa? Ye. Mood & semangat memasak jarang-jarang menyerap dalam diri. 'Memasak' yang aku maksudkan di sini adalah memasak makanan yang senonoh & cantik persembahannya.

Well, aku masih lagi masak hari-hari. Tidak-tidak pun, 2-3 hari sekali. Bergantung pada tahap kesibukkan jugalah. Kalau santapan aku cuma telur dadar & sayur tauge tumis air. Takpun roti telur. Atau sambal sardin. Kadang-kadang sambal kentang. Takpun ikan masin goreng. Macam tak caraaaa aje nak hantar kat orang.

Sebab tu acara 'masak-memasak' ni aku spesifikkan pada hujung minggu. Lepas aku keluar bawak bakul pegi pasar. Tu pun bukan la acara wajib.

Semenjak dua menjak ni, kalau diorang menghantar, biasanya makanan tu datang dalam persembahan begini,
.
..
...
....
.....
.......
.........



Kan senang lepas tu terus buang... (agaknya la, ini yang dorang fikir huhu)
Sebab dah banyak kali pinggan mangkuk dorang aku peram buat jeruk dekat dapur..

Maaf makcik, atok.. saya memang tak rajin 'memasak'...

Monday, January 10, 2011

Cubaan ramah mesra yang tidak menjadi

Situasi satu petang di pasar ikan
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-==-=-=-=-=-
Pembeli: Saya nak ikan pelaling ni RM2,
Penjual: Hai, sikitnya makan. Ni udang tak nak? Ikan siakap? Ikan selar?Ikan %^&%&^*&%*%*##$@ <--macam² jenis penjual sebut. Tak ingat semua.
Pembeli: Takpe lah itu aja, ni orang kirim.
Penjual: Udang tak nak? Ikan siakap? Ikan selar?Ikan %^&%&^*&%*%*##$@
Pembeli: senyum dan blah.


:::::Malas nak cakap banyak::::::
Iya kan aje la~~~ save the saliva


Situasi satu pagi di pasar ikan
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-==-=-=-=-
Pembeli:
Saya nak ikan ****** ni 3 ekor.
Penjual: 3 ekor je?
Pembeli: Tak jual ke kalau nak beli 3 ekor?
Penjual: eh, jual! jual! Dok soghang je ke? Abang tak de kat umah?
Pembeli: Takde. Dia kursus.
Penjual: Oh patut la sikit sangat beli.
Pembeli: .

:::::Malas nak cakap banyak::::::
Iya kan aje la~~~ save the saliva



Situasi di satu pasaraya - new drink booth (kopi keluaran apa entah, lupa dah nama)
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-==-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Promoter: Dik, rasa kopi dik~~~
Pembeli: Boleh juga.
Promoter: Boleh cuba beli kopi baru ni. Akak cadangkan adik beli yang ni, sebab kurang gula, sesuai la kalau badan macam adik ni minum. Kalau yang ni (sambil tunjuk peket yang lain) ada kacip fatimah. Takut abang pulak nanti tak minum.
Pembeli: ? . Tima kasih bagi rasa kopi ni kak....

:::::Malas nak cakap banyak::::::
Iya kan aje la~~~ save the saliva


Situasi di satu pasaraya lain
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-==-=-=
Pembeli: Mana pencuci muka ***** ek?
Pomoter: Oh itu ada dekat sana. Eh you nak cuba pencuci muka ini tak? Ini manyak bagus o. You beli ini sekarang dapat percuma lagi 10% lebih itu isi dalam. Lagipun I tengok you punya muka ini macam, memang sesuai dengan pencuci muka ini.
Pembeli: Takpe lah saya nak yang **** juga, lagipun ni bukan saya punya, orang kirim.
Penjual: Oh.

TAHUKAH??
Selalunya kes² macam ni mesti berkait dengan penipuan. 'Pembeli' tu la yang menipu.


Sunday, January 09, 2011

Tak puas hati!

Tak puas hati.

harga double sided tape - RM4.50
****harga ring binding -RM0.60

Ring yang sama aku beli kat Parit Raja baru RM0.30 hoccay!!!! Tu kedai biasa², tepi corner, kedai kecik je tapi aku pasti sewa dia lagi mahal. Kedai yang mahal ni kedai kayu buruk yang lama, di pekan Endau ni.

Double sided tu pun bukan la berjenama ok. Yang kecik pulak tu.

Aku: Berapa semua?
Apek: Ini kira ^*&^(*&^.. ini bagi lu @#$@#%#%$, semua kira cincai RM4.60.

What the dodol? Macam beli sayur ikan kat pasar je. Nampak sangat harga tu mmg murah tapi ko saja lekat tag harga cekik leher begitu.

Sebab tu aku malasssss nak beli certain² barang kat sini. Segala ubat, stationaries semuaaaaa aku angkut dari sana.

Tapi ini kes terpaksa. Sungguh annoying ok.. annoying. Mentang² ada 2 je kedai alat tulis kat sini.

Dah tu kedai lagi 1 tu kedai anak ko.

Ha sesuai la.

Uff!

Friday, November 12, 2010

Bahasa yang merimaskan mata

Salam.

Nak membebel pasal bahasa singkatan muda mudi masa kini.

Serius aku rasa nyampah / meluat bila terbaca ayat-ayat yang menggunakan 'bahasa singkatan mengada'. Yes, blame me for my unnecessary temper.

Kalau setakat pendek kan 'yang' jadi yg, 'nak' jadi nk, 'sebab' jadi sbb atau mana-mana perkataan lain yang ada logik nya, aku tidaklah mengisah.

Yang buat sakit mata melihat ni spesies-spesies macam:
pew
jew
kew
smew
cbew
dluw
aq
dyew

I call these extreme short forms. Ok itu ayat nak jaga hati. Biasa aku panggil bahasa sms mengada.

Memanglah skrin telefon tu kecikkkk je.. Tapi bahasa yang digunakan tu sampai membuatkan si receiver ni termenung 2-3 minit nak memahamkan maksud ayat. Nak berkomunikasi, tapi terpaksa mengambil masa.

Kalau tengok contoh-contoh kat atas tu, tu dah bukan memendekkan dah tu.. macam pew, jew, kew.. tu makin memanjangkan lagi mengusutkan... Adakah kerana sakit mulut, guna bahasa begitu?

Jangan salah faham.. Aku bukan nak memperjuangkan bahasa atau apa, tapi sebagai orang Melayu aku rimasss bila tengok orang Melayu lain merosakkan bahasa sebegini.

Aku pun guna short form jugak...dlm sms biasanya.
tp aku dh pk kan kwajarannya <------- boleh paham lagi kan?? Lagi 1, u have to consider who is the recipient... Kalau nak hantar sms dekat golongan 40an, parents / makcik pakcik, adakah sesuai nak guna short form. Boleh, nak pendekkan.. jadilah se kreatif yang mungkin.. tapi jangan merosakkan bahasa... Mari, tengok contoh bahasa menyakitkan mata. Aku copy paste dari http://malaysianbikers.com.my
a'kum....hurm...just nk komen jew.....
xksh kjew gov or pvt....
live mmg x blh blh......
sbgai contoh....
klu la kjew doc or engineer blh blah.....
knp nk kjew smpi rambut dh putih pown nk kjew lg.....
bkn nk kutuk....aku pown kjew gov gak.....
dgn gji yg adew life ktew bkn pegi takat 2.....
sbgai contoh....aku dluw kjew kilang toyota...
blh bli motow ngn kete buatan msia.....
skrg kjew gov....pown smew bli motow jew.....
so ngn gji yg adew..percaya atau life ktew seolah-olah telah ditetapkan utk sekatakat 2 jew....
bkn x bersyukur.....
lg satu....orang Melayu ktew kn skew life yg selesa....
sbb benefit byk eh....sbb adew hak keistimewaan org melayu....
cbew byangkn blew hak2 tiada.....cmnew life ktew skrg....
ketaatan dan kasih sayang xdapat dibeli...btl x?
ttapi dgn apew yg adew skrg blh kew dpt smew 2....
fkr2kn....wasalam......

Tak tau la orang lain.. Tapi aku rasa meluat baca. Aku gagahkan la jugak sebab nak buat contoh di sini..



Tuesday, November 02, 2010

Hujan & ubi rebus

Salam.

Entri pasal makan lagi, hehe.

Kat Endau ni macam dah nak mula musim tengkujuh.. Hari-hari hujan. Kalau hujan tu dari malam membawa ke pagi, weekdays pulak tu, memang lah rasa berat badan yang dah sememangnya berat ni nak pegi sekolah. Mulalah berangan alangkah indahnya kalau boleh sambung tido bawah duvet. Oh!

Dalam hujan lebat macam ni biasanya ada 1 tindak balas kimia dalam badan yang selalu berlaku.

L.A.P.A.R

Malangnya aku bukan lah spesis yang rajin memasak.. huhu.. Jadi balik-balik buka fridge, sauk lah apa yang ada. Tak pun buka tin biskut ataupun bekas keropok.

Tapi ini namanya rezeki, =)


Sepiring ubi rebus lengkap dengan sambal tumis ikan bilis.


Sepiring ubi rebus lengkap dengan sambal tumis ikan bilis. Secawan air teh o perisa blackcurrent.

Disponsor oleh jiran aku yang baik hati.. (bukan air teh itu,)=)

Sedap,, hehehe

Thursday, October 21, 2010

Short Term Memory Lost

Salam..

Masalah... masalah..

Bukan komputer mahupun laptop aku yang mengalami masalah begini..

Tapi otak aku..

Situasi A
=======
Pernah tak, tengah2 korang bersembang sembang, tetiba korang terlupa apa yang korang nak cakapkan. Senang cerita, ko tak ingat tadi ko cakap pasal apa.

Situasi B
=======
Korang bangun dan bergerak ke satu kawasan tapi tiba-tiba ko lupa, apa tujuan ko pegi ke tempat tu.

Isk.. Isk.. Isk. Sadis.
Ye, aku pernah mengalami kedua-dua situasi sadis di atas.

Dalam Situasi A tu, kalau bersembang dengan ex-housemate aku, Kak B, dia memang dah cukup masak dengan penyakit aku. Nampak je aku macam 'lost', terus dia kata, "Tadi ko cakap pasal ......". Then barulah aku leh sambung cerita macam biasa. Cerita tu, ada dalam kepala aku tapi somehow macam tersangkut kat mana-mana.. tak boleh nak access sendiri.
****Nasib baik tak pernah jadi waktu aku mengajar / interview. Ceh masa interview bukan kes terlupa, tapi tak tau nak jawab..

Dalam Situasi B pula, contoh nak ambil sesuatu dari dalam bilik. Sampai-sampai dalam bilik tiba-tiba macam terpinga-pinga.. eh eh tadi aku nak ambil apa ye,.. So the solution adalah kena patah balik ke tempat asal, dan cuba fikir-fikir semula..
****Cuba aku gi sekolah dan terpinga-pinga berfikir kenapa aku pakai baju kurung & ada kat sekolah ni, ehehehehe.. Alhamdulillah setakat ni kes begitu tak pernah berlaku

Termakan semut?
Lalu bawah ampaian??
Jarang makan kismis???

Tuesday, October 05, 2010

Pungguk pun pandai tidurrr

3.28 am.
Sejuk.
Sunyi.

Mata masih bulat.
Kejap bukak tv. Kejap tutup tv.

Sepatutnya nak print rancangan mengajar.
Tapi biasalah Cik Dd kalau dah on9.
Kebetulan pula mata tak nak mengantuk.
Orang tua ni bukan boleh dipaksa2 suruh tido, macam budak2,
Tak gitu?

2 jam sebelum ni baru sudahkan greeting card sebagai contoh untuk budak2 esok.
(Esok? lagi 5 jam saje yeee..)

Baik lah, sudah mula rasa mengantuk sikit2. Harus disimpan rasa ini baik2 lalu melontarkan diri ke atas katil.

Dalam 2-3 jam lagi harus bangun semula. Rasakan lah kehebatan batu belah batu bertangkup di mata bila bangun nanti ye, akibat kurang tidur.

Anda2 yang mungkin sedang membaca ni, mesti sangat segar bugar kerana dah dapat rehat yang cukup kannn?

Friday, February 05, 2010

Tak suka bukak tingkap?

Salam..

Dalam kawasan kejiranan aku yang ada 4 buah rumah ni, rumah sewa aku ni dikenali dengan rumah-yang-tingkapnya-asyik-bertutup. hehe

Aku pernah dengar dari mulut jiran merangkap rakan sekerja aku yang mempersoalkan kewujudan aku di rumah.

Ada kat rumah ke tidak?
Tingkap bertutup rapat.
Bunyi tv pun tak dengar.
Gelap pun gelap. Lampu tak bukak.

Baiklah. Mula-mula sekali persoalan, kenapa aku tak suka bukak tingkap?
Hehe, sapa kata? Aku bukak apa. Tingkap bilik aku. Sebab mengadap kebun.
Selain dari tingkap bilik, memang aku tak gemar nak bukak tingkap-tingkap lain. Sebab jiran-jiran aku agak rajin berjalan-jalan di sekeliling rumah. Rumah yang aku bayar sewa tiap-tiap bulan ni pun termasuk dalam territori dorang jugak. Tak terkecuali. Tak kisah la. Halaman orang kan. Aku cuma menumpang...

Bayangkan kalau kau tengah baring-baring tengok tv kat ruang tamu, tiba-tiba toleh belakang nampak ada orang lalu-lalu kat tepi tingkap. (Rumah ni tak besar mana. Dari tingkap dapur, boleh nampak dengan jelas ruang tamu.. Dah tu aku memang saja susun sofa dekat-dekat dengan dapur, jadi senang aku nak ke depan ke belakang tengok tv) Memanglah bukan mengintai, tapi lalu-lalu tu memandang juga kan? Aku dalam rumah harussslah free hair.

Bukan lah aku boleh pastikan, OK, yang lalu kat tingkap tepi dapur tu semuanya adalah perempuan.

Kadang-kadang tengah-tengah aku dalam keadaan baru keluar bilik air nak masuk bilik tetiba ada orang lalu tepi tingkap yang jelas terbuka. Keadaan baru keluar toilet, boleh bayangkan? (Bayangkan sikit-sikit je, jangan lebih-lebih. Takkan bertelekung bagai,,, lepas mandi, kan?)
Kan ke menyusahkan aku tu.

Tv senyap tak berbunyi?
Senang je. Aku tidur, tak pun on9. Dengan headphone menutup telinga. Dah tu kenapa nak bukak tv lagi. (Walaupun kadang-kadang aku buat jugak. Tapi bila kesedaran mengenangkan bil eletrik yang mungkin mencanak-canak, maka cepat-cepat la aku off tv kalau takde rasa nak tengok)

Gelap tak buka lampu?
Tak kan la tak buka. Tak kan sorang-sorang nak duduk dalam gelap. Terbuka lambat sikittt aje. Maybe sebab aku terlajak tidur.. (buruk perangai tidur lewat-lewat petang)

Aku nak buka tingkap tengok situasi juga huhu. Walau macam mana pun, aku bersyukur juga dapat jiran-jiran yang prihatin begini.. =)

Sekian.