Wednesday, March 02, 2011

Ragam majlis setahun sekali...

Assalamualaikum..

Rabu 02/03/2011
Keadaan bilik guru yang sedikit huru-hara sebab sibuk nak siapkan wording untuk backdrop pentas.



Biasalah kalau dah namanya sekolah. Mesti ada mesyuarat besar-besaran yang melibatkan ibu bapa dan guru-guru ni. (malas nak tulis nama penuhnya, karang orang google tak pasal-pasal jumpa entri aku ni,..) Majlisnya hari Jumaat ni..

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sama-sama sinsing lengan membantu =)

Kak Farah, Kak Linda, Kak Haslina & Kak Alina.. Walaupun Kak Farah & Kak Linda dalam AJK Jamuan VIP, tapi sudi menolong kami yang conform kelam kabut kalau tak ditolong ni.. =)

Dalam pada kami sibuk dengan polistrin ni.. kat bawah bilik guru nunnn (Makmal Sains) budak-budak Tahun 5 tengah berlatih nyanyian. Tak sempat menjenguk diorang pun hari ni. Adoiila..Cikgu sibuk dengan 'mesin jahit' polistrin kat atas ni.. Nasib baik lah Kak Linda sudi tolong tengok-tengok kan diorang... Yang sepatutnya menengok tak muncul-muncul.. apa nak buatttt, bizi kannnnn (dengan gaya afdlin shauki sindir menyindir ye,,..)
*mesin jahit=mesin memotong polistrin. dah ada ghopa mesin jahit je sebab posisi duduk dan cara meng handle & pegang polisterin. **juga dipanggil mesin untuk mengesan tahap gigil anda.. hehehehe..

Monday, February 21, 2011

Belajar lah selagi mereka masih ada..

Assalamualaikum..

Tajuk klise gila.. Tapi aku nak fokuskan pada kisah di sekolah, hehe.

Sabtu lepas sekolah aku digegarkan dengan berita sorang cikgu yang dapat naik pangkat jadi Guru Penolong Kanan & secara automatiknya kena bertukar ke sekolah lain.

Sentapp...

Siapa?
GB
aku
& cikgu-cikgu lain
anak-anak murid

Kenapa?
Sebab dia yang nak pindah ni cikgu yang berdedikasi.
Jawatan pulak banyak. Yang penting-penting. Yang susah-susah.

Gila banyak lubang yang dia tinggalkan.. Haruslah diisi dengan cikgu-cikgu lain. Barulah nak rasa.. adoiiiii susahnya keje-keje yang cikgu ni pegang.

Cakap tang aku aje la.

Aku dah 3 tahun jadi S/U Peperiksaan Dalaman. Memula pegang tingtong jugak. Tapi lama-lama, biasalah.. immune sudah.

Now kena amik alih keje beliau. Jadi S/U Peperiksaan Awam.

Serious, aku stressed masa mula-mula dapat tau dia kena pindah. Sebab selama ni aku cuma buat keje aku diam-diam. Aku tak nak belajar & amik tahu pun keje-keje beliau.

Sekarang, aku kena belajar SEMUAAAA nya dalam masa 2-3 hari...

^________________^

Tiba-tiba hari ni dapat tau ada 6 orang lagi cikgu sekolah aku (yang senior) bakal ditemuduga untuk jadi GPK (Guru Penolong Kanan).

Umang aihhhh ini kalau semua dapat ni harus semua keluar dari sekolah beramai-ramai.

So, cikgu-cikgu yang tak berapa nak lama pengalaman ni (****macam aku****) akan jadi cikgu senior la ye. Kemudian orang baru masuk.

Padahal banyak benda tak belaja lagi dari diorang-diorang ni..

nangesss..

P/S - Kena belajar dari mereka sentiasa..

Saturday, February 19, 2011

Ibarat roda..

Assalamualaikum..

Selalu kan dengar, orang kata.. dunia ini ibarat roda.. Kadang-kadang kita ada kat atas. Pada satu masa lain nanti kita akan duduk kat bawah pulak. Kadang-kadang kita mengeluh kenapa laaaa asyik duduk kat bawah. Tanpa kita sedari masa berlalu & tiba-tiba, baru kita tersedar yang kita dah duduk di atas pulak..

The point is, how would you behave on each situation? Tang duduk kat atas, bawah & juga tengah2 roda tu,...


Malam semalam ada 1 unknown number naik kat phone aku. Berlari-lari aku yang tengah masak nasik-goreng-takde-jenama (no identity though, memacam aku letak huhu) masuk ke bilik capai henfon.

Dah macam psycho aku. Tekan button receive, tapi senyap tak bersuara. huhu. Taktik tu. Aku malas melayan panggilan merapu. Tunggu the other side dulu bercakap.(Ni aku buat dekat anonymous aje ok..)

Its happened that it was my ex classmate masa kat maktab, Encik X. Aku macam.. eh motif kol aku?? Sebab kami memang tak ngam dari zaman maktab.

gedebak-gedebuk-gedebak-gedebuk bercakap lebih kurang

rupanya..

Hm.. Nak mintak soalan dari aku. Aku kata aku banyak keje dan jawatan kat sekolah. (Well it is a fact!) Kalau setakat ujian bulanan aku tak sempat nak taip-taip. Main fotostat dari buku je. So aku cadangkan dia buat macam tu.

He said, tak nak, OK. Tak suka.

Patutnya kalau tak suka amik soalan dari buku, so sila lah kerahhh otak bina soalan sendiri. Tapi makan masa la. Lagi-lagi kalau banyak kelas nak ngajar.

Eh. Jawabnya tak boleh pulak (dah agak!). Banyak kelas nak mengajar. Dari Year 2 sampai 6.

Aku suggest, gi la cari dari network sekeliling. Dalam satu zon, daerah, takkan tak ada kontek sekolah lain.

Cikgu-cikgu BI sekolah area situ tak suka share bahan.. Katanya..

Last-last, dia siap bagitau suggestion kat aku. Yang tak tahannya, aku pun terlibat sekali. Mintak aku poskan soalan-soalan Majlis Daerah dalam simpanan Bank Soalan sekolah aku. Takpun, scan kan, email softcopy kat dia.

Eh, kau! Senang je ye?

Dia kata, dia boleh bayar kat aku.

Ni bukan soal bayaran.

1
=-=
Kau cikgu. Kau nak kasi ujian pada budak untuk uji kefahaman dia dalam topik yang kau dah ajar. Tapi kau mintak soalan dari orang lain, yang ada kumpulan-kumpulan pelajar dengan kelemahan tertentu. Sama ke?

2
=-=
Tak suka soalan dari buku? Aku rasa soalan dari buku banyak je yang OK. Aku pun pilih-pilih soalan dari buku, yang ada kaitan dengan topik yang aku dah ajar. Tapi aku taip semula. So nampak la kemas sikit. Kau? Ambil dari buku pun kau taknak. Bina sendiri kau kata tak sempat. So, jalan terbaik mintak kat orang?

3
=-=
Cikgu-cikgu sekolah lain yang berhampiran tak suka sharing. Huhu. Ye. Aku cukup faham tang itu. Tapi perlu ke kau salahkan diorang kalau diorang tak nak share? Adakah kau cukup rapat dengan diorang untuk kau copy-copy bahan hak cipta diorang sesuka hati? Adakah kau pernah tawarkan apa-apa bahan untuk kau kongsi dengan diorang sebelum ni?
It's not like, kau jumpa someone tepi jalan & main mintak-mintak macam tu je..
Kalau itu adalah bahan yang Pihak Atasan suruh sebar-sebarkan pada sekolah-sekolah berdekatan.. Aku rasa tak ada masalah.

Tapi cakap terus terang la.. Aku rasa malu nak mintak soalan periksa dari kawan di sekolah lain. Aku sendiri tak pernah membayangkannya. Tak tau, kalau aku minta, orang nak kasi atau tidak. Lain la, kalau bunyi nya, nak tukar-tukar soalan, macam soalan Percubaan ke..

Menyediakan soalan (aku guna perkataan menyediakan, sebab terpulang pada cikgu nak bina sendiri atau nak ambil dari buku) tu bukan ke termasuk dalam tugas hakiki seorang cikgu???

Seorang Encik yang juga seorang ketua keluarga tak patut menunjukkan side yg begitu lemah macam ni. Aku tak nampak apa-apa keterangan dari dia yang menunjukkan dia berusaha, kecuali
~Dia berusaha mintak kat cikgu-cikgu sekolah lain. Tapi tak dapat.
~Kemudian, berusaha cari balik nombor-nombor lama classmate kat maktab untuk dihubungi. Lantak la tak pernah tanya khabar sebelum ni pun takpe. Janji boleh call untuk mintak soalan. Usaha la tu kan.
~Berusaha meyakinkan aku dengan memberi alasan-alasan yang boleh dikuis & ditepis aku dengan mudah. Alasan tak relevan la bang. Maap.

Dia lelaki. Patut lebih tabah. Ye, ayat aku macam berlagak tapi aku memulakan karier ni dengan kepayahan. Sendiri-sendiri juga. Tapi belajar la sikit-sikit. Kumpul bahan sikit-sikit. Kenal network sikit-sikit.

Sila berusaha lagi! & tolong refleksi diri.

Orang yang kau pernah lemparkan kata keji, akhirnya,, dia yang kau minta tolong untuk membantu saat macam ni.

Sekian. Usaha Tangga Kejayaan.

P/S - Ye. Aku mungkin sudah berubah menjadi lebih sarkastik setelah menimba pengalaman setahun jagung. Sedar diri, saya masih orang baru. Tapi juga sedar diri, jangan sewenang-wenangnya membiarkan diri dibuli sesuka hati.

Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel

Assalamualaikum..

Dah lama tak apdet blog. Kali ni apdet nak share links la. hehe.

Tajuk ni memang ada kena mengena dengan cerita asal. Rasanya mereka-mereka yang lahir tahun 70an 80an konfem pernah tengok drama ni (Most of us lah)

Walaupun dah lebih sepuluh tahun aku tengok citer ni, effect nya masih lagi sama. Lawak kelakar tak menahan. Dalam pada lawak2 tu diselitkan jugak moral of the story.. Tipikal cerita En. Mamat Khalid la kan. Teguran & sindiran dalam situasi2 harian yang bersahaja..

Ok lah. Panjang benauuu membebel.
Selamat menyedut... Happy watching

download satu-satu, & kemudian kena join kan.

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5


Lepas download kena join , guna HJSplit atau File Splitter & Joiner.

Nak share links boleh, tapi jangan lupa credit saya ^^.. Penat tau download & re upload..

Friday, February 04, 2011

Pinggan mangkuk kaca VS Pinggan mangkuk polisterin

Salam.

Aku pernah berkisah pasal jiran tetangga aku yang ada masanya sangat aktifff menghantar makanan kan. hehe.

Skarang dah lama ok tak hantar.

Huishh. Bukan menunggu-nunggu apatahlagi mengharap-harap. Cuma rasa lega sikit. Kenapa? Ye. Mood & semangat memasak jarang-jarang menyerap dalam diri. 'Memasak' yang aku maksudkan di sini adalah memasak makanan yang senonoh & cantik persembahannya.

Well, aku masih lagi masak hari-hari. Tidak-tidak pun, 2-3 hari sekali. Bergantung pada tahap kesibukkan jugalah. Kalau santapan aku cuma telur dadar & sayur tauge tumis air. Takpun roti telur. Atau sambal sardin. Kadang-kadang sambal kentang. Takpun ikan masin goreng. Macam tak caraaaa aje nak hantar kat orang.

Sebab tu acara 'masak-memasak' ni aku spesifikkan pada hujung minggu. Lepas aku keluar bawak bakul pegi pasar. Tu pun bukan la acara wajib.

Semenjak dua menjak ni, kalau diorang menghantar, biasanya makanan tu datang dalam persembahan begini,
.
..
...
....
.....
.......
.........



Kan senang lepas tu terus buang... (agaknya la, ini yang dorang fikir huhu)
Sebab dah banyak kali pinggan mangkuk dorang aku peram buat jeruk dekat dapur..

Maaf makcik, atok.. saya memang tak rajin 'memasak'...

Thursday, February 03, 2011

Banjir itu sangat ngeri

Salam.

Selamat bercuti sempena tahun baru cina! Setelah sekian lama tak apdet blog, entri kali ni pasal aku yang terpeangkap dalam banjir selama 20 jam. Gegarrrr

Pengalaman pertama dalam hidup ok,

Isnin 31 Januari

Aku baru nak terhegeh2 balik kampung bercuti.. Sabtu & Ahad ada kelas tambahan tahun 6. Gerak dari rumah lebih kurang 10.30 am dalam hujan & gerimis. So far perjalanan ok je. Sampai kat Kahang (aku tak ingat dah KM berapa, tapi dah lepas pekan Kahang & mula masuk kawasan ladang kelapa sawit) terberhenti sebab air dah naik memenuhi jalan. Kereta memang no-no-no la kan. Sebab rasa berkoba2 nak balik, aku buat keputusan untuk tunggu. Tunggu punya tunggu, dalam sejam masih tak surut-surut. Haruslahh, hujan pun tak berhenti2..

Lepas sms2 dengan my mum, aku decide untuk patah balik ke Endau. Baru jalan dalam 2 KM aku terberhenti lagi sebab air pun dah memenuhi jalan. OK. Aku patah balik ke depan sebab kat situ cuma ada kereta aku je. Lagipun aku tengok kawasan tu agak rendah, compare dengan kawasan mula-mula aku tersekat tadi. Drive laa ke depan. Sampai situ keadaan masih sama. Tunggu lagi. Kemudian aku ikut 2 buah kereta ni patah balik ke belakang. Entah la. Dalam keadaan macam tu, aku memang blur tak tau dah nak buat keputusan. Ikut je la orang.

Sampai balik kat tempat tadi. Encik keta hitam (tak bertanya2 nama pun. nasiblah.) suggest kami stay kat situ tunggu. Ada la dekat 3.5 jam tunggu . Da la rasa nak terkucil. Tahan saja. Ayah aku dah kol suruh aku buat keputusan drastik. Tinggalkan keta & naik bas pegi Kluang/Mersing (Masa tu ada lagi bas2 yang lalu lalang-bas besar so memang lepas). Erk.. Tergamakkah aku nak tinggalkan keta yang aku baru bayar 2 tahun ni?

Aku pun start la kemas-kemas barang aku (oh tak de apa nak kemas pun since semuanya pun elok terletak dalam beg. Hey, I'm on my way home kan..) Tunggu-tunggu. Bas pun tak lalu dah. Bersyukur la jugak sebenarnya sebab aku memang tak sanggup nak tinggalkan kereta ni. Dalam kul 5 lebih kurang tetiba encik kereta itam suggest kami redah air ke depan semula. Sebab kat depan ada 1 trak askar. So lebih selamat kot.

Ilmu baru untuk driver amatur macam aku. Nak redah air: off aircond - gear 1- press minyak kuat2 - jangan berhenti & brek.

Tunggu punya tunggu.. eh, tak jalan-jalan pun dorang (kereta hitam, kereta oren & van). Aku pun matikan enjin & tetiba ada kol masuk. Member kol nak tanya cemana aku masa tu. Gedebak gedebuk bersembang, lepas je putus connection tetiba kereta hitam & oren kat depan gerak redah air. Oh No!! Kelam kabut aku start kereta. Van kat belakang aku dah gerak potong kereta aku. Huuu So meredah la air dalam keadaan panik. Sangat ngeri ok. Air tu agak dalam. Aku dapat rasakan kereta aku yang makin slow as I move forward. Menggigil-gigil aku bawak kereta ok. Oh, ye. Aku seorang diri.

Alhamdulillah. Selamat kami semua meredah 2 air banjir. Sampai laa ke kawasan yang ada 1 kumpulan lagi tersekat.

Kat 'tempat' baru tu, aku rasa lebih lega la, walaupun memang masih terperangkap. Sebab ada ramai lagi orang. Ada gak 1 kereta viva. 1 gen 2 dengan famili lengkap. Beberapa van & lori. Yang pasti ada jugak la kaum wanita. Termasuk 1 trak askar. Memang confirm kami tak boleh lepas ke Kluang. Air sedalam cermin lori. Jangan cari pasal. So memang dah termaktub la aku merasa tido dalam kereta, kat tepi jalan.

Aku update family kat kampung. Dorang lega lepas dengar aku tak bersendirian. Huhu. Nasib baik ada 2 henpon. Terus tutup 1. Nak jimat bateri. Mintak member kat Kemaman yang sudah dipastikan bekerja & sedang berada di ofis pada waktu tu & boleh tolong topupkan thru M2U.

Malam tu, separuh makan makanan yang askar tu belikan. Separuh lagi naik trak askar tu meredah air patah balik ke pekan Kahang beli makanan. Aku termasuk dalam golongan yang tak payah beli makanan. Alhamdulillah.

Kul 10 lebih aku dah siap-siap duduk diam-diam dalam kereta. Nak duduk dengar askar & encik-encik lain bercerita, aku dah malas sebab topik mereka terlalu random. Boleh pulak dorang citer kisah seram masa aku join mendengar.

Selasa 1 Februari

So, tido laaa dalam kegelapan dalam kereta ye. Selang 2-3 jam sekali, aku tersedar. Paling ngeri masa tersedar kul 12 lebih huhuhu... Sunyiii je. Aku tak berani nak pusing-pusing badan pun. Pejam je mata.

Pagi tu aku kuar dari kereta kul 7 am. Terus ke depan nak tengok situasi air. Dah surut sikit. Tapi katanya yang kat depan sana masih dalam.

Dalam pukul 7.30 am tu, trak askar mula gerak ke depan. Banyak jugak la kereta-kereta, van-van & lori-lori yang ikut meredah sama. Aku? Sekali lagi di persimpangan dilema ok. Aku nak patah balik. Entah. Aku ada bad feeling kalau nak ke depan. Tapi kereta-kereta lain semua nak ke depan. So, tak berani la aku nak redah air patah balik sorang-sorang. ..

So ke depan lah kami.. redah air lagi. Tup-tup sampai kat depan lagi banyak lori, kereta & van bersusun tak boleh jalan. Air lebih dalam & panjang. Alhamdulillah, tiba-tiba adik kereta Viva yang park sebelah kereta aku malam tu ajak aku patah balik. Syukur sangat-sangat. Lagipun hari dah mendung. Kalau hujan turun kang tak pasal-pasal je terperangkap sekali lagi.

Begitu lah kisahnya. Akhirnya selamat la aku sampai semula ke pekan Endau ni. Tak pe la, famili aku pun paham & kata tak yah nak rushing-rushing balik. Safety comes first.

*Dalam situsi macam ni, proses perkumuhan dalam badan harus juga dijalankan. Kang jadi penyakit lain pulak kalau terlalu lama ditahan-tahan? Macam mana? Aku pun tak tercapai akal mula-mula tu. Akak kereta Gen 2 tu ajar aku.. huhuh..

*Tak boleh solat. Diri pun rasa tak bersih. Kata ustazah & my parents, dalam keadaan darurat macam tu takpe. Kada' bila dah selamat nanti.

*Aku rasa macam nak standby macam-macam benda dalam kereta lepas ni. Charger phone dlm kereta, air bersih, berus, ubat gigi. ubat-ubat..




Tuesday, January 11, 2011

The return of dictator

Salam.

Baiklah. Seperti yang telah dijangka. Tahun ni jadi guru kelas lagi. Takde hal. Layankan je. Lagipun memori 6 bulan tak jadi guru kelas tahun lepas sentiasa tersemat di hati. Cuma tahun ni jadi guru kelas darjah 5. Budak² yang sama yang aku pegang kelasnya selama 6 bulan tahun lepas.

Aku sebagai guru kelas pun evolve juga. Bukan budak² je yang berkembang kan. (Bukan story berkembang badan ye! itu lain huhuhu). Makin lama kena la jadi makin garang... dan sarkastik.. semangat seorang diktator juga.

Amaran-amaran keras telah dikeluarkan setelah 1 minggu 1 hari kelas bermula. Yang terkini, peraturan kerja rumah. Kalau sorang tak bawa / tak siap, satu 'kaum' kena denda. Ikut la, kaum adam ke kaum hawa.

Aku tak minat denda² ni. Tapi aku tak bolehh kalau budak mengada² & banyak lemak. Lagipun dah tahap 2 kan. Ko nak ngada² ngadu² bagai, yang remeh temeh pulak tu.. kang dengan ko ko sekali kena. Lagipun nampaknya ke 'slow' an, keselambaan & kelembutan di salah erti kan. Hahahaha silap besar OK.

Aku banyak cilok idea mendenda dari sini . Thanks to the writer, yang merupakan sorang cikgu sekolah menengah.

Monday, January 10, 2011

Cubaan ramah mesra yang tidak menjadi

Situasi satu petang di pasar ikan
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-==-=-=-=-=-
Pembeli: Saya nak ikan pelaling ni RM2,
Penjual: Hai, sikitnya makan. Ni udang tak nak? Ikan siakap? Ikan selar?Ikan %^&%&^*&%*%*##$@ <--macam² jenis penjual sebut. Tak ingat semua.
Pembeli: Takpe lah itu aja, ni orang kirim.
Penjual: Udang tak nak? Ikan siakap? Ikan selar?Ikan %^&%&^*&%*%*##$@
Pembeli: senyum dan blah.


:::::Malas nak cakap banyak::::::
Iya kan aje la~~~ save the saliva


Situasi satu pagi di pasar ikan
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-==-=-=-=-
Pembeli:
Saya nak ikan ****** ni 3 ekor.
Penjual: 3 ekor je?
Pembeli: Tak jual ke kalau nak beli 3 ekor?
Penjual: eh, jual! jual! Dok soghang je ke? Abang tak de kat umah?
Pembeli: Takde. Dia kursus.
Penjual: Oh patut la sikit sangat beli.
Pembeli: .

:::::Malas nak cakap banyak::::::
Iya kan aje la~~~ save the saliva



Situasi di satu pasaraya - new drink booth (kopi keluaran apa entah, lupa dah nama)
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-==-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Promoter: Dik, rasa kopi dik~~~
Pembeli: Boleh juga.
Promoter: Boleh cuba beli kopi baru ni. Akak cadangkan adik beli yang ni, sebab kurang gula, sesuai la kalau badan macam adik ni minum. Kalau yang ni (sambil tunjuk peket yang lain) ada kacip fatimah. Takut abang pulak nanti tak minum.
Pembeli: ? . Tima kasih bagi rasa kopi ni kak....

:::::Malas nak cakap banyak::::::
Iya kan aje la~~~ save the saliva


Situasi di satu pasaraya lain
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-==-=-=
Pembeli: Mana pencuci muka ***** ek?
Pomoter: Oh itu ada dekat sana. Eh you nak cuba pencuci muka ini tak? Ini manyak bagus o. You beli ini sekarang dapat percuma lagi 10% lebih itu isi dalam. Lagipun I tengok you punya muka ini macam, memang sesuai dengan pencuci muka ini.
Pembeli: Takpe lah saya nak yang **** juga, lagipun ni bukan saya punya, orang kirim.
Penjual: Oh.

TAHUKAH??
Selalunya kes² macam ni mesti berkait dengan penipuan. 'Pembeli' tu la yang menipu.


Sunday, January 09, 2011

Tak puas hati!

Tak puas hati.

harga double sided tape - RM4.50
****harga ring binding -RM0.60

Ring yang sama aku beli kat Parit Raja baru RM0.30 hoccay!!!! Tu kedai biasa², tepi corner, kedai kecik je tapi aku pasti sewa dia lagi mahal. Kedai yang mahal ni kedai kayu buruk yang lama, di pekan Endau ni.

Double sided tu pun bukan la berjenama ok. Yang kecik pulak tu.

Aku: Berapa semua?
Apek: Ini kira ^*&^(*&^.. ini bagi lu @#$@#%#%$, semua kira cincai RM4.60.

What the dodol? Macam beli sayur ikan kat pasar je. Nampak sangat harga tu mmg murah tapi ko saja lekat tag harga cekik leher begitu.

Sebab tu aku malasssss nak beli certain² barang kat sini. Segala ubat, stationaries semuaaaaa aku angkut dari sana.

Tapi ini kes terpaksa. Sungguh annoying ok.. annoying. Mentang² ada 2 je kedai alat tulis kat sini.

Dah tu kedai lagi 1 tu kedai anak ko.

Ha sesuai la.

Uff!

Friday, December 31, 2010

Masih setia pada yang satu..

Salam..

Tahun 2011 ni nak masuk tahun ke tiga aku mengajar (tolak la tahun 2008 sebab aku posting dah bulan 8).

Berborak dengan sorang kawan rapat masa kat maktab semalam, baru aku sedar kebanyakan kawan-kawan seangkatan dah merasa pengalaman 'nomad'. Berpindah sekolah. Paling-paling tidak pun 2 sekolah.

Aku? Masih lagi di sekolah yang sama dari tahun 2008.

Zon selesa kah? Entah lah. Yang pasti misi aku kat sekolah ni belum tercapai. Tahun 2011 ni, Insya Allah.. Semoga semuanya dipermudahkan oleh Nya.

(^-^)

Monday, December 27, 2010

Merangupkan diri

Salam..

Edisi kurang senonoh~

Lepas 4 minggu melemaukan diri, skarang tiba masanya untuk mengembalikan kerangupan.

Apa yang lemau? Apa yang rangup?

Tadaaaa.. till fingers meet keyboard again.

Sunday, November 21, 2010

Senaman Kempiskan Perut

Copy paste dari http://petuasejagat.blogspot.com/2010/06/4-senaman-kempiskan-perut-bahagian-1.html

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Memiliki perut yang kempis serta langsing memang menjadi idaman setiap wanita. Bagi mencapai objektif untuk mengempiskan perut, berikut adalah 4 jenis senaman yang boleh anda amalkan setiap hari;


A. Knee Circle


1. Baringkan diri anda dan pastikan punggung rata di atas lantai.

2. Letakkan kedua tangan di sisi tubuh sebaris dengan lantai.

3. Secara perlahan-lahan, angkat kedua belah kaki anda sehingga lutut berada di atas perut.

senaman knee circle 1

Senaman knee circle 1



Pada posisi ini, cuba anda tahan dalam kiraan 5.


4. Kemudian, gerakkan lutut anda ke arah kanan sehingga ke posisi sekitar 45 darjah.

5. Pastikan keadaan perut dan bahagian atas tubuh anda tetap menghadap ke atas.

senaman knee circle 2

Senaman knee circle 2



Pada posisi ini juga, cuba anda tahan dalam kiraan 5.

6. Seterusnya, luruskan semula lutut dan kaki anda ke lantai.


Ulangilah senaman ini sebanyak 10-15 kali dan buat dalam 2 set. Selepas habis 2 set, tukar pula posisi ke sebelah kiri untuk langkah no.4.

Bagi posisi kanan, buat juga dalam 2 set. Di mana setiap satu set mengandungi 10-15 kali ulangan pergerakan.


B. Side Chop

1. Memula, anda berdiri tegak dan buka sedikit kedua-dua belah kaki.

2. Pegang dumbell atau "medicine ball" seberat 2 atau 3 kg.

3. Turunkan badan anda kira-kira separuh bongkok.

4. Kemudian tarik kedua-dua tangan anda menghala ke sebelah kiri bahagian bawah badan.

senaman side chop 1

Senaman side chop 1



Pastikan ketika tangan berada di sisi badan, lutut anda tetap menghala ke arah depan.


5. Kemudian, bawakan tangan anda menghala ke atas sebelah kanan secara perlahan-lahan.

senaman side chop 2

Senaman side chop 2




Ulangi senaman ini sebanyak 2 set di mana 10-15 kali ulangan pergerakan untuk setiap set.

Selepas itu, ulang semula langkah di atas tetapi tukarkan pada arah yang berlainan; iaitu pada langkah no.4 dan no.5 ya.


C. Back Extension


1. Memula, anda perlu berlutut dengan kedua lutut dan tapak tangan mencecah lantai.

2. Pastikan bahagian kepala hingga punggung anda dalam keadaan lurus.

3. Kemudian, secara perlahan-lahan angkatkan tangan kiri anda ke atas. Pada masa yang sama, angkat juga kaki kanan anda.


senaman back extension

Senaman back extension - health.msn.com



4. Semasa berkeadaan seperti di atas, bertahanlah dalam kiraan lima.

5. Setelah itu, kembalilah ke posisi asal perlahan-lahan sambil melepaskan nafas ya.


Lakukan sebanyak dua set di mana setiap set mengandungi 10-15 kali ulangan. Selepas selesai mengangkat tangan kiri dan kaki kanan, tukarlah posisi kepada mengangkat tangan kanan dan kaki kiri.


D. Upper Body Crunch


1. Anda berdiri tegak sambil kaki dibuka lebar sedikit.

2. Letakkan pula kedua-dua tapak tangan di sisi kepala anda dengan tangan ditekankan sedikit.

3. Kemudian, tahan perut dan tarik nafas sedalam-dalamnya dengan perlahan.

4. Seterusnya, bengkokkan bahagian sisi pinggang anda ke kanan sehinggalah terasa seperti ada tarikan.

5. Anda tahanlah dalam kiraan lima ya.

6. Selepas itu, kembalilah ke posisi asal secara perlahan-lahan.

7. Kini, anda ulang semula langkah tahan perut dan tarik nafas; serta gerakkan bahagian sisi pinggang ke sebelah kiri pula hingga ada rasa seperti tarikan. Tahanlah dalam kiraan lima.

8. Semasa bahagian sisi pinggang anda dibengkokkan ke kanan dan kiri, pastikan pinggul anda tetap menghadap ke depan.


Sama seperti senaman back extension, ulangi senaman ini sebanyak dua set di mana setiap set mengandungi 10-15 kali ulangan. Pastikan anda buat sebelah kanan dua set dan sebelah kiri juga dua set. :)

Mudah-mudahan dengan mengamalkan empat senaman berikut dapat merealisasikan impian anda untuk kempiskan perut buncit.


Selamat Mencuba!

Sumber imej: health.msn.com

Friday, November 19, 2010

Tika Bersedih

Apa yang perlu dilakukan ketika hati sangat-sangat walang?

1 kaedah yang aku 'belajar' dari drama yang aku follow adalah
~duduk diam-diam kat satu tempat, pejam mata & kira nombor satu sampai sepuluh.
tapi aku kira sampai dua puluh dan masih bersedih.

Ottokhae?

Saturday, November 13, 2010

Menuai hasil..

Salam..

11 November menjadi tarikh bersejarah untuk murid tahun 6 seluruh negara.. keputusan UPSR diumumkan..

Bukan budak-budak dan mak bapak budak je yang menggelisah OK. Cikgu nya lebih-lebih lagi la..

Waktu keputusan diumumkan, kami (pelajar tahun 6 + cikgu tahun 6) dalam perjalanan ke Kluang & BP.. rombongan sekolah.

Dari awal bas mula bergerak, aku tak berapa nak hiraukan budak-budak kat belakang bas. Lantak kome la nak bergambar / bergalak kat belakang. Aku standby diam-diam pegang handphone-handphone aku.

Dengar je berita dari GPK HEM, alhamdulillah.. Pecah sekejap paip kat mata. Aku sangat takut kalau takde sorang pun yang dapat A untuk subjek aku. Aku ulang, SANGAT TAKUT.. Expectation sekolah, GB, Pejabat Felda, rakan guru, ibubapa, pelajar & paling penting diri sendiri..

Tahun ni diorang masih belum lagi memecahkan rekod tahun lepas. 3 pupils with straight As. All girls.Alhamdulillah.

Tapi for the first time we have 6 pupils with 4A.. All boys..=)

So proud of them =)

Untuk subjek aku:
Jumlah calon= 26 orang
Bilangan A = 5
Bilangan B = 4
Bilangan C= 13
Bilangan D = 2
Bilangan E = 2

Tahun lepas sorang je yang gagal.. tahun ni 4 orang =(
Tahun lepas 4 orang dapat A.. tahun ni 5 orang =)

Friday, November 12, 2010

Bahasa yang merimaskan mata

Salam.

Nak membebel pasal bahasa singkatan muda mudi masa kini.

Serius aku rasa nyampah / meluat bila terbaca ayat-ayat yang menggunakan 'bahasa singkatan mengada'. Yes, blame me for my unnecessary temper.

Kalau setakat pendek kan 'yang' jadi yg, 'nak' jadi nk, 'sebab' jadi sbb atau mana-mana perkataan lain yang ada logik nya, aku tidaklah mengisah.

Yang buat sakit mata melihat ni spesies-spesies macam:
pew
jew
kew
smew
cbew
dluw
aq
dyew

I call these extreme short forms. Ok itu ayat nak jaga hati. Biasa aku panggil bahasa sms mengada.

Memanglah skrin telefon tu kecikkkk je.. Tapi bahasa yang digunakan tu sampai membuatkan si receiver ni termenung 2-3 minit nak memahamkan maksud ayat. Nak berkomunikasi, tapi terpaksa mengambil masa.

Kalau tengok contoh-contoh kat atas tu, tu dah bukan memendekkan dah tu.. macam pew, jew, kew.. tu makin memanjangkan lagi mengusutkan... Adakah kerana sakit mulut, guna bahasa begitu?

Jangan salah faham.. Aku bukan nak memperjuangkan bahasa atau apa, tapi sebagai orang Melayu aku rimasss bila tengok orang Melayu lain merosakkan bahasa sebegini.

Aku pun guna short form jugak...dlm sms biasanya.
tp aku dh pk kan kwajarannya <------- boleh paham lagi kan?? Lagi 1, u have to consider who is the recipient... Kalau nak hantar sms dekat golongan 40an, parents / makcik pakcik, adakah sesuai nak guna short form. Boleh, nak pendekkan.. jadilah se kreatif yang mungkin.. tapi jangan merosakkan bahasa... Mari, tengok contoh bahasa menyakitkan mata. Aku copy paste dari http://malaysianbikers.com.my
a'kum....hurm...just nk komen jew.....
xksh kjew gov or pvt....
live mmg x blh blh......
sbgai contoh....
klu la kjew doc or engineer blh blah.....
knp nk kjew smpi rambut dh putih pown nk kjew lg.....
bkn nk kutuk....aku pown kjew gov gak.....
dgn gji yg adew life ktew bkn pegi takat 2.....
sbgai contoh....aku dluw kjew kilang toyota...
blh bli motow ngn kete buatan msia.....
skrg kjew gov....pown smew bli motow jew.....
so ngn gji yg adew..percaya atau life ktew seolah-olah telah ditetapkan utk sekatakat 2 jew....
bkn x bersyukur.....
lg satu....orang Melayu ktew kn skew life yg selesa....
sbb benefit byk eh....sbb adew hak keistimewaan org melayu....
cbew byangkn blew hak2 tiada.....cmnew life ktew skrg....
ketaatan dan kasih sayang xdapat dibeli...btl x?
ttapi dgn apew yg adew skrg blh kew dpt smew 2....
fkr2kn....wasalam......

Tak tau la orang lain.. Tapi aku rasa meluat baca. Aku gagahkan la jugak sebab nak buat contoh di sini..



Wednesday, November 10, 2010

Tetap dan berpencen..

Salam..

Ada 5 hari lagi hari bersekolah.. untuk tahun 2010.. dan macam biasa hujung-hujung tahun ni adalah peak period untuk cikgu-cikgu, especially yang memegang title guru kelas.

Aku boleh ber hip hip hooray lah kot kali ni sebab setengah tahun hari tu dah DILUCUTKAN jawatan dari jadi guru kelas tahun 4. Biasalah, orang degil dan suka melawan macam aku kena lucut jawatan, hehehe.

OK, tipu. Title guru kelas tu bertukar sebab dorang(admin) baru merasakan ketidakwajarannya, aku yang cuma masuk kelas tahun 4 dua waktu seminggu (sejam seminggu OK??) untuk menguruskan kelas. Memang pun.. dan lepas 6 bulan baru sedar ek? hoh. Whatever.

Best sebenarnya tak pegang kelas ni. Tak yah pagi-pagi membilang kepala untuk catat dalam buku kedatangan. Yang paling seronok va va va ialah waktu tengah dan hujung tahun, sebab lepas periksaan. Preparation untuk hari terbuka merangkap hari menyain laporan periksa pelajar memang la banyak. Lepas tu nak kena latih budak-budak untuk persembahan majlis anugerah kecemerlangan lagi... Serius penat.

Tapi, tengok-tengok kali ni aku tak pegang kelas pun masih lagi kena uruskan persembahan.. Ini kot, namaya jawatan tetap dan berpencen.. On top of that, aku telah di'chop' oleh cikgu kelas TAHUN 1 untuk jadi guru pengiring.. TAHUN 1 ok!!! huhuhuhu.

Sebut je tahun 1 mesti orang bayangkan budak-budak yang comel-comel lagi cute miutt hehehe.. Memang la comel. Tapi nak melatih dorang memang memerlukan kesabaran yang tinggi dan toleransi yang tak berbelah bagi.

Aku dengan guru kelas tahun 1 pakat-pakat nak dorang buat action songs aje. Nyanyi sambil buat pergerakan. Sudahnya aku sendiri yang berpeluh-peluh bila masuk kelas dorang.. Take 5 tu bukan untuk budak berehat sebenarnya, tapi untuk cikgunya yang mudah pancit ni ha.. Dorang masa take 5 pun tak reti diam.. Tersangatlah energetic to the max!


The restless 7yearsoldkiddos

P/S - Nak tergelak dengar pengawas2 tahun 6 pun surrender nak jaga kelas tahun 1 waktu guru-guru bermesyuarat. Baru kau tahu macam mana rasanya bercakap tapi takde sapa yang mengendahkan ye.. faham la skarang konsep 'tak makan saman'... muahahahaha..

Tuesday, November 02, 2010

Hujan & ubi rebus

Salam.

Entri pasal makan lagi, hehe.

Kat Endau ni macam dah nak mula musim tengkujuh.. Hari-hari hujan. Kalau hujan tu dari malam membawa ke pagi, weekdays pulak tu, memang lah rasa berat badan yang dah sememangnya berat ni nak pegi sekolah. Mulalah berangan alangkah indahnya kalau boleh sambung tido bawah duvet. Oh!

Dalam hujan lebat macam ni biasanya ada 1 tindak balas kimia dalam badan yang selalu berlaku.

L.A.P.A.R

Malangnya aku bukan lah spesis yang rajin memasak.. huhu.. Jadi balik-balik buka fridge, sauk lah apa yang ada. Tak pun buka tin biskut ataupun bekas keropok.

Tapi ini namanya rezeki, =)


Sepiring ubi rebus lengkap dengan sambal tumis ikan bilis.


Sepiring ubi rebus lengkap dengan sambal tumis ikan bilis. Secawan air teh o perisa blackcurrent.

Disponsor oleh jiran aku yang baik hati.. (bukan air teh itu,)=)

Sedap,, hehehe

Monday, November 01, 2010

Kerabu Mangga Oh!

Dah lamaaaaaa teringin..

Dulu dulu...zaman kat UIA duluuuu.. kalau teringin nak makan kerabu mangga, ajak saja kawan-kawan ke Kedai Pak Chu Tomyam. Aku dah tak ingat kat mana. Tapi naik Putra LRT turun kat stesen Dato' Keramat.. kot! (Sila tegur kalau salah, nanti aku betulkan, huhu)

Pernah pegi dengan Fida & geng2 ICT..
Pernah pegi dengan geng2 orang kampung: Aishah, Kama, Zatt, Nisah, Za & KB..

Tapi sejak aku balik Johor, tahun 2006, sangat susah nak cari menu ni kat kedai. Ada tak de pun muncul la dalam bulan Ramadhan kat param.

Aku pun tak tau kenapa. Aku yang tak reti cari port kot. Even kat Endau ni pun, macam takde. Malas dah nak explore kedai-kedai makan.
Apakata... kita buat sendiri?? Then eat all you want,,
(Gara-gara my colleague aka jiran hantar kerabu mangga kat aku lastweek.. Oh aku sangat teringin nak makan kerabu mangga dalam kuantiti yang 'banyak' lepas tu..)

Baiklah. Seterusnya biar saja gambar yang bercerita...





Aku lupa nak beli kacang.. Malas nak keluar banyak2 kali, so terfikir why not aku kuis-kuis saja kacang dari tempeyak ni, hehehe.. Lagipun aku suka tepung dan ikan bilis je kalau makan tempeyek..


Hiriskan bawang besar, rendam kan udang kering.


Tumbukkan udang kering tadi.


Campur gaulkan kesemua bahan.

.
Perasakan dengan sos ikan sikit.


Tambahkan gula pasir secukupnya.


Perahkan limau kasturi.


Gaul rata.


Sedia untuk dimakan. =)

Amacam? Ada rasa nak meleleh tak saliva? hehehehe..

Sunday, October 31, 2010

Berkhemah dalam kelas..

Salam.

Entri spesel edisi..
Now aku hapdet dari Pusat Akses Sekolah. Tak pernah² OK. Sebab server ni selalu nya kelajuan siput. & macam la aku ada banyak masa sangat nak lepak-lepak dalam Pusat Akses waktu sekolah. Alang2 aku tido dalam Pusat akses malam ni so tak kan nak biarkan PC & server dalam ni kesejukannn saja kan, hehehe..

Malam ni suasana sekolah aku ni agak meriah la sebab budak2 berkampung kat dalam ni. Konon2nya perkhemahan.. Tapi tido dalam kelas sumanya, hehehe. Musim tengkujuh dan mula menjengah, so haruslah tanah basah dan becak.. awwwww tak koser. Khemah tetap didirikan & berdiri dengan megahnya...cuma tak de penghuni la. Students suma sumbat tido dalam kelas. Lebih selesa.

Memang liat gila nak bersiap sebelum pergi sekolah tadi. Tapi macam kurang beradab pula kalau tak pergi dan membiarkan cik-cik yang lain saja kat sekolah, hehehe.

Ok daaaa... Guna PC orang ni macam mati kutu la. Idea tak berapa nak kunjung tiba.

Wednesday, October 27, 2010

The Output...

Salam..

Musim mencari kesalahan & kebenaran datang lagi, hehe..
Sekejap saja dah masuk minggu ke 38 dalam sesi persekolahan 2010.. Ada baki 3 minggu lagi sebelum budak-budak ber hip hip hooray.

(Mencari kesalahan & kebenaran=menanda kertas jawapan)

Minggu-minggu terakhir ni budak-budak datang sekolah berlenggang bawa pencil case saja. Itu pun ada jugak yang tak bawa kelengkapan yang cukup. Memang lah betul-betul namanya berlenggang kangkung adik Limah. Mentang-mentang minggu periksa. Tak reti-reti pula nak bawa buku 2-3 untuk dibaca-baca. Haih budak..

Dulu-dulu masa aku kecik-kecik dipanggil peperiksaan akhir tahun. Sekarang dah jadi Ujian Setara Akhir Tahun. Tak kisahlah apa pun namanya, bila pun zamannya, tujuannya sama saja...

Dulu sorang teman pernah bertanya. Macam mana aku nak kira 'output' seorang guru ye.

Kalau pekerja industri, boleh jugak kira berapa banyak benda yang dihasilkan.
Kalau jadi programmer/tester, boleh tengok pada keberkesanan program / feedback dari klien/pengguna.
Kalau peniaga, berapa banyak pendapatan hari tersebut.
Kalau jadi peguam, mungkin bila menang sesuatu kes la kot.
Er.. nak senaraikan semua jenis pekerjaan pengsan pulak kang.

Macam mana ye, kalau,

Ajar murid-murid dalam 1 masa, kemudian lepas tu kita uji... dorang boleh jawab.
Tiba-tiba dalam exam bila jumpa soalan yang sama budak tu tak boleh jawab.

Sekarang, baru aku teringat2 soalan teman yang tidak terjawab tu..
& harunya, masih lagi tak terjawab, huhuhu.

Mungkin lepas aku siap menanda kertas budak-budak ni boleh terjawab persoalan ni. Oh mataku sudah berpinar... Berhentilah meraban cik Didi & teruskan mencari kesalahan & kebenaran......

Saturday, October 23, 2010

Astro B. yond - Beyond my expectation

Salam..
Dorang kata (dorang=mereka yang berkaitan dengan astro), new astro set ni lebih baik dari set yang lama. Salah satunya adalah bila berdepan dengan hari hujan.

The truth is, tengah-tengah hujan lebat macam sekarang ni, siaran tatappp tergendala... hehehehe.

Cuma timing nak tergendala tu lambat sikit dari set astro biasa.. & sangat amazing la juga sebab siaran tu mampu muncul kembali di tengah-tengah hujan lebat begini. & maintain saja di dalam hujan. Yay!! Hehe Astro, it is proved!

Anyhoo, Astro B.Yond ni tetap lebih baik dari astro yang lama. Jadi bagi anda yang masih teragak-agak nak swap tu, jangan ragu-ragu ya, tukarlah sementara promosi penukaran percuma sekarang!

Remote & decoder response lebih baik dari biasa.
Gambar yang lebih cantik, untuk channel-channel HD (diulang, HD.. Kalau siaran nasional,12378 tu sama je macam biasa,,,, bayangkan begini, kalau channel biasa, ko nampak orang memang semata orang, dengan cukup sifat dan anggota.. tapi dengan channel HD, segala kedut di muka, tahi lalat, jerawat, akan jelas kelihatan.. Gambarnya lebih sharp gitu)
Tak pakai tv LCD pun gambar dah cantik (channel HD sahaja!). Kalau pakai, memang superb la kot. Aku pakai tv biasa.
Interface yang lagi cantik.
Info yang lebih banyak (leh view 24 hrs punya schedule).
Remote control yang lebih user friendly.

Hurm.. Ada orang tanya aku, boleh habis ke tengok banyak-banyak channel?
Jawapan aku ialah Boleh. hehehe.
Tengok keadaan la. Kan Astro ni selalu ulang3. So, untuk aku yang duduk sorang-sorang ni memang perlukan tv, karang sunyi sepi sangat rumah nih. Bukan la aku melekat depan tv sangat. Gerak sana sini buat keje sambil-sambil tengok.. Lama-lama habis juga..
Lagipun tiada kanak-kanak di rumah aku yang men conquer siaran cartoon.. Mahupun berebut siaran HBO/Sport dengan Encik suami macam sesetengah household..hehehe
Atas orang juga la kan.....

Manakan sama aktiviti/kerja seorang cik dengan seorang puan merangkap isteri/ibu..
Tapi ada jugak orang bujang yang memang tidak menghiraukan tv. Tidak mengapa kerana lain lain individu mempunyai lain lain citarasa..

Sebab tu aku kata,
Atas orang juga la kan..... =)




Thursday, October 21, 2010

Short Term Memory Lost

Salam..

Masalah... masalah..

Bukan komputer mahupun laptop aku yang mengalami masalah begini..

Tapi otak aku..

Situasi A
=======
Pernah tak, tengah2 korang bersembang sembang, tetiba korang terlupa apa yang korang nak cakapkan. Senang cerita, ko tak ingat tadi ko cakap pasal apa.

Situasi B
=======
Korang bangun dan bergerak ke satu kawasan tapi tiba-tiba ko lupa, apa tujuan ko pegi ke tempat tu.

Isk.. Isk.. Isk. Sadis.
Ye, aku pernah mengalami kedua-dua situasi sadis di atas.

Dalam Situasi A tu, kalau bersembang dengan ex-housemate aku, Kak B, dia memang dah cukup masak dengan penyakit aku. Nampak je aku macam 'lost', terus dia kata, "Tadi ko cakap pasal ......". Then barulah aku leh sambung cerita macam biasa. Cerita tu, ada dalam kepala aku tapi somehow macam tersangkut kat mana-mana.. tak boleh nak access sendiri.
****Nasib baik tak pernah jadi waktu aku mengajar / interview. Ceh masa interview bukan kes terlupa, tapi tak tau nak jawab..

Dalam Situasi B pula, contoh nak ambil sesuatu dari dalam bilik. Sampai-sampai dalam bilik tiba-tiba macam terpinga-pinga.. eh eh tadi aku nak ambil apa ye,.. So the solution adalah kena patah balik ke tempat asal, dan cuba fikir-fikir semula..
****Cuba aku gi sekolah dan terpinga-pinga berfikir kenapa aku pakai baju kurung & ada kat sekolah ni, ehehehehe.. Alhamdulillah setakat ni kes begitu tak pernah berlaku

Termakan semut?
Lalu bawah ampaian??
Jarang makan kismis???

Sunday, October 17, 2010

Info: Disebalik keputihan yang melepak

Sesuatu mengenai tepung gandum untuk dikongsi bersama,
Copy & paste dari email (
Azahari Bin Ayub [mailto:azahari.ayub@u.com.my] )

Hidup lebih sihat tanpa tepung gandum putih (bleached). Beberapa bulan kebelakangan ini saya memang tersangat sibuk dan memenatkan. Insya-Allah hujung November saya dapat berehat dan dapat menulis lebih banyak artikel.

Dua hari lepas alhamdulillah saya dan isteri dapat berkunjung ke rumah kakak sulung saya. Kakak saya ini sudah uzur maklumlah usia sudah melebihi 60 tahun. Abang ipar saya sudah berusia 68 tahun tetapi alhamdulillah kelihatan masih segak. Kakak dan abang ipar saya ini tinggal di Felda dan menjalankan kedai runcit di hadapan rumahnya. Dalam kunjungan saya kali ini, saya terserempak dengan satu pasangan yang juga bertamu ke rumah kakak saya ini.

Pasangan ini dari kalangan orang berada berjawatan besar dan memandu kereta mewah. Apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah berkenaan tetamu sang suami. Sang suami yang saya namakan Mr Y ini adalah orang penting di salah sebuah kilang pengeluar tepung gandum. Dengan kesempatan yang diberikan Allah SWT ini, saya mengambil peluang untuk bertanya berbagai soalan berkenaan tepung gandum..

Maklumat pertama yang saya perolehi dari Mr Y ini ialah bahawa tepung gandum bersubsidi adalah dari jenama Cap Kunci yang boleh dibeli di pasaran dengan harga sekitar RM1.45 manakala tepung dari jenama lainnya adalah tidak bersubsidi dan dijual pada harga sekitar RM2.80. Apa yang saya ingin kemukakan sebagai satu persoalan ialah mengapakah rakyat marhaen tidak berpeluang untuk membeli tepung Cap Kunci ini? Pekedai terutama pekedai kecil yang memerlukan tepung Cap Kunci untuk membuat roti canai juga menghadapi masalah besar untuk mendapatkannya di pasaran. Agaknya siapakah yang berjaya membeli tepung Cap Kunci ini??

Seterusnya saya bertanya bagaimana tepung gandum dihasilkan. Mr Y menjelaskan dengan terperinci proses bagaimana tepung gandum ini dihasilkan termasuk bagaimana tepung ini dilunturkan warnanya. Apa bila tiba bab ini, saya mencelah menceritakan bagaimana bahan kimia BENZOYL PEROXIDE (BP) digunakan untuk menjadikan tepung gandum berwarna putih melepak. Tepung gandum setelah dikisar berwarna kekuningan. Dengan mencampurkan bahan kimia BP ke dalam tepung ini, warna tepung akan dilunturkan menjadi warna putih dalam masa yang singkat.

Mr Y menjelaskan kepada saya bahawa bahan kimia BP ini adalah merbahaya dan boleh menyebabkan berbagai penyakit. Mr Y menambah cerita bahawa kilang dimana beliau bekerja adalah satu-satunya kilang yang tidak menggunakan BP untuk memutihkan tepung. Beliau menambah bahawa pada satu waktu dahulu, satu lori tepung gandum seberat 20 tan untuk dieksport ke Singapore telah ditegah masuk kerana mengandungi bahan kimia BP..

Bagusnya Singapore, mereka mengharamkan jualan tepung gandum yang mengandungi bahan kimia BP kerana hendak menjaga kesihatan rakyatnya tetapi mengapa Malaysia terus menzalimi rakyatnya dengan membenarkan jualan tepung yang mengandungi kimia merbahaya BP ini?? Saya cukup merasa seronok kerana mengetahui ada jenama tepung gandum di Malaysia yang tidak mengandungi bahan kimia BP yang merbahaya ini.

Demi untuk mengesahkan cerita dari Mr Y ini saya masuk ke kedai kakak saya untuk mengambil beberapa bungkusan tepung gandum yang dikeluarkan oleh kilang Mr Y bekerja. Saya membuat semakan pada bungkusan tepung tersebut untuk mengesahkan tiada perkataan "Benzoyl Peroxide" di luarnya. Setelah puas menyemak, saya begitu terkejut apabila melihat bungkusan ini tertera "mengandungi Benzoyl Peroxide". Mr Y lebih terkejut kerana pada sangkaannya kilang dimana beliau bekerja tidak menggunakan BP untuk melunturkan tepung gandum. Selain terkejut, Mr Y amat malu apabila sangkaannya bahawa kilang tepung tempat beliau bekerja tidak menggunakan BP adalah meleset.

Semalam saya mengGoogle untuk mencari bacaan tambahan tentang BP dan berikut adalah antara dapatan saya:

1. Dari < http://getacnetreat / > http:// getacnetreat ments..com/review/benzoyl- peroxide/

Benzoyl Peroxide

Benzoyl Peroxide is a highly potent chemical often used in low concentrations as an acne treatment. Benzoyl Peroxide basically works as a peeling agent, stripping dead skin cells and killing bacteria within pores. Pure benzoyl peroxide is highly flammable, explosive, toxic, and is suspected of being a possible tumor promoter. Although Benzoyl Peroxide is generally considered safe at low

concentrations, since it breaks down in contact with skin, it is known for causing nasty side effects such as hives, swelling of the face, itching, and dry and peeling skin. It is also a powerful bleaching agent and will cause discoloration when it comes in contact with clothing and hair.

2. Dari < http://msds/ > http://msds . chem.ox.ac . uk/BE/benzoyl_ peroxide.html

Benzoyl Peroxide

Classified as: TOXIC, FLAMMABLE and EXPLOSIVE Toxicology Possible tumor promoter. May act as a mutagen. Toxic by inhalation. May be harmful if swallowed and in contact with skin. Eye, skin and respiratory irritant. Typical TLV 5 mg/m3.

3. Dari < http://pesticideinf / > http:// pesticideinf o.org/Detail_ Chemical. jsp?Rec_Id= PC37521

Toxicity to humans, including carcinogenicity, reproductive and developmental toxicity, neurotoxicity, and acute toxicity.

4. Dari < http://ptcl/ > http://ptcl . chem.ox.ac . uk /~hmc/hsci/ chemicals/benzoyl_peroxide .html

*** Benzoyl peroxide presents a number of hazards.. Firstly, it is potentially explosive when mixed with organic material. Friction or grinding may also be sufficient to make it explode.

*** The compound is very flammable.

*** Benzoyl peroxide is toxic if you breathe it in, and may be harmful if you swallow it or get it on the skin.

*** In addition, benzoyl peroxide may act as a tumor promoter.

Daripada keterangan dari 4 laman web di atas dapat dijelaskan bahawa Benzoyl Peroxide adalah :

* Bahan toksik

* Bahan penggalak tumor

* Boleh menyebabkan alahan pada kulit

* Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.

* Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna.

Itulah sebabnya BP digunakan untuk menukarkan warna tepung gandum kepada warna putih kerana BP adalah satu bahan peluntur yang amat kuat sehinggakan rambut hitam boleh bertukar putih bila disentuhkan BP ini. Proses pemutihan tepung gandum dilakukan adalah dengan cara mencampurkan tepung gandum dengan bahan kimia BP ini. Dalam tempuh yang singkat, iaitu tidak sampai pun 1 jam, semua tepung gandum ini akan bertukar ke putih. Selain menukar (meluntur) kepada warna putih, BP juga bertindak balas dengan tepung gandum ini lalu menukarkan protin gluten yang terdapat dalam tepung gandum ini. Ia juga mengakibatkan sebahagian nutrisi didalam tepung gandum yang asal merosot. Ini mengakibatkan serangga kurang menggemari tepung putih berbanding tepung gandum yang asal (sila baca artikel berbahasa Inggeris di bawah). BP ini akan terus berada di dalam tepung putih ini apabila dipasarkan. Dalam bahasa mudah, tepung gandum putih adalah kurang baik kerana mengandungi bahan toksik BP yang boleh mengakibatkan berbagai masalah disamping sebahagian nutrisinya telah hilang.

Saya sebagai seorang yang pernah mengalami "acute gout" sudah masak benar dengan kesan negatif tepung putih ini ke atas pesakit gout. Sesiapa yang menghidap penyakit gout, sila buat eksperimen ini.

· Sebagai permulaannya, kawallah permakanan sehingga gout anda berkurang dan hampir tidak ada.

· Setelah itu, makanlah makanan yang dibuat dari tepung putih seperti mee kuning atau roti canai dalam kuantiti yang banyak dan tunggulah kesannya.

· In sya-Allah dalam tempuh 24 jam, pesakit gout akan mengalami simptom gout yang serius. Itulah akibat dari memakan tepung putih yang mengandungi bahan kimia Benzoyl Peroxide.

Sebagai eksperimen kawalan (control experiment), lakukan pula eksperimen yang sama seperti di atas tetapi menggunakan pula spageti atau makaroni atau capati. Kesemua makanan ini diperbuat daripada gandum juga namun tepung ini tidak campurkan dengan benzoyl peroxide. In sya-Allah eksperimen ini tidak akan menyebabkan symptom gout.

Daripada kedua-dua eksperimen ini menunjukkan dengan jelas bahawa bukan gandum yang membahayakan pesakit gout namun ialah kandungan benzoyl peroxide di dalam tepung gandumlah yang membahayakan pesakit gout. Bagi mee kuning, selain benzoyl peroxide yang merbahaya, kandungan asid borik sebagai pengawet di dalamnya menambah parah kepada pesakit gout. Bagi pesakit gout, bacalah dan amalkanlah saranan saya sebagaimana di dalam srtikel bertajuk GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh puleh,

TIPs di < http://emjayjb/ > http:// emjayjb . multiply. com/journal/ item/75.

Pesakit gout, diabetes dan arthritis perlu mengelakkan segala makanan yang mengandungi tepung gandum putih (yang telah dilunturkan oleh BP) seperti mee kuning, roti canai, roti serta kueh mueh yang diperbuat dari bahan ini. Bagi pendapat saya sebenarnya terdapat agenda sulit mengapa tepung gandum perlu diputihkan dengan menggunakan bahan kimia BP ini. Begitulah juga mengapa garam halus dimasukan bahan kimia merbahaya di dalamnya.

Kesemua usaha ini adalah bermotifkan agar kesemua manusia kecuali Y***** mengalami ????. Hidup lebih sihat tanpa tepung gandum putih (bleached). Seorang manusia tidak akan menerima kesan negatif dari BP dalam tempuh yang singkat. Namun setelah mengambil produk tepung putih untuk tempuh yang panjang iaitu melebihi 20 atau 30 tahun, kesan negatif dari BP bakal semakin ketara. Kini masalah gout, athritis dan diabetes semakin lumrah di kalangan rakyat Malaysia . Penyakit ini mula menyerang seawal usia hujung 20an atau awal 30an. Pada pendapat saya, produk dari tepung putih adalah satu punca penting selain banyak faktor lain yang menyebabkan gout, diabetes dan athritis.

Sekian wassalam wallahuaqlam