Monday, February 25, 2013

Catatan Perjalanan ke Korea Hari Pertama

Nama program: Uuri Hanguk Tour 2012 (muahaha ni suka-suka je letak dalam itinerary kami)
Peserta: 2 orang yang kenal lebih 6 tahun melalui alam maya, Didi dari Johor dan Daff dari T'ganu. 
Tiket pergi: Air Asia X pada hari Rabu, 14 Nov 2012 jam 08.50 pagi
Tiket balik: Air Asia X pada hari Khamis, 29 Nov 2012 jam 09.35 pagi
Memasang impian nak pergi dari tahun 2004..zaman-zaman bergiat dalam Forum Mesra (www.mesra.net)
Perancangan secara serius: November 2011
Tempoh study pasal Hanguk Tour kami: lebih kurang setahun
Pembelian tiket: May 2012 
Lama di Korea: 16 hari
General itinerary: Seoul - Jeju - Busan - Seoul

OK.. aku sambung dari cerita LCCT Premium Lounge. Sebab masa ni dah boleh dikira Day 1.

Tengah malam tu, lepas bersembang dengan receptionist kat situ, kami pun bincang semula. Sebab harga sebenar untuk 1 malam lebih mahal dari apa yang aku fikir. Akhirnya, kami decide untuk ON, sebab:
  • Premium lounge ni sebelah je dengan International Departure Hall
  • Ada makanan dan minuman disediakan
  • Ada plug disediakan
  • Ada toilet & shower room
  • Ada komputer dan internet (wifi)

Dengan bayaran RM158 per pax untuk lepak-lepak selama 6 hinga 10 jam.




Masa ni dah lebih pukul 12.. Staff dah kemas-kemas tray makanan ni.. Nanti masa sarapan baru diorang akan letak makanan semula.. Tapi kalau nak air panas macam kopi, teh memang sentiasa ada..


Tak ada katil.. Setting dalam tu macam ala-ala restoran. Ada sofa-sofa besar dan sofa-sofa tu dibahagikan dengan dinding separas pinggang orang dewasa. Kami pilih kawasan paling hujung. Bukak kasut. Bentang tuala yang staf Premium Lounge bagi (boleh request tuala ye) & baring atas karpet. Huhu. Jadikan telekung sebagai bantal. Bila baring tu memang tersorok la dari pandangan orang yang duduk di sofa sebelah.
Tak kira lah orang nak kata darat ke kampung ke, sebab kalau nak tidur sambil duduk memang tak selesa.

Beg-beg kami yang bersepah.. Daff dah landing masa ni.

Aku tidur-tidur ayam malam tu. Standard la.. Excited nak jalan jauh katanya.
Lagi satu, air-cond dalam tu sejuk banget. Sampai tersumbat hidung aku, payah nak bernafas.
Kejap-kejap bangun dan tengok keadaan sekeliling. Check henfon yang kami cas ada lagi ke tidak.. Kot la dicopet orang ke. Plug tu macam berjarak 1.5 meter dari tempat kami baring.


Atas sofa yang penuh barang kami (gambar bawah ni) ada tingkap yang menghadap ke kaunter untuk check in luggage.  

  
 Daff yang dah selamat tidur.. dan selamat aku foto kan..hehe



Bangun awal pagi. Mandi dan bersiap nak solat. Shower room ok, yang fail toilet. Tak ada paip air mahupun gayung mahupun baldi. Apakah.. huhu.. Aku nak buang air besar kena gi ke toilet awam di luar.
Kami solat di surau LCCT.

Lepas berkemas-kemas pagi tu baru aku perasan aku punya tripod hilang. Beberapa hari sebelum tu bersungguh-sungguh aku beli tripod nak bawa ke Korea.. Sebab taknak la karang aku amik gambar daff, daff amik gambar aku je kan..
Nak nangis rasanya.... Jenuh berfikir & mencari.. tak jumpa juga.
Akhirnya aku buat keputusan nak beli tripod baru, di LCCT juga! huhu
Memang aku beli tripod baru pagi tu.. Harganya double dari harga tripod yang hilang tu.. Sebab tripod yang hilang tu aku beli dengan harga promosi.
Takpelah.. mungkin bukan rezeki aku..

Lepas tu, check in luggage.Lebih kurang 07.45 am, kami masuk ke Departure Hall. Berdebar-debar masa nak tunggu turn nak kena 'raba' dengan kastam. Padahal bukan ada bawa barang terlarang pun.. Huhu. Alhamdulillah, tak ada apa-apa yang pelik berlaku & kami duduk menunggu sementara nak tunggu pintu gate dibuka.

*Abaikan tarikh gambar.. Masa ni tak tukar setting tarikh lagi.
 My travel partner, Daff


Blog owner ^^

Dalam pukul 08.15 a.m. , pengumuman dibuat untuk penumpang pesawat ke Incheon supaya masuk ke dalam pesawat. Yeay!  

Air Asia kan, jadi mari exercise sebelum masuk dalam kapal terbang ye..


Tak sangka rupanya tempat duduk kami adalah Hot Seat..

Tempat duduk kami depan sekali dari pintu masuk.. Depan kami ada ruang yang agak besar untuk letak barang (tapi tak boleh letak pun.. lepas airplane stabil atas awan boleh la kalau nak letak handbag)

Dalam kapal, kebanyakan penumpang adalah Melayu.. huhu..

Perjalanan ke Seoul, Korea mengambil masa lebih kurang 6 jam.. duduk selama 6 jam diwaktu siang dalam kapal terbang, tak banyak aktiviti yang boleh dillakukan selain dari borak, camwhore, makan, tidur & termenung. Nak main game pada henpon dan gajet, sayang bateri pulak, huhu.
Pertama kali ke luar negara (saya)
Kalau dilihat dari waktu yang tertera pada foto, masa ni dah nampak daratan Korea. Ni bergambar ala-ala excited terlebih sebab dah nak jejakkan kaki ke Korea..   

Masa yang dinantikan, masa makan! Dalam pukul 12.00 tengah hari lampu dalam pesawat dibuka. Pengumuman pasal makanan yang akan dihidangkan berkumandang..
Lama jugak nak sampai turn kami dapat makanan. Awal-awal tu, dapat bau je dulu, huhu..
Daff's - Chicken Lasagna (ini beli atas flight)

Mine - Pertama kali merasa menu yang begitu glemer di kalangan penumpang AA (pre-booked)

 
Masa atas flight aku topup jus oren.. Harganya jauh lebih mahal dari kat kedai.. biasalah kan..huhu
 (abaikan tarikh yang tak betul itu.. huhu)

Oh ye. Ini kira tips la ek, untuk yang naik kapal terbang Air Asia. Walaupun makanan dalam kapal terbang agak mahal.. Tapi kalau boleh order lah makanan..Buatlah pre- book, sebab murah sikit dari beli cash dalam kapal. Especially untuk perjalanan yang makan masa berjam-jam. Takkan masa orang sebelah makan kita nak purak-purak tidur dan ambil bau je kan.. Huhu.. sangat sedih ok keadaan itu. Melainkan ko memang tengah berpuasa atau memang takde selera langsung nak makan.

Dah kenyang.. Tak tau nak buat apa.. Sempat kami keluarkan semula kertas-kertas yang penuh sarat dan berselirat dengan travel info.. Bincang-bincang apa yang patut..

Sampai waktu solat, kami solat secara duduk. Mak aku ajar, itu solat menghormati waktu. Karang dah mendarat dan jumpa tempat yang selesa plus dah bersihkan diri kena solat sekali lagi.
Sebab kami duduk row depan, agak senang nak bergerak dan nak solat. Aku just pakai telekung dan stokin. Kain aku tak pakai.
Ada juga orang Melayu yang duduk dekat-dekat dengan kami yang turut solat sama.

Aku yang duduk tepi tingkap sibuk snap gambar awan.. Subhanallah sangat cantik rupa awan dari cermin tingkap.. Layankan aje lah ye gambar awan yang banyak ni. Saja aku nak abadikan di blog sendiri... Entah dapat pergi lagi entah tidak.. Entah dapat naik kapal tebang lagi dan menyaksikan pemandangan secantik ini, entah tidak,, kan! Huhu (**tetiba emo**)





Dah mula nampak daratan. Korea!

Dalam jam 3.00 p.m. (waktu Malaysia) pesawat selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

Keluar dari kapal terbang, selesaikan urusan imigresen, dan kena naik train untuk ke terminal utama.
Masa ni dah tak berapa nak snap gambar sebab dah mula sibuk.. Nak bersesak-sesak dalam lautan manusia..

Dalam pukul 04.45 p.m (waktu Korea), dah selamat segala urusan dalam airport & ambil luggage. Sekarang nak tunggu bas ke guesthouse.

Muka riang ria. Pertama kali menyedut angin sejuk Korea di musim luruh.

Awal-awal tu boleh tahan lagi.. Lepas 15 minit rasa sejuk makin menyengat. Kelam kabut selongkar beg cari baju tebal.

Lama jugak menunggu bas airport ni. Sempat masuk semula ke dalam airport untuk beli T-Money.
Kemudian keluar menunggu lagi.

Jadual perjalanan bas. Arah tuju kami ialah perhentian Sungkyungkwan University. Kalau ikut jadual ni bas akan sampai jam 05.05 p.m. Nampaknya kami dah terlepas bas jam 04.35 p.m.

Masa ni, aku baru menyedari beberapa perkara yang penting. Beware, folks!
#Kita berjalan di tempat orang, dengan barang yang banyak. So, kena sentiasa alert dengan barang-barang kita.
#Sentiasa alert di mana kita menyimpan sesuatu, lebih-lebih lagi kalau korang jenis cepat menggelabah macam aku! Sebab masa ni aku kelam kabut mencari sesuatu. Tak ingat cari kupon diskaun bas ke.. cari peta nak ke guesthouse.. Padahal benda tu ada je.. Tapi mencari dalam kelam kabut, biasalah kan! Karang menggelabah mencari barang yang disangkakan hilang, tiba-tiba bas yang ditunggu datang.. Kan ke lagi kelam kelibut dibuatnya.. So, kena hati-hati sangat kat sini ye..

Lepas naik bas, aku dah tak berani nak gedik-gedik tangkap gambo huhuhu.. Takut tercicir apa-apa..
Lain ceritanya tercicir barang di tempat sendiri dengan tempat orang, kan!

So dah takde gambar.. Meh nak cerita je..

Masa naik bas, sekitar jam 05.30 p.m, Korea dah mula gelap! Oh, aku tak tau rupanya pada musim luruh waktu malam agak cepat. Kul 6.00 p.m. memang dah gelap macam pukul 07.30 p.m. kita. Sejuk toksah cakap la..

Sebelum naik bas, driver akan turun dan ambil luggage kita (yang besar-besar je), dia letakkan tag, dan simpankan dalam compartment bawah bas. Lepas tu dia bagi kita 1 lagi kertas yang tertulis nombor luggage kita. Luggage aku dan Daff dicampurkan. Means, dapat 1 nombor aje la.

Lagi 1, orang Korea ni jenis buat sesuatu kerja laju-laju.
Pertama kali merasa pengalaman ni, masa nak naik airport bus ni. Driver tu turun bas dengan cepat & jerit-jerit sesuatu dalam bahasa Korea. Kita yang beratur ni sorang-sorang hulur beg pada dia untuk disimpan. Dengan cepat driver akan ambil beg dan simpan. Memang takde aksi lemah gemalai sopan santun perlahan-lahan ye. Aku bajet dorang ni nak mengejar waktu kot. Mungkin syarikat diorang dah tetapkan, waktu sekian-sekian, mesti sampai sini.. Dan bertolak dari sana.. Agaknya lah..

Kami duduk di seat depan-depan.. Senang nak tengok pemandangan depan (luar bas). Memang dalam bas ada pengumuman tempat bas nak berhenti. Tapi, dikhuatiri kurang faham dengan sebutan diorang. Takpun, takut terleka..

Beg yang tak berapa nak besar, boleh bawa naik bas & letak kan di depan, dekat pintu masuk. kat situ ada tempat berpalang untuk letak beg-beg penumpang.

(Apapun, kalau bawak barang yang banyak memang agak leceh.. huhu)

Bila dah duduk depan, kalau rasa tak yakin boleh je bercakap dengan driver, bagitau kat mana kita nak berhenti.

Lama jugak nak masuk bandar Seoul. Kiranya, jauh jugalah jarak Incheon - Seoul. Apapun, Incheon dan Seoul adalah dua daerah yang berbeza ye. Campur dengan kesesakan lalu lintas lagi. Masa tu peak hour, waktu orang balik kerja.

Pemandu bas di Korea kebiasaannya suka untuk bagi kita experience naik bas macam naik roller coaster. (Aku perli ni).. Tak kira lah bas biasa atau bas airport yang kami naik ni. Masa membelok tu memang terhayun-hayun penumpang dalam bas (lagi-lagi kami yang tak biasa ni). 

Oh ye. Dalam bas dorang ada sediakan seat-belt dan KENA PAKAI. Abang driver tu siap pakaikan seat belt untuk Daff, sebab Daff duduk betul-betul belakang dia. Aku duduk belakang Daff. Kami masing-masing duduk dengan local. Sebab waktu naik bas diorang dah ada dalam bas. Aku malas nak pakai seat belt, tapi berlakon macam pakai, huhuhu. Aku just letak seal belt tu atas riba aku.

Dalam bas, ada wifi ok! Tak menahan huhu. Tapi tak menahan juga sebab masa tu baru sedar kami tak leh access. Ceh.. baru nak update status kat FB..
Simpan fon, tengok permandangan yang tak berapa nak nampak kat luar je la (dah gelap)
Perjalanan yang agak panjang. Nak snap gambar dah tak berani (lesson learnt! very well!)

Akhirnya kami sampai ke perhentian Sungkyungkwan Univ. Ohmy.. Sejuk tak hingat. Dalam bas tadi rasa suam-suam kuku je sebab ada heater. 
Kami turun di bus stop di tengah-tengah jalan. Ko tengok kiri ada jalan raya. Ko tengok kanan pun sama, ada jalan raya. Kat Malaysia, aku rasa takde keadaan macam ni!

Dalam kesejukan kami berjalan ikut peta (Peta yang disyaki hilang sebelumnya, aku dah jumpa  masa dalam bas huhu)
Tak berapa nak susah mencari guesthouse, sebab peta yang diberi jelas.

Sejuknya cuaca malam di sana sampai aku rasa sesak nafas.. Entah berapa suhunya.
Berlari-lari aku, bila dah nampak tanda (sebuah kedai BBQ) nak ke guesthouse.. 
Bukan sebab excited nak masuk guesthouse tapi sebab nak cepat sampai dan sedut udara panas.. Sempat jeling kiri kanan, ramai awek korea yang pakai skirt, dan seluar pendek. Umang aihh dorang ni kulit cap apa ye. Dah la free hair, sah-sah bahagian kepala sampai leher pun sejuk.

Akhirnya, selamat sampai di guesthouse kami, INSIDE Backpackers Guesthouse.

*Panjang gila entri ni.. Next entry would be something about our guesthouse.

Sunday, February 24, 2013

Catatan Perjalanan ke Korea Sehari Sebelum - Siri 2

Nama program: Uuri Hanguk Tour 2012 (muahaha ni suka-suka je letak dalam itinerary kami)
Peserta: 2 orang yang kenal lebih 6 tahun melalui alam maya, Didi dari Johor dan Daff dari T'ganu. 
Tiket pergi: Air Asia X pada hari Rabu, 14 Nov 2012 jam 08.50 pagi
Tiket balik: Air Asia X pada hari Khamis, 29 Nov 2012 jam 09.35 pagi
Memasang impian nak pergi dari tahun 2004..zaman-zaman bergiat dalam Forum Mesra (www.mesra.net)
Perancangan secara serius: November 2011
Tempoh study pasal Hanguk Tour kami: lebih kurang setahun
Pembelian tiket: May 2012 
Lama di Korea: 16 hari
General itinerary: Seoul - Jeju - Busan - Seoul

Selasa 13 Nov 2012
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Aku bertolak ke KL, naik bas ekspres. Tiket bas aku beli online. Boleh rujuk entri pasal beli tiket bas online di sini.

Sampai Terminal Bas Bersepadu Selatan, terus cari surau, solat Zuhur. Kemudian gerak ke stesen lrt Masjid Jamek untuk jumpa member.

elok pulak lengang kawasan ni masa aku nak snap gambar. hehe takde la, aku memang tunggu takde orang baru snap gambar ni. macam malu gitu nak snap bila ada orang.. huhu entahpape.

Sampai masjid jamek, jumpa kawan, terus gerak ke KL Sentral. Plan jumpa my travel partner, Daff kat situ.
Lepak-lepak dan berkumpul di McD. 2 orang member lain datang. Borak-borak dan kemudian ronda KL sentral cari barang.

Lepas solat maghrib, bergerak ke LCCT. Naik kereta Daff yang dipandu adik lelaki dia.
Sampai LCCT dalam pukul 10 malam. Buat web check in. Berlegar-legar sekejap, beli apa yang patut, lepas tu pergi tengok Plaza Premium Lounge.

Kami memang dah plan nak lepak kat situ malam tu. Memang bayarannya agak mahal, RM100++ tapi aku rasa lebih baik dari duduk merata-rata..& masalahnya, ada ke tempat duduk yang proper dan selesa kat LCCT?
Jawapannya: Memang tak ada, ok.Ada kerusi, tapi pada aku tak selesa untuk bertunggu tangga selama 5 hingga 6 jam.

Jadi, lepas tu, kami pun...

Entri tergantung sebentar sebab aku ada hal.. mehehehe.. Nanti aku sambung.

Catatan Perjalanan Ke Korea Sehari Sebelum - Siri 1

Isnin, 12 November 2012
Malam sebelum berangkat ke KL





Semua ini disimpan dalam 3 beg
  1. beg sandang (yang warna coklat tu)
  2. beg sandang belakang (backpack)
  3. beg jinjit (yang boleh ditarik & beroda)

Barang-barang yang menjadikan luggage aku cukup-cukup 15 kg..
Makanan tu boleh tahan berat!
Plus baju dan seluar yang aku bawa.. (Kata nak travel 16 hari kan, takkan nak bawa 2 helai seluar je)

Sudut-sudut dalam kelas

Kalau ada yang membaca entri ni, seorang guru, dan terjumpa entri ni sebab tercari-cari macam mana nak hias sudut-sudut dalam kelas, mungkin entri ni boleh membantu. (Kalau tak membantu, maaflah ye)

Sebab kali ni aku nak kongsi idea kalau ko memang blank habis tak tau nak buat cemana dah.
Ataupun kelas ko dah ok tapi nak kena make up sikit bagi ceria.

Oh ye, entri ni ditulis untuk mengambilkira kemungkinan ianya berguna untuk guru kelas di sekolah rendah ye. Sebab biasanya tugas menghias kelas di sekolah rendah ni memang guru kelas yang pikul. Ko nak harap budak-budak kelas tu yang hias memang takde lah.. Kalau mengharap diorang buat sepah mungkin boleh.
*Aku tak tau lah kalau ada tapi setakat pengalaman aku di 2 buah sekolah, memang beginilah realitinya*

So, aku susun ikut kronologilah, macam mana kisah aku jadi guru kelas dari awal posting sampai sekarang.
Dari situ boleh kot nampak evolusinya. Cuma yang awal-awal tu aku tak ada gambar nak tunjuk.

2008 :
Tahun 2008, masa tu bulan 8. Aku posting nak dekat akhir tahun. Terus ambil alih kelas. Masa tu boleh tahan berserebeh jugak kelas tu. Sebab kelas dekat bangunan lama, bangunan kayu pulak tu. Tapi sebab dah nak akhir tahun maka aku tutup mata je...

2009:
As expected being a class teacher again. Kelas yang sama. Padan muka aku. Kata sangat kelas ni berserebeh kan dulu, huhu. Masa ni aku memang zero lah senang cakap. Idea pun tak banyak. Kelas ni kan dekat bangunan lama so kat belakang kelas memang tak ada papan kenyataan. Belakang tu memang ada dinding kayu gitu je. Habuk toksah cakap lah. So aku adakan sudut-sudut dan menampal bahan-bahan atas dinding kayu tu terus. Memang nampak sangat tak cantik. Untuk langsir  aku cuma beli kain jersey dan buat langsir paras tiga suku. ***Lepas 2-3 bulan budak kelas ni dok lompat-lompat dan tarik-tarik langsir tu.. Habis melendut dan pecah-pecah benang kain jersey tu*** Memang tak berseni dan buruk kelas ni.

2010:
Guru kelas lagi. Tapi tukar kelas. Dapat kelas di bangunan yang baru sikit. Kelas tu dah cantik berhias. Cikgu sebelum tu hias kelas guna bahan kekal. Macam dekat papan kenyataan, dia guna tikar getah sebagai alas. So, memang tahan bertahun-tahun la kan? Langsir pun dia guna kain jenis nylon. Memang tahan walaupun dah nampak buruk sikit sebab dah lama. Lepas tu, langsir tu dah siap-siap ikan reben di tengah dan dia lekatkan terus pada tetulang tingkap guna stapler. Budak-budak pun dah kena warning jangan suka-suka bukak langsir tu.

2011:
Masih lagi guru kelas di kelas yang sama. Langsir tak tukar. Papan kenyataan tinggal update je.

2012:
Kena pindah kelas lain. Bilik tu dulunya bilik guru. Sebab bangunan baru dah siap, maka bilik guru pun berpindah tempat. Kelas baru ni ada banyak papan kenyataan. Tapi memang nampak biasa-biasalah sebab masa jadi bilik guru, takde siapa nak ambil kisah pasal ganti alas papan kenyataan. Biar buruk. Janji tak koyak.
Untuk gantikan alas papan kenyataan tu, aku beli plastik alas meja ni. Kan ada dijual ikut meter, dekat kedai-kedai biasa pun ada. Semeter paling murah boleh dapat dalam RM2.80. Ada macam-macam warna.

Ini aku pasang sorang-sorang ok. Masa ni aku kena bertugas waktu cuti. Nak lekatkan plastik tu guna la stapler tembak yang besar tu. Berpeluh-peluh jugak mengerjakan sorang-sorang.



Langsir aku beli kain nylon. Beli kat pasar je.Pilih la corak yang ceria sikit. Semeter dalam RM3.00. Untuk sekelas penuh macam ni banyak meter jugak kena beli. Dekat RM100 jugak dibelanjakan untuk langsir sahaja.
(beli langsir kelas macam ni tak boleh claim ok.. sebab tu kengkadang cikgu-cikgu pakai langsir lama dari rumah, ataupun beli langsir terpakai je)
*Aku cari-cari gambar langsir sahaja tapi tak jumpa.. Tengok-tengoklah gambar di bawah ni rasanya ada jugak ter snap gambar langsir. 

Untuk label kat papan kenyataan tu, aku ambil dari laman web www.sparklebox.com
Memang macam-macam ada. Pepandailah pilih. Aku pilih bentuk rama-rama. Failnya dalam bentuk words dan boleh di edit.

Papan kenyataan ni kan panjang, so pandai-pandai jugak lah bahagikan untuk beberapa mata pelajaran.
Separator antara mata pelajaran tu, aku pakai reben.





 Bahagian bawah papan tu, aku tampalkan sifir dan senarai synonim-antonym.. Sifir tu Panitia Matematik yang sediakan. Tinggal tampal ke. Senarai antonym-synonim tu aku taip sendiri. Nanti aku share. Masa print / fotostat tu gunalah kertas berwarna jadi nampak menarik sikit bila disusun dan ditampal.

Separuh daripada bahan yang aku tampal tu aku ambil dari majalah kanak-kanak macam ASUH, ANA MUSLIM.. Kan ada banyak info dan maklumat menarik.. Fotostat warna dan laminate kan saja.. 


Ini pulak contoh hiasan di bahagian depan kelas.

Untuk meja guru, aku beli alas meja bunga-bunga. Ada perasaan menyesal jugak sebenarnya beli jenis ni, sebab nipis dan tak tahan sangat. Lepas tu untuk skirting aku beli kain jersi. Jahit siap-siap ropol tu. Kalau tak nak jahit ropol siap-siap pun takpe, masa stapler pada meja nanti lipat-lipat dan jadikan ropol.. 

***Kayu hoki yang nampak merata-rata dalam gambar tu, sebab masa aku snap gambar ni dah akhir tahun. Masa ni tengah melatih budak-budak untuk persembahan akhir tahun.. Adapun kayu hoki tu di digunakan  sebagai props.. sebab tu dok bersusun dalam kelas ye..

***Bendera malaysia saiz kecil tu pulak sebab sebelum tu ada pertandingan hias kelas sempena bulan kemerdekaan. 


Sekian saja entri kali ni. Harap dapat membantu.

**Updated on 28/03/2013**
Perkongsian Bahan1:
Label Subjek (bentuk rama-rama warna kuning) 
Label Subjek (bentuk rama-rama warna biru)

Saturday, February 23, 2013

Time to say goodbye

Entri khas mengenang hari-hari terakhir di Endau.. Macam biasa aku ni keinginan nak update blog memang tinggi.. Siap snap gambar bagai.. Tapi lepas tu tak update pong!!


Antara lauk-lauk terakhir yang di masak di sana.. Masa ni pinggan mangkuk dah packing. Jadi pakai bekas plastik je.


Kawasan dalam rumah yang dah kosong..

Bilik aku selama 3 tahun setengah
Bilik utama yang aku jadikan bilik stor



                                                                                 
Ruang tamu



Tandas (layankan aje la ye, huhu)


Entah bila nak sampai ke sini lagi.. Simpang ke Felda Endau


Pandangan hadapan simpang masuk ke Felda Endau





Thursday, February 14, 2013

After all, its still Korea

Aku jarang berjalan.. Itu memang 1 fakta.
Jangankan luar Malaysia, dalam Malaysia pun tak habis ronda.Entah, aku memang malas nak berjalan kalau tak iya-iya.
Dont ask me why.. aku memang.. malas..

Cuma, trip ke Korea pada hujung 2012 tu macam special case lah.
Kata tempat idaman nak pergi kan.. Dah dekat 10 tahun gitu berangan nak ke sana..

Sekarang, menjalani kehidupan harian yang berbagai ragam.. Aku selalu terkenang-kenang feeling sebagai pelancong yang aku rasa masa di Korea. Bila penat.. Tengok balik gambar lama.. Ingat balik kenangan di sana. Belek-belek cenderahati dan cenderamata yang sendiri beli sendiri hadiahkan untuk diri sendiri..
Rasa nak pergi lagi weih .

Cuma kali ni, aku kalau boleh dah tak nak rasa musim luruh. Musim sejuk memang out laaa..
Aku tak tahan kot dengan cuaca sejuk. Sejuk sikit-sikit ok la.
Kalau sejuk sampai tahap minyak angin dalam botol yang aku simpan dalam beg pun boleh membeku, dah ala-ala minyak sapi rupanya..
Erm.. memang sudah cukup sudah la kot.. hehe

Hati kecil aku kata, pergilah tempat lain. Ko nak tengok musim bunga, bukan Korea je kot yang ada musim bunga.

Baiklah, aku survey-survey jugak negara lain macam Australia & New Zealand..
Tapi maklumat di hujung jari yang aku jumpa, masih lagi tak boleh menandingi maklumat tentang bercuti ke Korea.

Adakah aku yang tak pandai mencari?
Adakah memang kenyataannya ramai orang Malaysia yang ke Korea, sebab tu lagi banyak wujud travelog / entri tentang pengalaman ke Korea?
Adakah aku saja je nak cari alasan, yang sebenarnya aku memang nak ke Korea sekali lagi?? muehehe..

Berdasarkan pengalaman aku di Korea dulu, tempat tinggal senang nak cari yang affordable.
Dah affordable, complete pula tu, memenuhi syarat basic untuk backpacker la senang cerita.
Nak bergerak pun senang, transportation maju.
Bab makan ada payah sikit pada aku lah,, tapi takpe itu bisa diatur. Pengalaman dulu ada kan.

So, after a little bit of thinking, its still Korea yo??

p/s-aku dah mula-mula survey tiket AA.. untuk travel hujung tahun ni, banyak harga promo.. Return dalam RM1000+.. 

Wednesday, February 13, 2013

Beli belah online

Senang zaman sekarang ni kan.
Boleh shopping secara virtual.
Dah tak payah nak basah-basah ketiak berjalan sana sini mencari barang.

Aku pun tak terkecuali jugak.. Menjebakkan diri dalam aktiviti merabakkan poket ni.
Dalam entri ni bukan la nak berlagak aku tetiap bulan mesti shopping ke apa.. nehiii. Aku pun kalau bajet tak berapa nak ada duduk diam-diam sudah. Bukak laman web jual-jual barang pun tidak! Takut stress bila dah tengok-tengok tapi tak boleh nak membeli.

Ye, aku tak tau la kenapa tapi when it comes to online shopping aku prefer seller yang boleh reply dalam kadar yang segera! Ini kalau yang style aku pm/email malam ni esok petang kang baru nak reply.. memang stress kot.. Especially kalau melibatkan barang yang ada ramai penjual..
Sah-sah aku akan kontek semuaaa penjual yang aku dah mark dan tanya harga.. Siapa yang reply cepat, kira dia punya rezeki la..

Selain dari kena reply cepat² aku juga suka seller yang sediakan pelbagai bank untuk pembayaran.. Sekurang-kurangnya bagi la 2 pilihan bank (biasanya Maybank & CIMB) ; bukan la cuma ada 1 je akaun.. Tak ke susah kalau customer cuma ada salah 1 je & dan tak sama pulak dengan akaun si penjual.. Bukan semua customer duduk area bandar ye.. Ada je yang tinggal dalam kawasan yang cuma ada 1 jenis bank je.

To be honest aku pun pernah pada 1 masa tu jadi online shoppers yang tegar.. hampir setiap bulan shopping. That was back when I was in Endau..

Apa nak buat,,... Duduk di sana memang aku macam mati kutu. Perjalanan pergi-balik ke sekolah setiap hari memang tak jumpa sebijik kedai pun. Hatta kedai runcit! So possibility untuk menyinggah dan membeli adalah sifar. Tak lama lepas aku kerja, aku terus beli broadband & selepas tu upgrade pulak kepada streamyx. So, memang amat mudah nak membeli belah.. Order. Bayar. Tunggu.. hehehe

Kemudian, masa dah ada perancangan nak pergi Korea, aku dah mula slow kan membeli belah online. Lama-lama terus stop! Masa tu, aku sangat bersyukur sebab wujudnya pilihan "Do not show in newsfeed" dalam Facebook.. Maka, tak ada lah gangguan emosi dan jiwa melihat barang-barang yang penjual upload.

Sekarang.. Bila dah pindah dan duduk dengan family sendiri.. pun aku dah tak terasa nak membeli belah online. Sebab UTAMA? Rimas..

Ye, masa mengemas barang untuk berpindah dulu, aku rasa sangat rimas dengan barang-barang aku sendiri.. Entah hapa-hapaaa yang aku beli. Begitu banyak. Dan sekarang bilik aku dah macam umah setinggan. Tak de tempat nak letak barang-barang aku. Yang paling dasyat ialah baju. Baju kurung. Ini bukan nak berlagak ye, tapi aku sendiri kagum & ada jugaklah rasa menyesal.. Dah dekat 2 bulan sekolah bukak kan? Dalam 7 minggu ni. bayangkan hari-hari aku pakai baju yang berlainan. Serious, aku tak sangka begini banyak baju kurung aku?

Jadi, azam aku tahun ni tak payah la sibuk-sibuk nak beli kain buat baju. Ko pakai je baju yang ada. Raya kang baru fikir nak beli baju. Ini tak masuk lagi dengan hadiah kain pasang masa nak pindah dulu. Semua tu tak berjahit lagi. **Ada member suggest aku kuruskan badan dulu sebelum hantar kain tu ke tailor.. yeah.. good idea..**

Tapi.. tak membeli belah secara maya tak bermakna aku menyimpan duit dengan baik sekalii.. Masalah sekarang lagi besar kot.. On the way balik kerja setiap hari aku terdedah dengan tempat bershopping yang lebih menarik.. Tak laa sampai tahap Jalan TAR ataupun Mid Valley macam kat KL nun. But still... kedai. Kedai yang lagi best kot dari kedai kat Endau nun..huhu.. Dan kalau aku drive ke arah bandar dah jumpa 1 shopping complex.. wuwuwuwu..apakah..

Jenis aku, suka belek-belek barang kat kedai. Tak semua kedai, tapi  antara kedai yang aku cukup minat ialah kedai komputer.. kedai buku.. dan farmasi.. Tak semestinya aku membeli.. Kadang tu hanya survey saja. Tapi masa survey tu sebenarnya dah plan dalam kepala.. nanti lepas gaji aku nak beli ini.. ini.. dan ini..
Begitu..

I need a new resolution about travelling, since when I made up my mind (or to be precised when I bought a plane tix) about going somewhere then I'll be a decent saver.

Ke manakah mahu ditujuuuu..huhu


Gambar kat tempat shopping yang aku suka. Myeongdong.. ^^


Ye.. Saya teringin nak pergi Myeongdong lagi..
Should I??

Tuesday, February 12, 2013

Tangerine Ice Cream

 
Mandarine Ice Bar yang di beli di sebuah kedai dekat Gunung Sanbang

Jeju terkenal dengan limau mandarin. Memang banyak ladang buah mandarin dalam pulau ni.. Tapi aku tak  dapat snap gambar ladang pun, sebab tengok pemadangan ladang-ladang tu hanya dari dalam bas.. Bas pulak bergerak laju. Kamera pulak bukan canggih mana nak ambil gambar dalam keadaan bergerak.. Huhu.. (Nak kamera baru, plizzzz)

Tiba-tiba nampak aiskrim ni dalam kedai & terus capai lalu bayar, hehe. Bagus ye makan aiskrim dalam cuaca sejuk dan angin kuat.
Model eskren tak berbayar huhu. Senyum dalam kesejukan angin yang menggila..

Pemandangan di belakang tu memang Subhanallah, sangat cantik. Ni sekitar kawasan gunung tu. Sebenarnya masa melawat gunung ni diorang semua sibuk mendaki untuk ke puncak. Kira bas ni dah bawak visitor pada tiga suku ketinggian gunung. So, sesiapa yang nak daki sampai ke atas, silakan. Tapi aku memang tak kuasa sebab rasa letih sangat masa ni. Pagi tu bangun awal gila untuk ke airport & kemudian bila dah sampai Jeju kena berlari-lari dan rushing untuk kejar bas pelancong.. Kemudian, tempat yang agency ni bawak semuaaa kena berjalan yang bukan sikit-sikit.. So, masa kat sini aku memang dah pancit huhu.

Masa melawat 'Mount Sanbang' ni, hari dah petang. Tiba-tiba rasa haus. Masa tu memang tak bawak bekalan air masak. Nak beli kopi, macam malas sebab pekat gila kot kopi dalam cawan tu. Nak beli air mineral, aku rasa macam menyusahkan sebab nanti nak kena bawak ke hulu ke hilir botol tu. Dasarr pemalas kan, tapi i got reason meh,,

Oh ye..masa kat Korea aku limit kan minum air di siang hari. Sebab bila banyak minum asyik la nak terkucil. Dah la kat sana cuaca sejuk kan. So, lagi cepat kot rasa nak terkucil. Lepas tu, paham-paham la, being there in  a non-muslim country toilet dia macam mana.. Memang tak ada paip air dalam tandas kan. Memang nak kena bawak botol siap-siap, isikan air di sinki luar. Yeah, memang guna air untuk bersuci tapi hanya sebotol dalam 750ml gitu, huhu. Aku memang rasa tak cukup! Tapi nak buat cemana kan darurat. Lepas tu sebab nak hati-hati punya pasal (sebab bekalan air terhad) aku memang akan ambil masa lama sedikit dalam toilet. Kalau travel berdua je dengan partner takpe. Tapi masa kat Jeju ni ikut travel agency so kalau lama-lama sangat dok dalam toilet rasa tak best kan sebab terfikir ahli rombongan atau ketua rombongan yang menunggu.. So, my solution adalah kurangkan minum air.. Balik hostel malam kang minum la balik banyak-banyak ye..


Monday, February 11, 2013

Makanan untuk yang berdiet

Kemas-kemas dan belek folder dalam lappy..Terjumpa gambar lama..
Teringat juga cerita lama..

 Low carb & high protein food
Kami cut jumlah karbo harian.. Banyakkan sumber protien.
Selain tu cut juga pengambilan gula. 
Memang masa berdiet ni tak minum air manis langsung.. Minum air masak je. 

Ini kejadian tahun lepas.. Masa aku ni sibuk berdiet, join my BFF yang masa tu baru lepas habis pantang dan kembali ke sekolah dengan membawa 'gelombang diet' dalam sekolah. Masa mengandungkan anak nombor tiga, badan kawan aku ni memang berisi. Tapi biasalah tu kan, orang mengandung. Yang luar biasanya ialah aku, bujang, tapi tahap kegemukan dah ala-ala orang pregnant. Maintain gemuk pulak tu.. Tskk..

Lepas 3 bulan berpantang, kawan ni kembali ke sekolah dengan new figure. Slim gila, seperti zaman bujang dulu..

Dan aku yang duduk sebelah kawan ni, takkan nak buat tak tau je kan.. So join lah sekali dia berdiet. Memang best berdiet berkawan-kawan ni ok. Masa rehat, makan sama-sama dalam bilik guru.
Kongsi resepi. Kalau rasa berkenan dengan makanan memasing, boleh saling merasa.. gituu..
Kalau rasa nak turun makan kat kantin, sama-sama pilih dan catu makanan.. So takde lah nampak pelik tengok pinggan orang lain berisi nasi, pinggan kami cuma ada lauk pauk je.

Diet plan yang kami ikut masa ni ialah Diet Atkin.. Limitkan karbohidrat (gula) dalam makanan, hanya lebih gurang 15-20 gram sahaja yang diambil dalam sehari.. So nak cover perut supaya kenyang, kami makan makanan yang berprotien tinggi. Makan lah banyak mana pun. Jangan biarkan badan berlapar. Tapi kena ingatlah. No carbo. No glucose.

Masa ni, boleh kata hampir setiap hari kami bawa bekal sendiri. Makanan kat kantin memang tak sesuai lah kot untuk yang berdiet, sebab kalau tak tinggi karbo, tinggi pula kandungan garamnya..


Tapiii, aku tak sekuat kawan ni yang boleh hilangkan lebih kurang 30 kg.. Penurunan aku tidak lah banyak mana sebab aku memang jenis tak strict. Juga malas bersenam. Nak kuruskan badan, jaga pemakanan saja tak cukup ok. Kena juga buat senaman.

Sekarang, ada jugak rasa nak cuba semula berdiet.. Tapi serious, sorang-sorang memang takde semangat..



[Product review] Tony Moly Red Appletox Honey Cream

Hai.
Entri ni adalah untuk review 1 produk yang aku dah pakai selama 2 bulan.
Red Appletox Honey Cream nama diberi. Produk ni adalah keluaran Tony Moly.

Tony Moly pula ialah 1 syarikat dari Korea Selatan yang mengeluarkan barangan kosmetik. 

Packaging yang sangat lah cute. Comel kan bekasnya?

  
Bekas plastik yang kukuh. Kalau jatuh pun insyaAllah tak pecah (melainkan ko sengaja hempas atau rejam.. huhu) 


Krim ni mengandungi extrak madu Manuka (Manuka Honey) dan Royal Jelly. Dikatakan elok untuk melegakan kulit bermasalah, juga bagus untuk kulit sensitif,  Madu hitam yang kaya akan mineral dan amino-acid, memberikan kelembapan dan memelihara kulit agar tetap elastik dan lembap, Selain tu, sesuai dengan namanya juga, krim ni mengandungi ekstrak epal. Ekstrak epal juga dipercayai boleh menghaluskan kulit.


Harga: RM61.90 di semua Tony Moly branch dalam M'sia
(kalau beli kat Korea adalah jauh lebih murah,, so kalau  memang ada plan nak ke sana dalam masa terdekat ni boleh la masukkan dalam a must buy list)
 Isi kandungan dalam bekas: 80 ml.
Didatangi dengan 1 sudu kecil untuk cedok krim.

Cara pakai:
Lepas cuci muka & apply toner sebelum tidur, sapukan pada seluruh wajah secara nipis, tepuk ringan agar krim cepat meresap. 
Ingat, sapu secara nipis ye. Sebab produk ni ada campuran madu, jadi ianya agak melekit/sticky. Macam aku, memang tak suka produk yang melekit-melekit ni, lagi-lagi nak sapu kat muka. Tapi masa aku pertama kali try produk ni, sales girl tu beriya-iya yakinkan aku yang produk ni tak membuatkan kita rasa melekit.Dan setelah balik Malaysia, cuba pakai.. sampai 2 bulan kot aku nak ambil masa cari 'kaedah' sesuai memakai produk ni.
 Kenapa????
Sebab memang melekit... kalau di sapu banyak-banyak! Lepas sapu (dan tepuk pelan-pelan) tu, biarkan dalam masa 5-15 minit barulah produk ni meresap dalam kulit. 
Lepas tu kulit akan rasa lembab je..
Tapi, sebab kulit aku jenis cepat berminyak, lepas 2-3 jam memang muka akan tetap berminyak la.. (kalau nak kira berminyak punya cerita, pakai krim ke...tak pakai krim ke.. tetap mukaku berminyak.. At lease kalau pakai krim & lepas tu berminyak, aku tau kulit aku dapat gak kebaikan memakai krim)
Aku memang takkan pakai krim ni di siang hari sebab kulit aku jenis berminyak.. Kalau pakai sebelum tidur tu tak apa lah sebab bangun pagi kalau muka berminyak pun kita memang akan cuci kan.
Selain tu krim ni takde kandungan SPF so tak sesuailah dipakai pada siang hari. 
Selain muka, aku apply juga pada tangan.. Sebab aku suka bau krim ni.. Sangat lah epal baunya. Sebenarnya sebab utama aku terjebak membeli krim ni adalah kerana baunya yang wangi. Manis-manis epal gitu.. 
Produk ni insyaAllah tahan lama.. Kan aku kata kena sapu nipis-nipissss je kan, supaya tak melekit sangat muka dan tangan tu nanti.. So memang penjimatan berganda lah disitu ye.  

Consider to buy again: Yes, coz Im in love with the smell.. Oii seriously wangi tau. Walaupun aku tak suka benda melekit, tapi aku sebenarnya sukakan produk berasaskan madu.
Yang paling penting, lepas 2 bulan guna krim ni aku rasa kulit muka aku yang kasar ni dah makin lembut gitu. Aku rasa penyebabnya bukan lah semata-mata disebabkan krim ni.. Tapi untuk mereka yang memang jenis tak pakai krim langsung sebelum tidur macam aku sebelum ni, mungkin boleh cuba pakai..


Selamat mencuba, kalau terberkenan dengan Red Appletox Honey Cream ni, !!

Sunday, February 10, 2013

Korea Travel Info Part 1

Bismillahirrahmanirrahim..

Lamanya aku nak update travelog ke korea ni.. Dah 2 bulan balik baru update ^^
Yang pasti travelog ni akan panjang kot. Sebab kami pergi agak lama.

Sebelum tu nak mintak maaf, kalau semasa menulis entri travelog ke Korea ni aku agak syok sendiri & bercerita benda-benda yang agak tak berkaitan.. (carried away.. selalu je, hihi!)

Tapi apapun, ini blog aku kan, hehe..
So yang ke sini sebab nak cari info, pepandai la korang browse through ye!

Baiklah.

Kisah bermula.

Aku mulakan dari langkah 1 lah ye. Ini macam general info untuk dikongsi bersama mereka yang nak berjalan ke Korea secara backpack.

(**Penulisan aku ni khas untuk backpackers.. so pilihan kami memang jenis yang murah, low budget tapi masih selesa)

Dah lama kot berangan nak pergi Korea. Dari 10 tahun lepas, rasanya. Masa zaman Winter Sonata & Autumn In My Heart ditayangkan kat TV3 dulu.. Masa tu kalau tak silap aku masih belajar di U.
Setelah sekian lama, akhirnya pada November 2011 aku dan sorang kawan (from now on aku akan sebut my travel partner sebagai daff) merancang untuk sama-sama pergi merealisasikan impian kami ke sana.
Masa tu, ajak-ajak jugak member yang lain, tapi nampaknya kami berdua je yang beriya-iya nak ke Korea. So, takpelah. Proceed, pergi berdua.
Ye, hanya berdua! Kami, 2 orang perempuan bujang, pergi berdua.
Yang sorang dah pernah ada pengalaman travel ke China (pun berdua, tapi bukan dengan aku) secara backpack.
Dan yang sorang lagi memang jakun habis, jarang sangat melancong apatah lagi ke luar negara (aku letteww).

Jadi, kalau anda berada dalam situasi macam kami. Jangan ragu-ragu. Pergi je. Insya Allah selamat.
Kalau nak pergi dengan bilangan ahli lebih dari 2, lagi lah selamat.
Kalau nak pergi sorang pun, masih selamat, percayalah. Korea adalah sebuah negara yang selamat.
Tapi you have to be very independent, quick & wise lah. Dan dengan syarat, jangan lah sengaja mengundang bahaya.. Macam berjalan seorang diri pada waktu malam.. Dah ko sensorang kan jadi janganlah cari pasal..huhu..
Tapi secara personal, aku rasa untuk first timer baiklah pergi berteman.. Kalau yang repeat tu insyaAllah dah boleh kot kalau nak pergi sensorang pun!

Ok.. Berbalik pada cerita kami.. So dari hujung tahun 2011 tu dah mula survey tiket.. Sambil mengira-ngira duit simpanan. Penting sesangat ye, survey tiket! Bukak-bukak la web Air Asia dan yang sewaktu dengannya. Depends pada plan korang nak guna syarikat penerbangan mana. Kalau kami dulu memang terus tuju pada AA lah. Masa survey tu, haruslah dah ada dalam kepala, bila korang nak pergi. Maksud aku, nak pergi bulan berapa. Ini pun sangat penting.

Nasihat aku, kalau dah ada tarikh sepakat nak melancong ke Korea & rasa-rasa harga tiket pun within your budget, terus saja tempah. Lagi awal, lagi bagus.. Kenapa? Sebab beli awal biasanya murah. Dalam kes kami, survey tiket dari bulan Disember 2011.. Boleh kata tiap-tiap hari dok bukak web AA tengok harga tiket. Kira, dah ada la tarikh pilihan dalam hati. Harga pun rasanya macam OK. Tapi masih teragak-agak nak book. Kenapa? Masa tu rasa macam sayang-sayang duit kot (derrr..jangan ikut perangai ni, huhu.. sebab ada kejadian tak best lepas tu)

Selain tu, kenalah mula menyenaraikan tempat-tempat yang korang teringin nak pergi. Kalau ada travel partner, share lah kerja mencari tu. Sama-sama senaraikan.. Aku percaya kebanyakan yang berhajat nak ke Korea secara backpack mesti dah ada dalam kepala tempat-tempat yang korang teringin nak pergi kan? Lain pulak ceritanya dengan yang pergi ikut travel agency. Sebab dah tak yah susah-susah berfikir banyak, hanya ikut je ketua rombongan.

Ok, sambung cerita.

Minggu berganti bulan.. Dalam kesibukan kami dengan kerja masing-masing, dua-dua pun makin sibuk & terlupa teruss nak book tiket. Masa tu dah bulan 5. Kemudian, baru sedar tarikh yang kami dah pilih nak ke sana tu, dah tak ada tiket available.. Bila disemak, tarikh dekat-dekat pun harga dah naik! Hah! Amik ko.. huhu.. Akibat berlengah! Maka, dalam bulan Mei tu kelam kabut lah kami beli tiket.

Satu benda yang aku belajar pasal tiket ni, masa harga tiket masih murah tu kan, semua flight tu adalah pada waktu tengah malam. Tapi lepas tiket naik harga, semua waktu penerbangan adalah pada waktu pagi.
Ye, penerbangan pergi dan balik kami adalah pada waktu pagi. Penerbangan ke Korea jam 08.50 a.m. Penerbangan balik ke M'sia pada jam 09.35 a.m.

Rugi tau! Selain dari harga tiket yang dah mahal sikit, kami rugi masa. Sampai ke Korea dah petang (perjalanan ke sana dalam 6.5 jam), dalam pukul 5.00 p.m. macam tu kami selesai semua urusan imigresen dan keluar airport. Gedebak gedebuk itu ini hari dah makin gelap. Musim luruh kat sana, pukul 5.30 dah mula nak gelap.
Macam tu jugak dengan hari nak balik. Flight pagi, so dari subuh dah memang kena standby kat airport. Katakan dapat tiket penerbangan malam, siang tu boleh jugak jalan-jalan lagi kan?

Jadi, lepas beli tiket tu the next step adalah book tempat tinggal. Kami tempah melalu hostelworld.com. Kata backpacker kan. So kami memang aim hostel atau homestay. Kalau hotel kang tak cukup bajet pulak.
Kena register 1 akaun dulu sebab nanti nak kena sertakan no kad kredit. Tempah melalui hostelworld ni kena bayar deposit sikit.. Biasalah kan kalau nak menempah apa-apa memang kena bayar deposit.

Bila korang dah book tempat tinggal, bermakna jugak korang dah dapat gambaran kasar ke mana korang nak pergi. Maksud aku camni,, (Kalau korang memang pergi Korea semata-mata untuk melawat sekitar Seoul, maka abaikan penerangan aku ni.):
Yang pergi sana dengan plan untuk singgah beberapa tempat, so korang kena la bincang dengan travel partner berapa hari nak stay di sini dan di sana.. Macam kami, pergi selama 16 hari. 5 hari pertama berada di Seoul. 3 hari 2 malam di Pulau Jeju. 3 hari 2 malam di Busan dan 6 hari terakhir di Seoul.

Selain tu, dalam kes kami ni, kena jugak settle kan tempah tiket kapal terbang  dalam Korea. Kami rancang nak ke Jeju dari Seoul, dan the only available transportation is using the airplane. So, kena lah tempah sendiri tiket kapal terbang. Bab tempah tiket kapal terbang dalam Korea ni Daff yang settle kan, so aku memang tak de idea macam mana. Tapi rasanya tak susah mana. Sama je macam tempah tiket AA. 
*1 benda penting-nak tempah domestik flight kat sana tak boleh awal-awal sangat. Aku pun tak tau kenapa, tapi kawan aku bitau macam tu. Lepas tempah tiket AA ke korea masa bulan 5, kami nak tempah terus tiket domestik flight tapi tak boleh. Kemudian, dalam bulan 9 macam tu baru kami tempah. Rasanya dalam bulan 8 tu dah boleh tempah.. ;)


Jadi, aku ringkas kan kat sini macam 1 checklist lah ;)
1-Tetapkan tarikh/waktu/berapa lama nak melancong ke Korea
2-Survey tiket; rasa harga dah ok, mampu bayar, beli terus!
3-Survey tempat, senaraikan.
4-Tempah tempat tinggal
5-Kalau melibatkan perjalanan dalam korea menggunakan kapal terbang, tempah siap-siap, dalam 3 bulan sebelum tarikh penerbangan.
6-Susun itinerary elok-elok, penting ni. Study terus macam mana nak pergi satu-satu tempat.. Naik apa, kat mana, berapa tambangnya. Tempat tu ada entrance fee tak. Kalau ada berapa harganya. 

Jadi sampai sini dulu lah entri ni. Nanti aku sambung. Penat sudah. Huhu..

Saturday, February 09, 2013

Nasihat seorang kakak

Si pemalas kembali.. huhu
Ye, aku memang tak rajin update.. ini pun update sebab rasa macam dah tak tau nak buat apa..
What the dodol ? Taktau nak buat apa?
hoyeahh aku tengah tunggu kereta dicuci.Mati kutu kot... takkan nak tolong bebudak ni mencuci kan..

So marilah mengupdate blog ye..
Sambil duduk tak buat apa dalam keadaan cuaca panas terik ni
Tetiba ada idea nak buat entri..
Sebab bila belek-belek message lama dalam inbox FB terjumpa mesej ni.
Takde la lama sangat pun, perbualan dalam bulan Januari lepas.

Kata-kata / pesanan akhir dari bekas rakan sekerja a.k.a seorang  kakak yang dulu duduk dekat-dekat dengan meja aku;




Masa tu, aku sesaja tanya dia macam mana dengan pertukaran ke sekolah baru.. Sebab aku masih lagi dalam proses nak menyesuaikan diri. Bukan lah rasa teruk sangat di sekolah baru ni.
Cuma, bila dah terbiasa sangat dengan persekitaran sekolah lama, rasa pelik sikit di sekolah baru. Dan sesuatu yang pelik bagi aku memang akan mengambil masa nak membiasakan diri.

Lagipun, akak ni termasuk dalam golongan yang aku rasa selesa nak bersembang / meluah pendapat dan perasaan dalam bab-bab macam ni..

Well, kawan ada banyak jenis kan. Ada yang jenis suka-suka habis di situ je.. Dan ada juga jenis yang ko boleh letak kepercayaan nak bercerita sesuatu yang personal.

Dan tiba-tiba, teringat 1 lagi  pesanan berkesan dari akak ni..
Kenapa berkesan?
Sebab walaupun hanya disampaikan secara verbal tapi aku masih ingat sampai sekarang..
"Jangan kahwin dengan suami orang, Didi.. Ingat tu.."


<^^>

Apapun, aku rindu nak bersembang dengan akak ni..macam dulu-dulu..

*Hanya tinggal kenangan*

Thursday, January 24, 2013

Kimchi made in Endau

Kejadian ni aku dah tak ingat bulan berapa.. tapi dalam tahun 2012..
Memang aku buat sendiri ni, hehe..


Rasa?
Entahlah.. tapi masa kat Korea aritu aku rasa kimchi dari sana lebih sedap.
Ehhheee... that's goes without saying right?
Siapalah aku.. masih amatur katanya..ehehe

Wednesday, January 23, 2013

Multitasking

Sejak berpindah ke daerah sendiri ni, ada beberapa perubahan dalam rutin aku.
Walaupun namanya bekerja dalam kawasan sendiri.. tapi ada la beberapa perkara yang 'kureng'..

Ni baru nak cerita pasal bab 1.

Masa / perjalanan:
Kalau dulu jarak dari rumah sewa ke sekolah dari segi masa, hanya dalam 7-8 minit, tapi sekarang perjalanan mengambil masa dalam 35-40 minit. Takkan kurang dari 30 minit.

So, pagi-pagi memang kena keluar awal la.. Tak macam dulu, pukul 6.50 pagi pun aku boleh lagi nak print apa-apa, or rilekk je goreng nugget kat dapur takpun bancuh air untuk sarapan... Sekarang, paling-paling teruk pun 6.30 pagi kereta aku dah kena jalan ok. Tu pun kira dah lambat tu. Waktu yang sesuai adalah dalam pukul 6.15-6.20 pagi, dah duduk dalam kereta tunggu enjin kereta panas.

1 lagi benda nak highlight, sejak kena travel jauh nak ke sekolah ni jugak, aku develop skill memakai lipstik dan lipbalm dalam perjalanan.. atau senang kata,, apply lipstik/lipbalm sambil drive.. mehehehe..ko mampu???
Bayangkan sebelah tangan aku pegang stereng & sebelah lagi dok tonyoh lipstik.. hehehe
Takde la.. aku pakai masa berhenti kat traffic light.
Tapi kadang-kadang ada jugak keadaan bila aku sampai dan lalu  je elok semua traffic light tu tengah hijau. Untuk hari-hari yang sebegitu memang aku tonyoh sambil drive, hehehe.. Tapi, dengan hati-hati lah..

Berbalik pada cerita kena bersiap awal tadi..
Mungkin pada orang lain gerak seawal itu macam takde hal pun,, biasa aje.. tapi bagi aku masih lagi perkara besar ok.
Lagi-lagi aku memang sentiasa percaya waktu pagi, pergerakan aku agak lambat sikit. & tak tau kenapa waktu pagi tu rasa macam masa berjalan dengan sangat pantas...


Lambat 5 minit je dah boleh membawa beza yang sangat besar (waktu nak sampai sekolah).. So kalau dapat aku memang elakkan lah dari keluar rumah lambat sangat.

Hmm.. Kalau dah tau menyusahkan, terpaksa bangun dan gerak awal, kenapa tak pindah duduk di kawasan dekat-dekat sekolah je??

Yang itu aku cerita dalam entri lain ye..

Sunday, January 20, 2013

Sukatan tekanan terkini

Lamanya tak update..

I'm just a plain lazy blogger, huhu..

Hari Jumaat 18/01/2013 baru ni aku  tergerak hati nak cek tekanan darah & buat ujian kandungan kolestrol dalam darah.

To be honest aku adalah dalam kategori penakut dengan jarum/doktor/ubat/pisau bedah. Serious tak tipu. Rasa macam seriau nak dengar ulasan doktor, especially yang buruk-buruk lah. Gila paranoid kan? Belum-belum dah takut.

Lama jugak mengumpul kekuatan untuk pergi check.. Last time aku check rasanya masa awal tahun 2012, sebelum cuti tahun baru cina. Masa tu aku demam urat..& tak lama lepas tu pun ada jugak.. Masa tu pergi klnik sebab allergik di bahagian bibir. Dan kedua-dua masa tu juga doktor dah ishtiharkan tekanan darah aku dah kembali normal.

Alhamdulillah, lepas berdebar-debar akhirnya keputusan yang pharmacist tu kasi adalah baik. Alhamdulillah, syukur.

[gambar ihsan google]

Bacaan kolestrol dalam darah= > < 3.1
Tekanan darah=131/79 (bacaan atas agak tinggi tapi harus mengambil kira faktor keadaan masa tu,, baru balik kerja & cuaca panas)

Lepas mengalami tekanan darah yang agak tinggi untuk 1 tempoh masa (140/90) satu ketika dulu, aku agak fobia dengan frasa darah tinggi..
Takut ok.
Penyakit dalam kategori 3 serangkai yang boleh membawa penyakit kronik yang lain.


Satu benda aku nak highlight:
Kawalan emosi sangat penting untuk orang yang mempunyai tekanan darah yang agak tinggi / tinggi.

Masa tu, lepas 2-3 kali check tekanan darah aku masih konsisten (140/90).. aku pergi buat regular check dekat 1 klinik kesihatan desa ni. Sebabnya, klinik tu dekat dengan tempat kerja & aku tau pesakit kat situ tak ramai.

Cuma, apa yang sangat sangat sangat sangaaaatttt mengecewakan dan membuat aku trauma sampai sekarang ialah nurse yang memeriksa tu.
Bayangkan, lepas je dia periksa tekanan darah aku & bagitau yang bacaan masih sama (140/90), dia boleh bagi komen-komen macam ni;
"muda- lagi.. muda2 dah kena darah tinggi.."
"biasa kalau kena darah tinggi ni memang tak boleh sembuh dah.. kena makan ubat sampai bila-bila..."

Hoiii.. tidakkah aku trauma mendengarnya!!!!
Menangis aku di situ, masa tu ye.
Rasa sedih & down gila.

Sangat berbeza dengan seorang doktor di sebuah klinik swasta ni.
(Sebab aku trauma nak gi klinik desa tadi, aku buat keputusan nak periksa & dengar pendapat doktor kat klinik swasta pulak)
Doktor ni kata,
"Awak tak perlu terus makan ubat-ubatan"
"Awak cuba dulu dengan menukar gaya hidup"
"Tidur awal, banyakkan rehat bersenam, & kurangkan pengambilan makanan bergaram, berminyak.."
"Saya percaya, tekanan darah awak boleh turun dan kembali normal.."

Balik tu aku rasa sangattttttttt lega ok.
Sangat.
Rasanya, lepas dengar kata-kata doktor tu, tekanan darah aku dah mula menurun kot.. ceaaaa.. gitu..
Tapi betul,, rasa macam 1 beban besar atas bahu hilang.

Kan ke bagus kalau nurse klinik desa tu gunakan epproach yang sama?

Dan kisah ni tak habis di situ saja.

Nurse yang prihatin tu tadi, atas dasar keprihatinan yang tak berbelah bagi, siap boleh pesan lagi pada sorang pesakit yang datang ke klinik desa tu (kebetulan pesakit tu kenal aku)..
Katanya, "Pesan pada Didi suruh datang periksa tekanan darah kat klinik desa.."

Yang tak tahan siap cerita2 apa yang berlaku pada aku. Bukan ke maklumat pesakit tu confidential?

Memang tak boleh blah punya jururawat...   
Semoga tiada lagi jururawat sebegitu dalam dunia ni..
 

Friday, January 04, 2013

Mungkin aku dah lupa..

Agaknya..
Aku sendiri dah terlupa..
Aku memang mengambil sedikit masa
Untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru di tempat kerja.

Agaknya..
Aku sendiri dah terlupa..
Kadangkalanya aku memang susah nak menyesuaikan diri
Dengan rakan-rakan sekerja baru
Dengan pelbagai ragam dan pe'el..
Macam aku juga..

Barangkali..
Aku dah terlupa macam mana rasanya
Bila nak membiasakan diri
Dengan situasi dan cabaran baru
Dek kerana
Dah terlalu biasa dengan rutin di tempat lama....

Hati..
Sabarlah..

Perasaan..
Bertenanglah..

Akal fikiran..
Rasional lah ....



Wednesday, January 02, 2013

Rindu

Hari pertama sesi persekolahan 2013, di sekolah baru..

Ada rindu yang bertandang..

Chewahh. Ayat nak novel je kan..

Terlalu 'selesa' dan 'biasa' di sekolah lama menyebabkan aku sedikit kekok di sekolah baru ni.. Tapi aku cuba berlagak biasa dan tak de apa-apa.. Tapi perasaan liang selibu dalam hati, hanya Tuhan yang tahu.

Betapa di sebalik wajah selamba ini, sebenarnya aku rindu..
Rindu pada tempat duduk dalam bilik guru..
Rindu pada air cond dalam bilik guru..
Rindu mahu berceloteh dengan kawan-kawan; Kak Farah, Kak Linda, Kak Alina, Kak Ikin dan lain-lain..
Rindu nak buat 'kerja-kerja awal tahun' sambil duduk bersembang sebelah Kak Farah
Rindu untuk duduk makan di kantin sambil mengusik akak-akak pekerja kantin..
Rindulah weyh,,

Semoga rindu ni akan berlalu ditelan masa..
Hadapilah realiti ini..

Lagipun,, aku kan yang nak sangat minta tukar dulu, mihmihmihmih...

Inilah agaknya yang dikatakan dalam tak suka ada rindu.
*tetiba*

p/s-kak farah, in case ko baca post ni,, ada la sorang tu kan bila aku kata aku nak tampal nama budak pada buku, dia kata "buat apa u nak tampal biar mereka tulis sendiri laaaaa, aiyooo"

Heyyyyy i'm not even asking u to do it for me ok.... ~dalam hati je lah...huhu

Kak.. syok nya zaman itu.. buat keje-keje tak perlu guna otak ni sesama dan dengan gembira.. kan,,