Tuesday, October 04, 2011

Kenapa mesti drama luar? Why? Why? (Edisi J Dorama)

Aku suka tengok drama luar.
Korea, Jepun, Taiwan & Siam (kekadang).
Indon, dah lama aku tak tengok. Tapi dulu-dulu layan jugak la. Cuma aku pasan, citer Indon ni level of suspens dia cam overr sikit. Especially tang sound effect. Pastu suka je nak tunjuk iklan tengah-tengah saat yang genting. Lagi, time-time genting tu messsti nak tayang muka 2 watak berselang seli sambil keluar muzik yang suspens gitu. Padahal yang menengok kat umah ni rasa macam nak gigit-gigit je bantal sebab nak tau apa jadi selanjutnya. Ceh. Sebenarnya penonton ni yang tak reti bersabar.

Kenapa pilih drama jepun
-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.
#Masa tayangan yang tidak lama.
Paling pendek dlm setengah jam. paling lama dalam 45 minit (average)

#Very informative.
Biasa, sambil menonton  J Dorama ni secara tak langsung kita akan didedahkan dengan pelbagai info pasal isu utama dalam drama tu. Memang ada drama yang macam tahpape, macam tak ada motif je, rasa nak tengok sekali je, tapi masih boleh dicari apa nilai-nilai yang dorang nak sampaikan. Tapi jenis yang aku suka ni, yang menghiburkan sambil secara tak langsung bagi kita ilmu.
Cth:
Drama IS~ Onna Demo Otoko Demo 
IS=Intersexual=pondan/khunsa. Diorang mengupas permasalahan masyarakat setempat menerima golongan khunsa ni. Tapi takde pun sampai ada adegan x-rated / 18SX. Sweet-sweet aje. Watak utama adalah remaja & kisah berkisar antara diorang serta keluarga diorang.
Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah beberapa fakta tentang kejadian IS ni. Ada beberapa jenis IS. Berapa nisbah kejadian IS ni boleh terjadi dalam dunia ni. Info-info sebegini, kalau nak harap aku tiba-tiba google,, memang TIDAK la  kan. So, macam aku cakap tadi, sambil menonton, sambil menimba pengetahuan. Sambil mencuci mata juga (ye. sebab ada part sedih. aku kan kaya jiwa. mudah menangis.) 
P/s-Aku tak tengok lagi filem kita ... dalam botol, so tak boleh nak bagi review. Filem ni pun pasal pondan kan. Mind you, aku dah lama simpan movie tu, amik dari member, tapi sampai sekarang takde keinginan nak tengok.  pftt.. 


Drama Code Blue
Ala-ala drama omputeh E.R. Tengok drama ni agak ngeri sebab setiap episod mesti ada adegan berdarah tapi ada diselitkan penerangan perubatan yang mudah & boleh difahami. 
Tengok drama ni juga membuatkan aku psycho rasa sana sakit sini sakit. Padahal tak de apa pun huhuh.

& banyak lagi drama-drama lain. Penat pulak nak taip.

#Very realistic
Jarang-jarang aku jumpa drama yang satu keluarga adalah keluarga korporat. Bapak mewarisi syarikat dari datuk. Then anak sesama anak bertelingkah nak take over company. Pfftt. Buhsan ok.
Memang ada insan yang dilahiran dalam keluarga kaya raya dengan corporate lifestyle. Tapi mana lagi ramai. Orang biasa-biasa kan.

#Creative
Kalau memang jalan ceritanya berunsurkan ketidaklogikan, takpelah, we take it as being creative. Macam citer kita pun ada jugak tang ketidaklogikan kan? Buku bercakap la (Hikayat Putera Syazlan), drama-drama melayu petang-petang 4.30-5.30 yang folfolerr tak lama dulu tu pun banyak je,,, yang sekali fikir memang macam tak logik.
Tapi ketidaklogikan drama jepun ni disusun sebegitu rupa sampai kita boleh menerimanya.
Cth:
Drama Jin
Seorang doktor pakar bedah yang tension & selalu menyalahkan diri akibat kematian girlfend nya. Nak dijadikan cerita, dia terkembali ke zaman silam & bertemu semula gilfriend dia. Silam=purba. Zaman samurai-samurai dok pakai kimono dan perempuan jalan kepit-kepit tu. Sebab lelaki tadi ada pengetahuan sebagai doktor, so dia cuba membantu mengubati penyakit orang-orang zaman tu. Bayangkan, dia operate orang di zaman silam tu guna alat macam tukul, pemahat je.. (tak logik, tapi kreatif)  

#Beautiful  Insert / Ending / Theme Song (OST)
Setiap drama akan datang dengan beberapa lagu. Part lagu ni, pada aku, kalau nak minat tu dipengaruhi oleh beberapa sebab. Kalau dah 8 episod dok dengar lagu tu, dengan mood dah suka drama tu, ofkos la kita akan sukaaaa dengan lagu-lagu yang ada dalam drama. Lagi satu, lagu-lagu tu kalau kita cari translation nya, lirik tu memang ada kaitan dengan jalan cerita. Bukan la main hentam kromo semata amik lagu artis sana sini. Unik gitu.
P/s-Ada je drama kita yang amik soundtrack dari drama korea/jepun kan. Yang cedok dari Anime Naruto dari Jepun tu pun ada. Aku tak tau la nak kata itu salah atau betul. Tapi, first impression aku, 
bila dengar tu aku rasa macam something is not right. Please la. Amik OST Naruto tu.

OK itu adalah antara beberapa sebab kenapa aku jatuh tangga dan setia menonton drama jepun.

Fakta penting: Bukan la hari-hari mesti mau/wajib tonton drama jepun ye. Aku pun manusia biasa dan normal & bukan alien. Di hari-hari busy aku juga pandai tidak bernafsu pada sebarang hiburan, baik di tv mahupun komputer.
Di hari-hari biasa yang lain aku bukak juga pelbagai saluran TV yang awam & berbayar. Cuma aku perasan, susah untuk aku duduk statik / diam-diam tengok drama kita. Tapi bukan lah bermaksud tak ada.
Sekarang ni aku follow jugak drama Soffiya kat TV3. Jalan cerita menarik, tak meleret. Lakonan pun mantop. Tinggal lagi  waktu tayangan je spoil. Tak boleh ke tukar petang-petang. Sekarang maghrib dan isya' masuk awal. Kata citer best,, tapi waktu tayangan pulak macam tak sensitif.

Monday, October 03, 2011

Saya nak pergi Korea!

http://therotikacang.blogspot.com/
http://jomlawatkorea.blogspot.com/
http://ppmkonline.net/tnt/
http://jelajahkorea.blogspot.com/

Semua di atas adalah laman web yang dibangunkan oleh pelajar-pelajar Malaysia yang sedang belajar di Korea sekarang. Pelajar-pelajar ni buat part time dengan membantu rakyat M'sia yang nak travel ke sana. Kiranya, dah tak payah guna khidmat agensi pelancongan yang katanya..  agak mahal. Err,, aku tak pasti tentang itu sebab tak pernah tau/menyiasat. Berbalik pada kisah student tadi, diorang la yang akan amik pelancong dari airport, bawak ke tempat penginapan (yang diorang dah booked ahead), ajar pelancong macam mana nak travel guna public transport kat sana, membantu dalam proses tawar-menawar waktu membeli belah (dorang fasih berbahasa Korea),  & ofkos yang paling penting jadi tourist guide di sana. Menarik kan.

Ongkos. Mahal ke?
Yang pasti, bila aku calculate2, tambang pegi-balik, kos pakej berjalan di sana (yang students tu uruskan) & duit belanja, boleh tahan laa mahalnya huhuhu..

So, resolusi terkini aku ialah untuk menyimpan wang untuk ke sana.
Ye, kenapa tidak melancong. Buat umrah dan haji pun termasuk dalam my wish list juga.

Er,, siapa nak gi melancong, ajaklah aku sekali ye ^^

Jom kita jamu mata dengan gambar-gambar places of interest in Korea sana,,
Nami Island (tempat penggambaran Winter Sonata)


Seoul Tower


Cheonggyecheon Stream
(sungai bersih-jernih-crystal-clear-siap-ada-ikan-berenang yang mengalir di tengah-tengah kota Seoul) ..best nya..

National Folk Museum of Korea

Gyeongbok Palace

Everland Korea


 Korea Lotte World Theme Park


 Korea Blue House


Updated:
=-=-=-=-
24 May 2012, Thursday
We bought the tickets. Lepas huru hara sekejap sebab harga tiket untuk hari yang dah lamaaaaa kami aim, naik. Naik dengan banyak ye..

Sunday, October 02, 2011

Menu Hari Minggu

First time mencuba,
Nasi hujan panas + ayam masak merah
(resepi dari Potret Kasih)

Selamat berhujung minggu

Senaman Itu Memerlukan Keazaman Yang Kuat

Betul tak?
Lagi-lagi untuk orang yang memang tak menjadikan senaman satu aktiviti rutin.

Contoh terbaik adalah aku sendiri.

Dulu-dulu masa duduk di kuarters, jalan doploh langkah cenggitu dah jumpa padang sekolah. Nak ikutkan bole sangat nak berlari kan.. Tapi nan adooo.. huhuh.

Sekarang dah berpindah keluar duduk rumah sewa, of course area nak berlari tu masih ada, macam tepi jalan raya & area rumah-rumah besar dekat-dekat sini (bukan sengaja nak sebut rumah-umah besar tapi memang area tu hampir semua adalah rumah besar banglo sebijik) ,, tapinya tak jugak berlari / berjogging.

Selain tu, video aerobik pun ada, member pass kat aku (zumba). Aku sendiri pun ada download a few aplications thru my android handphone. Pun.. jarang-jarang aku buat huhuhu.

Kalau hari sekolah, aku memang mengharap pada pergerakan kat sekolah tu la.. Kadang tu sebenarnya takde la banyak sangat bergerak, tapi sebab banyak guna otak kot (ceh!) aku rasa macam penatttt je. Tapi sekarang ku gagah2kan jugak la begerak ke sana-sini antara bangunan.. Jalan je lahh jangan banyak songeh. Nak harap berlari petang-petang payah sangat kan.

Aku jeles dengan mereka-mereka yang selalu ada geng nak diajak berjogging. Rasanya, kalau ada member semangatnya lain sikit kan...

Saturday, October 01, 2011

Bergedel kentang

Entri hujung minggu ^^


Bergedel Kentang (untuk 2 orang makan)
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=--=-=-
Bahan-bahan:
  • 2 biji kentang (saiz besar)
  • sedikit daging cincang
  • sedikit bawang goreng (aku pakai 4 biji bawang merah & 4 biji bawang putih)
  • sedikit lada sulah
  • sebiji telur
Cara-cara:
  1. Bawang dikupas dan dihiris halus - goreng.
  2. Kentang dikupas dan kemudian dipotong (ikut la nak potong macam mana, aku potong 8) - goreng sekejap
  3. Kentang ditumbuk menggunakan lesung batu (ada orang guna pelenyek, tapi believe me, pakai lesung batu sangat best ok. Sekejap je lah lenyek)
  4. Satukan kentang lenyek, bawang goreng dan daging kisar di dalam 1 bekas. Gaul rata. Perasakan dengan sedikit lada sulah.
  5. Bulat-bulatkan adunan tadi.
  6. Celupkan dalam telur yang sudah dipukul sedikit.
  7. Goreng sampai masak.
Boleh dimakan begitu saja.
Tapi lebih best kalau dimakan dengan mi sup / soto...

Selamat Berhujung Minggu ya =)

Thursday, September 29, 2011

Terima kasih

Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi menghantar ucapan selamat hari lahir dari jauh..


Recently I turned off the birthday notification kat FB. Tak tau kenapa, tapi rasa nak senyap-senyapp je hehe.  As expected memang tak ada orang yang perasan. Tapi tak  apalah, since dah makin berumur, makin tidak mengisah.

Tapi bila ada kawan-kawan yang personally SMS, saya rasa sangat teharu sebenarnya.
Sesungguhnya ingatan dari korang adalah hadiah yang sangat berharga. Ye, saya sangat menghargainya.

Thanks again  ye. ^^
Doa baik-baik dari korang, saya turut panjangkan untuk korang yang mendoakan.

Amin..

Monday, September 26, 2011

Burning the midnight oil

...

Lepas seminggu tinggal sekolah, dikejutkan dengan berita ada pelawat yang akan datang esok.

OK, I'm blurred.

10 minutes before a new day, I'm still sitting diligently in front of my PC.

Sigh.

Hari ni kerja cikgu dari pagi sampai ke malam weihhhhh
T_____________________T

Sunday, September 25, 2011

Online shopping


It can be very addictive.
Juga boleh membawa bahaya, huhuh.

Tapi untuk orang yang tinggal kat kawasan-kawasan yang terputus hubungan dengan shopping complex, macam aku, memang sangat mabeless ok membeli belah secara online ini.

Sebut pasal shopping ni, teringat 1 statement makcik tuan rumah satu masa dulu.. (masa tu ada housemate lagi)
"Makcik selalu cakap dengan anak-anak makcik yang dua orang tu, cubalah simpan duit sikit, berjimat, macam cikgu-cikgu yang duduk kat belakang ni,," <----rumah sewa kami kat belakang rumah diorang.

Sampai dalam rumah, pelan-pelan kami bisik. Berjimatlahhhh sangat! hehehe
Macam aku cakap tadi,sebab sini tak ada bayang shopping complex je.
Bukan la kat Mersing nun tak ada kedai langsung nak  beli barang (amboii kang marah org Mersing yang membaca, ampun hehe), tapi jauh dan malas nak keluar. Lagi 1, macam tak berbaloi je keluar sesaja sebab memang tak banyak pilihan.

Hakikatnya, ex-housemate aku adalah seorang shopaholic OK. Koleksi kasut, handbag, perfume, kosmetik, tudung, majalah & buku cerita. Of course semua tu dibeli sikit-sikit dari zaman mula-mula kerja. Sampaikan mak mertua dia pernah datang rumah sewa kami & hairan tengok siapakah empunya kasut-kasut se almari, & tak pasal-pasal pemiliknya ditala kat aku, sebab dia segan nak mengaku. Ahkak ok je berlakon jadi pemilik sementara hehe.


Aku rasa, sekarang ni mesti pandangan makcik tuan umah ni pada aku dah berubah sebab sering saja ada posmen yang datang menghantar parcel untuk aku.Amazingly, kekadang aku bagi alamat sekolah tapi parcel dihantar ke rumah saja. Ok, aku teus buat hipotesis cuma  ada 1 je pemilik nama Didi Kartika dalam Mersing.

Menunggu dan menunggu lagi...


p/s-aku dah tak alamatkan barang yang dibeli ke tempat kerja, sebab
1)kadang aku rasa parcel tu macam cuba-cuba dikorek huhuh..bukan la tebukak tapi aku tau someone cuba to peek in..apa eh dalam ni. huhu please laa..
2)privasi, hehe =p

Monday, September 19, 2011

Let's start the music!

Saja je tulis tajuk macam tu, padahal bukan ada apa sangat pun. ^^

Tetiba, aku volunteer nak ajar Muzik untuk Tahun 2 2012. Memandangkan sekarang kan silibus dah bertukar (dari KBSR ke KSSR). Maka kena la semua cikgu-cikgu yang mengajar/bakal mengajar batch tahun 1 2011 ++ pergi berkursus.

Aku sebenarnya ada rasa bosan sikiiiit (bukan tak suka ye, bosan sikiitt je) sebab tahun ni memang mengajar Bahasa Inggeris semata. Tahun sebelum tu, pernah jugak ajar PJ. Tapi, aku sendiri la yang cakap kat GPK aku tak nak ajar PJ dah. Tak minat ye. Harap-harap dapat la ajar PS tapi hampeh. Agaknya semua pun suka nak ajar PS (Seni) kot. Tapi aku adalah opsyen. Tsk. Takpe lah. Malas dah nak request.

So, dengan semangat baru aku pun volunteer je lah nak ajar Muzik tahun depan. Ada la variasi sikit. Hari-hari makan lauk sambal belacan pun, lama-lama boleh rompong hidung, ye dak. Eh apa kena mengena miahahaha.

OK, harap-harap kursus 5 hari ni tidaklah membosankan sangat ye,,

Sunday, September 18, 2011

Kenangan memandu kali pertama.

Bila?

Aku tak macam kebanyakan kawan-kawan yang lain, tahu memandu pada usia yang sudah agakkk tuhek kalau nak compare dengan rakan-rakan sebaya + adik beradik. Tahun 2008. 26 tahun.

Sebelum tu, memang aku pengguna setia bas awam/ekspress, teksi, LRT dsb. Kalau sekali sekala balik kampung boleh la  pinjam motor parents (bawa dengan tak berlesen), tu pun dekat-dekat je. Aku penakut.

Sebenarnya ada sedikit ceritadi sini, hehe. Adik beradik aku semua amik lesen ditaja oleh mak aku. Aku pun tak paham sampai sekarang kenapa aku tak di offer untuk belajar memandu macam diorang (dan malas nak tanya). Dari cuti lepas SPM, sampai la 5-6 tahun di UIA, aku masih tak berlesen. Nak bayar pakai duit sendiri rasa macam sayang duit (sebenarnya kedekut).

Sampailah masa aku dapat tawaran ambil diploma pendidikan kat maktab (IPGM Perlis). Masa tu sudah agak insaf sebab memikirkan tak tau posting nanti di mana & pasti sukar kalau tak ada lesen memandu yang sah & berkenderaan sendiri. So, mendaftar la kelas memandu di Perlis sana. Tapi tak sempat habis. Dapat lesen L je. Actually masa praktikum aku dah rasa kesukaran takde lesen memandu ni. Serius. Menyesal jugak masa tu.

Alhamdulillah bila posting, dapat duduk di kuarters guru. Lega sekejap masalah tak ada lesen & kenderaan. Pergi sekolah jalan kaki dalam 10 langkah dah sampai. Tapi masalah juga bila melibatkan hal-hal nak balik kampung/keluar bandar, pekan/ke mesyuarat, bengkel dsb. Tinggal dalam Felda, nak keluar ke jalan besar pun agak jauh. Dah tu kawasan ni public tansport agak hampeh. Maaf la cakap, kalau ada orang Endau yang terasa. Tapi betul ni, bas awam datang lebih kuang 45min-1 jam sekali. Tak banyak pilihan, 1 syarikat je. Teksi pulak style nak kena charted. Those times zaman tak ada lesen/kereta, banyak jugak la aku berhabis sebab naik teksi. Sekali jalan diorang ambil RM24++.RM30 pun pernah. Sebab kira tambang pergi balik diorang. Padahal tambang bas cuma lebih kurang RM3 je..

Semua tu aku lalui dalam masa lebih kurang 6 bulan.

Cuti sekolah hujung tahun 2008, gigih aku sambung belajar memandu, sampai dapat lesen. Aku yang berhati kecil & sedikit penakut ni kena test sampai 3 kali. Memang pelajar pemulihan kan, hehe. Stresssssss OK masa tu. Dalam fikiran aku, dah set yang aku MESTI LULUS dan DAPAT LESEN dalam masa 1.5 bulan bercuti. Macam-macam la kenangan masa belajar memandu.

Akhinya, 01.01.2009 aku lulus. Lepas lulus, mula la berangan nak beli kereta,  hehe. Tapi ingat nak bersabar dulu, kumpul lagi duit. Tapi, disebabkan 1 kali tu, aku nekad nak jalan kaki dari main road ke kuarters, yang akhirnya membuatkan malam tu aku tidur dengan posisi kaki tinggi (sebab lenguh gila berjalan, dengan kendong beg), dalam bulan Januari aku tak tertahan-tahan terus ajak housemate masa tu, Kak B, untuk teman aku survey kereta.

Akhirnya, terbeli jugak la kereta tin kecik, VIVA Manual, hehehe. Dari Mersing nak balik ke kuarters, kawan yang tolong drive kan. Aku? No no no la. Bila disuruh bawak dari depan felda ke kuarters pun,, hazab.. Berapa kali mati enjin.

Bila dah ada kereta, masih lagi penakut OK. Kawan tu ajar jugak, bawak pusing-pusing dalam Felda. Ada sekali tu, enjin kereta mati kat kawasan berbukit, macam bentuk U. Aku yang sorang-sorang ni tersadai kat tengah-tengah antara 2 bukit tu, kat kawasan yang landai. Mula-mula ingat nak cuba dulu sebelum call housemate. Macam segan je nak call dia. Tetiba ada 1 van datang dan berhenti. Aku dah tak ingat muka orang tu. Tanya nama pun tak. Yang pasti, aku mintak tolong dia naikkan kereta aku dari kawasan tu ke atas bukit.Coiiiii betul masa tu. Tapi itulah namanya kenangan belajar kan..

Kalau nak kira dalam Endau ni, ada la, 1-2 tempat yang jadi kenangan untuk aku. Enjin mati sebelum naik jambatan sebab jalan jammed. Siap berlakon kunun-kunun kereta rosak. Padahal tak reti balance gear, dari laju tiba-tiba terberhenti. Pastu nak kena naik jambatan. Itulah gunanya pelajaran di bukit dulu ye, huhuhu.

Pernah juga termati enjin masa  kat traffic light. Kawan kat sebelah siap bersembang dengan pemandu kereta sebelah, kata aku pemandu baru belajar, hehehe. Coiii lagi.


Dalam 3-4 bulan lepas ada kereta aku masih balik kampung (Batu Pahat) naik bas. Kereta dok diam-diam kat kuarters. Akhirnya, cuti sekolah bila ntah, family aku datang dan masa nak balik kampung tu, aku drive sendiri dengan mak aku kat sebelah. Kemudian, habis cuti, ayah aku teman kat sebelah masa aku memandu pulang ke Mersing...

Panjangnya entri ni.. Tapi somehow, aku nak coretkan kat sini sebelum aku sendiri terlupa nanti.

Saturday, September 17, 2011

kookie!

Tajuk yang takde kena mengena dengan isi entri.

<*_*>~~~

Pagi Sabtu yang indah (sebab cuti)

Pondering,, what to cook?
Pinggan/piring/mangkuk jiran dari bulan Ramadhan masih ada kat dapur.

Lepas cuti raya, terlalu sibuk dengan kelas /sekolah (kononnya) sampai masak pun cincai-cincai + ikut dan.

Takkan nak bagi makanan cincai-cincai kan.
Dan yang pasti dalam tempoh bz itu aku makan ikut dan. Bukan lagi waktu makan normal.

Er..
What to cook??

Nak kena pegi pasar ni yang malas...
Takde pulak order online kan.

***Updated
akhirnya,,,
sukun goreng & sambal kicap.

Bihun goreng tu jiran kasi.. See, belum pulang pinggan lama pinggan baru datang.. Memang never ending story.. hihih

Friday, September 16, 2011

Bermalas-malasan

UPSR 2011 is officially end ^^

Dapat juga cuti 3 hari, weekend yang sudah lama dirindui. Ewah.

*Dalam pada budak-budak Tahun 6 excited sebab UPSR dah habis, boleh pulak ada sorang budak ni datang dekat aku n tanya, "cikgu, sabtu ni ada koko?"

Sila rehat OK????? Dah lama cikgu tak rasa weekend yang santai (tanpa perlu ke sekolah)

Tapi end up duduk rumah hari ni dengan menyambil-nyambil siapkan kerja (yang tak pernah habis) & terpaksa plan untuk pegi jugak sekolah barang sejam dua untuk mengemas bilik baru. Owh, kami baru berpindah bangunan dan tentunya banyak benda nak kena kemas. Orang lain ramai yang dah siap kemas, tapi untuk orang macam aku yang mengemas jatuh pada tempat nombor 8, so,,, inilah jadinya..

OK mari sambung
#golek-golek #online #baca buku cerita/majalah #tukar-tukar channel TV

^^ sukaaaaaaaaaa..

Wednesday, September 14, 2011

Musim demam??

Sejak naik sekolah lepas raya,

Ada ramai budak demam
Cikgu2 pun tak berapa sihat
Batuk sakit tekak selsema demam semua

Mula-mula rasa macam,, isk ada ke musim demam eh?
Mentang-mentang diri ini rasa sihat kan,

Dan sekarang, menanti budak-budak nak menjawab paper BI.
Aku pulak yang rasa nak demam.
Dah rasa dari semalam.
Bangun tidur, tekak rasa lain macam.
Tahan dulu,telan la panadol tiap malam.

Tapi malam ni tekak masih rasa semacam,,,

***cepat2 settle kan karangan terakhir, print out utk sorang 1 esok.. & saya rasa sangat nak termuntah ye.... huhuhuhuhu****

cikgu pun sama-sama tak sabar nak tunggu exam habis..

Monday, September 12, 2011

Minggu cikgu pulak kena mengarang/menulis

Esok UPSR bermula kan.. Dan macam sebelum-sebelum ni macam-macam soalan spot yang sampai.. Orang yang kena memerah otak membayangkan dan menulis, tak lain dan tak bukan ialah cikgunya.. wohhhoooo..

Bestnya jadik budak-budak sekarang.. Apsal masa aku sekolah dulu takde eh soalan-soalan spot ni..

Errr.. sekian. Aku ada 4 karangan nak kena buat.

Sunday, September 11, 2011

Cave of the golden roses

Okay, malam ni TV9 akan ulang tayang citer ni....
Akhirnya... Ada juga sesuatu yang menarik untuk ditonton


Mari
Mari
Mari....


Kasi settle semua kerja sebelum pukul 10 p.m. ya...

buka picit picit tutup

apa benda yang buka picit picit tutup tu eh,

TV ni la.. apsal rancangan TV membosankan eh di hujung minggu.

-Aku tak faham kenapa 1 masa dulu aku sibuk nak tengok Lagenda Budak Setan... (which is niat asal  nak tengok kat cinema tak tercapai pun).. bila dah ditayangkan kat tv sekarang, citer ni tak bisa membuatkan aku duduk diam-diam tanpa menghidupkan PC dan modem lalu membelakangkan tv).. Mula-mula decide nak dengar suara je lahhh tak yah tengok. Kemudian terus capai remote tutup TV/Astro. Sekian.

-Hari tu kat 8tv ada ulang citer cina, Love On Diet, yang ada Sammy Cheng & Andy Lau. Akhinya aku hibernate kan PC, duduk/baring depan TV sampai citer abis, dan sekali lagi kesedihan dan keterharuan tengok citer ni..

(Apsal lain benar mood, feeling nya antara 2 cerita ni..padahal dua-dua kisah cinta apa... Jujurnya kan,, jujur jujur jujur jujur dan ikhlas, pembawakan watak yang mereka bawa sangat berbeza. Dalam citer Love On Diet tu, ada 1 adegan sedih Sammy Cheng dan Andy Lau, tanpa setitik air mata dorang pun keluar, tapi penonton kat rumah ni je yang beria-ria sedih. Sebab? Memang sedih dan kau boleh feel yang itu adalah mood sedih, jalan cerita tu dah well developed dari awal sampai hujung lawak-terharu-sedih-gembira)
Aku masih ingat 6-7 tahun lepas masa mula-mula tengok Love on Diet ni pun aku rasa perasaan yang sama..

P/S-tadi terbukak tv dan tengah tayang rancangan-hot-pasal-artis-selama-1-jam.Tetiba rasa bosan menonton kisah panas dorang yang tak habis-habissss..Yang membuat panas, dan yang kasik kipas supaya bertambah panas dan berasap-asap (atau katanya nak membantu baiki keadaan).

TutuPPPPPPPPPP lagi . Jimat bil letrik aku bulan ni.



Saturday, September 10, 2011

Tak habis-habis...

Hehehe. Iye saya mengaku memang saya tak habis-habis dengan lagu/drama korea kan.

Tapi lagu baru ni saya sangat suka melodinya. Belum pun keluar sepenuhnya, katanya 15 September nanti. Dorang baru release teaser video klip lagu ni. Tapi tengok MV je dah suka & dengar sikit je melodi dah jatuh hati.. 

Jemput dengarkan dan menonton selama 1.09 minit,,

JYJ "IN HEAVEN" 1min Teaser from C-JeS on Vimeo.


Sedikit info pasal penyanyi² nya.
#3 orang anak muda yang talented.
#Dulu dalam 1 kumpulan berlima, tapi tahun 2009 dorang failkan tuntutan mahkamah untuk revoke diorang punya kontrak, ada masalah dalaman.
#Berjaya keluar dari kompeni. Tapi akibatnya dorang tak boleh muncul dalam TV di Korea.
#Sangat fofulerr (dari zaman berlima mmg dah fofuler  di Asia,, er.. bagi yang amik tau lah. Ada je yang tak kenal hehehehe),  worldwide tu. Tapi sangat kesian sebab tak boleh muncul di kaca TV negara sendiri.
#Masa mula-mula bertiga, menyanyi merata negara t'masuk US n siap masuk carta Billboard, tapi, itulah, di banned dari keluar di kaca TV korea.
#Tapiiiiiiii apa je lagu/album/soundtrack yang dorang release semua meletup.. semua dapat tempat pertama untuk carta2 lagu walaupun katanya kompeni baru dorang takde la  buat promosi sangat.
#Sikit2 mula masuk TV, sebab memasing dapat tawaran belakon drama.
#Teaser untuk MV ni aje telah membuatkan server kompeni dorang CRASH sebelum tengah malam, dek ramai sangat yang menonton gamaknya.
#Dan saya juga menanti2 MV penuh keluar.

Friday, September 09, 2011

Ujian Aptitud

Apaan?

Next week UPSR kan, dan paper last yang diorang kena jawab ialah Ujian Aptitud.

Aku baru je lepas riki pasal Ujian Aptitud ni. Teringat budak-budak ada tanya aku, ujian ni pasal apa, macam mana? ,, dan aku tak tau nak terangkan macam mana kat budak-budak Tahun 6 ni. So dengan muka selamba bagitau aje lah "Nanti bila sampai masa saya akan terangkan, yang penting sekarang siappppkan keja yang saya bagi tu ye, lagi seploh minit saya nak bincang," ecehhh sedikit berlagak kan nada suara, hohho.

Ini aku share sedikit maklumat (dalam format Powerpoint) untuk rujukan sesiapa yang mengalami situasi macam aku..

Download

Hurmmm.. Esok sebelum mula tuisyen boleh la inform budak-budak..

Thursday, September 08, 2011

Sindiran yang menarik ~

Hehehehehehe aku suka video yang adik ni buat, suka juga dengan mesej tersembunyi yang cuba disampaikan..






Monday, September 05, 2011

Makin lama makin kurang..

I dont know if this apply to others but it is a YES for me...

Dulu-dulu kan,, masa mula-mulaaaaa habis sekolah, zaman sweet 17 gitu, aku lah juara penerima kad raya by pos dalam rumah. Serius banyak. Tahun-tahun seterusnya (aka zaman U) pun tak kurang banyaknya.
Jumpa kawan hari-hari, pergi kelas sekali tapi kad raya pos hantar kampung okay. Kelasss gitu.

Tak silap aku, dah 3 tahun aku stop beli kad raya. Sejak jadi cikgu. Sebelum-sebelum tu, aku masih lagi pengirim kad raya tegar.Siap buat list lagi, siapa yang aku nak bagi. Dah tu dalam kad raya tulis panjang-panjang, dah macam mengarang surat.

Macam tu jugak dengan kunjungan raya. Tak ada la ramai sangat kawan-kawan yang datang, since aku dulu form 4-5 dekat T'ganu so kawan-kawan merata banyak negeri. Ada tak ada pun, sorang member budak Kluang, yang duduk se dorm dengan aku & partner aku bila travel T'ganu-Johor. Kawan-kawan zaman form 1-3 ada jugak yang datang beraya, masa umur aku dalam lingkungan 18-19-20. Masing-masing belajar di merata tempat tapi since dah semua pun orang BP, boleh la berkunjung beraya.

Tapi makin lama..


Makin tak ada..


Tsk tsk tsk..



Ye, sebab aku pun tak beraya rumah orang macam mana orang nak beraya umah aku kan, hehehe.

Apa nak buat, aku ni amik lesen pun lambat, umur 27 baru ada lesen, ada kereta. Sebelum tu, memang aku bergantung harap pada public transport macam bas & teksi. Tak pun, motor. Tapi dah namanya tak ada lesen tu, so bawak motor pun ikut jalan kampung & semestinya tak boleh jauh-jauh la.

Sekarang, almost semua member-member dah bekeluarga dan beranak pinak. So chances untuk dorang datang lagi la kurang. Ye, saya memahaminya. Program berjalan/beraya orang bujang dengan orang bekeluarga memang dah tak sama.

Well, ada tak ada pun, aku beraya jugak la di sini, di kawasan tempat aku bekerja. Rumah kawan-kawan guru & jiran. Kekadang ada jugak my students' parents yang jemput gi open house rumah dorang.

Kad raya pun. Bilangan yang diterima adalah sifar, hehehe. Ada la  sekeping anak murid kasi. Walhal aku tak ajar kelas budak tu pun.. huhuhuh. Tapi bukan la maknanya aku mengeluh or tak puas hati ye. Tak de sekelumit pun rasa begitu. Sebab dah puas dah masa zaman mudas remajas dulu.. Ratu kad raya gitu. Ceh perasan.

Walaupun zaman telah berubah tapi tetap rindu kawan-kawan lama..

Sunday, September 04, 2011

Nervous..

Bukanlah di tahap nervous breakdown, huhu.

Sampai sakit perut (nasib baik light2.. erk,,)
Sebab? Esok aku akan bertugas.

Maksud aku, giliran aku bertugas untuk sepanjang minggu ni.
Juga bermaksud, esok pagi, lepas je nyanyian lagu-lagu oleh pelajar selesai dinyanyikan, aku akan dijemput oleh pengacara majlis untuk bagi ucapan.

On a second thought, rasa nak gelakkan diri sendiri pun ada.
Ni dah masuk tahun ketiga mengajar,,,, tapi rasa nervous nak berucap kat perhimpunan tetap tak hilang-hilang.

Hoooo. Tak kira lah kan, nervous tetap nervous.

Baiklah, aku nak teruskan rangka isi ucapan esok.
 

Wednesday, August 31, 2011

Soalan yang tiada jawapan..

Salam aidilfitri. Eid mubarak.

Semoga sentiasa ceria dan bahagia menyambut aidilfitri kali ini.

Straight to the point;Aku kan, bila ditanya dua soalan ni, at times I feel lost.
1)Kenapa gemuk sangat sekarang?
2)Bila nak kahwin?

Biasanya waktu mood aku ok,tidak dipengaruhi oleh hormon2
Estrogen yang tiba2 datang menggila, aku dah sediakan jawapan sambil dilontarkan dengan tenang,
~hehe senang hati la kot.
~banyak makan dan kurang bersenam, hihi.
(sebenarnya dalam gelak2 sengih2, hati ni meratapi, ok. Aku pun tak suka jadi gemuk, tapi sekarang its happen that aku memang gemuk)

~entahlah, belum sampai masa.
~hehe belum ada jodoh.

Soalan2 'biasa' ni kan, memang sekali pandang dan dengar nampak macam biasa2 je,, TAPIII..... Kalau terlalu acapkali ditanya, kan... Dah macam memerah limau atas luka tau..
Serius, sentap di hati.

Mula la, jawapan yang sopan santun tadi, rasa macam nak kuburkan saja di lubuk hati dan ganti dengan jawapan semacam ini;
~maaflah kalau2 kegemukan saya menyakitkan pandangan mata..
~hina sangat ke, bujang dan belum berkahwin di usia ini..

Tapi,,, biasanya, jawapan2 kurang bersopan itu tak terzahir di mulut pun. Cuma terpendam jauh dilubuk hati dan di satu sudut kecil dalam kepala. Hanya senyum tawar yang mampu diberi..
Yang pasti, lepas2 tu,awan berat yang dikumpul pasti sikit2 akan tertumpah jua.

Mungkin tak kena pada masanya. Nak menyalahkan pada yang bertanya pun... macam tak kena gaya. Tapi kan.. Tapi kan.. Bab2 hati dan perasaan ni kadang memang di luar kawalan kita..

Tuesday, August 30, 2011

Selamat hari raya aidilfitri

Walau dimana anda berada, semoga hari raya ini disambut dengan kesyukuran dan kegembiraan.

Mohon maaf dari hati andai ada yang berkecil hati dengan penulisan dari blog ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri.

Sunday, August 21, 2011

Teringin...

Background music:  Lagu Tibanya Syawal nyanyian Kak Pah Taik Lalat yang dah berputar-putarr entah berapa kali sampai aku naik muak da..

Walaupun macam ntahpape tapi boleh tak nak cakap aku teringin beberapa makanan yang only available kat Batu Pahat sana..

1) Murtabak tinggi dari kedai mamak taman bukit soga.. (walaupun bukan lah kerap sangat, tapi my parents agak gemar membelikan kami adik beradik murtabak ni kalau kebetulan ada ke bandar)

2) Lontong daun Haji Salim @ Parit Raja.. Kat Endau ni macam tak berapa nak jumpa dalam bulan Ramadan ni.

Itu je. Yang aku teringin dan tebayang-bayang buat masa ni. Tapi takde la sampai tahap mengidam..

p/s - Untuk pertama kali aku siap hidang makanan awal. Masak main campak-campak je so sekejap saja hehe.
p/s/s- Aku dah masak ketupat ye, hehe ketupat segera je. Lauknya pulak lauk yang aku teringin nak makan dan susah nak jumpa kat sini, iaitu sambal goreng. Sambal kacang & sambal udang sekali. Dua-dua ni ada je kot kat sini tapi dah kes malas nak ke bazar.
As expected, ketupat mesti ada baki so hari ni recycle jadi ketupat goreng. Sebab tu jugak cepat aje siap hehe.

Selamat berbuka & meneruskan ibadah puasa, walau dimana anda berada.  

Wednesday, August 17, 2011

Operasi 2


Oyeah.
Its better than operasi 1 coz I can stop at 12.15

Mengantuk suda...

p/s - macam x de keje lain je ye aku..........

Tuesday, August 16, 2011

Untuk keselesaan, kan?

Tiba-tiba teringat perbualan dengan x - housemate  satu ketika dulu..

Kami bincang pasal barang-barang keperluan dalam rumah.

Ada orang berfikir, selagi tak ada rumah tetap milikan peribadi diri sendiri, maka tak perlu susah payah nak letak atau beli macam-macam dalam rumah.. Contoh;
  • Tak payah la beli katil, tido atas comforter/toto je. Nanti nak pindah leceh.
  • Tak payah la beli sofa, duduk atas lantai je. Nanti banyak sangat nak berangkut bila nak pindah.
  • Tak payah la beli TV besar, beli yang kecik-kecik je. Sementara duduk rumah sewa ni. Karang-karang kalau pindah senang nak angkat.
  • Tak payah la beli almari baju cantik-cantik. Beli yang kain/kanvas ni je. 
Pada aku la kan, kalau memang berfikir seperti di atas sebab kekangan wang, maka tak apa lah. Biasalah dalam hidup kita pelbagai ragam, wang tu sentiasa ada je keperluannya. Kadang-kadang gaji belum masuk pun, dah terbentang 'list' ke mana duit-duit tu akan ditujukan (huhuhu, that's life)

Yang aku rasa agak terpanggil untuk menulis pasal isu ni ialah, "pasti ke boleh dapat pindah??" "pasti ke dalam masa tedekat akan buat / beli rumah?" Kalau aku, jawapannya, "Ye, saya langsung tak pasti.. buat masa ini. Entah bila saya boleh ada rumah sendiri."

Bukan ke itu semua pun 1 keperluan. OK la, benda-benda macam sofa, TV besar, almari tu boleh je kalau nak beli yang biasa-biasa tapi kena juga consider pasal beberapa perkara:
  • Tahan ke tidak. Sampai masa ko betul-betul dapat pindah buatnya terbarai almari tu dek kerana dok diangkat ke sana sini, dah nak kena beli yang baru. Baik la beli yang OK & tahan kan? Ini lah namanya alah membeli menang memakai.
  • Keperluan+kehendak. Yang ini biasalah, orang kata ada yang biasa-biasa pun dah OK, janji ada. Tapi untuk kita yang bekerja ni mesti la sedikit sebanyak terselit kehendak dalam diri, nak yang macam ini, yang macam itu. Dan aku rasa tak salah kot kalau kita berusaha untuk dapat, sebab kita kan kerja. Mungkin kita rasa sesuatu benda tu tak berapa penting, tapi mesti ada, so kita beli barang yang sedang-sedang je harganya. Janji, ada. Untuk barang lain pulak, kita rasa kita mesti ada & hati/perasaan kita kalau boleh naaaaakkk sangat beli benda yang branded, menepati citarasa kalbu idaman hati. Tak salah pun, sebab kita kan kerja.
Yang salah?
Iye, yang salah atau tak berapa betul ialah kalau kau bawak pemahaman kau untuk cakap pada orang, apa yang kau fikir tu macam 100% betul.Siap bagi nasihat/kempen lagi suruh ikut apa yang kau buat.

Lagi satu, buatnya kau tak pindah-pindah maka tidurlah atas toto je sampai dapat pindah. Jangan salah faham pula, as if aku nak kata tidur atas katil adalah lebih baik dan sangat baik compared to tidur atas toto. Again, itu atas keselesaan masing-masing.

Senangnya, cakap dalam hati je boleh,,. Tak payah jadikan isu. Takde orang tanya pun. Bila tiba-tiba ditimbulkan isu begini, tu yang buat orang lain pun terfikir dan bila dah berfikir tu, macam-macam la outputnya.. Nak beli yang mahal ke, murah ke, tak nak beli terus ke, diam-diam saja... huhuh..

Friday, August 12, 2011

Melon Yakitate

Serius, aku nampak melon ni dari jauh, terus x toleh kiri kanan dan berjalan mendekati.. Sebijik macam melon dalam anime yakitate japan! (sapa yang pernah tengok anime ni, prasan x??)





Rasanya sama je macam honeydew biasa, manisnya agak kurang tapi OK je pada aku,..

 

Wednesday, August 10, 2011

Goreng pisang=diet?

Nak tegelak pun ada, hehe..

Boleh pulak aku dianggap diet bila aku kata aku berbuka pisang goreng.

Dah tentu-tentu pisang goreng tu deep fry cooking hehehe

Kalau aku berbuka makan pisang rebus, iyelah kot diet hehehe..

Dah tu bila namanya aku yang menggoreng tu, takkan la sebijik dua je kan..

***errrk.. jangan la, terasa tau sebab aku memang tak berdiet.


Tuesday, August 09, 2011

Bazaar Setahun Sekali

Sebelum aku menulis dengan lebih detail, haruslah memberitahu ini adalah pendapat peribadi ye? Jika bercanggah dengan apa yang ko fikir, aku bukan bermaksud yang  aku menyangkal dan menidakkan apa yang ko pikir.. hehe. Its just my 2 cent..

Untuk pertama kali aku sudah sangat jarang pergi param.Atau lebih dikenali dengan Pasar Ramadhan. Ada jugak yang sebut Bazar Ramadhan.

Why? Why? Why?

*Kesedaran untuk menjaga pemakanan (kahhh.. walaupun cam tak berapa nak betul sebab kekadang aku taram je nugget), aku rasa makanan yang dijual kat pasar banyak dicampur MSG. Dan agak masin-masin..

*Harga yang agak mahal. Kuantiti yang sedikit. (heee aku nak makan banyak ke??)

*Rasa yang &*^%$%$#%$#%%@ (hehe)
Pengalaman lalu: Aku suka air soya panas pasar malam. Rasanya lain dari air soya kotak dalam supermarket kan. Tapi tahun lepas kot, fantasi air soya sedap aku telah dimusnahkan gara-gara terbeli air soya yang mengandungi 8% hampas soya. Walaupun cuma 8% tapi bila disedut dan lalu kat tekak ni sangat terasa okehhhh serdak itu.

*Kena masak sebab alang-alang nak pulangkan pinggan mangkuk piring jiran tetangga yang selalu bermurah hati hantar makanan kat orang bujang ni huhuhuh.

*Strategi 2 dalam 1; mengurangkan beban memasak 2-3 kali. Masak untuk berbuka sekaligus untuk bersahur esoknya & mengelakkan makan macam-macam makanan sangat waktu berbuka (tapi ada sedikit sukar bila ada juadah dari rumah-rumah sebelah, total juadah sudah jadi 2-3 macam & siapa lagi yang nak makan??)

*Dikhuatiri overspent gara-gara gagal mengawal nafsu makan. Ah-ha yang ini pun bahaya jugak untuk aku.

*Malas nak salin baju & drive kereta.. Nasib baik lah takde bazaar dekat-dekat dengan rumah tahap boleh jalan kaki....

Ye, seminggu lebih berpuasa, rekod  setakat ni pernah berkunjung ke Bazaar Ramadhan sebanyak 2 kali. Dengan belian paling minima.

Lepas-lepas ni, tak tau la huhuh..

Monday, August 08, 2011

Mengasapkan dapur ^^

Nak tengok aku memasak hari-hari. Bulan Puasa lah kot.

Dah macam assignment memasak. Gara-gara nak pulangkan pinggan mangkuk jiran-jiran aku ni, hehe. Pulang 2 piring, datang 2 mangkuk lain. Memang never ending story youu..

Think positive ye. Bila lagi nak belajar masak kan?? hehehehe. Lagipun memberi makan pada orang yang berpuasa adalah besar pahalanya.

Agak-agak kalau aku buat list apa yang aku masak aku pun akan kagum sendiri.

puding roti berkaramel
pengat pisang
karipap
dadar gulung (inti recycle, inti karipap banyak lebih)

Ye, mari memasak!

Saturday, August 06, 2011

Insiden Tengok Bola

Disebalik kemeriahan rakyat M'sia menonton perlawanan bola antara M'sia-S'pura minggu lalu, rupanya ada 1 tragedi.

Ada peminat yang tecedera lalu hilang keupayaan penglihatan sebelah mata kerana serpihan mercun yang dilemparkan peminat lain. Hilang upaya secara kekal.

Dan rupa-rupanya mangsa tu adalah kawan 1 sekolah masa kat MRSM KT (98-99) dulu.  :(

Ahmad Jazimin aka Mat G, sewaktu dirawat di PPUM
(Gambar diambil dari laman sosial FB isteri beliau)

Malang tak berbau,kan?
Pergi ke stadium dalam keadaan sempuna, tapi baliknya membawa khabar duka.
Besar sungguh dugaan yang harus beliau & isteri serta keluarga hadapi. Isteri beliau pada waktu itu sedang sarat menunggu masa melahirkan anak pertama (mungkin sekarang sudah melahirkan anak). Dan katanya mata kiri beliau yang tidak terjejas itu  mengalami masalah silau. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Aku doakan Mat G cepat pulih & diberikan kesabaran, dikuatkan semangat & ditetapkan imannya.

Berita ni buat aku risau pada 2 adik lelaki kat kampung tu. Di bulan puasa ni, dah macam tabiat budak-budak bermain mercun. Ngeri betul kalau memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang buruk macam ni. Daripada kena mercun lebih baik rasa cubitan/pelepuk aku dulu. Sebagai warning gitu. Tsk tsk..

Thursday, August 04, 2011

Selamat Bepuasa!

Walaupun dah nak masuk 5 Ramadhan, mahu juga ucapkan Salam Ramadhan  untuk sesiapa yang sudi baca blog ni ^^

Semoga ibadah kita di bulan yang mulia ini diterima Allah SWT dan sentiasa mendapat keredhaan dari Nya.

Amin.

Sunday, July 24, 2011

Sesal kemudian yang tiada gunanya

Pepatah kita kata macam tu kan.

Tapi pada pendapat aku, sesal kemudian pun masih ada gunanya.

Contoh terbaik (untuk diri sendiri),
_Mendengar guruh mula berdentum tapi hati agak berkeras tidak mahu menutup PC. Kemudian terdetik di hati untuk lekas-lekas shut down PC melihatkan dan mendengarkan kilat dan petir yang makin menggila. Sejurus selepas menekan button shut down, di kala menunggu shut down screen yang berpusing-pusing di monitor, 99% proses shut down sudah berlaku dan tiba-tiba..

nampak macam ada kilat belakang PC aku. CPU n Monitor 'off ' macam biasa dengan signal system shutdown terakhir pada monitor.

Lepas hujan berhenti, apabila ditekan button start pada PC...._

Yes, you guess it right. Rasanya at that very moment, masa PC aku tgh shut down (bukan log off), masa tu lah petir telah menyambar. Alhamdulillah monitor dan printer masih OK.

My CPU has been electrocuted. And to think that I'm living in an area with the verrr-ryy limited pc-repairing-service.

Saya menyesal. Tapi ini satu lagi pengajaran berguna untuk saya.

Bestnya kalau pandai mendiagnos PC. Bestnya kalau boleh menukarganti barang-barang dalam PC sendiri. Rasa macam nak ambil kursus betulkan PC sekarang juga! Apa yang aku mampu buat tadi cuma buka CPU dan membuang sawang dalam CPU. erk. (kang segan pulak masa nak hantar pada orang betulkan)

Seriously, aku nak belajar repair PC!

**Alhamdulillah, PC sudah OK. Petir menyebabkan kabel dan Power Supply PC aku kong. So, cuma tukar 2 benda tu je.

Kini mendengar rintik hujan saja terus OFF semua peralatan eletrik. Yeah, its our money!

Thursday, July 21, 2011

Cikgu tak boleh merajuk

Iye ke?

KISAH SATU

Tadi aku rasa kecik ati sangat dengan my student ni.

Memang pantang NOMBOR SATU aku kalau pelajar menongkat dagu / menongkat dagu sambil berpaling muka masa aku mengajar.

Tak pun letak kepala atas meja. (Sebab kalau tak berapa sihat aku akan suruh pergi berehat aje kat tempat lain yang lebih selesa) 
Atau cuba menyorokkan muka dengan mendirikan buku teks betul-betul depan muka.

Aku memang.. tak boleh.
Dari dulu. Sampai sekarang. Memang aku begitu.


So, this girl yang menongkat kepala aku ingatkan pasal pantang aku tu. OK, dia ikut tapi tiba-tiba bila aku tanya soalan (berkaitan dengan topik yang sedang diajar)

Eh......... Boleh pulak dia palingkan muka dan tak jawab soalan aku langsung.

LANGSUNG ye.

Dan ini bukan pertama kali. Cuma dah lama dia tak buat perangai begini.

Aku terus tak terkata. Mulut aku becakap meneruskan sesi P&P tapi dalam hati dan kepala sangat sedih dan menahan sebak. Alhamdulillah P&P dapat aku teruskan.


Cuma, aku tak boleh nak ada eye contact dengan student tu. Sebab aku juga perlu mengawal perasaan untuk baki 23 pelajar yang lain belajar seperti biasa.

Aku takut aku termenangis.
Ye. Kalau aku marah biasanya aku akan termenangis sekali.

Tapi kami tak boleh merajuk kan??

KISAH DUA

2-3 hari sudah, sorang rakan guru bersedih, kerana kesal dengan sikap ibubapa yang membesar-besarkan perkara kecil. Anak terkencing, mengadu pada ibubapa yang cikgu tak bagi pergi ke tandas.

Walhal bukan itu maksud cikgu tu sebenarnya. Waktu tu dah nak dekat sangat dengan waktu rehat, jadi kalau pelajar tu keluar dah tentu kerja nya tak siap & akhirnya cikgu tersebut izinkan juga keluar ke tandas siap dengan bawa bekal makanan (lepas gi toilet boleh terus ke kantin, tanpa perlu ke kelas)
Tapi akhirnya pelajar ni terkencing juga dalam kain.

Eh.
Nak jugak pergi sekolah mintak penjelasan. Tak boleh ke bercakap dulu melalui telefon. Slow talk, bertanya. Bila dah pergi sekolah, melibatkan Guru Besar, Gpk, walaupun bercakap dengan baik namun sedikit sebanyak mencalarkan emosi guru.

Yang bestnya, boleh pulak ye datang sekolah untuk perkara sebegini. Kalau ada panggilan untuk taklimat anak, boleh pulak tak datang.

Tapi kami tak boleh merajuk kan??

KISAH TIGA

Sorang ibu dan ibu saudara datang ke sekolah sebab anak mengadu ditampar oleh cikgu.
Walhal cerita sebenar cuma dicuit guru.
Eh, kami pun sedar diri dan berpijak di bumi yang nyata. Zaman sekarang ada macam-macam kes, penipuan & putar belit yang boleh dilakukan dan akhinya menampakkan sorang cikgu tu jahat, kejam & zalim.

Kalau tak boleh kena marah, baik wat home schooling je. Ajar sendiri, senang.
Lagipun, at the first place, kalau budak tu elok baik je perangai, logik ke cikgu nak marah?
Lagipun, marah boleh buat darah naik tau.
Kalau kena marah sikit-sikit pasal tak dapat ada yang di ajar, itu standard la. Nama pun nak mengajar anak-anak. Kadang kita beriya mengajar one-to-one, nak bagi paham. Tapi anak awak mata meliar ke lain. Camana?


Tapi kami masih tak boleh merajuk kan??

Sunday, July 17, 2011

This is also part of my job!

OK, ini bukan daun kelapa sawit ye..
.
...
......
.........
.............
...................

Tetapi, ia adalah
 

Bukan untuk digunakan dalam majlis persandingan aku juga. erk. (Sila jangan speku aku dah nak kawin pulak,,...)

Tapi standby untuk hari sukan yang agaknya tak lama lagi akan dijalankan. Lepas raya & UPSR kot.

Gigih tak. Hujung minggu cikgu buat bunga manggar. Sebenarnya sudah agak lama benda ni ada kat rumah aku, tanpa diproses menjadi bunga manggar. Tetiba rasa menyampah pulak tengok plastik kertas kilat-kilat ni menempek kat rak buku aku, maka aku pun memulakan modus operandi. Sambil-sambil tengok tv & layan drama kat PC.

Tengok-tengok cam ketagih pulak melilit bunga manggar.

So, ada sesapa perlukan perkhidmatan melilit bunga manggar?? Boleh pass kat aku..

Choiiiiiiii.. (macam kau takde keje lain nak buat ye Dd, huhuh)

By the way, aku cikgu Rumah Merah (walapun tak ada sesapa tanya,nak juga bagitau)

Saturday, July 16, 2011

Bintik bintik warna warni

My first attempt~~
Ada yang merekah, ada yang bantat, ada yang booolat!

A'ah! Janji boleh makan.

Resepi aku ikut sini.

Asalnya nak buat apam lady bid. Tapi  buruk benau rupa 2-3 ekor lady bird hasil kerja tangan keras aku, huhu. Sudahnya main dot dot aje lah.

Friday, July 08, 2011

Berkata-kata hanya untuk yang mahu mendengar

Betul tak?

Its a bit frustrating when you talk and people do not care to listen.

Buang air liur saja.

So its better to remain silent.

Thursday, July 07, 2011

Terasa kembali ke zaman itu..

Just arrived from Bandar Tenggara today, after 3-days-course.

3 hari di mana aku 'agak' berseronok. Ewah. Seronok la sangat.
Kalau nak cakap pasal semua sekali, memang banyak.

Aku cuma nak fokus pada kawan-kawan di sana saja.

Selama 3 hari aku duduk dengan rakan-rakan cikgu dari sekolah Felda Tenggaroh (C-da, Tenggaroh 6 & Nadeera, Tenggaroh 1) , aku mengimbas kembali zaman-zaman belajar kat U dulu.

Rasanya dah lama aku tak jadi "Didi" zaman belajar.
Susah aku nak describe macam mana "Didi" zaman tu, tapi melalui 3 hari kat sana dengan 2 orang adik ni (diorang cikgu yang baru posting),  memang aku rasa kembali ke zaman belajar at UIA dulu.Seriously.

"Didi" itu, memang TIDAK WUJUD pada teacher Didi.


......

Monday, July 04, 2011

Jealous

Sesungguhnya aku cemburu, dengan blog rakan-rakan yang boleh hapdet tiap-tiap hari dengan entri masakan.

Ada tu sehari sampai 2 entri.

Aku? Nak try 1 masakan pun mengambil masa 2-3 hari.
Lepas tu bila buat belum tentu jadi.

Apapun, bersyukur juga sebab adanya blog mereka membuatkan aku yang newbie in cooking ni ada rasa nak masak / mencuba yang membuak-buak.

Cuma perasaan membuak-buak tu bukan la macam buih yang membuak-buak kalau kita masak nasi dan tutup periuk bila sudah mendidih (erk.. perumpamaan apakah,,,).

Sebab tu, nak masak 1 jenis masakan, survey resepinya 2 - 3 - 4 hari lebih awal. Lebih extreme,,, kadang-kadang seminggu/sebulan/berbulan-bulan. Survey je lebih. Buatnya tidak jugak..Lepas tu bila dah buat siap tayang-tayang kat blog huhuhuhu..


Ala.. aku kan duduk sorang. So kalau tak bercerita kat blog nak bercerita kat sapa lagi. Takkan nak kol family aku dan cerita apa yang aku dah masak. Macam tak de motif je, huhuhu..

So hari ini punya resepi yang dicuba dengan semangat membuak-buak ialah baked macaroni cheese.

Well.....

* updated with pix

Sunday, July 03, 2011

Tips menjaga modem

Rasanya semua orang kecuali aku tau macam mana nak jaga modem.
Baru-baru ni aku pergi berkursus luar daerah selama 4 hari.
Pergi pun dalam keadaan kelam kabut, so banyak benda terlepas pandang.

Gara-gara tak cabut line telefon dari soket 'splitter' petir menyambar modem aku melalui wayar telefon  tu.
Alhamdulillah, bukan menyambar melalui extension, sebab masa tu aku memang cuma switch off pada suis tanpa menaik keluar plug extension. Kalau yang itu kena sambar, memang lagi sakit sebab bersambung dengan 3 benda - TV, astro decoder & modem.

Bila dah rosak bukan murah-murah nak kena ganti beli yang baru yo. Kopak ahkak bulan ni. tsk3.

So, sebelum keluar rumah pastikan:
~cabut wayar telefon.
~tutup semua suis & cabut plug extension.

Saturday, July 02, 2011

Hyper-10-sion!

Dalam cuti sekolah 2 minggu hari tu, accidently aku check my BP (baca: Blood Pressure).

Aku jumpa doktor sebab allergic kat bahagian atas bibir. Masa tu, aku tertengok alat check BP ni atas meja doktor and suddenly aku rasa sangat curious dengan my own BP. Rasa macam dah lamaaaa gila tak check.

It turned out that my BP rose to 130/90 which is, quite high. Masa tu dalam cuti, so aku ada bitau mak aku & of course dia bising sebab life style aku yang langsung tak ke arah yang sihat. Masa tu aku rasa biasa je lagi.

Naik sekolah,aku cerita la dekat sorang member ni. As expected, tak lama lepas tu orang lain pun tau pasal isu ni. Sorang member ni pun bawa la dia punya alat mengukur BP pada satu hari Sabtu berkokurikulum. At that time, bacaan aku meningkat lagi, 140/90.

Masa tu dah mula rasa cuak dan takut. Of course la, bila ramai-ramai dah memberi pendapat which is ada yang positif, ada yang negatif. Ada yang membantu, ada yang bergurau tapi menyakitkan. tsk..

Aku memang jenis yang mahukan kepastian, pergi lagi check kat Klinik Desa dalam felda tempat aku mengajar. Ye, masih lagi the same figure. 140/90. Hari tu jugak (tengah harinya) aku pergi Klinik Kesihatan Endau untuk jumpa sendiri dengan Medical Assistant. Masih lagi begitu. dan before aku jumpa MA tu, masa nurse kat depan kaunter check my BP was even rose to 150/100. Aku sangat tertekan OK masa tu. Siap dah meleleh-leleh air mata depan nurse tu.

Sebelum tu aku ada amik 1 pamplet pasal Hypertension, & dari pembacaan aku, aku boleh tau yang bacaan BP aku ni menunjukkan aku adalah dalam HPT Stage 1 (Darah Tinggi Tahap 1)

Hari tu jugak, which is petang tu, aku nak kena bertolak ke Bandar Tenggara untuk berkursus selama 3 hari. Lagi laaaaa tekanan. Tau kena berkursus pun last minute. Apa pun tak kemas. Jauh pulak tu.

Masa tu aku buat keputusan untuk check my BP setiap hari, sebelum jumpa dengan doktor lepas seminggu aku monitor aku punya BP.

So, setiap hari masa berkursus aku jadi pengunjung tetap Klinik Bakti kat Bandar Tenggara, untuk amik bacaan BP. Nak pergi Klinik Kerajaan dah tak sempat, sebab kursus habis pukul 4.30 p.m.  Masa tu pun, bacaan masih lagi 140/90.

Masa tu jugak, aku tertanya-tanya pada diri sendiri, soalan yang orang selalu tujukan untuk diri aku, like
~ada rasa sakit tengkuk ke?
~ada rasa pening kepala ke?

Sebelum-sebelum ni, aku tak ingat pulak kalau pernah mengalami simptom macam tu. Kalau ada, mesti aku dah berbunyi pada kawan-kawan atau pegi jumpa doktor.

Tapi lepas orang dok tanya-tanya aku tu, aku pun tertanya la sendiri; eh, ini ke rasa sakit tu?? macam ni ke peningnya??

Last day sebelum aku dijadualkan jumpa doktor (aku sangat tertekan masa tu huhu) aku gi jumpa sorang doktor kat Klinik Syifa', area Endau ni. Masa tu, bacaan adalah 130/90.

Aku rasa, sesi bersembang dengan doktor tu masa tu adalah ENDORFIN TERBAIK aku. Ye, memang bacaan 130/90 masih lagi tinggi. Tapi cara doktor tu menasihatkan aku, macam lah dia dah buang beberapa biji batu blah batu bertangkup dari atas kepala dan bahu aku.

Lepas beberapa hari mengamalkan cara hidup sihat, aku rasa emosi aku bertambah baik & rasa baik-baik saja. Sorang kawan tempat keje bawa alat check BP & Alhamdulillah bacaan selama 2 hari berturut lepas tu dah menurun.

Nevertheless, aku masih lagi akan pergi Klinik & check dengan doktor sebelum aku bertolak ke Bandar Tenggara Isnin depan.

Yang pasti, sejak minggu lepas:
~aku kawal makan, makanan yang aku masak memang kurang garam
~no to caffein
~no to egg (kalau nak makan pun, bahagian putih je)
~tidur awal setiap hari
~kurangkan mengadap laptop/komputer (yang ni payah sikit, especially hari cuti.Kalau hari sekolah, OK sikit kot)
~rehat kan minda (walaupun part ni pun payah sikit, huhuhu. Selalunya aku memang nak bertenang, tapi kejap-kejap ada panggilan kerja dari kawan & GB)

Moral of the story, jagalah pemakanan dan cara hidup kita ye. Sekali lagi, 'sesorang' yang lain mula sedar bila telah ditimpa sesuatu musibah (aku lah, tu!)

Pemakanan yang kita amik sekarang, mungkin effect nya akan datang berkunjung 4-5 tahun lagi. Ni aku merujuk pada pemakanan diri aku sendiri lah.. Terbayang-bayang zaman kat UIA yang bebass makan fast food. Kemudian bila dah kerja pun semacam je aku punya diet harian... Jadi, memang aku akui semua tu berpunca dari diri sendiri yang tidak menjaganya.

Apapun aku akan teruskan berusaha & semoga my BP akan kembali normal. Amin..
Insya Allah.

Tempat berkursus yang selesa


Ini adalah 1 tempat berkursus aku baru-baru ni. Juga untuk minggu depan.
Katanya sekarang gawat kan, so dah jarang sangat-sangat la nak berkursus di hotel.


Tapi to be honest, aku lagi suka berkursus kat tempat ni.


Bayangkan kalau hotel, kita akan stuck dalam 1 bilik; kat situ la katil, depan katil biasa ada tv, hujung sana sikit ada la sofa atau kerusi 2 - 3 buah, tepi tu ada 1 almari solek, dekat-dekat dengan pintu masuk adalah almari baju, tepi tu ada toilet. Pastu ada la balkoni sikit.




Siap ada taman permainan. Motif? Aku pun tak faham, sebab dah sah-sah masa berkursus tak boleh bawak anak / budak kecil ke sini.


Tapi aku pun sebenarnya lepas geram jugak main buaian ni hari tu, hehehe.



  




Penginapan adalah dalam bentuk rumah, macam apartment gitu. Dalam setiap rumah ada 3 bilik tidur lengkap dengan katil, almari baju & meja study, 2 bilik air, ruang tamu (lengkap dengan TV & sofa) dan dapur (dengan peti sejuk).


Cuma kalau nak dibandingan dengan hotel, dari segi makanan memang kalah sikit la. Tapi sikiiitt je. Sebab pada aku walapun lauk pauknya tak macam kat hotel tapi dah cukup sedap dah.

Dan lagi satu, tempat ni agak jauh la dari Mersing. Dalam 3 jam perjalanan lebih kuang. Nak nak pulak kalau drive sensorang.

Next week (Isnin 4/7/2011 ni) aku gi sana sekali lagi untuk kursus fasa 2, aku ambil gambar dalam rumah pulak. Hari tu tak sempat.

Friday, July 01, 2011

Sibuk dan makin sibuk!

Assalamualaikum..

Lamaaaa nyaaa tak update blog.
Macam-macam halangan dan dugaan.

Kursus 3 fasa (3 kali pergi, dan quite jauh pulak dari rumah ni~~ minggu lepas fasa 1 & minggu depan fasa 2)
Modem disambar petir baru-baru ni (tak boleh online lagi)
Me limit kan diri dari duduk depan PC/laptop - perlu & mesti tidurr awal untuk menjaga BP.

Banyak yang nak diceritakan, tapi kekangan masa.
T___________________T

Sunday, June 19, 2011

Sarapan pagi Ahad

Assalamualaikum..

Lama tak update, sekali update cerita pasal makanan, hihihi.


  kari sardin



lempeng

 Makan kedua-duanya bersama-sama



Jemput,,


Resepi kari sardin dari sini.

Thursday, June 02, 2011

Silent is the best,,

Assalamualaikum..

Bercuti kita ye. Kejap je dah hujung minggu pertama cuti. Karang pejam celik pejam celik tup tup dah hari Ahad. Esok hari Isnin nak kena sekolah. Erk. Kalau panjang umur la, aku ni pun bercakap macam yakin je diri ini masih boleh bernafas esok lusa.

Topik pada hari ini ialah berdiam diri, Cewah. Bajet macam penceramah ke apa aku ni. Tiba-tiba aku terfikir, dalam kebanyakan keadaan bila mana AKU berdepan dengan orang yang bertentangan pendapat dengan AKU & selaluuuu je nak menang bila bercakap, cara terbaik AKU memberi reaksi ialah senyap dan dengar. Kemudian katakan "Oooooo".

Dalam pada aku dok ber "oooooo" tu, sebenarnya hati aku menahan gelodak rasa ingin membetah. Cuma, akal aku kata, daripada kau sakit hati berlawan-lawan pendapat dengan orang yang mempunyai kecenderungan nak menangggg je bila bercakap,,,baiklah kau biarkan dia menang dan puas hati dan kemudian dia akan diam sendiri.

Lepas tu? Lepas tu aku bukak topik lain.

Sekian. Entri macam tergantung kan tapi aku tiba-tiba short of idea.

Mari menengok TV di musim cuti.. ^^

Sunday, May 29, 2011

Kawan dari zaman lapan belas maniss..erk.. ^^

Lamanya kami tak berjumpa..

Tak sabar nak bersua muka. Semoga semuanya berjalan lancar & dipermudahkan urusan kami oleh-Nya.

Amin..

**Di dalam gambar adalah kami semasa 27 tahun =)

Saturday, May 28, 2011

Marking time...



Minggu peperiksaan datang lagi! Periksa dah habis..sekarang dah masuk minggu cuti & permulaan hari menanda kertas!

Bab tanda kertas ni yang 'syok' (tangan di dada mata ke atas)
Kadang-kadang berbunga-bunga hati..
Kadang-kadang terus jadi lapar..
Kadang-kadang rasa nak saja digumpal-gumpal kertas jawapan itu. Tsk.
Kadang-kadang rasa nakkkk aje ku lepuk-lepuk budak-budak tu. Nasib baik bukan ada depan mata.....

Dan satu perkara yang pasti.
Setiap kali lepas satu ujian atau peperiksaan, perlu muhasabah diri.

Gambatte! Perlu menanda sebelum pulang ke kampung bercuti ^^